30.5.15

DUIT BEKU

Selepas beberapa siri kontroversi pelaburan duit simpanan kami anak-beranak oleh bank Tabung Hajjah (bukan nama sebenar), saya terfikir untuk membekukan duit simpanan anak-anak dalam bentuk emas dan takdir Allah semasa mesyuarat tempat kerja beberapa minggu sudah, melalui rakan senior saya, saya berkenalan dengan Power Gold.

Senior saya ini belum menjadi ahli tetapi sudah menyebarkan manfaatnya. Allah hadirkan pula seorang sahabat maya yang mengikuti blog iman ini untuk langkah yang lebih laju. Setelah kami menyelidiki membuat sedikit ulangkaji berkenaan syarikat ini berkenaan hukum syara' seperti zakat dan lain-lain, maka kami mengambil keputusan untuk membekukan duit simpanan anak-anak kepada bentuk emas.

Duit beku anak-anak peringkat permulaan.

Mengapa emas?
1. Setiap pembelian telah dizakatkan. Maka, tidak perlu runsing tentang zakat.
2. Susut nilai yang kecil. Sebagai contoh, barang kemas yang digadaikan di kedai emas akan mengalami susut nilai sehingga 30% tetapi di Power Gold, susut nilai hanya sekitar 7-8% untuk ahli biasa dan 5% untuk stokis.
3. Keuntungan modal kenaikan harga emas 20-30% setahun.
4. Kalis inflasi iaitu tidak susut nilai.
5. Mudah dileburkan menjadi wang ringgit.

InshaAllah langkah pertama dengan izin Allah membebaskan keturunan kita dari dibelenggu rantai hutang berpanjangan. Mudah-mudahan simpanan emas 1 gram, 1 bulan, 1 keluarga buat anak-anak khususnya, memudahkan mereka di masa mendatang apabila mereka hendak belajar, berkahwin dan paling penting untuk kegunaan dakwah buat ummah khususnya.

Sebarkan manfaat untuk kekuatan ummat!

2 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam UM..Apa kabar?Lama kak atie tak singgah kat sini sihat?
Mmg pelaburan emas bagus utk jangka panjang...nilai emas jg tak pernah susut.Beli brg kms atau dinar/goldbar...mmg mendtgkn manafaat kpd yg memilikinya :D

@LeenShamsh said...

Pelaburan yang nmpak utk jangka masa panjang kan kaktie ;)