31.7.17

3 Ringgit.

Sepasang suami isteri bersama 3 orang anaknya sedang makan di sebuah kedai makan. Datang seorang Afrika yang seperti dalam perjalanan jauh datang menjual tisu lembab berharga 3 ringgit.

Melihatkan keadaan si Afrika yang tidak terurus, mereka membeli tisu lembab tersebut. Barang dan 3 ringgit bertukar tangan. Si penjual terus masuk ke kedai makan untuk membeli makanan. Sangkan suami isteri penjual itu tadi akan membeli sebungkus nasi untuk dirinya.

Tidak lama kemudian, dia keluar membawa seketul ayam goreng. Disiatnya ayam goreng tadi menjadi 2 bahagian. Satu bahagian diberikan kepada kucing dan sebahagian lagi dimakannya berhampiran kucing itu tadi.

Allah. Betapa mulianya dia berbanding kita. Pengajaran 3 ringgit yang cukup menginsafkan. Allah masih sayang dengan peringatan demi peringatan. Maka, bersyukurlah.

"Ya Allah masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang sedikit".

2 comments:

All about a journal said...

i ada terbau cara dan gaya penulisan mu ada sikit kelainan.

mungkin buku lain pula akan terbit? hehehe...

@LeenShamsh said...

hehe buku satu pun belum ade..nak keluar yg mane satu. belum cukup ikhlas untuk publish mane2 za...