14.10.11

EPISOD 3: BENCI TAHAP KRITIKAL

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul!
Manusia yang sentiasa berusaha ke arah pembaikkan dalam hidup, insyaAllah Allah akan mempermudahkan urusannya. Hidayah Allah buat ibu ditengah-tengah kelompok yang tidak begitu islami membuatkan ibu berasa betapa Allah menyayangi ibu. Allah hadiahi ibu sebuah hidayah yang begitu indah mempersona di dalam sebuah Ramadhan yang disambut ibu penuh makna. Bertitik tolak dari itu, Allah mengurniakan sedikit kefahaman tentang hidup beragama. Solat dan ibadah sunat membawa ibu lebih dekat dengan Allah. Beberapa lama ibu melalui episod perubahan dari segi rohani, Allah bantu lagi ibu untuk mencukupkan dari segi jasmani pula. Hati tidak tenteram selagi mana syariat Allah tidak tertegak di dalam diri. Maka, bermulanya episod ibu berhijrah yang begitu tampak pada zahirnya. Mudah-mudahan Allah mengurniakan ketenangan ini sehingga ibu tertabal sebagai ketua bidadari ayah disyurga sana.

Sensitiviti sekeping hati semasa awalnya banyak dipengaruhi oleh kuliah-kuliah ilmu, radio IKIM, bahan bacaan ilmiah dan tidak kurang pula melalui beberapa petunjuk mimpi. Semasa ibu melalui fasa-fasa pembaikkan, Allah pertemukan dengan ayah. Ibu sentiasa berdoa semoga Allah mengurniakan suami yang 'lebih kuat' daripada ibu dengan harapan apa yang ibu sedang perjuangkan dapat kekal terpelihara sehingga ke akhirnya. Alhamdulillah, ayah benar-benar kurniaan buat ibu. Ayah 'lebih ketat' berbanding ibu.

Alhamdulillah perjalanan hidup ibu sentiasa Allah kurniakan pembaikkan sebagaimana doa-doa ibu. Bermula dengan seorang yang tidak pernah untuk menyelami penderitaan saudara kita di Palestin, berubah kepada menjadi manusia yang begitu benci akan Yahudi dan sekutunya. Benci tahap kritikal! Ibu mula memboikot barangan Yahudi dan sekutu-sekutunya semenjak Yahudi menyerang kem pelarian Nablus sekitar Mac 2007 yang mana ketika itu ibu masih belum bernikah dengan ayah lagi. Rejim zionis telah mengeksploitasi perjanjian genjatan senjata dan mengambil peluang menyerang bandar Nablus dan Balata berdekatan dengan kem pelarian semasa waktu subuh. Rumah penduduk Palestin digeledah dan sebilangan penduduk Palestin dilanggar van dengan sengaja ketika itu. Hati ibu mula panas.

Ketika itu juga, dengan api kemarahan yang begitu memuncak, ibu membuang segala barangan-barangan yahudi laknatullah dan sekutunya ke dalam bakul sampah. Ini kisah benar! Ibu baharu sahaja berbelanja untuk stok makanan dan perkakasan pembersihan diri untuk stok di asrama. Alhamdulillah berbekal dengan tarbiyyah di dalam usrah, ibu mengenali satu-persatu barangan-barangan yang perlu di boikot dengan baik. Barangan makanan yang menjadi pilihan ibu dahulu adalah nestle, kraft, maggi manakala perkakasan pembersihan diri adalah johnson n johnson dan kotex . Nilaian untuk sekali berbelanja barangan keperluan bukanlah kecil bagi seorang pelajar ketika itu. Namun, dengan kudrat dan kekuatan yang Allah kurniakan disamping membayangkan penderitaan saudara-saudara kita di Palestin, ibu tidak teragak-agak untuk membuang segalanya yang boleh menyumbang kepada peluru membunuh saudara-saudara kita disana.

