Rekod 15minit dengan catatan 608 lompatan adalah rekod untuk ambil purata daya badan boleh buat untuk hanya 5 minit. Jadi, untuk tidak membuang terlalu banyak masa workout, 200 / 5minit itu pun sudah cantik. Alhamdulillah sekarang boleh buat kurang dari 2 minit untuk capai 200 lompatan secara berjadual.
Roomate kata ini semua tipu daya wanita. Kurus bukannya untuk apa. Untuk pakai pakaian sempit untuk menunjukkan kerampingan. Mahu orang kata dia cantik dan sebagainya. Akhirnya, kena tipu dengan syaitan sahajalah kita.
Kurus niat untuk cantik, dapatlah cantik.
Kurus niat untuk dipuji, dapatlah pujian.
Kurus niat untuk mudah ibadah, inshaAllah dapatlah nikmat beribadah.
Sentap sekejap. Kaunselor utusan Allah yang tidak pernah gagal untuk 'alarm' hati supaya CLEAR asbab untuk semua yang kita buat tapi ketahuilah wanita, kurus dan cantik memang susah untuk dipisahkan. Kerana akhirnya, perempuan tetap perempuan. Kikiki.
No comments:
Post a Comment