27.6.13

RASULULLAH IS MY DOCTOR (4) l TERAPI PENGLIHATAN

Alhamdulillah ramai sahabat-sahabat saya yang berkanta mata juga tertarik dengan terapi penglihatan. Alhamdulillah selepas saya khatam buku Tuan Jerry, RASULULLAH IS MY DOCTOR, keyakinan untuk bersara penuh dengan kanta mata meluap-luap dan ianya memerlukan sedikit disiplin dalam melakukan terapi.

Pada saya terapi  mata yang diajarkan Tuan Jerry sama dengan kita meregangkan otot-otot sebelum bersukan. Begitu jugalah terapi penglihatan yang mana kita memerlukan masa untuk rehatkan mata dengan alam selain amalan menistiskan  mata dengan madu sebelum dan selepas bangun tidur. Dengan izin Allah ianya mampu menghilangkan toksin dalam mata dan melicinkan pergerakan sekiranya tidak silap. Juga, menistiskan madu juga perlu kepada yang tiada masalah penglihatan sebagai memelihara mata untuk terus sihat.

Saya sangat syor setiap rumah ada satu naskhah buku RASULULLAH IS MY DOCTOR tulisan Tuan Jerry kerana dalam buku tersebut, ianya mengajar kita mnejadi perawat kepada sakit-sakit seperti demam, selsema, cirit-birit dan sebagainya. Kita diajar untuk memusatkan kepercayaan yang Allah sahaja penyebuh penyakit dan sunnah yang diajarkan Baginda SAW adalah ubat-ubatan semualajadi yang sangat terpercaya bisa menyembuhkan banyak penyakit inshaAllah dengan izin Allah. Tuan Jerry sangat berharap kita langsung tidak bergantung dengan ubat-ubatan kimia.

InshaAllah saya kepilkan juga beberapa helai berkenaan terapi penglihatan yang diajar Tuan Jerry. Mengikut pengalamannya juga, dia mampu sembuh dengan izin Allah hanya dengan terapi penglihatan yang diamalkannya serta memerlukan disiplin yang tinggi juga. Jom kita baca helaian demi helaian untuk menerujakan anda mendapatkan naskhah ini segera :D.






Malam tadi juga, saya sempat mencari maklumat tentang 'cermin mata' terapi yang dikatakan Tuan Jerry untuk merawat rabun jauh, dekat serta silau dengan berkesan. Untuk makluman, Tuan Jerry tidak mendapat apa-apa komisen apabila dia mempromosikan cermin mata tersebut. Ianya hanyalah berkongsi keberkesannannya. Alhamdulillah saya bertemu dengan cermin mata IBNUSINA EYEWEAR. Selama ini saya hanya memandang sepi cermin mata ini, sama seperti sunnah BEKAM. Rupanya kita mampu membayar dengan harga yang rendah untuk memulihkan struktur tubuh yang banyak telah lari :P.

Alhamdulillah sekarang sedang berlangsung promosi DISINI. RM60 penghantaran percuma. Malam tadi juga saya terus memesan cermin mata ini.


Apa yang menarik, sekiranya tiada kesan dalam masa 3 minggu, wang anda akan dikembalikan tanpa sebarang pertanyaan. Jadi, inshaAllah kenapa kita tidak mencubanya? Mudah-mudahan Allah kembalikan penglihatan yang normal sebagai memudahcara kerja-kerja seharian kita sebagai hamba dan khalifah Allah inshaAllah! Jom sama-sama!

26.6.13

WW- MOGA INI YANG TERAKHIR

Pengguna kanta mata tegar. Menyimpan cita-cita untuk membuat pembedahan 'laser' asbab mahu bersara menggunakannya serta mahu merasa kanta hitam ala-ala belalang tanpa 'kuasa' haha! Selepas khatam buku Tuan Jerry, RASULULLAH IS MY DOCTOR, inshaAllah misi terapi mata untuk kembali normal tanpa pembedahan disahut! Pagi tadi Allah izinkan saya memandu tanpanya. Pemanduan santai merehatkan otot-otot mata serta belajar tidak bergantung kepadanya. Moga ini kanta mataku yang terakhir! :)

25.6.13

RASULULLAH IS MY DOCTOR (3) l 7 FAKTA PERUBATAN MODEN

Alhamdulillah dengan nikmat taufiq dan hidayah. Bernafas dalam nikmat iman dan islam serta rahmat dan kasih sayangNya inshaAllah. Pagi yang sungguh ceria buat saya. Dalam tempoh beberapa hari saya cuba istiqomah menjauhi kuih-muih untuk sarapan pagi sebagai menjauhi GMOs yang disuntik, Alhamdulillah saya begitu dan sungguh yakin akan saranan Rasulullah SAW supaya menjaga perut, asbab tempat puncanya banyak penyakit hari ini.

Saya tidak pasti hari Khamis atau Jumaat hari saya timbang berat badan. Alhamdulillah pagi ini, saya timbang semula berat. Subhanallah! Asbab penjagaan makanan, lebih berhati-hati dengan nutrisi setiap makanan, Allah izin berat saya menurun sebanyak 2.5kg! Subhanallah! Patutlah terasa begitu ringan pergerakan badan.

Saya hampir qatam buku RASULULLAH IS MY DOCTOR oleh Tuan Jerry D. Gray. Kebanyakkan fakta yang dibentangkan Tuan Jerry sedikit sebanyak sudah ada pendedahan buat kami sekeluarga. Naskhah Tuan Jerry inshaAllah menguatkan lagi keyakinan saya kepada pergantungan yang SATU dan inshaAllah saya berazam untuk menjadi perawat serta pencegah penyakit buat keluarga saya inshaAllah.

Maka, bertambahlah kepercayaan saya dalam 'konteks sains' yang VAKSIN ITU BUKAN IMUNITI UNTUK TUBUH. Saya percaya bahawasanya, IMUNITI / KEKEBALAN TUBUH TERHADAP PENYAKIT ADALAH DARIPADA SISTEM TUBUH SENDIRI. InshaAllah dengan penjagaan rapi, berhati-hati dalam tabiat pemakanan, terutamanya istiqomah dalam amalan sunnah-sunnah Rasulullah SAW, Allah izinkan sistem badan kita berfungsi dengan baik dan KEBAL dengan segala penyakit berjangkit inshaAllah.

InshaAllah hari ini suka saya kepilkan 7 FAKTA YANG BERKAITAN DENGAN PERUBATAN MODEN. InshaAllah ianya mampu membuka bukan sahaja mata melihat malah mungkin mata hati dalam menafsir. Ubat-ubatan kimia hari ini adalah untuk pelegaan bersifat sementara dan bukan penghilang asbab penyakit tersebut. Sesungguhnya semua penyakit yang Allah turunkan ada penawar kecuali MATI.

Fakta 1 & 2. 

Fakta 3, 4 & 5.

Fakta 6.

Fakta 7.

Baiklah saya terutamanya suka juga makan burger cap Melayu kita, kerana itu sahajalah burger yang boleh saya percayai tetapi ianya tidak sihat dan saya tahu itu. Sehinggalah saya bertemu dengan fakta di bawah, seram sejuk juga mahu makan walaupun kadang-kadang.


Saya akui, dalam kehidupan sehari-hari, kita memang tidak mampu elak sepenuhnya dengan bahan-bahan kimia dalam makanan kita. Saya BOIKOT barangan zionis sejak tahun 2006. Semua barangan laknatullah kami pangkah tetapi makanan-makanan yang tidak kami boikot walaupun halal tetapi tidak toyyibah. Cuba semak botol-botol kicap, beraneka sos kita di dapur, saya percaya kesemuanya mengandungi bahan-bahan kimia.

Jadi, antara sunnah yang diajar Rasulullah SAW untuk kita buang segala toksin makanan jahat yang  berkumpul dan mempengaruhi sistem badan kita, tidak lain dan tidak bukan adalah kembali kepada sunnah BERBEKAM. Kerapkan berbekam syor Puan Tabib terpercaya kami. Sebenarnya, saya sangat tidak sabar untuk belajar teknik berbekam dan semestinya berbekam. Teringin melihat gel darah kotor yang bertahun duduk dalam badan. Mudah-mudahan Allah mudahkan kami inshaAllah!

24.6.13

AMALAN SIHAT KETIKA JEREBU

Hari ini hari bersambung cuti asbab jerebu. Semalam saya mendapat beberapa tips amalan makan ketika jerebu oleh Puan Tabib yang terpercaya. Antara tips yang dipesan Puan Tabib adalah:
1. Amalkan habatussauda'
2. Masak menggunakan bawang putih dan halia lebih
3. Bakar essential oil (lebih kurang lilin pewangi) supaya udara dalam rumah segar

Dahulu lagi saya telah mendapat tips yang aroma lilin baik untuk terapi tetapi biasalah orang degil ;D. Spray pewangi ini menjadi galang gantinya haha!

23.6.13

RASULULLAH IS MY DOCTOR (2) l BEKAM

Alhamdulillah bermula maghrib, sebelum tidur dan sambung bacaan lagi tadi, Allah izinkan saya menamatkan Bahagian 1 buku Tuan Jerry ini iaitu kedoktoran Rasulullah SAW. Subhanallah! Apa yang saya mampu katakan, sesungguhnya muallaf atau insan yang Allah pilih untuk memeluk Islam bukan daripada keturunan, lebih tinggi pengharapannya kepada Allah. Bagaimana Tuan Jerry mengajak pembacanya untuk bergantung harap semata-mata kepada Allah sebagai pemberi dan penyembuh penyakit.

