Showing posts with label ISK. Show all posts
Showing posts with label ISK. Show all posts

10.3.13

LAHAD DATU VERSI MONGGOL (5) BANDINGKAN!

Assalamualaikum WRT, 

Mencelah penulisan UM. Tertarik pula dengan `sejarah yang berulang`. Kita sendiri pun sebenarnya sedang mengulangi sejarah manusia-manusia terdahulu. Tanyalah diri kita sejarah manusia mana yang kita sedang ulang? Adakah sejarah manusia yang taat pada perintah Allah atau sejarah manusia yang ingkar perintah Allah? Jika amalan harian kita menelaah definisi, erti, maksud Al-Quran satu muka surat sehari, PASTI sekali kita akan jumpa sejarah manusia-manusia terdahulu yang kesahihannya tidak boleh dipertikai dan kita perlu ingat Al-Quran itu releven, sesuai hingga akhir zaman bermakna sejarah manusia yang dinyatakan di dalamnya akan berulang hingga akhirnya.


PENGULANGAN SIKAP/SIFAT MANUSIA dan kejadian serta kesannya sama. Manusia yang zalim, manusia yang sembah berhala, manusia yang tamakkan harta, manusia yang menipu/bohong, manusia sombong, manusia munafik, manusia yang menggunakan agama, manusia yang derhaka ibu-bapa/suami, manusia yang belasah isteri, manusia penzina dan berjenis-jenis lagi manusia yang ingkar perintah Allah, lihatlah bagaimana Al-Quran menceritakan sejarah mereka dan bandingkan dengan sejarah manusia yang berada di depan mata kita.

Kejadiannya sama, kesudahannya serupa. Penting juga saya rasa kita ambik masa sekejap untuk merenung dan memikirkan manusia disekeliling kita yang pernah bersama kita sama ada masih di sini atau sudah kembali ke ALAM yang kekal. (saya cadangkan sejarah hidup yang boleh kita kaji, jangan cari yang susah-susah. Cuba kaji sejarah manusia yang suka tengok tv yang melalaikan dengan manusia yang suka baca al-Quran. Manusia yang asyik bersukan dan langsung tak kenal masjid dengan manusia yang bersukan tapi selalu ke masjid) Bagaimanakah sejarah hidup mereka? dan yang lagi PENTING kita renung dan fikir sejarah hidup kita yang sedang kita tulis sekarang dan kita dah boleh jangka kesudahanya nanti bagaimana. Baca dan cuba fahamkan Al-Quran jawapannya ada di sana.

Moga bermanfaat dan sebarang kesalahan mohon diperbetulkan.

8.3.13

LAHAD DATU VERSI MONGGOL (4)

Salam penghulu segala hari. Semoga kita semua mampu meraih cahaya di antara 2 jumaat dengan berkat khatam surah Al-Kahfi. Carilah dan lapangkanlah masamu untukNya. Mudah-mudahan Allah redho kita semua menuju syurgaNya. Selawat dan salam buat kekasih kita Baginda Rasulullah SAW. Syafaatilah kami ya Rasulullah SAW! T__T

Kesinambungan daripada entry-entry terdahulu, seperti yang dijanjikan kita akan menyoroti sirah kekalahan Baghdad di tangan Tartar yang dipimpin oleh HULAGO KHAN yang dikarang oleh sejarawan terkenal abad ke-13 iaitu Muhyiddin Al-Khayyat yang menceritakan bagaimana pergeseran antara sunni dan syiah,  juga antara pengikut pengakap mazhab Syafi'i dan Hanafi membawa kepada kejatuhan yang amat dahsyat di Baghdad!

Di sinilah letaknya Baghdad.

“Sejak bertahun-tahun lamanya telah timbul pergeseran yang dasyat antara pengikut Sunni dan Syi’ah, juga antara pengikut mazhab Syafi’I dan Hanafi. Pertumpahan darah sering terjadi dalam setiap pertikaian yang timbul diantara golongan-golongan yang saling bertentangan itu. Pada saat itu khalifah yang berkuasa ialah al-Mu’tasim, sedangkan wazirnya Muayyad al-Din al-Qami, seorang tokoh Syi’ah terkemuka.

Amir Abu Bakar, putera khalifah, dan panglima Rukhnuddin al-Daudar sudah lama menaruh dendam kepada wazir al-Qami. Pada suatu hari Amir Abu Bakar memerintahkan tentera menghancurkan tempat tinggal puak Syi’ah. Peristiwa ini dirasakan oleh wazir sebagai pukulan yang hebat terhadap dirinya. Diam-diam dia berutusan dengan Hulagu dan mendorong panglima Mongol dari Transoxiana itu segera berangkat merebut ibukota Baghdad. Hulagu pun datang dengan ribuan tentaranya pada bulan Safar 656H dan mengepung Baghdad. Dengan persetujuan khalifah, panglima al-Daudar membawa pasukan tentara Baghdad untuk mengusir tentera Mongol. Tetapi malang tidak dapat dielakkan. Pasukannya kalah teruk dan dia sendiri terbunuh dengan kepala terpisah dari badan.

Sisa pasukannya menyelamatkan diri ke balik tembok ibukota yang kukuh dan sebahagian lagi melarikan diri ke Syiria. Setelah itu wazir al-Qami menemui Hulagu atas persetujuan Khalifah al-Mu’tasim. Rundingan dilakukan antara kedua – dua pihak. Wazir dan pengiringnya pulang ke dalam kota, dan setelah terjadi kekecohan diapun berkata kepada khalifah: “Hulagu Khan berjanji akan tetap menghormati Tuan sebagai khalifah, seperti mereka mengakui Sultan Konya. Bahkan ia hendak mengawinkan seorang puterinya dengan putera Tuanku, Amir Abu Bakar !”

Saya ringkaskan sahaja peristiwa ini untuk memudahkan pemahaman. Semasa ini pemerintahan dipimpin oleh khalifah al-Mu'tasim dan wazirnya adalah al-Qami iaitu seorang syiah yang terkemuka. Amir Abu Bakr yang juga anak kepada khalifah serta panglima khalifah telah lama berdendam dengan Al-Qami dan memerintahkan tentera hancurkan kampung syiah. Si Al-Qami syiah ini rasa tercabar dengan anak khalifah dan terus meminta monggol datang serang Baghdad.

Monggol pun apa lagi, datang serang dan takluk dan menjanjikan untuk mengahwinkan puterinya dengan putera khalifah, kata wazir al-Qami ini tadi. Khalifah dengan seluruh kerajaan, hakim dan keluarga yang dilaporkan sekitar 3000 orang keluar istana untuk bertemu Hulago Khan. Mereka disambut dengan ramah tetapi akhirnya, agak-agak apa yang terjadi?

MEREKA SEMUA DIBUNUH tanpa tersisa! Tinggal Al-Qami syiah yang bersekongkol dengan Monggol. Apakah nasib si pengkhianat ini? DIA DIBUNUH DENGAN LEBIH KEJAM BERSAMA KELUARGANYA! Kerana apa? Menurut Hulago, Al-Qami sepatutnya mendapatkan hukuman yang lebih kejam lagi kerana dia khianat kepada orang yang memberinya kepercayaan.

Lihatlah kes ini dan kita juga boleh kaitkan lagi dengan sejarah kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Sejarah itu sunnatullah yang akan berulang dan terus berulang. Kita lihat pula hari ini dan bandingkan perjalanan drama yang lebih kurang sama. Ianya sama sahaja tetapi berbeza bergantung kepada peredaran zamannya.

Maka, bermulalah era kekuasaan Monggol atau Bani Ilkhan di Baghdad hasil daripada pengkhianatan. Era hitam ini berlalu hampir 600 tahun lamanya sebelumnya datangnya mujahid yang akan kembali menjulang Islam. Mengikut sejarah, sesuatu tamadun paling lama dapat bertahan selama 600 tahun dan sesuatu tamadun itu akan goyah dan pincang seterusnya akan jatuh dan digantikan dengan tamadun yang lain. Begitu juga hari ini. Sesuatu kerajaan yang telah lama memerintah akan digilirkan dengan pemerintahan yang lebih baik.

Lihat sahaja kerajaan arab-arab boneka yang digulingkan rakyatnya seperti yang berlaku di Mesir. Hosni Mubarak digantikan dengan Muhammad Morsi! Hidup Morsi! Muammar Ghadafi di Libya. Saddam Hussin di Iraq dan contoh paling baik untuk menunjukkan yang Allah akan gantikan dengan sesuatu pimpinan seperti yang terjadi di Tebing Barat, Palestin.

Di Palestin ada 2 parti islam iaitu HAMAS dan FATAH. HAMAS ini di Gaza yang diperintah oleh Ismail Haniyyeh. FATAH pula pimpinan Mahmud Abbad berkuasa di tebing barat setelah menjatuhkan kerajaan Yassir Arafat. Masih belum faham dan kabur? Contoh paling jelas dan dekat dengan kita, dalam negara kita sendiri. Kerajaan hijau mentadbir sebahagian Malaysia dan kerajaan biru yang sebahagiannya yang lain. Faham? Ops daulat! Salah. Jangan tanya soalan begitu. Apakah yang anda faham? Teknik bertanya gaya Rasulullah SAW. Bukan soalan yang jawapannya Yes No :D.

Apakah yang terjadi kepada Monggol? In shaa Allah entry terakhir menyusul mengikut masa panglima-panglima Ramadhan saya beribadat dengan tidur, pasti dengan izin Allah :).

6.3.13

LAHAD DATU VERSI MONGGOL (3)

Sebelum kita sambung balik kisah si Monggol ini, jom kita tengok kisah monggol ini sebenarnya berlaku di zaman apa dan siapa hero-hero popular dan watak antagonis dalam setiap tamadun untuk rakan-rakan lebih faham apa yang sebenarnya berlaku dalam sejarah sebenar kita.

1. Mekah (13 tahun) + Madinah (10 tahun) [610-633M] - Rasulullah SAW
Peperangan mengikut urutan:
* Badar
* Uhud
* Khandak/Ahzab
* Peperangan Yahudi Bani Quraizah
* Perjanjian Hudaibiyyah
* Pembukaan Mekah
* Tabuk
* Muktah

2. Khulafa' Ar-Rasyidun - Abu Bakr (2T) + Umar (10T) + Uthman (12T) + Ali (5T)

3. Kerajaan Bani Umayyah - Muawiyyah + Yazid + Umar Abd. Aziz

4. Kerajaan Bani Abassiyyah - Ustaz kepada alam : rujukan seluruh dunia di bawah satu pemerintahan khalifah
* ketika inilah kepesatan ilmu
* lahir ulama' mazhab
* penemuan-penemuan sains dan kemajuan intektual dan pembangunan fizikal, zaman lahirnya pelbagai gelaran yang kita panggil 'ibnu' di pangkalnya, Al-Khawarizmi, Al-Kindi dan sebagainya
* khalifah popular : Abu Abbas, Abu Jaafar, Harun Al-Rasyid & Abdullah Al-Makmun
* Perang Salib dan dibebaskan oleh Salahuddin Al-Ayyubi
* Tentera Monggol serang dan dibebaskan oleh Qutuz yang punya kredebiliti seperti Salahuddin

5. Kerajaan Turku Uthmaniyyah - khalifah terakhir pada 3.3.1924
*Sultan Muhammad Al-Fateh

Saya harap sedikit penerangan di atas mampu kita bayangkan setiap peristiwa berlaku di zaman apa. Maksudnya Monggol ini berlaku setelah kisah mahsyur Salahuddin Al-Ayyubi dan sebelum Al-Fateh membebaskan Constantinopel. Ianya di zaman bani abasiyyah.

Kronologi daripada entry-entry sebelum ini, Salahuddin telah menakluk Palestin semula dan datang Monggol ketika ummat Islam leka dan lalai dengan tarbiyyah dan jihad. Bermulalah era peperangan muslim dengan muslim sebagaimana kita hari ini. Semuanya hasil-hasil tangan musyrikin. Jadi, jangan terkejut kenapa negara kita sering bertelagah angin dengan negara-negara disekitar kita yang mana kita semua adalah saudara seakidah.

Cuba lihat kita dengan Indonesia. Cuba lihat kita dengan Sulu. Kenapa agaknya kita sering bergaduh dengan perkara yang tidak masuk dek akal. Batik pun boleh jadi isu. Intai pula negara-negara kafir  kawan rapat si Yahudi laknatullah di sekitar kita. Akhirnya, pulau batu putih, kita orang Islam berputih mata sahaja, sedikit-sedikit tanah kita diambil. Hampir di setiap penjuru negara kita boleh terancam dek kerana jahilnya kita. Siapa punya angkara? Siapa dalangnya?

Berbalik kepada isu Monggol yang marah kerana saudagar Monggol terbunuh di Bukhara, ummat sesama ummat juga bertelagah dan tiada semangat jihad. Pemimpin islam dalam keadaan berpecah belah, tidak bersatu. Lepas Genghis Khan mati, OGATAI yang sambung legasi atok Genghis. Peperangan lebih dahsyat dan buruk berlaku atas sebab ummat dan pemimpin ketika itu. Lebih kurang kita hari ini bukan?

Semasa Ogatai ini, dikisahkan seorang tentera Tartar boleh masuk ke dalam sebuah kampung dan bunuh semua penduduk tanpa tentangan sesiapa. Kisah lain, ada tentera yang tanpa senjata dan menyuruh pemuda muslim tiarap muka melekap ke atas tanah dan tentera tersebut keluar kampung mengambil senjata. Pemuda tadi boleh tiarap tidak bergerak ikut arahan tentera sehingga dibunuh tentera yang mengambil sejata itu tadi. Begitulah apabila tiada semangat jihad. Kita ketakutan. Hari ini, saya juga bertanya pada diri, andai ketenangan kita hari ini dirampas, adakah saya mampu bersama di saf pertama untuk menentang musuh T__T.

Ogatai mati dan diteruskan oleh HULAGO KHAN. Kisah ummat Islam ketika ini sangat menyedihkan kerana semasa inilah Baghdad jatuh tersungkur! Tentera kita kalah. Bagaimana Baghdad boleh jatuh sebegitu teruk? Hanya Mesir dan Syria masih belum mampu ditumbangkan kerana pemimpin di sana masih kuat. In shaa Allah saya kongsikan karangan sejarawan terkenal abad ke 13, Mukhyiddin Al-Khayyat yang cukup menyedihkan.

Berlapang dadalah dengan sunnatullah pergiliran. Setiap nyawa adalah amanah yang perlu dipertanggungjawabkan. Kita perang pun sesama kita. ALLAH peliharalah saudara-saudara seakidah kami T__T.

