19.7.22

Buah Mulut yang Baik



 

Cemburu ❤️


Disolatkan oleh ramai orang. Disebut-sebut peribadi baiknya. Apakah amalan ikhlas yang Allah perkenan sehingga dijadikan buah mulut yang baik diakhir hayatnya. Hebatnya seorang Dalila.


"Dan jadikan aku buah tutur yang baik bagi orang-orang yang datang kemudian"

(Asy-Syu'ara:84)

12.7.2022 Dalam Kenangan


2014 menangis bersama orang yang hebat akhlaknya disini.


Allah hantar dia untuk belajar apa itu bersangka baik, memaafkan sebagaimana kita mahu dimaafkan, bagaimana memandang manusia lain dengan kasih sayang, bertabayyun, tidak tergesa-gesa dan berhati-hati terhadap sesuatu yang kita dengar.


Allah izinkan juga medela freestyle zaman Muhammad dan Abdullah turun kepada Nuha untuk berkhidmat. Berbakti kepada yang sudi. Kenangan mak-mak.


Beberapa hari kebelakang sangat teringat untuk bertanya khabar. Rupanya janji walau sesaat tidak akan lambat dan cepat telah sampai.


Manusia yang hidup akan sentiasa ralat kerana lambat untuk ucap, i love you fillah ❤️


Selalu rindu. Al-Fatihah buat Nur Dalila Iylia Abu.

8.3.22

   



Allah Maha Hebat

Merasai adanya tuhan. Nikmatnya dapat merasai adanya Allah. Percaya Dia ada dan merasai Dia ada adalah dua perkara yang berbeza. Apabila kita percaya Allah ada maka berusahalah mencapai tahap merasai Allah ada.

Allah itu wujud

26.8.18

Pilihan








Pilihan

Membuat keputusan ni sukar, apatah lagi perkara yang hampir sama sahaja baik dan buruknya. Bebanan membuat pilihan sentiasa ada dan menjadi ujian juga untuk kita. Ragu-ragu, keliru dan rasa takut tersilap pilih. Semua orang suka, dah pilih akhirnya bahagia tapi begitulah tidak selalunya selepas pilih bahagia, adakalanya dan mungkin juga selalu berlaku selepas pilih tidak bahagia, rasa kecewa. Ada juga keadaannya mula-mula pilih bahagia lepas tu sengsara. Berlaku juga dah siap pilih tak suka lepas tu mula cinta, tapi yang paling kita nak ialah dah buat pilihan, bahagia dan terus bahagia. Apa pilihan yang kita ada untuk memilih? Iman, doa, ilmu, berfikir dan teruskan berdoa sebab pilihan itu bukan pilihan kita tapi ia datang daripada Allah, kita tidak ada apa-apa sebenar. Allah Maha Berkuasa.

15.1.18

SEMANGAT 1K

Dua kali ditakdirkan jumpa kawan sekolah menengah ketika membuat bayaran di kaunter sebuah pasaraya. Pertama kali jumpa sebak sungguh rasa hati. Kami bersalam dan saling berpelukan. Kami bertukar khabar. Sebak yang masih sama untuk kedua kalinya di kaunter berlainan dan hari yang berlainan.

Sebenarnya kami bukanlah sekelas tapi kami kenal yang bukanlah terlalu rapat. Dekat 15 tahun tidah pernah berjumpa. Kali terakhir ialah di tingkatan 5. Dahulu si kawan agak gempal, kini semakin kurus. Mungkin sibuk bekerja yang bershif dan menguruskan anak-anak yang 4 orang itu.

Semangat IK.

Sepanjang perjalanan memikirkan si kawan. Betapa tabahnya dia dengan kehidupannya kini demi besarkan 4 orang anaknya. Mungkin ada1K lebih setelah tolak KWSP dan SOSCO. Mata tengok diri sendiri. Banyak dan terlalu banyak Allah bagi yang cukup menyenangkan sebagai manusia biasa. Cukup serba serbi. Insaf. Maka, bersyukurlah.

"Ya Allah masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang sedikit".

28.10.17

Big Y.

Dulu antara sebab untuk menguruskan badan kerana tersentap tanpa sengaja oleh lisan berbisa yang tidaklah diingat siapa gerangannya. Sedap sahaja lontaran kata-katanya.

Lihat sahaja orang yang berimej agama, hampir rata-rata orangnya perut lebih depan dari dadanya. Sepatutnya, dia lebih tahu akan hak perutnya. Lebih tahu hak badannya. Makna kata, lebih 'fit' orangnya kerana akan lebih berganding rapat dengan namanya puasa, berhenti makan sebelum kenyang betul.

Betul juga. Rasa terpukul sungguh. Begitulah juga ikrar kami suami isteri diawal perkahwinan untuk kekal momentum perut supaya tidak lebih daripada dada. Alhamdulillah dengan kata-kata yang pedas dan berbisa itu, Allah izinkan kami dapat semula berat sebelum berkahwin malah lebih ringan. Paling syukur dikurniakan kebolehupayaan membaca kehendak badan sendiri jika terlebih atau terkurang makan.

Sunnatullah orang yang makan berpantang, Allah bukan sahaja kurniakan tubuh yang kurus malah dikurniakan juga pakej kulit yang lebih cantik. Ketika inilah sekali lagi hati diuji malah ianya lebih menakutkan lagi.

Ujub.
Riya'.
Takabbur.
Perasaan cantik.

Masalah-masalah hati yang jika tidak dibendung awal mengundang bencana yang bukan sedikit. Masih terkesan dengan nasihat tuan guru yang dimuliakan Allah SWT, apa yang paling dirisaukannya ialah apabila penyakit-penyakit ini bersarang dihati. Suka dipandang, suka dipuji dan suka mempamer kecantikkan di sana sini.

Semenjak itu agak gentar terlalu teruja untuk mendorong. Tahap gembira turun hampir 70% peratusannya. Kita memang dituntut memakmurkan hak perut serta anggota lainnya. Namun, jangan dilupa, pokok hati yang letaknya mahmudah itu yang paling utama. Alhamdulillah masih ada yang sudi ingat-mengingatkan dan saling berpesan-pesan ke arah kebaikkan. Maka, bersyukurlah.

"Ya Allah masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang sedikit".