Bismillah. Kesinambungan dari entry terdahulu berkenaan PROGRAM CUTI DEEPAVALI saya ada menyatakan yang saya sedang menjahit tempahan telekong dari sahabat-sahabat baik zaman belajar dahulu. Alhamdulillah setelah berjaya membuat 5 helai tempahan dan 2 daripadanya bersama dengan kain, insyaAllah baru hari ini saya berani membuka tempahan untuk sesiapa berminat setelah tempahan pertama berjaya disiapkan dalam masa 2 minggu lebih. Maklum ada anak kecil ;).
Bahagian Muka
Kebiasaannya, apabila kita mencari telekong untuk solat, kita akan memilih keselesaan dibahagian muka. Jadi, dengan izin Allah pastinya, saya hanya menjahit sedikit dibahagian dahi dan memasang getah sebagai pengetat dibahagian muka. Saya tidak suka yang bertali kerana bagi saya ianya cukup leceh ;). InsyaAllah tidak rimas kerana tidak memerlukan serkop.
InsyaAllah sangat selesa dan tidak panas kerana tanpa serkop.
Kain
(Kemaskini: 01/12/11) kami kembali menggunakan kain batik khas untuk solat. Juga, menjahit kain solat berwarna putih yang dilapiskan dua, sama seperti telekong untuk mengelakkan warna kulit terlihat. Kain solat ini insyaAllah sangat labuh tidak sama seperti kain batik biasa. Bahagian pinggang pula, saya getahkan kerana seperti biasa saya tidak suka yang bertali kerana leceh.
Kain yang siap bergetah.
Renda Dan Jenis Kain
Renda pula, setakat hari ini, kami lebih memilih yang berwarna putih dan coraknya pula bergantung kepada apa yang ada dikedai. Disebabkan saya bukan penjahit dan peniaga tegar, saya hanya membelinya dikedai biasa dan bukan kedai borong segala peralatan-peralatan menjahit telekong dan pastinya pilihan adalah sangat terhad. Sekiranya, ada permintaan renda berwarna, kami akan usahakan untuk mendapatkannya. Kain pula ada 100% cottan seperti pakaian baju sekolah budak.
Bulatan hitam menunjukkan labuh bahagian dalam telekong sehingga menutupi jari jemari. Dua jenis renda yang berlainan rupa.
Berlapis Dua
Keistimewaan telekong yang diberi nama Masturah ini yang bermaksud yang melindungi keaiban, adalah berlapis dua. Bahagian dalamnya sangat labuh sehingga menutupi jari jemari dan ianya cukup sukar untuk didapati dipasaran. Begitu juga dengan kainnya yang dilapis dua bagi mengelakkan terlihat warna kulit dan insyaAllah ianya sangat selesa. Ianya sengaja direka sebegitu labuh kerana mengambil kira faktor memudahkan untuk muslimah-muslimah yang berada dirumah dengan pelbagai aneka ragam pakaiannya. Jadi, telekong masturah menyediakan medium mudah dengan hanya menyarungkan dan insyaAllah ianya tidak menzahirkan aib iaitu warna kulit insyaAllah!
Saiz
Saiz adalah mengikut ketinggian. Setakat hari ini saya ada menyediakan saiz S, M dan L sahaja.
1. Saiz L = 160cm ke atas.
2. Saiz M = 150-159cm.
3. Saiz S = 149cm dan kebawah.
Bahagian muka pula selalunya saya agak-agak sahaja mengikut saiz muka yang biasa. Sekiranya bahagian muka anda kecil, sila nyatakan kemudian.
Harga (Kemaskini: 1/12/11),
1. Sepasang (telekong + kain) = RM 130 120
2. Kos penghantaran sepasang = RM 10
2. Kos penghantaran sepasang = RM 10
Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya melalui email seperti yang tertera diatas atau SMS ke 013-3575915. InsyaAllah ianya memakan masa paling lama 2 minggu untuk disiapkan. Untuk makluman, telekong masturah di Bayt Al-Iman cukup ringkas tanpa sulam. Keseluruhan hanya berwarna putih. InsyaAllah untuk memelihara solat dan khusyuk orang lain insyaAllah! Wallhua'lam.