Paling memukau, apabila Tuan Jerry meminta pembaca bukunya berhenti untuk mengambil wuduk sebelum menyambung pembacaan supaya hidayah dan taufik Allah itu sampai. Adab orang alim dalam menuntut ilmu yang selalu diberi penekanan oleh Tuan Suami. Bagaimana mereka meletakkan sepenuh harap hanya kepada Allah. Bandingkan pula kita. Allahu! Jauh sangat. Belajar ilmu perubatan tentera salib moden dan tinggalkan perubatan gaya Rasulullah SAW. Berbangga dengan gelaran pangkat tuan/puan tabib, belajar bertahun-tahun seperti sudah tahu semuanya walhal bekam pun tidak tahu! (baca: tuan/puan tabib yang bongkak cakap 'bitch', 'stupid young mother'). Termasuklah yang menulis ini. Sungguh kita kejam kepada ajaran Rasulullsh SAW.

Selepas solat Subuh dan membaca QalanNya. Segelas susu kambing sebagai peneman dan menyambung bacaan sementara panglima-panglima Ramadhan masih tidur.

Saya sendiri dahulu memandang sepi sunnah berbekam walhal ada dikalangan ahli usrah saya dahulu yang belajar sains tentang urutan refleksoligi dan berbekam malah membuat rawatan rumah ke rumah. Itu semasa si adik berada dekat dengan kami kerana sama berbulatan gembira. Kini, beliau berhijrah ke bandaraya dan Allah memberi hikmah yang mana semasa ada kita tidak menghargai, bila pergi, barulah menyesal kemudian hari :D. Tidak ada yang perlu dikesalkan kerana saya telah membuat temu janji dengannya untuk berbekam sekembalinya beliau untuk bercuti.

Ada dalam hadis yang direkodkan Abu Hurairah, "dalam bekam ada penyembuhan". Baginda SAW juga berkata, "siapa yang melakukan bekam pada hari 17, 19 dan 21 haribulan islam, setiap penyakitnya akan sembuh". Tuan Jerry juga berkongsi pengalamannya berbekan buat kali pertama. InshaAllah diizinkan Allah, saya juga mahu berkongsi tentang pengalaman bekam pertama saya.

Dalam bab ini, Tuan Jerry ada memberi cara rawatan untuk demam, selsema, batu, resdung, cirit birit malah untuk pesakit jantung dan terkena sihir juga dengan syarat kita berpegang teguh Allah jualah penyembuh sakit. Kini, barulah saya menyedari betapa selama ini banyak benda yang saya remehkan tentang makanan sunnah. Kita tidak yakin 100% kepada semua makanan sunnah yang Rasulullah SAW ajarkan kepada kita T__T. Bagaimanalah Rasulullah SAW mahu mensyafaati kita sedangkan kita tidak percaya akan sunnah Baginda? (jom nangis berjemaah).

Saya juga teringin memulakan rawatan untuk masalah penglihatan gaya Rasulullah SAW. Sebenarnya menurut Tuan Jerry, sekiranya kita mampu mengkaji dan beramal dengan semua hadis Rasulullah SAW yang berkaitan kesihatan, inshaAllah kita mampu sembuh secara menyeluruh. Contoh katarak mata. Kita tidak memerlukan pembedahan dan ianya inshaAllah boleh dipulihkan dengan rawatan menggunakan madu, habbatussauda' (jintan hitam). Ianya lebih menjimatkan.

Tuan Jerry juga menempelek doktor-doktor dan ahli farmasi yang menggunakan ubat kimia melalui media untuk menakuti orang-orang awam tentang serangan penyakit. Puan doktor yang budiman juga ada menempelek doktor yang konon atas nama untuk mempertingkatkan perubatan Islam walhal muslihat semata. Para doktor berkereta mewah, rumah besar hasil daripada keuntungan berlipat ganda. Ianya sangat bertentangan dengan slogan 'membantu mempertabatkan islam'.

Apabila saya kenangkan kembali. Betul juga. Untuk bersalin di klinik atau hospital swasta untuk mendapatkan doktor wanita sahaja kita memerlukan paling kurang 5K untuk persediaan sebarang rawatan. Contohnya, anak tidak mahu keluar normal, perlu dibedah. Jadi, nilai 2K untuk normal paling murah mungkin setakat hari ini, perlulah dilipat gandakan. Di bandar besar lagilah besar nilainya. Untuk yang berada, wang bukan masalah tetapi untuk rakyat mahraen seperti saya?

Alhamdulillah, tabarakallah! Allah mengizinkan saya bertemu sahabat-sahabat kumpulan prochoice vax di Whatsup yang berkongsi pengalaman dan tips sihat yang sungguh memotivasikan diri saya untuk bukan sahaja memasak malah saya juga termotivasi memilih makanan-makanan yang sihat. Kami masih mencuba dan mudah-mudahan Allah izinkan kami bertabah dengan dugaan makanan yang sedap-sedap demi menjaga perut kerana Allah yang suruh.

Bermula dari kumpulan ini juga saya bertemu puan tabib yang sangat-sangat menyeru untuk berbekam kerana makanan kita hari sangat tidak sihat dan kita juga amat payah untuk melarikan diri dalam dunia serba moden sehinggalah saya mengajak Tuan Suami untuk belajar bekam supaya kami boleh saling bekam untuk mengeluarkan toksin dalam badan yang berkumpul tidak mengalir yang menjadi asbab sakit badan dan melumpuhkan sistem badan. Bukan untuk diri sendiri sahaja malah juga keluarga, sahabat, orang yang dekat. Mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki untuk mengikuti kursus belajar bekam. Akhir kata, jom dhuha! Mohon Allah dekatkan rezeki dan kurniaan halal yang lebih nilainya dari bumi dan isinya inshaAllah!

22.6.13

RASULULLAH IS MY DOCTOR (1)

Sejujurnya saya sungguh teruja! Asbab keterujaan ini saya terus mencapai laptop untuk menulis untuk sebarkan rasa yang sukar untuk digambarkan terutama buat Puan Langit Tinggi dan Puan Noen serta tidak lupa juga Puan Ena sebagai rujukan rawatan buat keluarga kita semua inshaAllah :D. Walaupun baru beberapa helai sempai saya selak dengan erti kata lain membaca bersama hati untuk memahami bait-bait kata Tuan Jerry dalam bukunya RASULULLAH IS MY DOCTOR sambil menyusui Abdullah sebelum maghrib tadi, saya begitu seronok kerana Tuan Jerry membukukan cara dan kaedah merawat gaya Rasulullah SAW inshaAllah!

"Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku." [As-Syu'arak:80]

Tuan Jerry dibesarkan di kawasan ladang penternakan yang mana sayur, susu dan semua makanannya sihat. Haiwan ternakan tidak pernah disuntik dengan vaksin beracun mahupun vitamin. Asbab itu hampir seluruh keluarganya tidak pernah sakit dan beliau sendiri paling kurang menghidapi flu sekali dalam setahun.

Kenangan setahun sekali mendapat flu hanya tinggal kenangan terindah apabila beliau berpindah ke bandaraya. Suasana makanan tidak lagi segar seperti dahulu. Makanana dan minuman segera, sayur dalam botol yang mengancam kesihatan mereka sekeluarga.

Orang pertama yang mengalami keadaan teruk ialah ibunya yang sering MIGRAIN dan disusuli adiknya beberapa tahun selepasnya, kakak beliau dan akhirnya diri beliau sendiri. Beliau menyedari serangan migrain ini bermula apabila mereka kerap makan makanan Cina dan Thailand yang mengandungi Monosodium Glumate (MSG) atau biasa kita panggil ajinamoto.

Kisah ini terus teringatkan saya sendiri di zaman remaja yang kerap memakan maggi, nugget dan makanan segera sebelum insaf pada tahun 2006/2007 asbab serangan zionis terhadap saudara saya di Palestin sana. Terus sahaja buang jenama zionis atau boikot SEMUA barangan zionis inshaAllah sehingga sekarang kecualilah saya makan di kenduri kendara, kedai yang saya pun tidak tahu apa kandungannya. Jadi, selepas ini perlu lebih menginsafi diri T__T.

Tuan Jerry bertambah pelik dengan penyakit yang dialami keluarganya serta dirinya sedangkan dia seorang yang rajin bersenam, masih muda dan sentiasa berada dalam persekitaran segar. Selepas kembali kepada agam fitrah di Arab Saudi tahun 1884, beliau mula berjinak-jinak dengan perubatan islam.

Bermula disitu beliau dinasihati rakannya untuk berhenti memakan makanan yang mengandungi MSG kerana ianya mampu meracuni sistem tubuh dan menjadi sebab migrain. Jadi, secara tidak langsung bagi pesakit MIGRAIN, Tuan Jerry juga memberi jalan penyelesaian. Selepas ini kita perlu menghentikan tabiat memakan makanan ringan, dan semua makanan yang punya ajinamoto.

Beliau berhenti dan menjaga pemakanan. Kesannya migrain beliau beransur pulih secara menyeluruh. Beliau juga dapat menjangka kesan MSG iaitu selepas 24 jam beliau makan MSG. Beliau mula berjinak-jinak dengan alam semulajadi untuk penawar. Allah izinkan kesihatannya bertambah baik dan beliau menyedari ubat-ubatan semulajadi adalah perawat dan penyembuh penyakit seperti yang dianjurkan Rasulullah SAW kecuali mati.

Ketika menceburkan diri dalam bidang kewartawanan, Allah menemukan beliau organisasi dan insdutri kesihatan yang banyak menipu dunia melalui sebaran media atau menakut-nakutkan kita dengan pelbagai penyakit dan kita telah dieksploitasikan dengan baik untuk membeli barangannya. Dalang terbesar semestinya AS yang bersekutu dengan zionis.

Senang fahamnya, orang cerdik berIQ tinggi ini mencipta penyakit dan sebarkan untuk penularan kepada dunia. Kemudian, cipta ubat konon untuk kita imun kepada penyakit tersebut. Jadi, semua negara membeli ubat dari organisasi ini dan akhirnya membawa keuntungan. BINGGO! Itu sahaja permainannya. Semua atas dunia hari ini ada politiknya.

