Antara kenikmatan yang Allah beri pada saya adalah mampu datang usrah dan melihat wajah lembut mak usrah saya hampir setiap pagi Jumaat. Seorang wanita hebat di mata saya yang mana beliau masih tsabat di atas jalan ini yang mana beliau juga sumber inspirasi saya sehingga dengan izin Allah, saya boleh serap kehidupan pekerjaan seperti hari ini.
Makcik seorang pengetua yang perwatakan seperti seorang ustazah. Malah tidak keterlaluan, beliau di mata saya lebih ustazah dari ustazah yang pernah saya pernah jumpa selama hidup saya. Usianya 50 dengan tarbiyyah Allah semenjak zaman universitinya di UK dahulu membuatkan saya banyak belajar seni dalam berakhlak sesama manusia dan menghormati diri sendiri sebagai seorang wanita.
Suatu kisah benar yang suka saya kongsikan untuk ikhtibar bersama. Kisah ini diceritakan oleh bonda saya sendiri berkenaan kenalannya merupakan guru English yang mana beliau diminta suaminya untuk bertudung labuh dan berpakaian ala-ala ustazah walaupun ustazah hari ini berpakaian ala-ala guru Englisah. Dunia memang sudah terbalik.
Menurut suami beliau apabila ditanya, ini kerana dia seorang lelaki dan dia sendiri faham kejahatan seorang lelaki apabila duduk berkumpul, tiada perkara lain yang menjadi topik kesukaan mereka kecuali menelanjangkan perempuan-perempuan yang ada. Fitrah seorang lelaki yang saya tidak pasti masih wujud pada semua lelaki atau tidak, sebagaimana mereka tidak suka mak, adik-beradik perempuan mereka ditelanjangkan, maka dengan sifat pelindung yang fitrah, sepatutnya mereka ada 'rasa' untuk melindungi ibu, isteri, saudara-saudara perempuan dan anak-anak perempuan mereka dari hidangan jahat oleh pandangan-pandangan mata yang tidak ditundukkan.
Saya jadi teringat kata-kata azimat zauji yang ianya sebagai peringatan yang kuat buat diri saya di mana pun saya berada setakat hari ini dengan izin Allah. Menurutnya, perempuan ini cerdik. Cerdik dalam belajar tetapi tidak cerdik dengan kehidupan nyata. Lelaki pula, cerdik juga, tetapi cerdik mereka cerdik jahat.
Pesanan ini saya bawa ke mana-mana untuk berhati-hati dengan doa Allah melindungi hati dan diri saya.
Ya, bukan semua mereka berpakaian taqwa ini sama dengan hati tetapi sekurang-kurangnya mereka telah melaksanakan perintah-perintah Allah dalam Al-Quran yang mana seruan untuk melabuhkan tudung menutupi dada.
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. (Al-Ahzaab:59)
Tudung labuh bukan milik ustazah sahaja. Malah ramai di kalangan ustazah yang meninggalkan tudung labuh mereka apabila mula bekerja. Setelah beberapa tahun di alam pekerjaan, hampir 90% yang saya jumpai, kebanyakkan yang melabuhkan tudung mereka adalah dari kalangan mereka yang bukan agamawan.
Sehingga hari ini, saya masih tertanya-tanya, dimanakah silapnya?
Al-Kahfi. Salam Jumaat.
5 comments:
in sha ALLAH
hijrah kami sekeluarga ke UK untuk mencari dunia ISLAM yang boleh dikongsi dan diaplikasi di Malaysia
MashaAllah bestnye kak! Bile ke sane?
TQ atas perkongsian.......anyway Salam kenal, saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik tq :)
Post a Comment