Alhamdulillah ALLAH masih mengurniakan rahmatNya
Dapat merasai sejuknya hujan pekatnya awan walaupun hanya di Malaysia
Tidak perlu bazirkan elektrik beerti kipas dapat berehat seketika
Banyak masa dihabiskan dirumah daripada berjalan-jalan tanpa tujuan
Dan yang terpenting tazkirah ALLAH yang perlu direnungi dan dihayati dengan mendalam.
Hujan adalah salah satu nikamt kebesaran Allah
Malah ALLAH juga berhak menjadikan nikamt itu sebagai pengajaran
Peringatan bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Pernahkan kita semua terfikir?
Hidupnya kita di dalam sebuah negara sebagai rakyat
Kita perlu membayar cukai, bil air+elektrik+telefon?
Semuanya ada harga yang perlu dibayar
Lalu hidup kita sebagai hamba dan khalifah Allah di bumi ini
Adakah kita semua dijadikan sia-sia cuma?
Oksigen untuk bernafas, bumi untuk dipijak
Kaki untuk melangkah, tangan untuk makan, lidah untuk berkata-kata
Adakah percuma tanpa ketaatan?
Tidak! Tidak! TIDAK!!!
Tugas kita hanya 2
Laksanakan tanngujawab sebagai HAMBA DAN KHALIFAH di bumi ALLAH.
Dan dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu Telah membawa awan mendung, kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu kami turunkan hujan di daerah itu, Maka kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. seperti Itulah kami membangkitkan orang-orang yang Telah mati, Mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.
(Al A’raf:57)
Gambar-gambar disekitar taman perumahan dan kampung berdekatan:
Laluan utama ke tempat kerja mula dipenuhi air.
Air sungai yang sudah melimpah.
Rumah di kampung berdekatan mula ditenggelami air.
Pemandangan balai raya.
Pemandangan dari atas jambatan di pusat bandar semasa menghantar Muhammad untuk check up 5 bulan tadi.
Surau berdekatan.
Sungai di bandar dipenuhi air + jambatan gantung telahpun hanyut.
Ya Allah, kurniakan kami hujanMu yang memberi manfaat, jauhi kami dari azabMu atas segala kelalaian kami terhadapMu...
p/s: ibu tidak dapat bekerja kerana jalan terputus...inilah rahmat Allah buat kita supaya ibu dapat dekat menjaga Muhammad ;)
No comments:
Post a Comment