5.3.13

LAHAD DATU VERSI MONGGOL (2)

Secara peribadi, saya cukup terkesan dengan bilangan anggota polis yang terkorban baru-baru ini. Nyawa bukan percaturan. Kita sesama Islam. Kenapa tiada kasih sayang? Kerana kita tidak ada sikap berlapang dada sesama kita. Kita tidak bersatu. Bacaan doa qunut dalam solat Subuh pun kita boleh bertelagah. Pegang Quran dalam hadas pun kita susah menerima perbezaan pendapat ulama. Baca yasin hari Jumaat pun kita mahu pertikaikan. Aduhai lemahnya kita hari ini. Memang inilah peperangan pemikiran yang tentera salib era moden mahukan. Sedarkah kita?

Sejarah kita sejak dahulu telah membuktikan kejatuhan tamudun demi tamadun sememangnya berpunca dari konflik dalaman yang cukup meruncing. 'Orang makan orang'. 'Orang tikam orang'. Sejak zaman peradaban jahiliyyah Rom dan Parsi lagi. Yang haq akan sentiasa haq dan yang batil akan terbongkar juga lebih-lebih kita yang hidup dalam generasi x dan y yang begitu canggih dengan gajet. Kisah hari ini sememangnya tidak akan lari dari sunnatullah yang sejarah itu akan berulang dan sentiasa berulang. Jalan cerita yang sama tetapi dalam latar belakang yang berbeza mengikut perubahan zaman.

Serangan Monggol yang disifatkan bagai keturunan anjing yang wajah rajanya umpama binatang buas menurut penulis, Monggol menyifatkan yang Tuhan mencipta mereka dari api neraka dikirim Allah buat peringatan bagi ummat yang bertelagah. Masih segar diingatan saya saat murabbiahku memberikan kata-kata semangat tentang serangan Tartar ini. Bayangkan perpustakaan terbesar dunia yang menyimpan berjuta jilid dari jutaan buku dari para ilmuan Islam dahulu, di buang di dalam sungai Tigris sehingga kuda-kuda mampu melintas sungai dek kerana banyaknya buku-buku yang memenuhi sungai tersebut. 

Sekiranya dibayangkan, kita akan sayang khazanah ilmu yang terlalu banyak di Baitul Hikmah tersebut tetapi kita perlu sentiasa ingat yang Allah ciptakan masalah buat kita pasti bersebab. Contohnya dalan kes baitul hikmah ini, menurut murabbiah saya dahulu, semasa era abasiyyah ini, banyak ilmuan dan buku-buku kita telah dipengaruhi oleh ilmu falsafah barat. Jadi, asbab ini Allah datangkan bencana ini untuk menghapuskan segala ilmu yang tidak benar itu dari terus berkembang. Kenapa Allah kirimkan kes Lahad Datu? Pasti ada hikmah yang Allah mahu tunjuk pada kita semua.

Sebagai Islam dalam kehidupan kita, tiada istilah KEBETULAN. Segala yang terjadi hari ini, sistem yang terlaksana hari ini adalah hasil PERANCANGAN tangan-tangan musyrikin yang mahukan Islam jatuh tersunggur malah terbenam dalam perut bumi. Itu matlamat mereka. Perancangan yang cukup teliti, mampu menjadikan jalan ceritanya umpama semula jadi tanpa cacat celanya.

Jadi, di era penguasaan tentera Monggol itu tadi, wilayah Islam semakin berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Maka peperangan demi peperangan pun bermula apabila musuh meneguk di air yang keruh. Masa inilah masa keemasan yang mereka tunggu apabila kita tidak bersatu. Ianya bermula apabila 3 orang saudagar dari Bukhara datang ke wilayah Monggol dan orang-orang Monggol menyiksa semua ahli rombongan dan segala barangan mereka dirampas.

Masih ingat GENGHIS KHAN di entry semalam? Si Genghis Khan ini pula menirim 50 orang saudagar Monggol untuk membeli barangan dagangan di Bukhara tidak lama selepas kejadian Monggol membunuh saudagar dari Bukhara itu tadi. Jadi, atas perintah amir Bukhara, 50 orang saudagar Monggol itu tadi dibunuh.Genghis Khan sangat marah dan menyerang kerajaan Khawarizmi dan negara sekitar Asia Tengah. Setelah 3 tahun, Monggol berjaya menakluk seluruh China yang besar itu.

Era Genghis Khan ini, mereka berjaya menguasai wilayah Khawarizmi, Asia Tengah termasuk Afghanistan dan India utara. Kemudian, setelah si Genghis Khan ini mati, OTAGAI cucunya menyambung legasi kejam rejim Monggol dengan lebih kejam dan dahsyat lagi. Matlamat OTAGAI ialah menguasai Rusia dan Eropah. Besar betul matlamat si Tartar yang kejam ini. Bukanlah Rusia itu besar dan Eropah juga benua yang luas? Suasana ketika ini sangat teruk kerana pemimpin Islam juga dalam keadaan berpecah menanti belah. Ummat ketika itu juga semakin pengecut dan hilang semangat jihad.

Pergeseran yang amat dahsyat antara Sunnah dan Syiah telah bermula semenjak zaman ini lagi. Juga pengikut mazhab Syafie dan Hanafi. Pertumpahan darah sering berlaku akibat daripada tiada berlapang dada tentang hal ini. Ianya masih berlaku sehingg hari ini walhal ulama-ulama telah bersepakat lama tetapi ummat tetap mahu bertelagah. Usahlah ditimbulkan lagi hal-hal sedemikian kerana kita punya masalah yang lebih besar dalam misi menyelamatkan ummat dari malapetaka yang kita cipta sendiri asbab  mahu tunjuk siapa lebih betul. Setujukah?

Menulis blog kali ini bagai rasa memecut di atas trek olahraga. Berkejar-kejaran antara ummat dan ummat. Saya rasa seronok untuk berkongsi andai tulisan-tulisan saya mampu menyentuh hati dan membuka minda rakan-rakan yang dirahmati Allah. Apa yang kita perlu sedar, kita perlu memulakan dengan diri kita sendiri agar ummat diluar sana yang masih tidur, kita mampu kejutkan walau hanya dengan keyboard di laptop, cucuk pensel sebelah rakan, untuk kita bersatu dan membina sifat berlapang dada. Lihatkan mereka dengan kasih sayang. Jangan dicipta persengkataan yang melibatkan perihal furuk. Andai Allah campakkan taufik dan hidayah, tentu mereka jauh lebih baik daripada kita ;).

In shaa Allah saya ingin sambung entry ini dengan apa yang dikatakan 'perancangan dalaman' sehingga kerajaan malah satu tamadun demi satu tamadun mampu diruntuhkan. Nantikan Lahad Datu Versi Monggol edisi 3 pasti dengan izin Allah! ;)

Hari ini berapa orang lagi perlu dikorbankan dalam perancangan?

4.3.13

LAHAD DATU VERSI MONGGOL (1)

Malam semalam saya mencuri masa beberapa ketika setelah anak-anak tidur untuk mencari tahu berkenaan isu Lahad Datu yang sedang hangat disembangkan di mana-mana. Secara keseluruhan dari satu blog melompat ke web yang lain, terlalu banyak spekulasi yang masing-masing dengan andaian sendiri. Politik bukanlah tema pilihan blog BAi tetapi kali ini saya ingin membawa rakan-rakan yang dirahmati Allah untuk menyoroti sebuah sunnatullah pergiliran yang Allah telah tetapkan.

Islam pernah menjadi 'ustaz' kepada alam ini di era abasiyyah  yang mana kita telah menguasai 2/3 dunia di bawah seorang khalifah asbab perutusan Salahuddin Al-Ayyubi yang berjaya menundukkan tentera salib yang menguasai Palestin 99 tahun lamanya. Sunnatullah pergiliran yang Allah tetapkan, sesebuah negara yang semakin lupakan Allah, lemah aqidah, rosak akhlak akan digantikan dengan ummat yang lebih kuat seperti mana kita yang duduk di dalam sistem zionis hari ini. Kita duduk di bawah semua sistem yang dipisahkan agama daripada kehidupan tidak kira dari sistem pendidikan, ekonomi, politik, semuanya kita mengikut sistem ciptaan manusia yang berubah dek zaman sedangkan sistem Allah? Ianya relevan sepanjang masa!

Jadi, di masa kita berada di puncak rujukan seluruh alam yang mana kita terlalu mewah dengan material, Allah kirimkan tentera Monggol untuk memberi peringatan kepada kita. Ratusan ribu mayat bergelimpangan. Bangunan yang megah dulunya menjadi penempatan tidak berpenghuni. Tentera yang busuk dan keji itu tadi sedang memenggal kepala ratusan ummat islam ketika itu. Kepala itu tadi dikelaskan  kepada kepala wanita, anak, orang tua. Air Sungai Dajlah atau Tigris berubah seakan dakwat . Al-Quran dipijak dan dilempar. Tentera Monggol menguasai dari Timur negeri China hingga barat Poland, utara Rusia dan selatan Parsi ditundukkan dengan pantas. Betapa lemahnya kita ketika itu!

Tokoh antagonis utama ketika ini adalah GENGHIS KHAN dan cucunya seperti OGOTAI, BATU, HULAGU dan KUBLAI KHAN. Atok mereka GENGHIS KHAN ini adalah seorang yang kejam dan bengis semasa menjatuhkan lawan-lawannya. Contohnya, pernah ada pemimpin yang ditangkapkan direbus hidup-hidup! Padanya, erti sebuah kebahagian apabila dia mampu menaklukkan musuh, mengejar mereka sehingga tertangkap, rampas harta mereka, puas melihat saudara-mara yang tertangkap menjerit dan meratap, merampas kuda-kuda mereka, memeluk dan memperkosa isteri dan anak-anak gadis mereka! Keji!

Apa kaitannya saya membawa kisah rejim Monggol ini dengan kisah Lahad Datu? In shaa Allah saya sambung lagi nanti. Banyak kerja perlu diberekan dahulu ;).

Nyawa bukan satu perjudian manusia!
Ya Rabb! Selamatkan saudara-saudara kami yang tidak berdosa di sana!

3.3.13

3.3.13 = GENAP 89 TAHUN

Siapa dia ini? Apa kaitannya dia dan angka 3.3.13 = genap 89 tahun?

SISTEM PENDIDIKAN TENTERA SALIB MODEN (1)

Sebelum hilang daripada ingatan, saya catatkan disini. Jumaat sebelah malam selepas isyak adalah masa kualiti  kami sekeluarga di BAi. Ayahanda kepada Muhammad dan Abdullah memanggil saya. "Sini kita mahu tunjukkan sesuatu. Bacalah!" sambil menaip alamat web yang baru dibacanya di taman taqwa Muhammad dan Abdullah. Laman sesawang yang ditaipnya sememangnya tidak asing lagi untuk penggemar tulisan Prof. Kamil dan penulis-penulis tamu di Universiti MKI versi maya. http://muhdkamil.org/pensyarah_tamu/roza_roslan. Ianya berkisar sistem pendidikan di Saudi.

Puan Roza ditawarkan untuk mengajar subjek pengurusan buat pelajar perempuan di universiti yang sama dengan Prof. Kamil. Apa yang membuatkan Puan Roza terima tawaran tersebut, salah satunya adalah sistem universiti yang mengasingkan siswa dan siswinya. Apa yang menarik, apabila Puan Roza memasuki kawasan siswi, pelajar siswi yang tadinya berkelubung hitam yang hanya menampakkan mata sahaja telah bertukar rupa. Semua mereka berpakaian moden dan canggih. Berseluar, berskirt denim.

Yang kedua, apa yang lebih menakjubkan, apabila masuk waktu solat sahaja, semua siswi akan terus meninggalkan perkara-perkara yang mereka kerjakan. Maka, terjawablah persoalan peti-peti harta karun yang ada disetiap pepenju koridor. Disitu diletakkan sejadah untuk memudahkan mereka solat. Mereka solat di koridor, kaki lima dan sebagainya yang tidak mampu saya bayangkan kerana kita dan saya sendiri yang berkecimpung dalam bidang pendidikan, tidak pernah melihat keadaan seperti itu terjadi. ALLAH jauhnya kita!

Beza pula dengan kupasan solat Subuh oleh Prof Kamil dalam tulisannya sebelum ini. Masalah solat jemaah lebih-lebih lagi solat Subuh adalah masalah sejagat! Apa yang lebih menyedihkan, siswa yang bakal-bakal ustaz juga tidak terkecuali. Ya selagi mana ianya bernama manusia tetapi saya berpegang, orang yang belajar, mendalami agama, mereka semestinya lebih faham dan perlu amal kerana gelaran 'ustaz' itu sendiri berat. Solat berjemaah, ikhtilah perlu seiring.

Jika ditanya, katakan seorang junior yang masih dalam dilema antara seorang jurutera dan seorang ustaz yang manakah pilihan kalbu. Pada pendapat saya, solat berjemaah saya akan letak paling atas kerana saya memikirkan nasib-nasib anak-anak lelaki saya kelak dan yang terpenting, si lelaki tadi yang boleh menjaga Allah sebaiknya, in shaa Allah mampu menjaga keluarganya juga sebaiknya. Kemudian, ikhtilat. Sekiranya seorang jurutera lebih merendahkan pandangan, menjaga hubungan antara nampak dan tidak (contohnya SMS tanpa urusan syarak) berbanding ustaz tetapi punya sifat sebaliknya, wahai adik, anda pasti jawabnya apa. Solatlah istikhorah minta petunjuk Allah ;).


Berbalik kepada sistem pendidikan Saudi yang mengujakan tadi, mari kita selongkar 'perang salib era generasi x dan y' kita hari ini. Perang salib dahulu, tentera Allah dibawah Solahuddin Al-Ayyubi bertempur membebaskan Palestin daripada cengkaman tentera salib selama 99 tahun tetapi perang salib generasi x dan y hari ini bukan lagi dengan senjata tetapi dengan MERACUNI PEMIKIRAN orang Islam seluruh dunia! Bagaimana caranya?

1. Sekularisme. Memisahkan kehidupan dengan agama. Agama untuk Tuhan dan negara untuk semua. Sama juga kisahnya dasar 'pecah perintah'. Kita dipisah-pisahkan dengan semangat kebangsaan dan bukan Islam. Jadilah seperti hari ini. Palestin dikelilingi negara-negara Arab tetapi setiap negara Arab hanya sibuk untuk negaranya sahaja. Walhal kita muslim tidak terpisah kerana kita menyambah hanya satu, ALLAH swt.

2. Mencipta pelbagai fahaman yang sesat untuk umat Islam saling bermusuh dengan menyatakan setiap fahaman yang mereka bawa itu betul.

3. Taja pelajar pelajar belajar di luar negara dan 'cuci otak' mereka. Tanamkan keraguan ke atas hadis-hadis Nabi, mencela sejarah dan mempebesarkan sehingga ke seluruh dunia. Mereka akan disogokkan dengan ciptaan dan falsafah barat, walhal Islam zaman awwal telah menemuinya terlebih dahulu daripada mereka! Terdapat seorang ulama' Al-Azhar yang belajar di Paris dan hasilnya, dia menyatakan yang tarian dikalangan remaja berlainan jantina adalah SENI dan SENAM!

4. Menanam cara berfikir yang tentera salib moden inginkan dengan cara merosakkan silibus pendidikan Islam di sekolah dan IPT. Silibus pendidikan Islam kini dipandang 'boring' dan jauh dari semangat jihad dan izzah terhadap agama selain masanya yang terlalu singkat. Pengajian di pondok, madrasah, tahfiz dianggap kolot dan tidak bertamadun! Ibu bapa hari ini lebih bersifat materialistik dengan mengukur pandai anak. Anak dapat 5A UPSR yang dibangga-banggakan. Berjalan pun kepala mendongak langit. Dan apabila ditanya, solat anak-anak cukup ke 5A? Beginilah pemikiran terbalik yang tentera salib moden inginkan!

5. Isi yang kelima ini ada kena mengena dengan entry Puan Roza iaitu tentera salib mahukan sistam co-education yang mana pencampuran antara lelaki dan perempuan. Apa natijahnya kepada anak-anak kita? Lambakan bayi terbuang sama ada hidup atau mati tanpa bin dan binti. Maksiat berleluasa tanpa segan sehinggakan ibu ayah yang wajib melindungi anak-anak gadisnya tiada perasaan apabila anak-anak gadis kita dibawa teman lelakinya keluar untuk 'dating'.

6. Haram ditukar istilahnya kepada KEBEBASAN. Jika anak-anak kita hari ini nampak mesra sesama rakan berlainan jantina, maka ianya bukan HARAM jadah tetapi ianya adalah wajar di masa usia remajanya dan bukan atas sebab dorongan al-hawa durjana. Ianya adalah sebuah KEBEBASAN! Inilah yang diingini tentra salib era moden yang mana persahabatan lelaki dan perempuan yang melakukan aktiviti bersama akan bersentuhan, kemudian berpegangan tangan, dan seterusnya membawa kepada malapetaka besar iaitu ZINA! Sebab itu Allah berfirman:


7. Tentera salib era moden ini lebih keji kerana mengeksploitasikan wanita dengan pergaulan bebas di semua lapangan dari sekolah, IPT sehinggakan di tempat mereka bekerja untuk merealisasikan protokol cendiakawan yahudi, "KITA WAJIB BEKERJA UNTUK MERUNTUHKAN AKHLAK DI SEMUA TEMPAT!"

Kesimpulan besar yang saya mahu simpulkan, semua yang terjadi tiada istilah KEBETULAN! Ianya adalah sebuah PERANCANGAN! Perancangan yang sangat halus melalui sistem pendidikan!  Mereka mahu generasi Islam hari ini lahir menepati kehendak penjajahan pemikiran. Generasi Islam yang lahir hanya kerana syahwat. Belajar kerana syahwat. Bekerja dan mengumpul harta kerana syahwat dan memegang jawatan juga kerana syahwat! Alternatifnya adalah melalui senjata TV, wayang, akhbar, buku, majalah, ASTRO, komik, kartun dan semuanya selagi mana ianya dekat dengan kita dan kita tidak merasa yang Allah itu ada! Maka benarlah. Semua perancangan mereka sejak 100 tahun yang lalu sesungguhnya BERHASIL!

Sekian, tulisan yang tertangguh sejak semalam. In shaa Allah kita gali lagi apa yang zionis mahu diseluruh dunia berlaku! Mohon ilham dan rahmat Allah berpanjangan agar lebih ramai ummat Muhammad SAW yang faham dan akan bertindak mengikut kemampuan in shaa Allah!

22.2.13

SIRI (2) WW- JAWAPAN X DAN Y

Salah satu kaedah makcik murobbiah saya membiat kami 'hangin panas' sebab semangat ingin tahu yang mendalam ialah kaedah 'menggantung soalan'. Contohnya entry-entry saya yang suspen haha! Begitulah si makcik buat semasa kami baru berjinak-jinak dengan dunia ceria bersama bulatan riang ria edisi muda remaja jelita :D. Siapa kenal Syed Qutb? Kalau mahu kenal siapa dia, kita jumpa bulatan riang ria minggu hadapan. Begitulah kurang lebih cara membuat kami panasaran!

Berbalik kepada entry sebelum ini, saya janjikan untuk menulis kenapa Allah pilih tanah Arab sebagai perintis agamaNya sedangkan ROM dan PARSI adalah 2 kuasa besar dunia ketika itu diikuti Greek dan India. Dua peradaban dua ini hidup dalam keadaan jahiliyyah yang amat dahsyat tetapi ianya tidak disifatkan sebagai rom jahiliyyah mahupun parsi jahiliyyah sebagaimana orientalis memperkenalkan 'arab jahiliyyah'.  Ini adalah agenda 'mereka' untuk menutup peradaban mereka yang sungguh rosak binasa. Saya cuba menulis dengan sedikit pengetahuan saya yang cukup dangkal yang saya perolehi melalui halaqah dan bacaan. Mohon diperbetulkan andai tersilap fakta.

PARSI
Kita mulakan dengan peradaban Parsi. Kalau dilihat pada peta, PARSI ada disebelah kanan Tanah Arab. Parsi ditadbir oleh pemerintah yang beragama Majusi. Antara ajaran jahiliyyah yang mendokong agama ini adalah anak lelaki dibolehkan berkahwin dengan ibunya sendiri, anak perempuannya atau adik perempuannya sendiri. Salah seorang pemerintah semasa abad kelima yang berkahwin dengan anak perempuannya sendiri! Mereka memegang yang pemilikan wanita tiada hadnya.  Lebih kurang seperti tandas awam, taman permainan, perempuan disamakan. Hak milik bersama. Adakah patut? Dahsyat bukan?

Ehsan google DISINI.

ROM
Realiti peradaban parsi jahiliyyah seperti  yang dinyatakan di atas sahaja sudah meloyakan, peradaban ROM lebih lagi jahiliyyah dan BODDO (kate UAI ;).  Rom pula berada di bahagian kiri tanah arab. Tuhan mereka adalah seorang KAKI MABUK! Ada yang mereka angkat sebagai tuhan mereka, berzina dengan 3 dewa dan melahirkan 3 anak yang menjadi dewa cinta. Apa punya karut manusia di zaman ini.

Melihatkan keadaan ROM yang semakin rosak dan tamadun ROM diambang kejatuhan, pemerintah menukar agama mereka kepada agama Nasrani sebagai agama boneka. Peradaban Rom ketika ini adalah untuk meluaskan kuasa jajahan. Sebab itu, orang atasan takut andai tamadun mereka jatuh tersungkur.

Rom ini mewah tetapi pemerintah yang zalim memeras rakyat melalui cukai yang tinggi, pembunuhan dan pelbagai jahiliyyah sehingga tamadun ini jatuh menyembah bumi disebabkan seks bebas dan keruntohan akhlak yang dahsyat!

Ehsan google DISINI.

TANAH ARAB
Tanah arab yang berada di antara 2 peradaban dunia ketika itu adala suatu kawasan yang sentosa lagi aman damai. Mereka jauh dari akhlak-akhlak busuk dan buruk sebagaimana Rom dan Parsi tadi. Kita mulakan dengan kisah Nabi Ibrahim a.s. Masih ingat kisah Hajar dan Sarah?

Ringkasnya, Nabi Ibrahim berkahwin dengan Sarah lama tetapi masih tidak dikurniakan zuriat. Nabi Ibrahim diperintahkan pula berkahwin dengan Hajar dan dikurniakan Ismail. Atas perintah Allah, Hajar dan Ismail ditinggalkan di Mekah yang ketika itu kawasannya tandus dan kering. Kenapa Allah perintahkan demikian?

Kerana ianya membawa impak yang cukup besar sehingga ke hari ini iaitu pembukaan KOTA MEKAH! Bagaimana? Ingat ketika kita melakukan ibadat umrah dan haji? Saie' (berlari-lari anak antara Safa dan Marwa) iktibar dari kisah Hajar yang mencari air untuk Ismail. Ismail pula ketika itu menangis sambil mengesot kakinya ke lantai pasir sehingga terbit mata air dengan izin Allah. Air itu adalah air dari syurga dan masih kekal sehingga ke hari ini. Ia adalah AIR ZAM-ZAM!

Anak-anak Ismail semakin ramai tanpa mengenali sembahan berhala. Menjadi amalan mereka untuk membawa batu dari tanah haram  apabila keluar daripada Mekah. Di mana tempat mereka singgah, mereka akan tawaf batu tersebut sebagai tanda rindu kepada Mekah. Saya jadi teringat kisah seorang wanita yang solat, sujud di atas batu di suatu masjid zaman belajar namun saya tidak pasti apakah kes solat wanita ini ada kena mengena dengan kisah batu ini. Ini kisah sebelum Islam datang dan ummat Arab masih 'suci' daripada peradaban bodoh di kiri dan kanan mereka.

Keadaan berubah apabila datangnya 'Amru bin Luhay yang Rasulullah SAW pernah bersabda, Baginda SAW pernah nampak Amru ini menarik berhala kayunya masuk ke dalam neraka kerana dialah orang pertama yang mengubah agama Ismail yang membawa berhala yang diberi nama HUBAL diletakkan di atas Kaabah! Maka, penyembahan berhala terus tersebar dikalangan masyarakat arab ketika itu secara berleluasa. 3 berhala yang paling glamor ketika itu adalah Al-Lat, Al-Uzza dan Manat (lihat surah An-Najm: ayat 19-20).

ARAB vs PARSI & ROM
Dibandingkan dengan arab dan Parsi serta Rom, tanah arablah yang lebih suci daripada kekotoran jahiliyyah peradaban Parsi dan Rom. Mereka kurang ilmu. Mereka membunuh anak perempuan semata-mata mempertahankan muruah dan belanja besar untuk kehormatan sebagai tujuan utama. Bukanlah seperti Parsi yang menafikan hak wanita. Bukan juga seperti Rom yang rosak apabila menjadikan pemabuk, penzina sebagai Tuhan mereka.

Seorang Profesor Mesir berpendapat, Muhammad Al-Mubarak mengatakan, "orang yang memerhati dan memandang kepada bangsa Arab akan dapat melihat bagaimana Bangsa Arab boleh berdiri di masa silam di tengah-tengah 2 tamadun yang melebar di kiri dan kanan...." [ISK, Thoriq Ahmad].

Orang Arab juga bangsa yang merendah diri dan mereka tidak bermega-megah dengan tamadun kerana mereka belum ada tamadun lagi ketika itu sebagaimana tamadun jahiliyyah Rom dan Parsi. Maka, lebih mudah ditempa 'logam' mereka dan diperbaiki berbanding ummat yang keras dan berakhlak busuk sebagaimana tamadun Rom dan Parsi itu tadi.

Jadi, istilah ARAB JAHILIYYAH yang kita guna pakai di dalam buku-buku teks sekolah agama mahupun sekolah kebangsaan adalah mainan orientalis untuk menunjukkan Islam itu buruk. Walhal, tamadun mereka lebih parah dan buruk! Malah mereka menggunakan perkataan TAMADUN ARAB dan bukan TAMADUN ISLAM serta disebar luaskan untuk menunjukkan kebencian mereka kepada ISLAM. Pada mereka ISLAM adalah punca masalah mereka.

Kesimpulannya di sini, kenapa Allah pilih ISLAM untuk dirintis di Tanah Arab kerana, Arab mudah berkembang  disebabkan belum ada tamadun. Rom dan Parsi susah Islam mahu bermula kerana telah ada tamadun yang sungguh dahsyat lagi binasa. Namun, hakikatnya, semua daripada dengan izinNya. Jika Allah memilih Rom mahupun Parsi, pasti ianya juga bersebab. Kun fa yakun!

Sekian tulisan saya kali ini. Terima kasih kepada orang-orang beriman sebelum kita, murabbi, murabbiah yang telah bersusah payah dalam trek tarbiyyah dan dakwah agar risalah Ar-Rasul tersebar dengan bahagianya diserata dunia! Apa perasaan anda yang membaca tulisan kali ini Selamat berpenghulu segala hari. Semoga khatam surah Al-Kahfi danmemperbanyakkan selawat agar Ar-Rasul redho untuk mensyafaati kita di sana. Allahumma solli a'la Muhammad ;).

20.2.13

WW- JAWAPAN X DAN Y

Tahniah kepada makcik-makcik yang cuba label Rom dan Parsi di entry WW- ROM vs PARSI ;). Seorang makcik sahaja, jawapan yang diberikan lain daripada semua jawapan yang ada :D.

X= ? dan Y= ? Jawapannya ialah...

X= ROM dan Y= PARSI

Soalan WW hari ini, kenapakah ALLAH pilih Tanah Arab sebagai tempat berkembangnya agama Islam. Tidak lebih daripada 50 patah perkataan aha! ;D

23.1.13

WW- ROM vs PARSI

Kedudukan Tanah Arab di antara 2 kuasa besar iaitu Rom dan Parsi.
Soalan: Labelkan X dan Y.

16.1.13

WW- PERKAITAN MEREKA

Subhanallah! Tahniah kepada makcik-makcik yang berjaya menjawab 2 soalan di entry sebelum ini dengan penuh bergaya! Kagum dengan semangat dan kesungguhan kalian untuk menjejaki 2 orang pakcik yang sungguh mahsyur itu kerana sumbangan mereka dalam sejarah sebenar kita.

Soalan seterusnya, apakah perkaitan pakcik di kiri dan kanan ini?

Pembayang: UM pernah tulis tentang mereka berdua sebelum ini beberapa perenggan di suatu entry.
Sila copy and paste di ruangan komen apa yang UM tuliskan perkaitan mereka berdua.
(Siapa paling laju komen, dia memang bertuah!)

16.4.11

MANGSA PERADABAN

Selain matematik dan sains, saya juga mengajar kajian tempatan. Apabila tiba tajuk yang bertemakan 'kemerdekaan', perasaan bersalah meluap-luap terhadap anak-anak didik saya. Saya umpama mak ketam yang mahu mengajar anak-anaknya berjalan tegak kerana saya tahu yang sejarah itu palsu dan rancangan kemerdekaan ini telah cantik disusun ceritanya sejak Kerajaan Turki Uthmaniyyah musnah sepenuhnya pada tahun 1924 hasil tangan yahudi dan nasara untuk menjatuhkan sistem kekhalifahan Islam! Ya semuanya adalah RANCANGAN!

