Showing posts with label #TTIrule. Show all posts
Showing posts with label #TTIrule. Show all posts

10.1.17

TULANG BELAKANG TTI

Antara rezeki bukan berbentuk wang ialah dikurniakan staff yang gembira dengan kerjaya mereka. Staff yang boleh komited dengan kerja mereka.

Walaupun gaji tidak sebesar mana, inshaAllah berkat. Sungguh ada tazkirah Allah melalui mereka. Tahap syukur melampaui segalanya.


Susah jumpa zaman sekarang, gadis-gadis yang boleh duduk bekerja mengurus budak. Kebiasaannya mereka suka bekerja di tempat terbuka. Kedai, pasaraya yang menjadikan pergaulan mereka luas.

Berbeza dengan apa yang ada di TTI. Walaupun ada kelulusan, mereka berdua memilih untuk bekerja di tempat tertutup yang mesra aurat dan tidak susah untuk solat. 

Ciri-ciri gadis baik yang inshaAllah bakal mensyurgakan rumahtangga. Mereka bukan pegawai, tapi tidak melawan. Mungkin tidak banyak wang, tapi penyayang.

Didoakan semoga bertemu lelaki yang siuman sebagai suami mereka nanti. Suami yang meletakkan agama sebagai rujukan kehidupan.

19.11.16

BELI JIWA

Walaupun akaun TTI telah pun negatif di akhir tahun, tetapi jasa staff sepanjang tahun 2016 mesti dihargai. Staff yang gembira bekerja, impak mashaAllah luar biasa. Untung rugi kerja adalah Dia. Doa dan usaha sahajalah tanda taat setia kepada-Nya.


InshaAllah program HS akan dilaksanakan untuk 2017. Jadi, TTI sepenuhnya akan diuruskan mereka kerana masa yang ada terlalu singkat untuk mengurus banyak perkara. Tak menang tangan. Maka, tugas mesti diagihkan untuk manfaat ummat jagat.

Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya. (Imam Hassan Al-Banna)

17.11.16

IHTIFAL MAHKOTA HUFFAZ

Petang semalam terima gambar ini daripada group TTI. Mereka kerja lebih hampir 2 minggu kebelakangan ini. InshaAllah esok ialah hari yang dinanti-nanti ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka beraksi comel menghafal Quran, berzikir, berpuisi dan macam-macam lagi.

Disebabkan tak mahu aturcara majlis terganggu dek kerana kehadiran kami yang mempunyai 2 jiwa di TTI yang malu-malu jika si ibu dan ayah melihat persembahan mereka, jadi, semalam luangkan masa untuk melihat sedikit sebanyak 'rehearsal' anak-anak TTI. MashaAllah, comel sungguh!


Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri?
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)