Dulu antara sebab untuk menguruskan badan kerana tersentap tanpa sengaja oleh lisan berbisa yang tidaklah diingat siapa gerangannya. Sedap sahaja lontaran kata-katanya.
Lihat sahaja orang yang berimej agama, hampir rata-rata orangnya perut lebih depan dari dadanya. Sepatutnya, dia lebih tahu akan hak perutnya. Lebih tahu hak badannya. Makna kata, lebih 'fit' orangnya kerana akan lebih berganding rapat dengan namanya puasa, berhenti makan sebelum kenyang betul.
Betul juga. Rasa terpukul sungguh. Begitulah juga ikrar kami suami isteri diawal perkahwinan untuk kekal momentum perut supaya tidak lebih daripada dada. Alhamdulillah dengan kata-kata yang pedas dan berbisa itu, Allah izinkan kami dapat semula berat sebelum berkahwin malah lebih ringan. Paling syukur dikurniakan kebolehupayaan membaca kehendak badan sendiri jika terlebih atau terkurang makan.
Sunnatullah orang yang makan berpantang, Allah bukan sahaja kurniakan tubuh yang kurus malah dikurniakan juga pakej kulit yang lebih cantik. Ketika inilah sekali lagi hati diuji malah ianya lebih menakutkan lagi.
Ujub.
Riya'.
Takabbur.
Perasaan cantik.
Masalah-masalah hati yang jika tidak dibendung awal mengundang bencana yang bukan sedikit. Masih terkesan dengan nasihat tuan guru yang dimuliakan Allah SWT, apa yang paling dirisaukannya ialah apabila penyakit-penyakit ini bersarang dihati. Suka dipandang, suka dipuji dan suka mempamer kecantikkan di sana sini.
Semenjak itu agak gentar terlalu teruja untuk mendorong. Tahap gembira turun hampir 70% peratusannya. Kita memang dituntut memakmurkan hak perut serta anggota lainnya. Namun, jangan dilupa, pokok hati yang letaknya mahmudah itu yang paling utama. Alhamdulillah masih ada yang sudi ingat-mengingatkan dan saling berpesan-pesan ke arah kebaikkan. Maka, bersyukurlah.

"Ya Allah masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang sedikit".