8.3.13

LAHAD DATU VERSI MONGGOL (4)

Salam penghulu segala hari. Semoga kita semua mampu meraih cahaya di antara 2 jumaat dengan berkat khatam surah Al-Kahfi. Carilah dan lapangkanlah masamu untukNya. Mudah-mudahan Allah redho kita semua menuju syurgaNya. Selawat dan salam buat kekasih kita Baginda Rasulullah SAW. Syafaatilah kami ya Rasulullah SAW! T__T

Kesinambungan daripada entry-entry terdahulu, seperti yang dijanjikan kita akan menyoroti sirah kekalahan Baghdad di tangan Tartar yang dipimpin oleh HULAGO KHAN yang dikarang oleh sejarawan terkenal abad ke-13 iaitu Muhyiddin Al-Khayyat yang menceritakan bagaimana pergeseran antara sunni dan syiah,  juga antara pengikut pengakap mazhab Syafi'i dan Hanafi membawa kepada kejatuhan yang amat dahsyat di Baghdad!

Di sinilah letaknya Baghdad.

“Sejak bertahun-tahun lamanya telah timbul pergeseran yang dasyat antara pengikut Sunni dan Syi’ah, juga antara pengikut mazhab Syafi’I dan Hanafi. Pertumpahan darah sering terjadi dalam setiap pertikaian yang timbul diantara golongan-golongan yang saling bertentangan itu. Pada saat itu khalifah yang berkuasa ialah al-Mu’tasim, sedangkan wazirnya Muayyad al-Din al-Qami, seorang tokoh Syi’ah terkemuka.

Amir Abu Bakar, putera khalifah, dan panglima Rukhnuddin al-Daudar sudah lama menaruh dendam kepada wazir al-Qami. Pada suatu hari Amir Abu Bakar memerintahkan tentera menghancurkan tempat tinggal puak Syi’ah. Peristiwa ini dirasakan oleh wazir sebagai pukulan yang hebat terhadap dirinya. Diam-diam dia berutusan dengan Hulagu dan mendorong panglima Mongol dari Transoxiana itu segera berangkat merebut ibukota Baghdad. Hulagu pun datang dengan ribuan tentaranya pada bulan Safar 656H dan mengepung Baghdad. Dengan persetujuan khalifah, panglima al-Daudar membawa pasukan tentara Baghdad untuk mengusir tentera Mongol. Tetapi malang tidak dapat dielakkan. Pasukannya kalah teruk dan dia sendiri terbunuh dengan kepala terpisah dari badan.

Sisa pasukannya menyelamatkan diri ke balik tembok ibukota yang kukuh dan sebahagian lagi melarikan diri ke Syiria. Setelah itu wazir al-Qami menemui Hulagu atas persetujuan Khalifah al-Mu’tasim. Rundingan dilakukan antara kedua – dua pihak. Wazir dan pengiringnya pulang ke dalam kota, dan setelah terjadi kekecohan diapun berkata kepada khalifah: “Hulagu Khan berjanji akan tetap menghormati Tuan sebagai khalifah, seperti mereka mengakui Sultan Konya. Bahkan ia hendak mengawinkan seorang puterinya dengan putera Tuanku, Amir Abu Bakar !”

Saya ringkaskan sahaja peristiwa ini untuk memudahkan pemahaman. Semasa ini pemerintahan dipimpin oleh khalifah al-Mu'tasim dan wazirnya adalah al-Qami iaitu seorang syiah yang terkemuka. Amir Abu Bakr yang juga anak kepada khalifah serta panglima khalifah telah lama berdendam dengan Al-Qami dan memerintahkan tentera hancurkan kampung syiah. Si Al-Qami syiah ini rasa tercabar dengan anak khalifah dan terus meminta monggol datang serang Baghdad.

Monggol pun apa lagi, datang serang dan takluk dan menjanjikan untuk mengahwinkan puterinya dengan putera khalifah, kata wazir al-Qami ini tadi. Khalifah dengan seluruh kerajaan, hakim dan keluarga yang dilaporkan sekitar 3000 orang keluar istana untuk bertemu Hulago Khan. Mereka disambut dengan ramah tetapi akhirnya, agak-agak apa yang terjadi?

MEREKA SEMUA DIBUNUH tanpa tersisa! Tinggal Al-Qami syiah yang bersekongkol dengan Monggol. Apakah nasib si pengkhianat ini? DIA DIBUNUH DENGAN LEBIH KEJAM BERSAMA KELUARGANYA! Kerana apa? Menurut Hulago, Al-Qami sepatutnya mendapatkan hukuman yang lebih kejam lagi kerana dia khianat kepada orang yang memberinya kepercayaan.

Lihatlah kes ini dan kita juga boleh kaitkan lagi dengan sejarah kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Sejarah itu sunnatullah yang akan berulang dan terus berulang. Kita lihat pula hari ini dan bandingkan perjalanan drama yang lebih kurang sama. Ianya sama sahaja tetapi berbeza bergantung kepada peredaran zamannya.

Maka, bermulalah era kekuasaan Monggol atau Bani Ilkhan di Baghdad hasil daripada pengkhianatan. Era hitam ini berlalu hampir 600 tahun lamanya sebelumnya datangnya mujahid yang akan kembali menjulang Islam. Mengikut sejarah, sesuatu tamadun paling lama dapat bertahan selama 600 tahun dan sesuatu tamadun itu akan goyah dan pincang seterusnya akan jatuh dan digantikan dengan tamadun yang lain. Begitu juga hari ini. Sesuatu kerajaan yang telah lama memerintah akan digilirkan dengan pemerintahan yang lebih baik.

Lihat sahaja kerajaan arab-arab boneka yang digulingkan rakyatnya seperti yang berlaku di Mesir. Hosni Mubarak digantikan dengan Muhammad Morsi! Hidup Morsi! Muammar Ghadafi di Libya. Saddam Hussin di Iraq dan contoh paling baik untuk menunjukkan yang Allah akan gantikan dengan sesuatu pimpinan seperti yang terjadi di Tebing Barat, Palestin.

Di Palestin ada 2 parti islam iaitu HAMAS dan FATAH. HAMAS ini di Gaza yang diperintah oleh Ismail Haniyyeh. FATAH pula pimpinan Mahmud Abbad berkuasa di tebing barat setelah menjatuhkan kerajaan Yassir Arafat. Masih belum faham dan kabur? Contoh paling jelas dan dekat dengan kita, dalam negara kita sendiri. Kerajaan hijau mentadbir sebahagian Malaysia dan kerajaan biru yang sebahagiannya yang lain. Faham? Ops daulat! Salah. Jangan tanya soalan begitu. Apakah yang anda faham? Teknik bertanya gaya Rasulullah SAW. Bukan soalan yang jawapannya Yes No :D.

Apakah yang terjadi kepada Monggol? In shaa Allah entry terakhir menyusul mengikut masa panglima-panglima Ramadhan saya beribadat dengan tidur, pasti dengan izin Allah :).

No comments: