Berkata imam sufyan ats-tsaury:
Semua amalku yg dilihat orang sama sekali tidak aku kira, kerana betapa sukarnya bagi orang seperti kita untuk ikhlas ketika mata-mata menatap, wajah-wajah takjub dan pujian menyebar. [rujukan]
Saya cukup terkesan dengan perkataan 'orang seperti kita'. Ulama sendiri berasa begitu payahnya untuk menakluki sebuah hati apatah lagi saya yang jauh dari kehidupan para ulama'. Makan minum, pakaian, tempat tinggal, kenderaan kami hari ini tersangat jauh dengan martabat kehidupan mereka. Ayat 'orang seperti kita' sangat menghantui saya.
Malu. T__T
Pernah seorang ustaz yang kami kenali yang merupakan seorang panel penggubal soalan. Beliau adalah salah seorang orang kuat yang membuat soalan peperiksaan. Di akhir majlis, seperti biasa akan ada sesi ambil gambar tetapi entah bagaimana, tiada pun gambarnya terselit di antara para penggubal yang lain. Mungkin tindakannya itu adalah untuk menjaga hatinya.
Kebiasaannya, dikebanyakan rumah orang agama, akan ada rak-rak besar kitab-kitab pelbagai. Seorang ustaz tidak gemar meletakkan buku-buku di ruang tamu sebagai ganti ruang letak TV rumahnya. Baginya, rak-rak kitab juga antara gangguan pada hatinya apabila orang-orang yang datang akan merasa dirinya hebat dengan kitab-kitab yang ada.
Kadangkala, cerita-cerita sebegini mendatangkan rasa gerun kerana kita sendiri tahu letak hati masing-masing di peringkat mana. Manusia biasa sukakan penghargaan apatahlah pujian. Bagi sesetangah orang, ianya tidak memberi sedikit cuitan bangga atau hina kepadanya sebab itu juga sahabat itu pelbagai. Ada setenang Abu Bakr, setegas Umar dan sepemalu Uthman.
Dan kita hari ini terlalu jauh dengan kehidupan dan keperibadian para sahabat.
Tasauf.
No comments:
Post a Comment