25.9.17

Redha suami.

Dulu pernah buat banyak kerja dalam 1 masa dengan bermatlamatkan 'financial freedom' seawal mungkin.

Dalam mahu capai matlamat, banyak benda terabai. Leka berjual dan berjalan-jalan hanya di skrin telefon. Paling penting, rakan sebilik telah beberapa kali menyatakan kerimasannya. Maklum sahaja, perlu keluar masuk pejabat pos, telefon pula terpisah tidak.

Apabila magnet rezeki terbesar seorang isteri telah berbunyi itu dan ini, eloklah tinggal terus yang tidak dia gemari. Doa banyak supaya Allah campak rasa tidak suka pada Fb dan Ig. Padam aplikasi untuk hilangkan rasa ketagihan skrin keterlaluan.

Alhamdulillah lebih setahun tinggalkan Fb, boleh jauh dari Ig, roomate gembira, anak-anak seronok dan hidup pun tenang-tenang sahaja. 

Sangat benar redha Allah itu letaknya pada redhanya suami. Apabila suami redha, kehidupan isteri sangatlah harmoni, tenteram dan cukup mendamaikam. Banyak doa tertunai dan terhindar dari segala penyakit-penyakit hati perosak amal.

Alhamdulillah atas nikmat tenteram. Hati yang sangat lapang membahagiakan. Kurniaan masa untuk lebih memahami sebuah kematian hanyalah pada asas mulianya jiwa dengan sifat-sifat mahmudah. Maka, bersyukurlah.

"Ya Allah masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang sedikit".

1 comment:

All about a journal said...

Alhamdulillah...happy dengar u happy...

I'm always here..as usual..

Love u fillah..