2 kunci kebahagiaan adalah pencerahan spritural dan kesihatan yang baik. Saya tertarik juga untuk kongsikan satu tulisan saya di entry PERKONGSIAN tentang Al-Quran dan manusia. Perkaitan 114 unsur kimia dan sistem badan kita. InshaAllah ianya saya kutip melalui naqibah saya semasa berbulatan gembira tahun 2011. Sesungguhnya saya merinduinya ketika ini. Asbab dia juga, saya bertemu amalan sihat buat anak-anak saya hari ini. Terima kasih Puan Naqibah. Moga anda selamat bahagia sampai syurga bersama keluarga ;).

21.6.13

SEBELUM DIHARAMKAN

Alhamdulillah yang dihajati telah Allah penuhi dengan penuh kasih sayangNya di hari Jumaat penuh baraqah. Selamat menyudahkan Al-Kahfi, perbanyakkan selawat, sedeqah dan jariah serta berdoa kerana ada satu masa dalam hari Jumaat ini yang Allah akan angkat dan makbulkan doa-doa kita. Moga Allah sentiasa bersama kita dalam melakukan apa sahaja urusan sebagai hamba dan khalifah di bumiNya inshaAllah!

Hari ini Allah mentakdirkan saya keluar awal beberapa minit untuk ke pejabat pos atas urusan pejabat. Allah memudahkan urusan saya kerana apa yang saya nanti-nantikan juga berada di pejabat pos. Selesai di kaunter pos ekspres, saya ke kaunter pos laju pula. Semalam lagi pesanan sudah sampai dan hari ini buku-buku yang saya hajati sekian lama telah berada di tangan kami. Sebelum ini kombo buku ini out of stock!

Mungkin buku ini akan diharamkan. Jadi, sebelum terlewat dan stock available, saya pun cepat-cepat di bookcafe.com.

Kenapa saya memilih prochoice vax?
1. Lihat sejarah bagaimana zaman kejatuhan turki uthmaniyyah. Bagaimana RANCANGAN munafik Mustafa Kamal Antartuk untuk menghapuskan sistem islam dan menggantikan sistem zionis hari ini. Sistem laknatullah yang kita guna pakai semenjak 1942.
2. Lihat juga bagaimana hero yang dibanggakan dunia Hitler membunuh orang yahudi dan meninggalkan sedikit daripadanya dengan kata-katanya yang mahsyur 'sengaja dibiarkan yang sedikit supaya orang yahudi kemudiannya ingat'. Lebih kurang begitulah. Hakikatnya ianya adalah suatu RANCANGAN untuk membawa masuk lebih banyak yahudi ke tanah suci ummat islam Palestin.
3. World Trade Centre (WTC) yang runtuh dan implikasinya Islam dituduh sebagai penjahat walhal ianya juga adalah RANCANGAN. Rancangan ini telah banyak didedahkan di TV dan alat sebaran am.

Ketika entry ini dicatat saya sempat membelek-belek RASULULLAH SAW IS MY DOCTOR. Saya sesungguhnya terpikat. Keyakinan saya inshaAllah bulat hasil musyawarrah dan mengambil kira banyak faktor. Andai ramai ibubapa provax mengatakan 'lihat 10 tahun akan datang apa akan jadi kepada anak yang prochoice vax' inshaAllah saya juga banyak lihat mereka semua membesar dengan akhlak yang mantap!

Sebagaimana ibu bapa provax yang sangat menakuti anak-anak prochoice membawa penyakit berjangkit, saya juga teringin melihat hasil anak-anak provax tanpa penyakit kritikal dan tenat malah saya berdoa agar hasilnya bukanlah seperti manusia berIQ tinggi tetapi dengan akhlak yang '0 sehingga boleh mengeluarkan kata-kata 'bitch' or 'stupid young mother'. Mungkin ini juga hasil vax. Sihat tetapi sakit akhlak.

Terima kasih kepada sahabat maya sefikrah saya, Puan Noen, melalui entrynya saya bertemu kedai online yang menawarkan buku ini secara kombo. Ini hanya pendapat kami dan bukan untuk mempengaruhi sesiapa kerana masing-masing juga punya tulang belakang dan kurniaan pemikiran untuk berfikir. Tidak perlu ikut-ikut bertaklid buta sebagaimana kata 'a mother and a doctor' (baca entry perang vaksin 1), sekiranya dia tidak menvaksin anaknya dan anaknya sakit, dia akan sumbat sahabat saya yang prochoice dalam penjara.

Agak kelakar juga kerana seorang yang berIQ tinggi boleh menyalahkan orang lain hasil daripada sifat suka mengikut-ikutnya sendiri :P. Saya sudahkan entry ini dengan marilah kita sama-sama berlapang dada dengan pilihan masing-masing walaupun ada juga perasaan 'geram' saya. Hormon DOPAMIN yang perlu direndahkan. Apa yang pasti semua daripada kita perlu bersedia kerana sistem kafir, sistem zionis ini akan runtuh tidak lama lagi. Panjang umur, kita mampu melihat kesatuan ummat yang mampu meruntuhkan sistem penjajahan pemikiran hari ini inshaAllah!

Sebelum melontarkan komentar, sila baca dahulu buku-buku tersebut. Akhir kata, walaupun belum mula BEDAH BUKU, inshaAllah saya sangat setuju dengan Tuan Jerry ;). Ini pilihan kami, maka, HORMATILAH!

PATUTLAH SEDAP

Respon spontan Makngah Muhammad, 'patutlah sedap'.

Foto dikongsi oleh geng Whatsup prochoice vax. Sayang makcik-makcik semua fillah! ;)

20.6.13

SOS TIRAM HOMEMADE

Alhamdulillah dengan izin Allah semenjak apa yang diidamkan menjadi kenyataan walaupun bajet ciput, maka semangat dari hormon OXYTOCIN menyelubungi diriku untuk ke dapur beraksi! Haha! Gembira betul rasanya berkawan dengan rakan-rakan sefikrah dalam kumpulan Whatsup prochoice vax fillah hehe :D. Sambil menaip, sambil berwhatsup :D.

Belajar hormon OXYTOCIN yang terhasil apabila kita semangat dan berharap hanya pada Allah. Hormon DOPAMIN, hormon yang terhasil kerana semangat tetapi bukan kerana Allah. Keduniaan semata. Juga, selitan hadis ghulam untuk perjalanan dakwah kita hari ini ;).

Semalam saya timbulkan persoalan tentang hadis berkenaan kismis dan kurma tidak boleh bersatu dalam suatu bekas kenapa? Kemudian, soalan saya lagi, kenapa Allah perintahkan HARAM hukumnya lelaki memakai emas dan tidak pada wanita. Kenapa kita perlu solat diawal waktu. Persoalan ini sememamngnya membuahkan kupasan yang sungguh menarik apabila pakar dalam kumpulan kami ini bercerita tentang kimia. Subhanallah mabruk!

Kembali kepada tajuk utama, antara perbincangan kami adalah tentang pemakanan yang mengganggu gugat kesihatan kita hari ini. Jadi, dalam kumpulan kami ini, kami membincangkan perkaitan serta kaedah alternatif bagi menggantikan makanan-makanan yang mengandungi bahan kimia yang banyak hari ini. Jadi, antara soalan saya kepada yang pakar, bagaimanakah membuat sos tiram homemade asbab saya baru sahaja memasak makan tengah hari menggunakan sos tiram.

Ayam masak ujang resipi Makngah Muhammad. Hari Jumaat lepas ambil cuti rehat khas asbab Cik Anis ada urusan.

Pakar-pakar dalam kumpulan kami, mencadangkan untuk menggantikan sos-sos seperti sos cili, tomato, tiram, lada hitam dan kicap serta pelbagai lagi dengan buatan sendiri yang mana bahan-bahannya dalam kawalan kita dan paling sihat tanpa awetan kimia yang memudaratkan kesihatan. InshaAllah ilmu ini perlu dikongsi kerana masuk syurga seorang diri terasa kesunyian. Ramai-ramai barulah meletop! Haha!

Resepi sos tiram buatan tangan:
1. Ambil air rebusan makanan laut contohnya udang, ketam, sotong dan sebagainya selain tapak sulaiman dan kuda laut.
2. Air rebusan itu dimasak bersama gula merah/perang.
3. Garam bukit.
4. Lada/cili sedikit dan bawang putih mengikut citarasa.
5. Sedapkan ramuan mengikut rasa.
6. Pekatkan dengan tepung ubi kayu. Sekiranya tidak mahu pekat pun tidak mengapa.
7. Cuka buah sebagai pengawet supaya tahan lama.
8. Sejukkan dan simpan dalam botol kaca seperti botol sos kita.
9. Simpan dalam peti sejuk.

Baiklah saya belum berkesempatan untuk cuba. InshaAllah ada kesempatan masa dan waktu yang berkat mahu juga menggantikan sos tiram yang tidak sihat kepada sos tiram sihat lagi penuh kasih sayang sampai syurga :D. InshaAllah ada masa ingin juga kongsikan berkenaan tepung jagung mengandungi GMOs yang digunakan sebagai agen pemekat diganti dengan yang lebih sihat :D. InshaAllah segalanya pasti dengan izin Allah!

15.6.13

PERANG VAKSIN (2)

Isu vaksin terlalu hangat diperkatakan. Jadi, saya pun tidak berniat untuk memanjangkan isu ini . Cuma ada yang bertanya berkenaan prosedur untuk tidak memvaksin anak yang baru dilahirkan. Kedua anak saya divaksin dengan BCG sebaik dilahirkan.


Suami saya pernah bertanya kepada doktor supaya tidak diberi suntikan semasa kelahiran anak kedua tetapi doktor dengan penuh lembut berkata kepada kami 'tidak boleh'. Kami pun sama akur kerana tidak  mahu memanjangkan isu memandangkan saya pun keletihan dan doktor bertugas sungguh bersopan kata-katanya. Tidak mengeluarkan perkataan 'bitch' atau 'stupid young mother' (baca:doktor x di siri 1).

Rupa-rupanya sebenarnya kita punya hak untuk tidak membenarkan pihak hospital suntik anak kita dengan syarat menandatangani surat yang menyatakan, andai terjadi sesuatu kepada anak kita adalah atas tanggungjawab kite sendiri seperti pengalaman seorang sahabat maya saya.


Untuk Puan Ena inshaAllah boleh kite berta'aruf sedikit jika ada kesempatan untuk sama-sama belajar mencari dan membuat makanan untuk tujuan menjaga perut dalam mengangkat slogan 'mencegah lebih baik daripada mengubati' ;). Email atau whatsup saya ya!

Semalam saya belajar membuat sos tiram, yougurt 'homemade'. InshaAllah selepas ini kita akan kembalikan 'kebuncitan' dan meramaikan kembali kertas-kertas berwarna-warni di dalam poket suami kita asbab memilih untuk sihat dan menukar keramaian itu dengan ketulan emas haha! Sekian, terima kasih.

#amantanpaperang#

12.6.13

PERANG VAKSIN (1)

'stupid stupid stupid young mother refused child's vaccination...alasan taknak anak sakit kena jarum..still doing so-called 'research' from internetand need to google about the effectiveness of the vaccine..think you're so educated? bitch please..your level of stupidly/ignorance is not worth my time... END'- doctor x

'Puan Y, your decision to not vaccinate is a much a personal decision as deciding to drive drunk in that bothhave the real potential to bring harm to other members of the communitty. you are risking our children along with your own. If my kid died because you didn't vaccinate your kid, I would want you put in jail. No question. As a mother and a doctor, your post on this will definitely go to the hearing of the higher authority in KMM.'- a mother and a doctor

Sebagai manusia biasa yang tidak boleh lari dari fitrah masalah hati, saya akui hati saya terus terbayang anak-anak saya, ''Ya Allah andai suatu hari takdirMu anak-anakku menjadi seorang doktor, lindungilah mereka daripada menjadi seorang doktor yang buruk akhlak".

Hati saya masih tidak baik. Terdetik lagi. "Ya Allah Engkau tunjukkanlah manusia-manusia yang sombong dan bongkak yang engkau melebihkan ketajaman fikiran ini akan kuasaMu. Apa yang mereka agung-agungkan melebihi kepercayaan mereka terhadap takdir, qada' dan qadarMu agar mereka INGAT yang segala sesuatu sesungguhnya berlaku atas ketentuanMu".

Astagfirullah! Hati saya kembali mencari-cari ruang untuk menebus khilaf monolog-monolog spontan semasa membaca bait-bait ayat doktor-doktor yang saya tidak kenali ini. Moga Allah bersama mereka dan kita semua.

Fuh! Memang isu panas lagi hangat di pasaran. Saya tiada akaun FB dan baru juga mengetahui ada kumpulan yang pro dan tidak. Kata-kata di atas hanyalah keratan rentas secebis nista buat sahabat yang memilih untuk tidak pada vaksin. Saya juga menerima mesej sebegitu tetapi ianya lebih bersopan.

Jawapan saya buat insan ini ada di entry KESAN ANAK TIDAK DIVAKSIN yang menduduki post terpopular di BAi setakat hari ini.

Saya sudahkan dahulu siri (1) ini asbab kekangan masa yang sangat cemburu. InshaAllah ada kelapangan masa, saya akan menjawab persoalan-persoalan sahabat-sahabat yang bertanya berdasarkan pengalaman yang Allah izinkan saya belajar dan melalui sendiri juga, pengalaman-pengalaman insan-insan hebat yang dimuliakan Allah. InshaAllah pasti dengan izin Allah.

#amantanpaperang#

2.6.13

TELEFON PINTAR (3) AKHIR!

Ketika ini telefon pintar kami suami isteri telah dikawal ketat penggunannya oleh anakanda soleh Muhammad yang boleh dikategorikan sebagai generasi-G, generasi-gajet. Benarlah semakin canggih, semakin besar juga mudaratnya. Pemerhatian kami sebulan dua kepada Muhammad, ianya perlu dikawal penggunaannya supaya ianya tidak menjadi 'ketagihan'. Bayangkanlah si adik di taman taqwa menonton VCD al-Quran manakala si abang di bilik ibu ayah 'explore' si telefon yang sedang dicas semula. Apalagi ayahanda mereka, terus pangkah awal-awal dek kerana pemandangan yang tidak lagi indah ;P.

Saya tertarik untuk selitkan tulisan Thoriq Ahmad tentang perkaitan sains dan teknologi, adakah ianya membawa muslimin ke hadapan? Jawapannya TIDAK! Menurutnya, persoalan ini adalah persoalan berat yang perlu diambil serius kerana kepimpinan tamadun barat telah merubah keyakinan ramai daripada kita terhadap program tarbiyyah Al-Quran yang merupakan syarat utama kepada kelahiran semula kepimpinan umat Islam.

Jurang kemajuan ciptaan sains dan teknologi yang dipelopori barat yang sangat jauh mendahului kita (umat Islam) menyebabkan ada yang berputus harap dengan program Al-Quran lalu mengambil jalan mudah untuk tunduk kepada kehebatan mereka atau tertipu untuk bertanding dengan mereka melalui ciptaan benda atas nama revolusi.

Perkiraan hebatnya mereka kerana teknologi adalah salah kerana sejarah telah membuktikan bahawa Islam berjaya memimpin dunia tanpa sebarang sains dan teknologi. Semenjak zaman Rasulullah SAW, tidak pernah ada sahabat yang ditaja ke Rom dan Parsi untuk belajar hal-hal ketemadunan kerana Ar-Rasul mengetahui apa yang mereka miliki hanyalah peradaban yang bersifat material tanpa ruh.

Pembangunan yang mereka miliki hanyalah bersifat KOSONG  yang mana diisi oleh jiwa-jiwa manusia yang kosong dan akhirnya musnah dengan tangan mereka sendiri. Saya juga berkeyakinan, kenapa Allah masih tangguhkan lagi kemenangan kita dalam PRU13 juga atas dasar KOSONG. Kemenangan dengan jiwa-jiwa yang kosong hanya sebuah mimpi indah yang sementara. Allah masih inginkan semuanya bertungkus-lumus melakukan amar makruf nahi mungkar sehingga setiap individu yang bergelar muslim itu tahu tujuan kehidupan mereka hari ini dan kerja dakwah adalah kerja semua daripada kita.

Kenapa saya katakan kosong? Kemenangan akan hadir apabila saf-saf setiap waktu solat akan penuh malah melimpah sebagaimana semangatnya kita menghadiri himpunan demi himpunan. Apabila saf solat berjemaah malah melimpah lebih-lebih lagi waktu subuh, maka, nantikan kemenangan besar kita ketika itu ;). Jadi, setiap individu muslim perlukan jihad islahkan (pembaikan) diri untuk membentuk sebuah negara Islam yang dipenuhi RUH yang penuh dan bukannya KOSONG dengan hanya sekadar bangunan pencakar langit, alatan yang canggih ataupun harta yang banyak.

Saya pernah terbaca yang mana tentera zionis pernah ditanya kerana seringkali meninjau kawasan masjid di Palestin pada waku solat subuh. Menurutnya, si laknatullah ingin memastikan jumlah yang hadir solat subuh berjemaah kerana apabila solat subuh berjemaah di masjid telah ramai, makanya kemenangan KITA semakin hampir. Dan apabila melihatkan bilangannya biasa, tentera tersebut beredar lega. Di sini, kita menghampiri kemenangan andai kita telah sama-sama berjihad melawan keenakkan selimut iaitu melawan keinginan diri sendiri dahulu terutama lelaki yang sangat-sangat dituntut berjemaah di masjid atau surau.

Manhaj Al-Quran mengajar Rasulullah SAW untuk mendidik, mentarbiyyah, mengasuh dan membersihkan jiwa manusia terlebih dahulu sebelum meluaskan wilayah dan membina bangunan. Inilah sains dan teknologi Al-Quran yang akhirnya menewaskan kemajuan kebendaan Rom dan Parsi dan sunnatullah yang perlu kita fahami. Saya pernah tuliskan berkaitan ROM dan PARSI di entry berikut:


"Ini tidaklah bererti bahawa kita mesti melupakan dan mestu memandang enteng soal 'penghasilan benda' dan 'rekaan sains', kerana ianya menjadi kewajipan kita juga untuk berusaha mendapatkannya tetapi bukanlah menganggap bahawa ianya merupakan 'syarat kelayakan' yang mesti kita gunakan di dalam memegang pimpinan umat manusia dalam tempoh sekarang ini.Cuma ia diperlukan sekadar untuk menjaga hidup kita dari ancaman dan penindasan dan juga kerana konsep Islam sendiri yang mengajarkan bahawa ciptaan sains adalah mustahak sebagai syarat menjadi khalifah di muka bumi Allah". [Sayyib Qutb, Petunjuk Sepanjang Jalan]

Sekian sahaja telefon pintar siri 3 yang sebenarnya telah lama saya taip tetapi takdirnya baru hari ini semangat untuk melihat blog hadir :P. Kesimpulannya, kita memerlukan teknologi sebagai alat untuk mengelak penindasan dan tidak tertinggal ke belakang tetapi ianya bukanlah syarat wajib untuk hidup. Syarat kelayakan yang paling mustahak adalah AQIDAH dalam memelihara manusia memelihara dan mengawal hasil ciptaan sains untuk memenuhi hajat fitrah setelah yang diperolehi oleh kemajuan sains itu serta supaya aqidah wujud dalam sebuah perkumpulan manusia iaitu sebuah masyarakat Islam.  Allhu'alam.

 
Walau bagaimanapun, teringin satu seperti di atas :P. [sumber]