4.3.17

TANPA KACA MATA

Antara impian manusiawi yang masih belum diizinkan untuk capai ialah menghabiskan sisa hidup yang berbaki tanpa kaca mata. Jalan singkat paling mudah untuk melaksanakan misi ini ialah pembedahan lasik. Bayar sahajalah. Selesai masalah.

Setelah merujuk kepada rakan doktor, dia sangatlah tidak syor kerana padanya setiap pembedahan adalah berisiko. Sebelum ini pun ada terbaca berkenaan kesan pemebedahan lasik untuk jangka panjang. Jurnal yang diberikan oleh rakan-rakan ahli mata. Mungkin peratusan risiko itu rendah sahaja.

Beralih pula kepada pandangan mak. Mak pula cerita tentang pengalaman Dr. Fazilah Kamsah yang berdoa di depan kaabah untuk tidak berkaca mata. Allah angkat doanya dan beliau kini hidup tanpa kaca mata. MashaAllah.

Baru-baru ini sambil menjahit butang bersama nenek, temuramahlah beliau tentang rabunnya yang hilang setelah pembedahan lasik. Menurutnya, bila usianya kini yang tua, rabunnya pun ada juga. Mula rabun kembali. Namun, ramai juga dikalangan terdekat yang membuat lasik dan mereka hidup gembira tanpa kaca mata.

Jadi, atas nasihat kawan doktor itu dan berdasarkan pendapat-pendapat yang ada, cuba dahulu tinggalkan kaca mata. 

Jika dahulu panjat gunung, simpan kaca mata dalam poket. Kini, ada keberanian tinggal terus dalam kereta. Jika dahulu santai di pasaraya tidak boleh tinggal kaca mata, kini berjaya ke pasaraya tanpa kaca mata. Begitu juga semasa memandu dan dirumah.


Mata dilapangkan tanpa bergantung kepada kaca mata. Alhamdulillah. MashaAllah. Rasa seperti bola mata melompat-lompat gembira dan berpesta dapat merasai udara hijau wangi gunung awal pagi. Rutin riadah mingguan kami anak-beranak.

Walau bagaimanapun, ajar anak-anak mengaji, menaip, menulis dan pekerjaan yang memerlukan kepantasan segera, kaca mata masih diperlukan. InshaAllah yakin pasti The Power of Dua', usaha, istiqamah dan tawakkal.

1 comment:

Marlina Mohtar said...

akak kalau tak pakai cermin mata, alamatnya tak boleh buat kerja huhu. Tanggal pun masa solat, mandi dan tidur je