13.1.17

INTEGRITI

Kursus integriti. Antara kursus berbelanja besar yang tiada impak kepada peserta. Tidak kira lapisan darjat dan pangkat. Kursus membazir yang tak capai objektif.

Buat kertas kerja dengan catatan angka besar daripada yang sepatutnya. Contoh, jam ikea harga RM7.90 tetapi dalam kertas kerja harga sebuah jam itu boleh jadi 1k. Walaupun tampak memang tidak munasabah, ianya memang wujud tidak kira dalam jabatan apa sekalipun.

Banyak lagi kes yang sehingga sekarang berlegar difikiran. Jika jumlah korupsi itu melibatkan jutaan atau lebih daripada itu sehingga tidak habis makan 7 keturunan, senang juga faham. Setakat puluhan ribu, sehari pun boleh habis.

Jadi, buatlah kursus atau program berbelanja besar tetapi punca permasalahan tidak dikenal pasti, akan terus berlaku sampai bila-bila.


Semua orang kenal Sheikh Nuruddin Al-Banjari. Salah satu kepantangan sheikh ketika kuliahnya ialah bermain telefon. Beliau tidak segan-segan untuk menegur secara terbuka kepada yang berkenaan kerana pada beliau, perkata terpenting dalam menuntut ilmu adalah AKHLAK.

Akhlak kepada tuan guru. Jika masalah akhlak telah dibaiki, secara fitrahnya, akan mudah ilmu dialirkan dan serap.

Masalah integriti adalah masalah iman dan akhlak kita dalam mengurus tadbir apa-apa yang bukan hak kita. Jika tiada semua ini, manusia akan bertuhankan wang dan harta benda. Berlagak dengan limpahan harta dan kemahsyuran.

Pernah juga seorang sahabat bercerita tentang sebuah pasentran di Indonesia berkenaan kaedah penyingkiran pelajar. Pelajar yang berjemaah sempat dirakaat kedua solat Subuh juga antara asbab penyingkiran. Bayangkan betapa kualiti manusia yang tinggal di pasentran itu.

Kata Tuan Guru anak-anak juga, Sheikh Nuruddin Al-Banjari itu kita sudah nampak ketat. Adiknya sendiri lebih ketat sehinggakan ada yang berkata, jika mahukan sanad, lebih senang lagi bertalaqqi dengan Tuan Guru adik Sheikh Nuruddin.

Mahu katakan, integriti ini memerlukan pengorbanan jiwa. Perlu rendah diri dalam menuntut ilmu. Perlu letak hak Allah ditempat selayaknya.

Hal sebegini yang banyak berlaku dan berlegar dipersekiran sendiri, membuatkan kita sakit. Boleh pandang tetapi tidak boleh berbuat apa. Hanya boleh sekadar benci dihati. 

Lindungi aku dan zuriat keturunanku dari sifat tamak dunia.

No comments: