Showing posts with label TRAVELOG MUHAMMAD. Show all posts
Showing posts with label TRAVELOG MUHAMMAD. Show all posts

23.12.11

EPISOD 4: SUNNAH BERNIAGA

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul!
Sejajar dengan pembukaan imaNiaga iaitu kedai online kita, ibu terasa ingin mencoretkan sesuatu berkenaan sunnah perniagaan iaitu merupakan salah satu pekerjaan junjungan mulia kekasih kita Rasulullah SAW. Ayah dan ibu ditakdirkan menikah semasa zaman belajar yang mana ayah hanya ada separuh dari gajinya manakala ibu hanya ada elaun bulanan. Alhamdulillah dengan separuh imbuhan ayah dan elaun ibu, kami mampu bertemu dipenghujung minggu di pondok iman yang hanya RM75 setiap bulan kerana ayah belajar di Kuala Lumpur manakala ibu di Johor. Bil air dan elektrik pula hanya RM7 setiap bulan. Bil telefon pula hanya RM5 setiap orang kerana kami memakai plan 1+5 celcom ketika itu. Nenek sebagai kepala yang perlu membayar lebih.  Alhamdulillah dengan nilaian bulanan itu juga kami mampu membayar insyirah, kuda tunggangan kita sehingga kini yang sememangnya banyak jasanya.

Alhamdulillah setiap bulan yang dicukupkan dan dimudahkan Allah. Masalah timbul apabila menjelang cuti dan kami mahu pulang ke kampung halaman ayah. Ketika insyirah belum ada, ibu dan ayah hanya menaiki bas dan apa yang kami lakukan untuk mencari duit poket tambahan selain ibu mengambil upah menjahit telekong, ibu dan ayah juga berniaga. Ya berniaga! Apakah yang kami niagakan? Disebabkan modal yang ada sesuai untuk perniagaan kecil-kecilan, ibu dan ayah berniaga aiskrim Malaysia, aiskrim yang diisi di dalam plastik panjang dan dihantar ke sebuah kantin sekolah tempat nenek berniaga setiap hujung minggu dan waktu-waktu cuti. Keluarga sebelah ibu merupakan anak pedagang. Nenek dan kedua ibu bapanya cukup pandai berniaga walaupun bukanlah ahli perniagaan tersohor. Nenek ibu, moyang Muhammad contohnya, walaupun buta huruf, tetapi matematiknya sangat cekap. Begitu juga nenek Muhammad. Walaupun ibu mengajar matematik tetapi mental calculation nenek mendahului ibu. Mungkin disebabkan ibu belajar dizaman kalkulator. Sunnah berniaga keluarga sebelah ibu ini banyak diwarisi Maklong Muhammad yang punya butiknya sendiri. Maklong Muhammad juga smart orangnya.

Semakin dewasa, ibu semakin mengerti hikmah disebalik sunnah berniaga. Betapa kita sebagai orang Islam perlu bangkit menguasai ekonomi. Menguasai ekonomi bermakna menguasai politik tanahair. Sebenarnya politik dalam sesebuah negara adalah 'dipegang' oleh orang yang berduit dengan istilah lain ahli perniagaan. Lagi contoh ketara, dunia hari ini menyaksikan kuasa ekonomi terbesar adalah rejim zionis yang mana diserata tempat ada sahaja McD, Pizza Hut, Nestle, Kotex, Levis dan pelbagai barangan lagi yang dipunyai dan dipelopori oleh mereka laknatullah sehingga ada ulama' yang menjatuhkan hukum haram untuk membeli barang-barangan mereka kerana segala hasil tersebut adalah menyumbang kepada peluru-peluru yang membunuh saudara-saudara kita di Palestin. Begitulah besarnya pengaruh 'wang' di dalam dunia hari ini. Hakikatnya, wang mampu membeli segala-galanya pada perancangan jahat manusia hari ini.

Sahabat Rasulullah SAW sepeti Abu Bakar, Usman Bin Affan antara tokonh-tokoh ahli perniagaan yang mahsyur. Sejarah telah mengajar kita kisah-kisah para sahabat yang kecintaan mereka terhadap Allah dan Rasulullah SAW mengatasi cinta mereka kepada harta benda mereka. Beginilah sosok-sosok ahli perniagaan yang didahagakan oleh dunia hari ini. Ahli perniagaan yang mampu menyumbang terhadap pembangunan ummat islam. Ahli perniagaan yang hanya takutkan azab Allah. Hakikat hari ini, ummat islam ramai yang goyah aqidahnya. Menipu, rasuah semuanya menjadi mainan kehidupan. Apa yang penting matlamat melihat wang berkepuk menjadi impian sehingga lupa halam haram dan dosa pahala. Sememangnya kesedaran inilah yang perlu kita perlu sebarkan. Dunia hanyalah tempat mengumpul bekalan dan dunia kita yang hakiki hanya ada dua pilihan iaitu syurga atau neraka.

Berbalik kepada sunnah berniaga, ibu punya impian mempunyai sebuah sekolah sendiri. Mungkin sekolah tadika ataupun taska yang mana ibu sendiri yang menjadi tenaga pengajarnya. Memandangkan modal untuk melihat impian ini tercapai agak besar, ibu serahkan kepada Allah semata. Mungkin kita boleh buka cawangan sekolah tadika iman kepunyaan ikhwah/akhowat. Sebenarnya apa yang seronoknya, ibu mampu menjaga dan mendidik mujahid-mujahiddah sendiri disamping anak-anak orang lain. Di taska itu nanti semestinya mesra penyusuan susu ibu. Mungkin kita boleh bawakan ibu-ibu solehah yang boleh menyusukan. Maklum ikhwah dan akhowat memang cukup sibuk dengan dakwah dan tarbiyyah mereka.  Keluarga besar sebegini mampu menampung kelemahan dan kekurangan atas keterbatasan waktu masing-masing. Sesungguhnya kelebihan dan kekurangan itu Allah jadikan dengan sebab kasih sayang dan hikmah. Semoga Allah membalas segala penat lelah perjuangan mereka.

Ketahuilah wahai Muhammad, Rasulullah SAW merupakan insan agung yang diutuskan sebagai qudwah hasanah. Salah satu aktiviti keduniaan yang Baginda terlibat adalah di dalam bidang perniagaan. Malah Baginda SAW merupakan seorang peniaga yang baik sebelum baginda menerima wahyu lagi. Segala anjuran atau sunnah Rasulullah SAW dapat meningkatkan hubungan antara manusia dan Allah yang juga merupakan salah satu bentuk kekuatan spritual seorang insan. Jual beli adalah perdagangan dunia, sedangkan melaksanakan kewajiban syariat Islam adalah perdagangan akhirat. Keuntungan akhirat pasti lebih utama berbanding keuntungan dunia. Maka para pedagang mukmin sekali-kali tidak boleh terlalu menyibukkan diri semata-mata untuk mencari keuntungan dunia dengan meninggalkan keuntungan akhirat. Sabda Rasulullah SAW, Pedagang yang jujur serta dipercayai (tempatnya) bersama para Nabi, orang-orang yang jujur, dan orang-orang yang mati Syahid pada hari kiamat. (HR. Bukhari, Hakim, Tirmidzi dan Ibnu Majjah). Semoga Allah makbulkan doa ibu untuk punya sebuah tadika sendiri suatu masa kelak insyaAllah!

Sunnah Rasulullah SAW yang paling utama adalah BERDAKWAH!

14.10.11

EPISOD 3: BENCI TAHAP KRITIKAL

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul!
Manusia yang sentiasa berusaha ke arah pembaikkan dalam hidup, insyaAllah Allah akan mempermudahkan urusannya. Hidayah Allah buat ibu ditengah-tengah kelompok yang tidak begitu islami membuatkan ibu berasa betapa Allah menyayangi ibu. Allah hadiahi ibu sebuah hidayah yang begitu indah mempersona di dalam sebuah Ramadhan yang disambut ibu penuh makna. Bertitik tolak dari itu, Allah mengurniakan sedikit kefahaman tentang hidup beragama. Solat dan ibadah sunat membawa ibu lebih dekat dengan Allah. Beberapa lama ibu melalui episod perubahan dari segi rohani, Allah bantu lagi ibu untuk mencukupkan dari segi jasmani pula. Hati tidak tenteram selagi mana syariat Allah tidak tertegak di dalam diri. Maka, bermulanya episod ibu berhijrah yang begitu tampak pada zahirnya. Mudah-mudahan Allah mengurniakan ketenangan ini sehingga ibu tertabal sebagai ketua bidadari ayah disyurga sana.

Sensitiviti sekeping hati semasa awalnya banyak dipengaruhi oleh kuliah-kuliah ilmu, radio IKIM, bahan bacaan ilmiah dan tidak kurang pula melalui beberapa petunjuk mimpi. Semasa ibu melalui fasa-fasa pembaikkan, Allah pertemukan dengan ayah. Ibu sentiasa berdoa semoga Allah mengurniakan suami yang 'lebih kuat' daripada ibu dengan harapan apa yang ibu sedang perjuangkan dapat kekal terpelihara sehingga ke akhirnya. Alhamdulillah, ayah benar-benar kurniaan buat ibu. Ayah 'lebih ketat' berbanding ibu.

Alhamdulillah perjalanan hidup ibu sentiasa Allah kurniakan pembaikkan sebagaimana doa-doa ibu. Bermula dengan seorang yang tidak pernah untuk menyelami penderitaan saudara kita di Palestin, berubah kepada menjadi manusia yang begitu benci akan Yahudi dan sekutunya. Benci tahap kritikal! Ibu mula memboikot barangan Yahudi dan sekutu-sekutunya semenjak Yahudi menyerang kem pelarian Nablus sekitar Mac 2007 yang mana ketika itu ibu masih belum bernikah dengan ayah lagi. Rejim zionis telah mengeksploitasi perjanjian genjatan senjata dan mengambil peluang menyerang bandar Nablus dan Balata berdekatan dengan kem pelarian semasa waktu subuh. Rumah penduduk Palestin digeledah dan sebilangan penduduk Palestin dilanggar van dengan sengaja ketika itu. Hati ibu mula panas.

Ketika itu juga, dengan api kemarahan yang begitu memuncak, ibu membuang segala barangan-barangan yahudi laknatullah dan sekutunya ke dalam bakul sampah. Ini kisah benar! Ibu baharu sahaja berbelanja untuk stok makanan dan perkakasan pembersihan diri untuk stok di asrama. Alhamdulillah berbekal dengan tarbiyyah di dalam usrah, ibu mengenali satu-persatu barangan-barangan yang perlu di boikot dengan baik. Barangan makanan yang menjadi pilihan ibu dahulu adalah nestle, kraft, maggi manakala perkakasan pembersihan diri adalah johnson n johnson dan kotex . Nilaian untuk sekali berbelanja barangan keperluan bukanlah kecil bagi seorang pelajar ketika itu. Namun, dengan kudrat dan kekuatan yang Allah kurniakan disamping membayangkan penderitaan saudara-saudara kita di Palestin, ibu tidak teragak-agak untuk membuang segalanya yang boleh menyumbang kepada peluru membunuh saudara-saudara kita disana.

Walau bagaimanapun, ada satu kelemahan ibu iaitu ibu tidak sensitif membeli makanan ditempat sebarangan tanpa mengambil berat faktor orang yang menjualnya. Alhamdulillah kelemahan ini Allah kurniaan ayah sebagai penyelesaiannya. Jika semasa zaman solo, hati ibu tidak tersentuh mengenai sensitiviti memilih tempat makan dan ianya ditekankan melalui didikan ayah setelah bernikah. Betapa bukan sahaja kita perlu memerhatikan bahan-bahannya, namun orang yang membuatnya juga perlu diberi perhatian dan proses ini bukan terhenti setakat itu. Semoga taufik dan hidayah Allah sentiasa mengiringi baitul muslim kita.

Ketahuilah wahai Muhammad, api kebencian terhadap yahudi laknatullah dan sekutunya telah lama berlangsung semenjak ibu dan ayah belum bertemu dan bernikah lagi dan mudah-mudahan ianya kekal berlangsung dengan pertambahbaikkan dari masa ke semasa. Ibu hanya mampu berdoa yang rahim ibu Allah sucikan di dalam tempoh 'berpantang'  sebelum Muhammad menghuninya agar Muhammad kekal terpelihara sehingga ke akhirnya. Ibu bukan siapa-siapa, namun impian ibu terlalu besar untuk melihat perubahan ummah asbab sentuhan sakti tangan ibu buat mujahid-mujahid dan mujahiddah-mujahiddah yang telah dan bakal keluar dari petapaan di dalam rahim ibu selama 9 bulan 10 hari. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka (Ar-Ra'd:11)

21.8.11

EPISOD 2: TV BUKAN KEPERLUAN

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul!
Ayah dan ibu sekufu dari segi kedegilan. Alhamdulillah Allah kurniakan kedegilan itu kearah kebaikan. Asbab degilnya kami, Alhamdulillah ibu dan ayah dapat berjuang di dalam sebuah keluarga yang bukan islami. Cara hidup kami sedikit berbeza. Ibu dibesarkan dikawasan taman dan sedikit bandar. Berbeza dengan ayah yang memang membesar dikawasan perkampungan. Suasana kampung ayah sangat baik kerana terdapat seorang Tok Guru yang mewakafkan kehidupannya disana dan menghidupkan kampung ayah dengan roh islami. Tok Guru sangat hebat walaupun ibu baru sahaja mengenalinya setelah bernikah dengan ayah.

Alhamdulillah, ayah banyak dipengaruhi oleh didikan dan cara hidup Tok Guru. Ayah pun tidak ingat kali terakhir dia solat fardhu dirumah. Jika dia tidak silap, semasa berumur 10 tahun, ayah sudah berjemaah dimasjid. Ibu yakin dan pasti kerana sepanjang ibu hidup bersama ayah, tidak pernah walau sekali ayah solat fardhu dirumah. Hanya solat sunat sahaja. Salah satu tarikan keyakinan ibu untuk menerima pinangan ayah suatu ketika dahulu adalah kerana ayah orang lelaki yang pergi solat berjemaah, menghidupkan rumah-rumah Allah.

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِحَطَبٍ فَيُحْطَبَ ثُمَّ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَيُؤَذَّنَ لَهَا ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيَؤُمَّ النَّاسَ ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى رِجَالٍ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ
Demi zat yang jiwaku ada di tanganNya, sungguh aku bertekad meminta dikumpulkan kayu api, lalu dikeringkan (agar mudah dijadikan kayu api). Kemudian aku perintahkan solat, lalu ada yang melaungkan azan. Kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat dan aku tidak berjemaah untuk menemui orang-orang (lelaki yang tidak berjemaah). Lalu aku bakar rumah-rumah mereka.[ Sahih al-Bukhari: 608 dan Sahih Muslim: 1041] Sumber disini.

مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا تُقَامُ فِيهِمْ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدْ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمْ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ
Tidaklah tiga orang di dalam satu kampung atau kawasan pedalaman, dan mereka tidak pula mendirikan solat melainkan Syaitan akan menguasainya. Berjemaahlah kalian. Ini kerana serigala hanya memakan kambing yang sendirian. [Sunan Abu Daud: 460, Sunan an-Nasaie: 738 dan Musnad Ahmad: 26242] Sumber disini.

Maqasid SyariahPenulis buku Maqasid Syariah iaitu Ustaz Wan Mohd Nasie Bin Wan Abd Wahab Al-Madani Al-Azhari adalah rakan sepermainan ayah yang  merupakan anak Tok Guru dikampung ayah. Manusia hebat ini mula mempelajari ilmu agama daripada bapanya sendiri Tok Guru Haji Wahab bin Haji Ismail hafizahullah. Jadi, sedikit sebanyak ayah menerima resapan himmah yang baik daripada Tok Guru. Tok Guru seorang yang tegas dan sangat pantang dengan TV. Alhamdulillah kesemuanya anak-anaknya 'menjadi' dengan akhlak dan alim dalam beragama. Kesannya, sehingga saat ini Bayt Al-Iman tidak mempunyai TV.

Polisi pertama diawal pernikahan kami, TV adalah diharamkan di Bayt Al-Iman. Ayah dan ibu mengambil keputusan tidak mahu TV adalah kerana kami sendiri. Kami takut kami tidak mampu mengawalnya dengan baik. Mahu mengatakan yang TV tidak baik seratus peratus tidak boleh juga. Ada seorang ustaz mualaf mendapat hidayah melalui TV. Diceritakan suatu hari dia tertukar siaran forum agama dan apabila mahu menukarnya kepada siaran lain, remote TV tidak dapat berfungsi. Akhirnya, Allah berikan dia taufik dan hidayah asbab TV. Namun, dalam kes kita, ibu dan ayah tidak suka dengan pelbagai rancangan yang pelbagai juga kartun yang banyak pengaruhnya kepada anak-anak kecil.

Alhamdulillah Allah pertemukan ibu dan ayah dengan jawapan yang lebih konkrit kenapa kami tidak perlukan TV di Bayt Al-Iman. Kebanyakkan kartun-kartun seperti Disney, Pokemon dan hampir keseluruhannya ada kaitan dengan rejim zionis. TV merupakan senjatanya untuk melumpuhkan ummat islam. TV ini bukan sahaja mampu melekakan namun ianya turut membawa mesej negatif melalui siaran kartun-kartun yang pelbagai. Rakaman video dibawah ini dan banyak video lain lagi, ibu dan ayah jumpa sejak setahun yang lepas. Rakaman pendek menceritakan bagaimana kartun yang banyak disiarkan di TV dilukis.


Lihat! Betapa liciknya konspirasi mata satu membuat sesuatu. Setiap yang datangnya dari laknatullah ini memang orang islam perlu mengkajinya sedalam-dalamnya. Walaupun kartun nampak begitu remeh dimata kita, namun ianya tidak bagi mereka. Ransangan seksual melalui kartun menjadi punca kenapa kanak-kanak hari ini begitu 'cepat' memahami hakikat perbezaan lelaki dan perempuan. Inilah yang dinamakan racun yang sentiasa menular namun tidak mudah dikesan dengan pandangan mata.

Lihat kedudukan patung tersebut? Mengapakah ianya direka sedemikian? Sumber disini.

Bukan mudah sebenarnya mahu perjuangkan nilai sebuah TV. Pelbagai respon yang kebanyakkan negatif insyaAllah tidak menjadi kudis buat kami. Ibu juga bukan seorang 'kaki TV' sejak azali dan tidak mengapa tiada TV sekalipun. Ianya mendapat seokongan mantap daripada ayah selepas menikah menjadikan kami sepakat untuk sama-sama mentiadakan TV di Bayt Al-Iman. Alhamdulillah mudah-mudahan usaha ini membuahkan hasil yang cukup lumayan disisi Allah.

Walaupun kita tidak ada TV, ianya bukan bermakna kita lebih mulia daripada orang lain. Bagi ibu dan ayah, TV merupakan perkara besar yang penting dalam rangka pembesaran mujahid-mujahiddah yang bakal lahir dari Bayt Al-Iman. Demi menjaga hati-hati ayah, ibu, Muhammad dan insyaAllah adik-adik, TV akan sentiasa haram di Bayt Al-Iman. InsyaAllah, ibu dan ayah akan sediakan alternatif hiburan mendidik jiwa untuk Muhammad dan adik-adik. Semoga Allah memberi kekuatan untuk ibu dan ayah untuk terus istiqomah menuju Allah dan Rasul.

19.8.11

EPISOD 1: NIKAH DAN FIKRAH

Muhammmad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul!
Allah mentakdirkan ibu bernikah diusia muda semasa berada di tahun 3 semester 6. Ada tinggal baki setahun, 2 semester untuk menghabiskan pengajian ibu. Ayah lebih tua 6 tahun berbanding ibu dan sudah bekerja selama lebih 5 tahun, tiga tahun lebih di Sabah dan selebihnya di Ampang dan menyambung semula pengajian sepenuh masa di tempat ibu belajar selama setahun sebelum melanjutkan baki 2 tahun disebuah Universiti dekat Gombak. Sesungguhnya rancangan Allah cantik tersusun. Allah gerakkan ayah menyambung belajar untuk bertemu jodoh dengan ibu ketika setahun menyambung belajar ditempat ibu belajar.

Segalanya berlaku terlalu pantas asbab percayanya kami tiada cinta sebelum nikah menyebabkan segala urusan begitu pantas selepas ayah bertemu nenek. Keyakinan merisik sumber-sumber yang dipercayai dan istiqorah berkali-kali menyakinkan ibu untuk bernikah semasa belajar. Ayah Muhammad adalah seorang yang soleh walaupun kami berlainan fikrah. Tarbiyyah Allah pula hadir ketika urusan walimah ibu semakin hampir.

Fikrah ibu dan ayah berbeza. Fikrah ibu lebih kepada ketenteraan untuk bertempur dimedan dakwah hari ini yang mana memerlukan pergerakkan yang bukan sedikit. Tarbiyyah mengajar ibu supaya menarik seberapa banyak saudara-saudara muslimah untuk sama-sama mengikis segala karat-karat jahiliyyah dan untuk faham tujuan penciptaan manusia di dalam halaqah dalam proses pembaikkan individu muslim dan jalan ini bukan mudah. Bukan mudah untuk menarik saudara-saudara muslimah ibu dari kebiasaan mereka selama ini. Dugaan dan ujian silih berganti tanpa jemu. Begitu juga perjalanan tarbiyyah ibu juga ada pasang dan surutnya. Mudah-mudahan ibu thabat dengan fikrah ini. Berbeza dengan ayah yang fikrahnya lebih kepada muslimah itu perlu menghadkan pergerakkan. Walau apapun, semuanya pasti terkandung hikmah yang bukan sedikit. Ibu positif dengan pilihan Allah berdasarkan jawapan istikhorah ibu yang bukan sekali tetapi berkali-kali.

Ibu bersyukur kerana ayah tetap menyokong fikrah ibu dan memberi keizinan untuk terus berhalaqah malah ramai di antara ahli keluarga kecil kami adalah rakan setugas ayah. InsyaAllah muslim yang baik akan sentiasa berdamping dengan orang-orang yang soleh. Setiap dari kita yang faham insyaAllah mempunyai matlamat yang sama iaitu semata-mata untuk mencari redho Allah walau jalan apa sekalipun pilihan kita. Ibu teringat kata-kata seorang akhowat semasa menghadiri satu program, buat sahaja kerja kita tidak kiralah kepercayaan dengan fikrah jemaah mana sekalipun, asalkan jangan jemaah dadah dan couple. Ada yang percaya dengan fikrah tabligh, ada yang percaya fikrah politik, ada yang percaya fikrah helwan dan apa yang terpenting kita 'bekerja' untuk sama-sama mencari redho Allah. Mudah-mudahan Allah tautkan hati-hati kita asbab bersangka baik dengan jemaah-jemaah lain.

Keterbatasan ibu insyaAllah Allah ganti dengan menyeru melalui menulis diblog. Walaupun tidak mungkin berkesan sebagaimana dakwah fardhiyyah, namun mudah-mudahan Allah sentuh hati-hati orang yang membaca tulisan ibu dan Allah lorongkan mereka dengan taufik asbab hidayah tadi. Mungkin Allah izinkan  ibu menyebarkan keindahan hidup beragama melalui  pembentukkan modal unggul anak-anak hebat untuk persediaan rijal dakwah dimasa mereka insyaAllah. Mudah-mudahan ibu-ibu seangkatan ibu faham saluran yang bagaimanakah kita perlu mendidik anak-anak dengan aqidah yang mantap. Kalau kita jahil, jangan rela membiarkan anak-anak kita mewarisi kejahilan kita.

Walaupun fikrah berbeza namun ibu dan ayah punya cita yang sama dalam merealisasikan sebuah baitul muslim yang diredhoi Allah. Apabila sudah hidup bersama, rupa-rupanya banyak yang ibu dan ayah sekufu sebenarnya. Ibu dan ayah masing-masing 'dagang' diantara adik-beradik kami. InsyaAllah asbab kedagangan ini, kami berazam yang baitul muslim kami juga mesti 'dagang' sesuai dengan islam yang semakin 'dagang' diakhir zaman kini. Mengamalkan hidup beragama diakhir zaman umpama menggenggam bara api seperti sabda Rasulullah SAW, Islam bermula dengan keadaan dagang dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. (HR Muslim).

16.8.11

TRAVELOG MUHAMMAD

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul!
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran di atas nikmat teragung iman dan islam yang mudah-mudahan terpelihara sejahtera sehingga kita kembali bertemuNya yang entah bila. Memetik kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang sentiasa membara dengan semangat Deen, Kita merupakan satu golongan yang dimuliakan Allah dengan Islam. Apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain daripada Islam, Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita.

Tarbiyyah mengajar ibu yang aqidah itu datang dahulu sebelum ibadah. Tarbiyyah juga mengajar ibu, bagaimana didikan aqidah yang mantap bisa menghasilkan mujahid mujahiddah yang hidup hanya mengharapkan keredhoan Allah. Kebanyakkan kita hari ini beribadat tanpa ada 'rasa' dan tahu kenapa Allah menyuruh kita beribadah. Sebab utama ketidak hadiran rasa ini ialah, kita sebagai manusia tidak pernah untuk mengenali Allah dengan penuh mendalam. Maka, ibadah di dalam Ramadhan hanya tinggal ibadat tanpa istiqomah. Suka ibu ulang petikan kuliah ilmu yang ibu dengar semasa memandu pulang dari mencari redho Allah beberapa hari sudah, kita adalah hamba Allah dan bukan hamba Ramadhan. Ramadhan hanyalah sebuah madrasah perubahan dan momentum hidup beraqidah untuk terus istiqomah walaupun Ramadhan pergi meninggalkan kita.

TRAVELOG MUHAMMAD adalah sebuah catatan kajian ibu terhadap Muhammad yang insyaAllah dididik hidup beraqidah dan mencintai sunnah Rasulullah SAW sejak di alam rahim malah sebelum itu lagi. InsyaAllah, ibu dan ayah sedayanya untuk meletakkan kepentingan hidup beraqidah dan mencontohi sunnah dalam menjana potensi muslim yang unggul untuk mengembalikan generasi anak-anak yang cerdik, cerdas, berani untuk menegakkan agama Allah persis seperti generasi zaman awwal. Selain sedaya mungkin mencontohi syariat kelahiran dan pelbagai sunnah anjuran Rasulullah SAW, kajian ibu juga merangkumi kepentingan penjagaan makanan bukan sahaja untuk kesihatan jasmani tetapi fokus utamanya adalah  kesejahteraan hati. Sememangnya kita disuruh untuk mencari makanan yang bukan sahaja halal malah toyyibah sebagai seruan membina muslim kuat yang dicintai Allah.

Walaupun, kajian sulung ibu telah banyak diganggu, namun, ianya tetap tidak melunturkan semangat ibu malah ibu tidak teragak-agak mahu mengatakan yang ayah dan ibu bukan sahaja mahu melahirkan anak-anak yang membesar seperti kami, tetapi kami mahu melahirkan ulama yang bakal memimpin ummah pastinya dengan izin Allah. Generasi Al-Quran merayap! Dengan erti kata lain, susuk tubuh seorang manusia yang FAHAM akan hakikat tuntutan Al-Quran yang sebenar. Ibu percaya, rumah adalah madrasah (sekolah) pertama dalam menjana potensi unggul muslim yang hebat yang dicintai Allah dan Rasul insyaAllah! Harapan ibu, semoga Allah sentiasa mengurniakan ilmuNya tanpa henti dan sentiasa melorongkan, memudahkan perjalanan tarbiyyah ini sebagai panduan untuk ibu dan ayah dalam mencorakkan TRAVELOG MUHAMMAD insyaAllah!

Terima kasih kepada nenek dan maklong Muhammad yang dengan izin Allah memberikan inspirasi judul kajian ibu ini sebagai TRAVELOG MUHAMMAD sebagai sokongan untuk ibu terus menulis dan terutama kepada ayah. Ayahlah orang yang mula-mula sedar kecenderungan minat menulis ibu dan menyarankan untuk belajar menulis dengan seorang pensyarah yang juga merupakan seorang penulis. Namun ibu malu ditambah merasakan ilmu ibu tidak cukup untuk melayakkan ibu untuk menulis. Mudah-mudahan, blog Bayt Al-Iman merupakan tapak permulaan pengembaraan dunia penulisan ibu insyaAllah! InsyaAllah ibu akan cuba menulis semula pengalaman mengandungkan Muhammad sehingga Muhammad setahun sebagai episod permulaan dalam TRAVELOG MUHAMMAD insyaAllah! 

Alhamdulillah. InsyaAllah TRAVELOG MUHAMMAD merupakan penceritaan semula secara pukal yang dikumpulkan membentuk episod yang diambil dari kisah di dalam DIARI MUHAMMAD. Semoga kajian ini diredhoi Allah dan sentiasa mencurahi ibu dan ayah pelbagai ilmuNya dalam usaha mendidik Muhammad menjadi seorang hamba dan khalifah juga yang menepati piawaian Allah yang bakal merubah dunia hari menjadi sebuah dunia islam yang dipimpin oleh seorang khalifah di puncak ustaziatul a'lam seperti yang tercatat dalam sejarah. Sejarah itu adalah suatu sunnatullah yang akan berulang dan terus berulang. Mudah-mudahan ibu, ayah dan Muhammad merupakan batu-bata yang tersusun bagai sebuah bangunan yang kukuh sepertimana firman Allah, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh, As-Saff ayat 4.

Muhammad di Masjid Muhammad.