25.2.12

HATI GEMBIRA

Kesibukkan yang melanda pada minggu ini. Ditambah dengan serangan cik anon yang berjaya di speedtrapped kerana memasuki perangkap sendiri. Sepandai-pandai tupai melompat. Dalam sibuk dan serangan budak-budak minggu lepas, ada hadiah daripada Allah membuatkan saya tersenyum suka. Alhamdulillah rezeki seruan ke dapur untuk ibu Muhammad dari mamAlya untuk 1st GA blognya. Hadiah istimewa kerana semuanya adalah hasil tangan dengan penuh kasih sayang ;D.

Apron ini dirasmikan oleh Abu Muhamamd dan Ummu Muhammad baru sahaja merasmikan pagi ini ;). Model di atas pula adalah model tidak berbayar. Sukarela ;).

Bukan saya sahaja yang suka, suami pun sama tersenyum lebar sebab dia cemburu. Asyik-asyik ada sahaja bungkusan untuk saya. Saya bagi 5 bintang untuk puan noen sebab memang tersangat kemas jahitannya dan saya sangat cemburu dengan semua hasil tangannya yang pelbagai. Sekiranya anda berminat, boleh terjah di blog mamalyaboutique ;).

Hadiah puan noen ini saya terima bersama bungkusan untuk rakan setugas saya. Tahun ini adalah tahun rezeki ditempat bertugas kami bermula mei sehingga ogos. Berderetan ;). Alhamdulillah mereka antara yang semangat untuk menyusukan anak dengan susu ibu. Dengan izin Allah saya tolong rakan senior saya ini yang menanti anak pertamanya ini, membeli pam susu philips avent manual. Survey punya survey, harga yang terendah yang boleh saya dapat dipasaran semasa promosi tempoh hari adalah RM150 termasuk pos penghantaran. Sebelum ini saya ada juga tolong membelikan untuk makcik tetapi saya tidak berpeluang melihat dan merasa sendiri pam susu ini kerana bungkusan terus dialamatkan kepada makcik. Kali ini saya berpeluang melihat dan merasa sendiri. Patutlah ianya digelar the best pump! Memang best! ;)

Mak-mak buyung yang berbincang mengenai penyusuan susu ibu. Segalanya lembut pada pam susu ini. Pam susu ini saya beli disini. Tidak lupa juga saya mengingatkannya yang air susu tidak akan keluar serta merta lebih-lebih lagi kedua-dua mak buyung ini menanti kelahiran pertama supaya mereka lebih bersedia. Semoga semuanya selamat melahirkan dengan mudah.

Cerita mengenai pam susu, saya ada chat melalui email dengan junior sebelah bilik semasa zaman belajar dahulu semasa dia belajar di New Zealand tahun lepas atau dua tahun lepas jika tidak silap saya. Saya menyuruh mereka membeli pam susu medela freestyle disana kerana perbezaan harga yang ketara sebelum balik ke Malaysia. Memandangkan usia mereka 2,3 tahun lebih muda daripada saya dan masih bujang, mereka ketawa sahaja. Tidak terfikir lagi katanya. Sekarang mereka telah pun berada di Malaysia. Bakal guru-guru bahasa inggeris tetapi perwatakan bagai ustazah pilihan ;). Wah sungguh merindukan kamu-kamu!!!

Ini sahaja cerita gembira saya pada minggu ini. Terima kasih kepada puan noen kerana hadiah yang menurut puan lambat untuk dipos, sebenarnya dipos tepat pada masanya buat saya. Dalam kalut-kalut kesibukan dan serangan peribadi cik anon yang dikenali, hadiah tersebut buat saya tersenyum. Semoga Allah membalas segala kebaikkan puan noen sekeluarga ;). Begitu juga dengan pam susu. Saya bahagia dapat membantu rakan saya membelinya. Semangat breastfeeding! Saya juga teruja dengan kelahiran anak sulongnya ;).

9 comments:

myamyza said...

kite pon berhajatkan pam susu yang sama, nampak simple sangat, suke..

FADLUL & FIFAH said...

pam jenis ni best jugak ke?dlm byk2 pam yg lin pnh guna, disarankan guna pam yg mn?

@LeenShamsh said...

myza: persediaan utk d second eh?? ;) kene lawan nina cepat2 heheh

fifah: a'ah pah, pam nilah yang ramai rekemen..kalau tgk blog2 org yang buat stok, ramai gune pam ni..makcik punye testi..die dah tak gigih mengepam sebab tak sampai 10 minit dah penuh..lagi, memerlukan daya yang sgt kurang jadi tak penat kate die..belikan orng, tetibe teringin nak ade satu yg macm ni..semuenye lembut..corong die memang tak menyakitkan insyaAllah..boleh try ;)

NoEn said...

hihi..tq tuk entry nih..comel tgk budak2 tu pakai apron ni..mcm pakai skirt laks..hihi

IntaNBerliaN said...

bestnya dah ada apron.. lps ni makin rajinlah ummu muhammad masuk dapur..:-)

sy dulu ms bpantang ada gak beli pam p xguna pun sbb bg direct..hihii saje beli kot2 tjadi bgkak susu..

kayzie said...

Dh kntoi sape cik anon ek?huhu..ummu muhammad..sy pkai pam avent gak..1st bli yg leh guna scr mnuak n letrik,bl faris besar sket, bli manual tu lak dr kwn..bli 2nd hand..hehe..mmg sgt suka dgn stimulation dia..teringin nk gn freestyle, tp kena pk dl sbb tkut tak gunakan spenuhnya kegunaannya??:)

@LeenShamsh said...

noen: apron tu memang terbaik.sgt gedikss tau! like 99x!

intan: aduhaiii doakanlah ummu muhammad ni..die tu fobia goreng2 sebab pernah kene minyak panas T_T

kayzie: mink hadiah kat ayah farislah hehhe utk 2nd baby heheh ;D

puan nina said...

heee..xsabar nak tunggu pam ni sampai :) dah 3 minggu bersalin baru dapat seruan untuk buat stok susu..moga2 dapat fully bf bb hani :)
bb hani kurang sikit nyusu bbndg abang die..

@LeenShamsh said...

nina i sokong u 150%! semoga diizinkan Allah ;)