Siapa Yahudi?
Kita telah belajar sejarah peradaban Islam sejak dibangku sekolah tetapi sehingga kita kita gagal untuk melahirkan bangsa Islam yang merasa BANGGA terhadap agamanya seperti kaum Yahudi. Yahudi/Israel telah diasuh dengan semangat perkauman dan kebencian terhadap bangsa lain atas nama agama. Maka tidak hairanlah kaum Yahudi mempelopori semua urusan dunia contohnya perniagaan. Kita boleh lihat produk-produk Yahudi yang berkembang ke seluruh dunia. Mereka bekerja kuat demi mencapai hajat bangsanya! Tetapi malangnya, mereka tidak pula diserapkan bahawa mereka jugalah bangsa yang membunuh para nabi dan mendustakan Rasulullah SAW. 

Mangsa Peradaban
Anak-anak kitalah adalah mangsa peradaban! Kenapa begitu? Kerana sejarah yang kita pelajari di sekolah hanyalah kisah-kisah kosong yang tiada nilai selain untuk peperiksaan. Sejarah yang kita belajar DIHIJAB dariapa berhubung dengan nilai-nilai Al-Quran yang ternyata banyak dogengan dan laporan kosong penuh kepalsuan! Semuanya hasil penipuan Kuffar yang sengaja mereka-reka pemalsuan terhadap sejarah. Yahudi ini kaum yang pengecut! Mereka sebenarnya sangat takut akan lahirnya panglima-panglima Allah yang berkualiti seperti Salahuddin Al-Ayyubi dan Muhammad Al-Fateh yang KEDUA kerana hanya manusia yang punya perwatakkan hebat seperti tokoh-tokoh ini pada akhir  zaman inilah yang akan membebaskan dan menjahanamkan kezaliman mereka dan syiar Islam kembali bertakhta.

Malas Membaca
Bekas Menteri Luar Israel, Moshe Dayan pernah menyatakan secara terbuka tentang keinginan kaum Yahudi yang bercita-cita untuk menubuhkan negara HARAM ISRAEL dan si laknatullah ini pernah dikecam hebat oleh bangsanya sendiri kerana kaumnya bimbang yang kenyataannya dibaca oleh bangsa Arab (kita pun termasuk juga). Namun dengan tenang laknatullah Moshe Dayan ini berkata "TENANGLAH, PERCAYALAH KEPADAKU, BANGSA ARAB (kita juga yang islam) TIDAK AKAN MEMBACANYA, KERANA MEREKA TIDAK SUKA DAN MALAS MEMBACA".

Kemerdekaan Terancang
Cubalah buat kajian tentang kemerdekaan kita. Apa perlunya rombongan kemerdekaan pergi ke London? Kenapakah kita yang merdeka tetapi perlu lagi menyembah (pergi berombongan) kesana sedangkan ini tanah kita!

Apungkan Diri Anda
Cuba anda bayangkan anda sedang terapung dan nampak keseluruhan Malaysia. Pastinya pusat pemikiran kita hanya kepada isu semasa negara. Tetapi saya diajar untuk mengapungkan diri bukan sahaja di dalam negara malah apungan yang bisa menampakkan keseluruhan dunia disamping iktikad berusaha memberi kesedaran kepada setiap individu Muslim tenang penderitaan saudara kita di Palestin. WAJIB kita berusaha bersama memerangi Yahudi laknatullah! Kerana sejarah membuktikan yang hidup kita di dunia adalah peperangan menegakkah agama Allah!
Sila buka mata anda BESAR-BESAR! Palestin hanya tinggal tompok-tompok kecil bewarna hijau. Itu pada tahun 2000 tetapi kini sudah 2011. Tompokan hijau hanya tinggal di kawasan GAZA yang mana tentera laknatullah sehingga kini masih tidak boleh membolosinya. Kerana apa? Kerana kekuatan tentera Allah Ikhanul Muslimin yang mempertahankannya. Apakah perasaan anda ketika ini?

Kita HEBAT!
Islam adalah agama yang hebat! Tahukah kamu yang kita pernah memayungi 2/3 DUNIA? Ya! kita pernah mengusai dunia! Islam menjadi rujukan seluruh alam dibawah satu sistem pentadbiran. Dan tanggungjawab kitalah mahu mengembalikan sistem islam ini semula!
Lihatlah KEHEBATAN kita!

Kesedaran
Menjadi sunnatullah orang yang berusaha itu berjaya. Apa yang kita usahakan itulah hasilnya. Mustahil kemenangan diberikan kepada kaum Muslimin yang MALAS berhadapan dengan musuh yang berjuang habis-habisan. Ketahuilah kelak kita akan dipersoalkan di hadapan Allah akan tugas dan peranan kita hidup di dunia ini. Sesungguhnya peringatan ini juga kepada saya yang menulis!
Rujukan: Thoriq Ahmad, Ini Sejarah Kita
Gambar: google
Saham jariah berpanjangan: Murobbi dan Mak-mak usrahku. Jazakallah khairon!

12.3.11

BAB 1: SEJARAH SUATU SUNNATULLAH

Ini adalah kesinambungan BEDAH BUKU tazkirah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Muhammad Al-Hafiz!

Apakah yang dimaksudkan dengan Sunnatullah? Sunnatullah adalah suatu ketetapan Allah contohnya matahari terbit sebelah timur dan tenggelam sebelah barat, bumi berputar di atas orbitnya, takat didih air 100 darjah celcius dan sebagainya. Semuanya tetap dan tidak berubah dari dahulu sehingga kini. Baik dalam mentadbir urusan keduniaan mahupun menegakkan Islam, Allah menyediakan segala kemudahan yang berupa ketetapan atau ketentuan kaedah yang kita kenal sebagai sunnatullah.

Bukan manusia yang menentukan sunnatullah! Apabila seseorang saintis mengkaji sesuatu perkara dan berjaya maka mendabik dada, hasil kajian itu adalah terbaru dan miliknya. Sebenarnya, perkembangan ilmu manusia mempelajari dan menggunakan ketetapan Allah dengan aqal yang diberikan hanya memerhatikan, berfikir dan memberikan wajah baru terhadap sunnatullah dengan pelbagai istilah tidak kira teori, hipotesis atau apa sahaja untuk memahami undang-undang Allah.

Orang-orang atheis mengatakan fenomena alam ini adalah semulajadi tetapi orang beriman berkata, memang semuanya semulajadi tetapi semuanya di bawah undang-undang Allah! Kita yang mengaku mengtauhidkan Allah hanya tidak akan mengiyakan teori Darwin yang memperbodohkan umat manusia dengan penciptaan awal manusia!

Sejarah Sebahagian daripada Sunnatullah
(kekalahan orang-orang yang menentang Rasul Allah sudah tetap menurut) "Sunnatullah (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi; dan Engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu" (Al-Fath:23)

Sejarah bukanlah suatu kebetulan kerana sememangnya setiap peristiwa yang tercatat adalah menurut sunnah Allah SWT. Tiada apa yang berlaku dari sekecil-kecil atom mahupun berubahnya siang dan malam, putaran kehidupan atau cara manusia membiak, ekosistem dan pelbagai lagi melainkan di bawah tadbir Allah SWT. Contohnya seorang doktor pasti merujuk sejarah keturunan kesihatan seseorang pesakit sebelum berani mengambil kesimpulan terhadap sakit dan rawatan pesakitnya.

