Semalam Allah kirimkan Qutuz untuk merubah nasib Islam. Hari ini kita masih tertunggu-tunggu saat semua ummat Islam bersatu, tiada perselisihan, tiada pergeseran pendapat antara kita. Tiada dengki-mendengki dan fitnah memfitnah. Menarik untuk dikongsikan perbualan saya dan ayahanda Muhammad dan Abdullah ketika merapikan pakaian semalam. Kerja menggosok sampai pencen :D. Seminit yang mendatang input.
Rasulullah SAW berkata kepada Abdullah Amr' sambil menunjukkan pintu, 'orang yang akan masuk ini adalah ahli syurga'. Orang yang masuk itu terlihat basah dengan air wuduk. Tiada yang istimewa kerana dia sendiri juga sentiasa berwuduk. Esoknya lagi, Rasulullah SAW bersabda, 'orang yang akan masuk ini adalah ahli syurga'. Maka masuklah orang yang sama. Tiada yang berubah. Masih basah dengan wuduk. Masuk kali ketiga Abdullah Amr' tidak keruan ingin mengetahui apakah sifat yang ada pada orang tersebut sehingga Rasulullah SAW memanggilnya ahli syurga. Maka, bermalamlah Abdullah Amr di rumah ahli syurga tadi.
Sekali lagi tiada apa yang istimewa. Tidak juga bangun malam. Ahli syurga ini hanya bergerak mengalih tempat tidur sambil berkata 'Allahuakbar' jika saya tidak silap dengar Abu Muhammad semalam. Kemudian, ahli syurga ini sambung semula tidur dan hanya sedar seketika sebelum azan Subuh. Beliau bangun dan bersedia untuk solat berjemaah Subuh.
Maka, Abdullah Amr' menyatakan yang Rasulullah SAW mengatakan yang dia seorang ahli syurga tetapi Abdullah Amr' tidak nampak pun apa-apa amalan ahli syurga malah dia sendiri seorang yang bangun solat malam. Sebelum Abdullah Amr' berlalu pergi, ahli syurga ini mengatakan yang dalam hidupnya, dia tidak pernah rasa DENGKI, DENDAM dengan orang lain. Dia bersangka baik dengan semua orang.
[sumber]
Lihatlah, Abdullah Amr' sahabat rasulullah SAW pun masih belajar memperbaiki hati, apatah lagi kita yang jauh dengan Rasulullah SAW. Hanya sunnah dan ajaran Baginda yang membuatkan kita akan sentiasa dekat dengan Baginda. Bayangkanlah Rasulullah SAW menyambut kita dengan senyuman yang menampakkan barisan giginya yang sempurna sambil tangan berdepa untuk memberikan syafaatnya ketika semua orang berlari-lari mencarinya untuk mempercepatkan hisab. Allah! Dimanakah kita dalam mengamalkan sunnah Baginda T__T.
Kembali kepada saki baki Monggol yang ada. Mungkin kita tidak pernah terbayangkan orang Monggol yang dahulunya merupakan musuh kuat orang Islam akhirnya tunduk kepada kepercayaan penduduk negara yang mereka tawan. Ramai pemimpin dan bangsawan Monggol yang kembali kepada Islam tidak berapa lama setelah kejatuhan Baghdad. Diikuti oleh sebahagian besar mereka yang berada di bawah wilayah Islam yanh sebelum ini mereka adalah pengganut agama Budhisme dan Syamanisme.
BARKHA KHAN iaitu cucu GENGHIS KHAN yang berpengkalan di lembah Wolga telah memeluk Islam berbondong-bondong bersama pengikutnya di sana. Barkha juga telah mengirimkan tenteranya untuk membantu BAIBRAS di Mesir yang sedang bertempur dengan HULAGU KHAN dan tentera salib. Semenjak kekalahan tentera Hulagu di Ain Jalut, Islam berkembang dengan begitu pesat.
Sultan GHAZAN iaitu berketurunan Monggol mengarahkan tenteranya untuk meruntuhkan segala kuil budha, gereja sama seperti sejarah zaman Nabi Ibrahim as yang menghancurkan berhala-berhala di sekitar kaabah dengan kapaknya. Kemudian GHAZAN mendirikan semula masjid dan madrasah iaitu tempat asalnya yang dihancurkan HULAGU dahulu.
Allahuakbar! Akhirnya syariat Islam kembali berdaulat. Undang-undang kerajaan liberal telah digantikan dengan undang-undang Islam. Amir-amir daripada Monggol mula memakai pakaian sunnah kebanggaan Rasulullah SAW iaitu jubah, serban dan membuang semua pakaian adat tok nenek moyang mereka.
Begitulah susunan Allah. Sunnatullah pergiliran yang Allah tentukan. Dahulu Islam tertegak kukuh di zaman pemerintahan bani Abbas (era abbasiyyah) dan apabila mereka telah lalai dengan kemewahan material, Allah gantikan mereka dengan bani Uthman (era turki uthmaniyyah). Bani Uthman berdi teguh sebelum runtuh dek perihal yang sama. Itulah sunnatullah pergiliran. Allah akan gantikan pimpinan yang lemah kepada pimpinan yang lebih dominan.
Begitulah pentingnya seorang pimpinan. Maka, sebagai seorang Islam yang hanya mengharap redho Rabb, kita wajib memilih pemimpin yang mana rakyat bukan ketakutan kerana dirinya tetapi rakyat di bawahnya hanya takut kepada ALLAH! Selagi mana pimimpin sebegini tidak diangkat, selagi itu kita masih menanggung dosa berpanjangan kerana semua sistem yang islami tidak tertegak sehinggalah sistem kekhalifahan wujud kembali.
Ini kerana pemimpin yang baik, segala peri lakunya hanya akan nampak pembalasan di akhirat sana. Sifat ehsan! Buat sesuatu sentiasa berwaspada kerana adanya Allah sebagaimana pimpinan kita terdahulu. Lihat sahaja Umar, Salahuddin, Fateh dan Qutuz! Belajarlah sejarah kita yang hebat ;). Wallahu'alam.
Ini kerana pemimpin yang baik, segala peri lakunya hanya akan nampak pembalasan di akhirat sana. Sifat ehsan! Buat sesuatu sentiasa berwaspada kerana adanya Allah sebagaimana pimpinan kita terdahulu. Lihat sahaja Umar, Salahuddin, Fateh dan Qutuz! Belajarlah sejarah kita yang hebat ;). Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment