4.5.15

MAHARAJALAWAK

Sekiranya mati ketika itu?

Ketika di rumah bonda, saya 'tertengok' satu kumpulan maharajalawak berkisar tentang si penggali kubur yang yang bertemu kembarnya di tanah perkuburan dan mesej yang hendak disampaikan adalah berkenaan nombor ekor. Hanya satu kumpulan itu sahaja yang 'menarik' saya menonton TV mungkin asbab kumpulan itu berasal dari daerah yang sama dengan saya. Kemudian, insaf dan tidak sambung menonton lagi.

Soalan yang jawapan saya sendiri boleh tahu ditanya semula kepada zauji. Apakah hukum menonton TV yang tidak mendedahkan aurat dan ada juga mesej yang baik dalam cerita tersebut cuma masalah besarnya pada juri dan audience yang tidak menjaga ikhtilat, pendedahan aurat yang mana nampak hodoh dari cantiknya dalam majlis sebegitu. Soalan hukum saya tidak dijawab sebaliknya satu soalan diajukan semula kepada saya.

Sekiranya mati ketika sedang asyik menonton TV? Bersediakah?

Tidak!

Suka juga saya kongsikan petikan dari kuliah Ustaz Badlisyah berkenaan kaitan maharajalawak dan Firaun. Menurut sejarah yang dikupasnya, antara kesukaan Firaun adalah menonton rancangan yang seperti maharajalawak seminggu sekali. Ada tukang lawak Firaun yang akan membuatkannya ketawa. 

Suatu hari, si pelawak ini meniru cara jalan Nabi Musa a.s. Ditakdirkan ketika Firaun dan semua pengikutnya melintasi laut mati ketika mengejar Nabi Musa a.s, hanya di pelawak ini sahaja yang tidak tenggelam kerana asbab meniru jalan Nabi Musa a.s. Petikan kisah ini menepati tema ceramah ketika itu, 'ikut Nabi' jika saya tidak silap.

Apa yang perlu diberi perhatian dan sindiran disini bagi yang ada hati dan perasaan adalah perangai Firaun yang suka menonton rancangan lawak seminggu sekali adalah sama dengan ummat hari ini yang mempunyai kesukaan yang sama dengan Firaun.

Baru-baru ini sahabat saya bertanya tentang hukum menonton wayang bersama suami. Disebabkan saya bukan golongan agamawan, hukum bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main. Ada agamawan yang suka menonton wayang mengatakan, imej yang dilihat di layar adalah bayang dan bukan bentuk yang sebenar. Jadi, tidak mengapa. Berbicara soal hukum, akan ada banyak pendapat yang akan dibuat mengikut kecenderungan kita.

Sekiranya mati ketika itu?

Agak-agaknya soal saya kepada sahabat saya, kita pernah jumpa atau tidak tok-tok guru seperti Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Anas Mandani yang mengajar kitab menonton wayang?

Tasauf.

No comments: