20.2.17

KEGILAAN YANG MENGGEMBIRAKAN

Kegilaan baru yang sungguh tidak pernah disangka-sangka. Zaman remaja muda belia dahulu memang sangatlah tidak suka aktiviti berjemur yang berpeluh-peluh. Kawan-kawan pula pantang petang terluang pasti berjogging keliling asrama dan beriadah di padang nan luas itu.

Zaman itu makan memang banyak tetapi langsung tidak memberi kesan pada pembinaan lemak. Tidak senam pun tidak apa, berat badan maintain sahaja. Ketika itu 53-55kg dengan tinggi 161cm memang ideal.

Pemikiran itu terjajah sehinggalah masuk anak ke-2. Makanlah apa sahaja, lagi-lagi perasan pemilihan makanan pun sudah sihat-sihat belaka. Makan dan terus makan tanpa risau. Tambahan pula menyusukan anak.


Melepasi sahaja #abdullahthesecond 2 tahun genap menyusu, berat badan ketika itu maintain 64kg. Masih nampak kurus walaupun sebenarnya sudah mengembang dengan jayanya. Baju-baju zaman remaja diasingkan. Tinggalkan baju-baju saiz mak-mak yang telah beranak pinak. Sekali lagi, memang harapan untuk jejak berat remaja seakan telah di'delete' memorinya.

Terkarang karanganlah pula.

Sebenarnya motivasi hari ini ialah berjaya lompat skipping 506 lompatan dalam masa 15 minit. Semalam petang balik kerja berjaya 401 lompatan dalam masa 15 minit juga. Sungguh tidak kusangka kegilaanku kini ialah mengeluarkan toksin dalam badan melalui peluh berduyun-duyun. Ala-ala #keepfit dan #letscans.

InshaAllah jadi asbab solat itu sentiasa ringan.

4 comments:

Ciktie said...

Wow biar betul !! ada kemajuan la

Marlina Mohtar said...

berapa harga ni lin? beli mana? I sangat jeles tau sebab lin dan kurus hahahaha

@LeenShamsh said...

cik tie: hehe..saje je bakar ibu2 yang da beranak pinak utk kembali remaje :D

kakina: kaina murah ni je RM2.50 siap meter. beli di diy..alhamdulillah Allah bg mengurus berjemaah dengan big boss..kikiki

Marlina Mohtar said...

wahh....nak cari juga malam ni =) esok i nak start diet. doakan tau =)