30.7.17

Semangat RM900.

Semalam ke Pasaraya Giant untuk kali kedua. Kali pertama membeli dan kali kedua mengganti yang dibeli. Terus sahaja ke kaunter pertanyaan.

Muka si penjaga kaunter kelihatan penat dan sedikit tidak terurus. Mungkin waktu kerja yang agak panjang dan berterusan. Masih gagah memberi senyuman dan layanan terbaik untuk pelanggan 'songeh'.

Kelam kabut pilih dan kembali ke kaunter tadi. Melihatkan mereka semua, kira pula pendapatan mereka dengan kepenatan yang mereka rasa. Semangat RM900 sebulan. Mungkin bersih setelah potong SOSCO, KWSP dan sebagainya.

Betapa beruntungnya aku. Memang kadang-kadang kita perlu 'down rate' apa yang kita selalu makan dan pakai untuk merasai sendiri susah walaupun tidak sama. Pakaian murah tidak menjadi 'gatal' di badan kita. Makanan tidak sedap masih boleh melalui tekak kita. Maka, bersyukurlah.

"Ya Allah masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang sedikit".

No comments: