10.12.15

JOM KURUS (1) l KURANG MAKAN

Seumur hidup saya, saya tidak pernah ambil tahu tentang erti diet dan sentiasa beranggapan saya akan 'maintain' dan tidak mungkin membesar sehinggalah suatu hari, rakan sekerja senior saya yang pada saya agak berisi, tiba-tiba kurus secara mendadak. Hilang semua ternakan lemaknya. Beratnya yang pada asalnya 72kg kini sudah 63kg dalam masa 3 bulan berdiet dan saya ketika itu 64kg.

Terbakar!

Saya terus terbayangkan rakan-rakan seusia saya yang semakin cantik berbanding zaman comot belajar kampus dahulu. Semuanya kurus dan cantik. Saya pun membuat kesimpulan sendiri yang mereka pastinya berdiet. Dahulu makan banyak mana sekalipun, metabolisme tinggi tetapi usia yang semakin senja ini, makan kuantiti sama tetapi berat dan lemak pun semakin mewah :D.

Berat 64kg lebih kurang 3 bulan lepas, tidak pun menampakkan saya gempal atau besar tetapi cukup mendatangkan ketidakselesaan pada diri sendiri. Semenjak itu, saya mula gali-gali maklumat tentang diet dengan rakan senior duduk belakang meja saya yang mana beliau yang mempelopori untuk kurus terlebih dahulu dan hilang banyak kg juga.

Selain itu, saya ada kumpuluan Whatsup JOM KURUS! yang disertai kami 3 orang geng asrama aras sama zaman kolej dahulu. Kumpulan ini pada asalnya bukanlah kumpulan diet tetapi mahukan geng makan sama-sama di aras sama sentiasa mekar. Ceh! Rakan saya seorang ini memang pernah berdiet sebelum berkahwin dan mencapai 53kg. Melalui kawan saya seorang ini juga saya mengumpul data-data untuk kurus.

Alhamdulillah setelah maklumat-maklumat cara berdiet dengan sihat dikumpul, saya mula kurangkan makan. Setelah nampak kesan kurangkan makan, maka, bermulalah episod DIET CARA KAMI. Diet kami berdua pun berbeza. Cara yang sesuai dengan diri sendiri. Contohnya saya suka bersenam dirumah, sedangkan suami suka panjat gunung, main bola, jogging dan sebagainya. Cara orang lelaki. Begitu juga makan. Disiplin saya semasa awal, agak ketat berbanding suami.

Cara pertama saya ialah kurangkan makan. Saya mula kurangkan karbohidrat, kurangkan protein, kurangkan gula dan tepung, pendek kata kurangkan segalanya. Saya tidak makan malam kecuali waktu-waktu tertentu dan saya sentiasa tipu juga. Orang diet selepas 7 hari baru ada 'cheat day' tetapi saya pula, hari-hari ada 'cheat day':D. Menurut rakan pendiet saya, 'cheat day' ialah satu hari yang mana pendiet boleh memakan apa sahaja setelah berdiet ketat selama 7 hari.

Kesimpulan untuk episod 1, kurangkan makan. Kurangkan atau potong terus gula dalam minuman. Makan nasi sekali sahaja sehari atau tidak perlu langsung. Minum air banyak. Perut akan seperti terkena renjatan elektrik sebagai permulaan proses kurus tadi. Perasaan perut itu sama rasanya ketika kita berpuasa. Paling penting, jangan lupa ambil gambar diri sendiri dan berat ketika sebelum kurus.

Berat saya ketika ini adalah sama seperti berat zaman bujang saya, awal 20-an. InshaAllah sambung lagi nanti.

1 comment:

Cik Matahariku said...

wahh..gud news ni..jelesnya saya!apa yang buat awk berdisiplin untuk istiqamah dengan diet ni..