25.12.14

UZLAH & MUHASABAH

Semasa dalam perjalanan ke Palestin, dalam kepala saya bermacam-macam, perasaan juga pelbagai. Palestin bumi yang dibedil hebat oleh Zionis tetapi sangkaan saya tidak seperti mana yang dibayangkan. Buka tingkap di pagi hari, bumi Palestin adalah tempat yang paling indah pernah saya lawati. Tenang.

Turun dari bas ketika baru sampai, kami di sambut dengan senyuman oleh anak-anak kecil. Langsung tiada rasa takut. Kita yang pada mulanya takut, jadi berani kerana mereka semua di sana berani. [Afdlin Shauki, Mimbar Pencetus Ummah Akhir]

Saya sendiri tidak pernah mengikuti program realiti Pencetus Ummah sehinggalah saya ke rumah bonda yang mana program ini sedang bersiaran langsung ketika ini. Saya tertarik dengan kata-kata Tuan Afdlin Shauki tentang pengalaman beliau ke Palestin.

Saudara kita di Palestin hidup di alam nyata.

Bandingkan dengn realiti kehidupan kita disini. Betapa jauhnya kita. Kita berperang dengan skrin telefon sahaja terlalu kalah. Telefon pintar menjadikan kita ralit mencakarnya sehingga ianya menjadi suatu gangguan di hati. Ini keadaan saya sehingga membuatkan saya perlu memadam aplikasi facebook peribadi dan meninggalkan pages TTM, padam aplikasi telegram dan hanya membiarkan aplikasi Whatsup yang tidak sibuk sebagai cara mengatasi.

Alhamdulillah dan MashaAllah. Selepas saya padam semua aplikasi yang mengganggu, saya terasa begitu lapang. Benarlah kata zauji, saya memang tidak memerlukan facebook. Wujudnya facebook untuk tujuan promosi TTM yang memerlukan akaun personal. Maka, saya hanya meninggalkan laman Fb TTM. Hidup terasa tidak terikat lagi dengan telefon pintar.

Maka, hari ini Allah semakin beri saya faham tentang alam nyata dan bukan semata khayalan dengan bimbingan berterusan dan doa yang tidak pernah putus mereka terdekat saya. Sehinggakan saya terasa begitu banyak sampah sarap yang saya tulis selama ini. Allahu.

Hari ini saya berasa begitu bersalah dengan anak-anak saya. Betapa terlalu banyak cerita mereka yang saya hebahkan tanpa saya peduli tentang pegangan mereka apabila mereka besar. Mungkin mereka tidak suka dengan apa yang saya tulis tentang mereka selama ini.

Ulama dahulu terkenal dengan tulisan-tulisan mereka sebelum wajah mereka dikenali bahkan ada yang Allah pelihara sehingga tidak dikenali tetapi hari ini saya berasa yang saya telah 'mencabuli' hak-hak anak-anak saya yang mungkin tidak suka saya menulis tentang mereka dan memaparkan gambar-gambar mereka walau dari sisi manapun mereka sebagaimana ayahanda mereka tidak suka diikat dengan semua laman sosial. Semoga mereka memaafkan ibunda mereka atas segala keterlanjuran saya selama ini.

Wahai Allah, pimpinlah kami ke alam realiti dan bawa kami jauh pergi dari alam fantasi.

2 comments:

ummu amir hamzah said...

T_T

Samalah moga kita lebih berrealiti. Anak2 sering nak extra perhatian bila kita start 'mencakar'.
Ada satu malam tu masa ummi sedang 'mencakar' tiba-tiba shaikh amir hamzah pap tutup butang atas lock screen. Ok ummi pasrah, kurangkan tgk di waktu malam. tengok bila anak2 tidur. Hargai orang keliling.

ain said...

K.lin sayang. Ada baiknya juga k.lin menulis perihal anak2 k.lin. kami yg masih bertatih2 mahu mendidik anak sekurang-kurangnya tahu jika sumbernya dr org yg kita percaya lebih mudah untuk diguna pakai. Mungkin pendedahan itu lebih kepada cara pendidikan anak-anak☺