Sayyid Qutb berkata bahawa sejarah bukanlah peristiwa-peristiwa melainkan tafsiran peristiwa-peristiwa dan pengertian mengenai hubungan-hubungan nyata dan tidak nyata yang terjalin seluruh bagian serta memberikan dinamika dalam waktu dan tempat. Ringkasnya, apabila manusia mengkaji dan memahami asal usul dirinya , asal usul keIslamannya ataupun asal-usul kebudayaan bangsanya, faktor-faktor pertumbuhan dan fasa perkembangannya, barulah akhirnya dia mampu mengahayati hakikat dirinya kini kerana dia memahami hubungkait antara pengalaman lalu dan langkah seterusnya yang perlu diambil untuk masa hadapan.

Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman. (Yusof: 111)

Ramai orang berkata, sesiapa yang menguasai masa lepas, dia akan menguasai masa hadapan. Al-Quran mengajarkan kita pelajaran-pelajaran penting daripada generasi lepas kerana disitu ada hikmah, kehendak dan kemahuan Allah yang telah dirangkum di dalam sunnah syar'iyah dan kauniyahNya.

Sejarah kebangkitan dan kemenangan Islam juga tidak lari daripada suatu taqdir yang telah ditentukan Allah akan sesiapa dan bagaimana ia terjadi. Ia tidak pernah lari dari apa yang Allah kehendaki kerana DIA yang berkehendak sebegitu. Sunnah Allah itu tidak akan berubah. Sunnatulallah akan berlangsungan tanpa henti dan Allah menggilirkan kekuasaan di atas bumi berdasarkan sunnahNya.

Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang yang mewarisi (bumi). Dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Firaun dan Hamam beserta tenteranya apa yang selalu mereka khuatirkan dari mereka itu. (Al-Qasha: 5-6)

Sunnah-sunnah Allah memiliki hubungan yang sangat erat dengan akibat-akibat yang dilakukan oleh manusia yang taat pada perintahNya atau mengaplikasikan pengalaman-pengalaman generasi lepas yang berpegang teguh kepada perintah Allah adalah suatu kewajipan. Bagaimana mereka berjalan dengan fasa-fasa yang alami untuk menegakkan Islam adalah suatu sunnatullah baik ketika permulaan dakwah di Mekah, bernegara di Madinah dan seterusnya memimpin umat manusia. Tidaklah ia berlaku secara kebetulan melainkan ianya merupakan suatu sunnatullah!


*Sejarah itu akan sentiasa berulang dan berulang. InsyaAllah kemenangan Islam itu pasti!


kredit: Ini Sejarah Kita oleh Thoriq Ahmad, AIMS (Alumni of International Muslim Students)

8.1.11

BEDAH BUKU

Tazkirah yang disampaikan oleh Prof. Dr. Muhammad Al-Hafiz ;)

Hari ini ana kongsikan sedikit fikrah
Bedah buku bersama ibu
Tentang sedikit muqadimah INI SEJARAH KITA (ISK)
Yang ditullis oleh Thoriq Ahmad
Hasil kegeniusan murabbi Dr. Ustaz Kamarul Salam
Yang insyaAlah ana mahu fikrah hebat seperti mereka. (satu-satunya wasiat ibu untuk Muhammad!)

Khas untuk sahabat-sahabat kecil ana
Yang mungkin baru dikenali
Yang insyaAllah kita akan sama-sama
Mengulangi sirah KITA yang sangat hebat dahulu
Sirah yang perlu dihayati dengan hati
Sama-sama bergerak untuk dakwah
Saham kita untuk ibu ayah kerana perintah Allah
Agar kegemilangan Islam kembali bertakhta
kerana Allah telah berjanji yang Islam akan menang!


Sebenarnya sejarah yang kita belajar disekolah
Banyak yang telah dipalsukan/tidak benar
Hasil perancangan rapi Kuffar
Mereka sangat takut akan kebangkitan/lahirnya
Salahuddin Al-Ayyubi (Ahmad siap untuk ulang sejarah!) dan Muhammad Al-Fateh
Kerana kelahiran kedua tokoh hebat ini
Bakal menjahanamkan kezaliman dan penindasan mereka.

Sahabat-sahabat kenal tak Moshe Dayan?
Si laknatullah ini ialah Bekas Menteri Luar Israel
Dia pernah menyatakan keinginan penubuhan negara HARAM ISRAEL
Dan kenyataannya telah dikecam oleh bangsanya sendiri (yelah nanti orang Islam tahu rancangan jahat mereka ni)
TAPI si laknatullah ni dengan tenang berkata:
Tenanglah, percayalah padaku, bangsa Arab (kita Muslim ni sekali) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan MALAS membaca.


Sahabat-sahabat kecil ana yang dimuliakan Allah!
Mari kita renung sejarah dengan mata hati:

Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid:
Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati...

Saad bin Abi Waqqas, seorang sahabat Nabi saw pernah berkata:
Kami ceritakan kepada anak-anak kami Al-Maghazi (kisah-kisah peperangan) sebagaimana kami ajarkan mereka Al-Quran..


Sahabat-sahabat ana yang bakal hebat fikrahnya!
Graf ini bukan sebarangan graf!
Graf ini telah memberi ibuku suatu tarbiyyah yang sangat terkesan dihatinya
Graf ini telah mencelikkan hatinya tentang Islam sebenar
Graf ini juga menunjukkan betapa hebatnya KITA
Graf ini membuatkan ibuku begitu menghargai orang-orang dakwah
Rela berkorban harta dan nyawa
Hanya kerana cintanya kepada dunia hakiki di SANA (syurga)
Dan ibuku telah mewasiatkan untuk memilih jalan ini
Sebagai jalan hidupku kelak!
Mencari taqwa menuju keredhaanNya.
(ibu pun tak mampu seperti mereka wahai anak!)

Sahabat-sahabat,
Orang yang fakih terhadap Deen adalah mereka yang sama-sama berada di medan jihad dan dakwah
Islam ini bukan teori semata
Ianya perlu diselaraskan dalam kehidupan sehari-hari
Betapa hari ini
Agenda Kuffar telah berjaya menyelinap
MenSEKULARKAN/MENDOKTRINKAN
Mengasingkan agama dangan kehidupan
Jadilah seperti sekarang
Ibu dan ayah juga terpaksa menanggung
Mengajar anak-anak ilmu yang bukan diacuankan dengan Islam sebenar
Bercampur-campur
Hanya untuk A dan A dan A
Dengan kata lain..
Mereka rela anak-anak dapat straight A's..mengaji, solat tak pandai pun takpe.

Wahai ibu-ibu ayah-ayah diluar sana!
Jangan biarkan generasiku! sahabat-sahabat kecilku!
Mengulangi KEJAHILAN kamu!

Sejarah ialah sunnatullah!
Bukan sutu kebetulan
Ianya akan berulang, berulang dan akan terus berulang
Orang yang pandai akan menjadikan peristiwa semalam sebagai pedoman
Supaya hari ini lebih baik daripada semalam.

Salafussoleh sentiasa memasang lebih dari satu niat sebelum maju
Walau selangkah kerana Nabi saw berpesan:
Seorang mu'min tidak boleh dua kali jatuh ke dalam lubang yang sama.
(HR Muslim)

Mari sama-sama kita renungkan..

kredit: jasa cik tikha, cik husna dan cik mida dikenang kerana bersusah payah mengembangkan buku putih ini hingga dapat ditadabbur Muhammad. Semoga kebaikan sentiasa bersama kalian dan thabat!