Walau bagaimanapun, ada satu kelemahan ibu iaitu ibu tidak sensitif membeli makanan ditempat sebarangan tanpa mengambil berat faktor orang yang menjualnya. Alhamdulillah kelemahan ini Allah kurniaan ayah sebagai penyelesaiannya. Jika semasa zaman solo, hati ibu tidak tersentuh mengenai sensitiviti memilih tempat makan dan ianya ditekankan melalui didikan ayah setelah bernikah. Betapa bukan sahaja kita perlu memerhatikan bahan-bahannya, namun orang yang membuatnya juga perlu diberi perhatian dan proses ini bukan terhenti setakat itu. Semoga taufik dan hidayah Allah sentiasa mengiringi baitul muslim kita.

Ketahuilah wahai Muhammad, api kebencian terhadap yahudi laknatullah dan sekutunya telah lama berlangsung semenjak ibu dan ayah belum bertemu dan bernikah lagi dan mudah-mudahan ianya kekal berlangsung dengan pertambahbaikkan dari masa ke semasa. Ibu hanya mampu berdoa yang rahim ibu Allah sucikan di dalam tempoh 'berpantang'  sebelum Muhammad menghuninya agar Muhammad kekal terpelihara sehingga ke akhirnya. Ibu bukan siapa-siapa, namun impian ibu terlalu besar untuk melihat perubahan ummah asbab sentuhan sakti tangan ibu buat mujahid-mujahid dan mujahiddah-mujahiddah yang telah dan bakal keluar dari petapaan di dalam rahim ibu selama 9 bulan 10 hari. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka (Ar-Ra'd:11)

11.10.11

AYAM OH AYAM

Alhamdulillah. Masih ingat entry berkenaan HAB HALAL SOUQ? InsyaAllah dikesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang fakta ayam yang dipasaran Malaysia hari ini dan kepentingan mengetahui sumber halal atau haram ayam mentah sama ada kita memakan ayam disembelih ataupun bangkai ayam yang kita makan selama ini. Menurut Dr. Mohamad Zainol Bin Ahmad Haja, Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Pusat Inovasi iaitu pengasas produk Az-zain, dianggarkan pengambilan ayam oleh rakyat Malaysia dianggarkan sebanyak 1.3-1.5 juta ekor sehari dan 97% industri ayam dikuasai oleh penguasaha Non Muslim. Maka, tidak pelik kita sering digemparkan dengan ayam tidak halal yang dijual dipasaran Malaysia, Selain itu, ribuan ayam berpenyakit dan mengandungi antibiotik yang tinggi yang boleh memudaratkan kesihatan dijual kepada umat Islam setiap hari.

Maksud Halal Dan Toyyib
(a) Halal = sesuatu yang halal adalah terlepas daripada ikatan bahaya duniawi dan ukhrawi.
(b) Toyyib = dari segi bahasa bererti lazat,baik, sihat, mententeramkan dan paling utama pakar-pakar tafsir ketika menjelaskan kata ini dalam konteks perintah makan menyatakan bahawa ia bererti makanan yang tidak kotor dari segi zatnya atau rosak atau, dicampuri benda najis.

Mengapa Perlu Ragu?
1. Berdasarkam amalan standard industri memproses ayam di Malaysia, usus ayam hanya dikeluarkan setelah ayam siap diproses. Air panas yang digunakan untuk melembutkan bulu ayam dicemari dengan najis daripada usus dan darah. Air panas pada suhu 75 darjah celcius menyebabkan air bercampur najis dan darah ayam berjaya menembusi daging ayam. Keadaan ini bukan sahaja menjadikannya haram untuk dimakan oleh muslim, malah turut membahayakan kesihatan.

2. Najis ayam merupakan punca beberapa jenis penyakit yang disebabkan bakteria dan virus. Jangkitan penyakit berlaku disebabkan oleh pelbagai organisma pathogen yang terdapat di dalam najis dan usus. Antara penyakit berbahaya yang boleh menular daripada najis ayam kepada manusia adalah seperti berikut:
(a) virus H5N1- virus yang sangat pathogen dapat bertahan hidup, dalam najis ayam selama 6 hari. (sumber: pertubuhan kesihatan dunia (WHO))
(b) campylobacter- penyakit yang disebabkan oleh bakteria dalam najis ayam
(c) E. COLI 0157: H7- e. coli ialah salah satu jenis bakteria yang paling umum terdapat dalam saluran usus dan najis ayam
(d) salmonella- sekumpulan bakteria yang hidup dalam saluran usus dan najis ayam

3. Virus dan bakteria ini boleh menular kepada manusia hingga boleh menyebabkan kematian. Jangkitan E coli pada kanak-kanak dan orang tua boleh menyebabkan kematian atau komplikasi seperti radang usus.

4. Setelah manusia makan ayam yang tercemar dengan bakteria ini, bakteria dapat hidup dan bertahan pada manusia dan didapati cukup memadai untuk menyebabkan penyakit yang tidak boleh diubati dengan antibiotik biasa. Rujukan: PLoS Medicine, Public Library of Science, July 2005. Maka tidak hairanlah apabila statistik kementerian kesihatan yang memaparkan bahawa umat Islam yang berusia 40 tahun ke atas mula diserang pelbagai penyakit kronik.

Amalan Memproses Ayam Di Malaysia
1. Tidak kira jenis keadaan ayam termasuk ayam yang berpenyakit dan bermasalah turut disembelih demi keuntungan.
2. Menggunakan stunning (proses melalikan ayam dengan kejutan elektrik sebelum disembelih). Kebanyakkan ulama luar negara mengharamkan penggunaan stunning untuk menyembelih ayam, lembu dan kambing. Stunning yang tidak dikawal rapi boleh mematikan ayam dan dikhuatiri ayam menjadi bangkai sebelum disembelih. Larangan memakan bangkai sangat jelas di dalam Al-Quran.
3. Usus yang penuh najis tidak dikeluarkan sehingga ayam siap diap diproses.
4. Darah dan najis dibiarkan sehingga dapat mencemarkan daging ayam.
5. Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang pekat dicemari oleh najis dan darah ayam.
6. Amalan standard industri menetapkan suhu air 75 darjah celcius. Pada suhu yang tinggi ini air yang penuh dengan najis dan darah boleh menembusi daging ayam.
7. Ayam dimasukkan ke dalam air ais yang dicampur dengan klorin supaya ayam kelihatan segar untuk beberapa hari apabila dijual dipasaran.
8. Teknik water induce (proses mendorong air) ke dalam badan ayam untuk menambahkan barat badan ayam.
9. Ayam dihantar ke pusat jualan, pasar basah, pasaraya, kedai runcit dan pasar malam.
10. Kebiasaannya ayam diangkut dengan lori dan van yang tidak ada kemudahan sejuk beku, sekali lagi ayam dicemari dengan bakteria.

Serbuan. Amalan penyembelihan dikebanyakkan tempat penyembelihan yang begitu meloyakan. Lihat disini untuk keterangan lanjut.

Bahaya Hormon Tumbesaran
1. Amalan industri pertanian moden yang memaksa sehingga 20 ribu ekor ayam ditempatkan dalam satu reban yang sangat kotor kerana dicemari najis. Keadaan ini kerap menyebabkan pelbagai penyakit terhadap ayam. Pelbagai antibiotik dan hormon tumbesaran yang digunakan penternak rakus sangat berbahaya terhadap kesihatan manusia. Disamping antibiotik dan hormon 'blood meal' atau protein darah adalah haram kepada umat islam tanpa mengira darah babi atau haiwan lain.

2. Union of Concerned Science (UCS) 'non-profit organization' yang bekerja untuk persekitaran yang sihat dan selamat di dunia bersama pakar perubatan menganggarkan bahawa kira-kira 70 peratus atau lebih kurang 8 juta tan antibiotik yang dihasilkan di dunia digunakan untuk membesarkan dan menggemukkan ayam. Kadar ini ialah 7 kali ganda daripada antibiotik yang dimakan oleh manusia. Rujukan: PLoS Medicine, Public Library of Science, July 2005.

Bahaya Ayam Telur (Ayam Pencen)
Ayam telur diternak sehingga 70 minggu (16 bulan) di dalam reban yang penuh dengan najis dan sudah pasti kotor. Pakar perubatan seluruh dunia mengesyaki ayam pencen ini menjadi sumber kepada bakteria Salmonella enteritidis (SE) yang sangat berbahaya kepada kesihatan manusia. Penjualan ayam pencen telah diharamkan di Singapura dan negara barat tetapi bebas dijual di Malaysia. Isi ayam pencen MENJADI KEGEMARAN PENGUSAHA DI MALAYSIA KERANA MURAH untuk menghasilkan burger, sosej, nugget dan makanan dalam tin. Isi ayam pencen juga banyak digunakan di restoran-restoran yang menggunakan ayam dalam hidangan seperti restoran tom yam.

InsyaAllah ini sahaja yang mampu saya taip setakat ini. Fakta sebenar tentang pemprosesan ayam di Malaysia yang kebanyakkan kita ambil enteng. Ketahuilah, perananan makanan dalam kemashlahatan keruntuhan moral, sosial, akhlak, pembuangan bayi, penagihan dadah memberi impak terhadap muslim keseluruhannya. Ianya juga menjadi asbab mengapa doa kita tidak diterima. Sebelum ini saya pernah juga menulis perihal ayam di entry TIKUS PUTIH dan saya menyeru dan merayu, tolonglah boikot ayam-ayam segera seperti KFC, McD dan pelbagai lagi diluar sana kerana implikasinya sangat dahsyat. Ayam mentah yang dijual murah dipasaraya-pasaraya pun perlu diberi perhatian dan kita perlu mencari tahu sumber ayam dipasaraya-pasaraya tersebut dari mana puncanya. Google sahaja pasaraya-pasaraya yang pernah mempunyai 'kes' sebegini. Saya akui memang payah kerana saya juga sedang bermujahaddah dan ianya pasti memakan masa dan menguji keimanan ditambah kita memerlukan kos yang lebih sedikit untuk mendapatkan makanan-makanan yang halal dan toyyibah. Sayangilah diri dan keluarga anda kerana Allah dengan sedayanya cuba untuk mencari makanan yang terbaik untuk mereka. Semoga ada imbalan lumayan disisi Allah dengan mengurniakan anak-anak membesar sebagai insan beragama dan berguna kepada pembangunan ummah insyaAllah!

10.10.11

SUKU ABAD 3 TAHUN

Alhamdulillah hari ini genap suku abad pengembaraan seorang hamba dan khalifah Allah, 3 tahun sebagai seorang isteri dan ibu mengikut perkiraan tahun masihi. Perjalanan yang mudah-mudahan beroleh berkat dan diredhoi Allah.


Kepada suami tercinta penghuni syurga
Alhamdulillah! 3 tahun yang cukup sempurna
Subhanallah! 3 tahun yang sungguh mempersona
Allahuakbar! 3 tahun yang sangat merubah
Astagfirullah! 3 tahun yang mudah-mudahan beroleh berkah
Sayang, cinta, kasih, rindu berpanjangan hanya dan kerana Allah!

Buat Muhammad si mujahid hebat pembela agama Allah
Ketahuilah kelahiranmu telah diwaqafkan atas nama Islam yang benar
Hidupmu bukan untuk ibu mahupun ayah
Setiap hayun langkahmu adalah untuk ummah
Membela sehingga tertegaknya kalimah Allah
Dan ayah dan ibu tidak meminta apa-apa imbalan dunia
Hanya mengharap dimuliakan di syurga impian sana.

Buat diri yang daif lagi hina
Apa amalanmu selama suku abad nikmat umur kurniaan Allah?
Apa sumbanganmu untuk agama Allah?
Apa usahamu untuk saudaramu di Palestin sana?
Ya Allah sesungguhnya tidak ada apa-apa!
Tidak ada nilai dibandingkan segala nikmatMu
Hanya mengharap redhoMu ya Allah!

Ya Allah berkatilah baitul muslim kami
Kurniakan kami kefahaman dalam agamaMu
Bantulah kami beramal dengan amalan yang mendekatkan dengan syurgaMu
Bimbinglah kami dalam perjalanan bersama mencari taqwa
Sama-sama untuk istiqomah menuju Allah dan Rasul!

9.10.11

PILIHLAH TERBAIK KERANA ALLAH

InsyaAllah entry ini khas untuk Puan Nur Iryani yang berminat tentang penyusuan eksklusif 2 tahun tanpa makanan pejal. Saya memohon kemaafan kerana saya tidak dapat mengakses blog puan nur iryani untuk memaklumkannya. InsyaAllah saya cuba kongsikan pengetahuan saya yang tidak seberapa dan minta jasa baik rakan-rakan yang lain untuk membetulkan andai saya tersalah dan menambah baik apa-apa yang saya tidak tahu insyaAllah. Sebelum itu, untuk makluman semua, saya bukan siapa-siapa mahupun pakar dalam bidang apapun namun keinginan ingin tahu saya tentang pemakanan, pendidikan semua yang berkaitan anak-anak, Allah datangkan setelah saya bergelar seorang ibu.


Penyempurnaan 2 Tahun
Sebelum ini pengetahuan saya cukup terhad dan alhamdulillah Allah kurniakan kami pengetahuan-pengetahuan tentang keibubapaan sedikit demi sedikit setelah dikurniakan Muhammad dan saya rasa saya perlu berkongsi bersama. Dahulu saya juga berfikiran yang bayi boleh diperkenalkan dengan makanan pejal seawal 6 bulan tetapi hasil pembacaan, menghadiri kuliah-kuliah ilmu sama ada usrah mahupun seminar pemakanan, juga kajian-kajian, kami mendapati kandungan susu ibu sangat unik dan khasiatnya mencakupi sehingga 2 tahun seperti mana firman Allah di dalam Al-Quran. Ianya juga mempuyai kaitan dengan najis mukhaffafah yang mana najis ringan air kencing bayi barusia 2 tahun ke bawah yang hanya menyusu dengan susu ibunya. Ianya cukup konkrit yang air susu ibu mampu mengenyangkan sehingga 2 tahun. Inilah hikmah sunnah dan suruhan Allah insyaAllah. Ada tazkirah pendek oleh Puan Noen diblognya yang saya fikir begitu bermanfaat untuk kita bersama. Boleh berkunjung ke blognya disini. Salah satu frasa ayat yang masih lekat dihati saya, ibu Rasulullah SAW ditakdirkan Allah air susunya kering dan sebagaimana kita maklum Rasulullah SAW menyusu dengan beberapa ibu susuan dan kemudian setelah tamat penyempurnaan penyusuan, Baginda hanya meminum susu kambing sahaja. Kisah ini cukup membuktikan keutamaan susu ibu dan susu sunnah iaitu susu kambing insyaAllah.

Cabaran
Walau bagaimanapun, sekiranya susu ibu tidak dapat menampung keperluan anak, maka wajiblah kita menampungnya demi kesihatannya. Sebagai contoh, anak baru berusia 10 bulan dan Allah kurniakan lagi zuriat untuk kita. Ada sesetangahnya akan kekeringan susu. Ada juga yang anak sendiri tidak mahu dan tidak kurang juga dikurniakan air susu yang lebat sehingga selamat melahirkan. Jadi, keperluan setiap ibu berbeza. Alhamdulillah setakat hari ini, Allah masih izinkan air susu saya cukup untuk menampung makan dan minum buat Muhammad. Namun, Muhammad tidak diizinkan menyusu susu ibu sahaja kerana Muhammad sudah makan seperti kurma, kismis tetapi bukan makan yang berjadual. Kadang-kala, Muhammad sendiri lebih pantas mencapai makanan dan terus dimasukkan ke dalam mulutnya. Tambahan lagi, kita bakal berhadapan dengan orang-orang sekeliling yang tidak biasa dengan penyusuan penuh sehingga 2 tahun dan contoh terbaik semestinya keluarga kita sendiri. Kita mungkin akan digelar 'zalim' kerana membiarkan anak melihat sahaja kita makan tetapi si anak tidak diberi makan. Cabaran-cabaran diatas sedikit sebanyak menjadi gangguan kajian saya terhadap Muhammad namun saya pasti ianya punya hikmah disisi Allah insyaAllah!

Pencemaran Makanan
Selain itu, terlalu banyak pencemaran makanan dizaman ini dan ianya memberi implikasi kepada kesihatan si anak. InsyaAllah susu ibulah susu terbaik untuk anak kita kerana apa yang si ibu makan dan minum, turut dimakan dan diminum oleh si anak melalui tapisan halus susu ibu. Kami mengambil inisiatif untuk mencegah daripada mengubati dengan izin Allah. Contohnya, sebelum ini saya sering memperkatakan sayur-sayuran beracun, ikan yang dijual dipasar diberi ubat agar kelihatan segar, juga ayam yang banyak tercemar dan boleh mengundang virus H5N1 (virus yang sangat patogen dapat bertahan hidup dalam najis ayam selama 6 hari), campylobacter dan sebagainya menurut kajian Dr. Mohamad Zainol Bin Ahmad Haja, ketua penyelidikan & pembangunan pusat inovasi. Pencemaran-pencemaran yang ada di dalam kandungan makanan kita sehari-hari ini kami khuatiri memberi implikasi kesihatan untuk anak-anak kecil seperti Muhammad. Jadi, insyaAllah jalannya hanya susu ibu untuk Muhammad sehingga 2 tahun dengan izin Allah dan mudah-mudahan rezeki Muhammad sehingga 2 tahun penuh.

Vaksin, Imunisasi & Ubat-ubatan
Sama juga seperti vaksin dan imunisasi. Bagi kami, abu dan ummu muhammad, kami mengambil keputusan untuk tidak memberi suntikan kepada Muhammad hanya selepas sedar akan hal ini ketika Muhammad berusia 5 bulan. Pada mulanya kami juga sukar untuk mempercayainya dan kami membuat research, insyaAllah kami yakin dengan keputusan ini insyaAllah dengan izin Allah dan sejujurnya, kami meragui tentang status halalnya dan kandungan-kandungannya yang cukup tidak dapat diterima dek akal. Sebelum itu lagi, abu muhammad sudah merasa berat untuk membiarkan anaknya disuntik kerana dia bukan seorang yang makan ubat apabila sakit dan menurutnya, ubat pasti ada dadah. Tidak sanggup melihat anaknya disuntik dengan dadah dan gerakkan hatinya insyaAllah ada kebenarannya. Menurut sumber lagi, 'mereka' yang mencipta vaksin ini menguji vaksin buatan mereka pada binatang-binatang sebagai contoh tikus. Samakah komposisi tikus dengan manusia? Apabila tikus menunjukkan reaksi positif, maka vaksin itupun tidaklah memberi mudarat kepada manusia. Begitukah? Berkenaan ubat-ubatan pula, insyaAllah kami juga sedayanya mengelak selagi boleh dengan izin Allah. Biarkan antibodi badannya yang Allah kurniakan membuat kerjanya. Berbeza dengan ubat, sampai masanya apabila selalu dimakan, ubat seakan-akan tidak berfungsi. Tambahan lagi, status halal ubat-ubatan hari ini juga meragukan kami. Menurut pihak yang menjalankan kajian tentang pemakanan, pihak yahudi, golongan kuffar memberi makan orang-orang islam babi/khinzir bukan secara terang-terangan seperti menghidang asam pedas, masak lemak dan sebagainya tetapi ianya cukup halus melalui ubat-ubatan. Ada sesetangah yang mengambil mudah dengan mengatakan 'darurat' walhal sekiranya ada alternatif lain, maka relevenkah 'darurat' tersebut? Ditegaskan, ini keyakinan kami dan mudah-mudahan ada keberkatan disisi Allah dan pasti ianya bertentangan dengan ilmu kedoktoran diluar sana. Maafkan kami, ini bukan bidang kami tetapi insyaAllah kami yakin jalan yang kami ambil ini. Mudah-mudahan Allah mudahkan kami hingga ke akhirnya.

Berhati-Hati Memilih Susu Formula
Berbalik kepada isu susu, bukan semua orang Allah izinkan tahu tentang kebaikkan susu ibu namun nasihat saya kepada ibu-ibu, berhati-hatilah memilih susu formula untuk anak anda. Saya pernah berbual dengan ibu hawa Muhammad tentang orang yahudi menjadikan susu kambing sebagai minumannya. Mereka mempromosikan susu lembu buatan mereka tetapi mereka sendiri meminum susu kambing iaitu minuman Rasulullah SAW. Saya pernah membelek buku HALAL HARAM oleh persatuan pengguna Pulau Pinang tentang susu formula bayi yang mengandungi wei iaitu sejenis lemak babi disebuah kedai buku dikampung abu Muhammad namun tidak pula membelinya. Namun saya mampu mengingat dengan baik salah satu susu formulanya adalah susu lactogen keluaran nestle. Milik siapakah nestle ini? Inilah jawapan untuk kekerapan saya cuba untuk mengajak anda bersama-sama memboikot semua keluaran yahudi. Kandungannya cukup meragukan.  Boleh lihat forum disini.

Demi kesihatan jasmani apatah lagi rohani anak-anak kita, rajin-rajinlah mengkaji dan membaca. Nasihat untuk diri saya terutamanya. Ini adalah beberapa bahagian buku HALAL HARAM yang dikeluarkan oleh persatuan pengguna pulau pinang yang saya google sebentar tadi dengan izin Allah.

Akhir kata, apapun yang yahudi bawa dan hidangkan untuk kita walau ianya nampak begitu berkhasiat dan menyihatkan waima sebagai alat mencegah penyakit, namun bagi kami, ianya cukup meragukan. Ditegaskan, ini hanya protokol Bayt Al-Iman dan ianya adalah pegangan dan keyakinan kami insyaAllah. InsyaAllah inilah pilihan terbaik kami kerana Allah. Walau apapun pegangan anda, yakinlah dengan pilihan anda dan serahkan bulat-bulat kepada Allah insyaAllah! Semoga kita sama-sama dikurniakan kefahaman dalam beragama dan keupayaan untuk mengamalkannya semata-mata mengharap redho Allah. Wallahua'alam.

CONTEST I'M PROUD TO BE A MUSLIMAH

Alhamdulillah Bayt Al-Iman telah ditag oleh ummi iman untuk sama-sama memeriahkan lagi Contest I'm Proud To Be A Muslimah yang akan berakhir pada 14 Oktober 2011. Terima kasih ummi iman! ;)

Klik banner untuk berukhuwwah fillah insyaAllah! ;)


****************************************************************
Kartun@doodle pilihan ummu Muhammad ;)


Muslimah hari ini bukan sahaja berkewajipan menutup aurat, menjaga solat, berpuasa dan sebagainya namun muslimah hari ini wajib bersama-sama dengan tugas amar makruf nahi mungkar semata-mata untuk memastikan syariat islam sahaja yang ditegakkan di tengah-tengah ummat hari ini melalui proses pembaikan setiap individu muslim sebagaimana sunnah yang ditunjukkan Rasulullah SAW untuk sama-sama mendaulatkan sistem Allah seperti yang Allah perintahkan di dalam Al-Quran yang mana ianya relevan sepanjang zaman. Wallhua'alam.

Hadiah pilihan Bayt Al-Iman: Iman Abdul Gallery

Bayt Al-Iman tag:
dan kepada sesiapa yang berminat. Sudi-sudikanlah ;)

6.10.11

MATA SATU

InsyaAllah video ini adalah kesinambungan daripada entry KONSPIRASI RAHSIA sebelum ini. Telah lama kami temui video ini dan saya pasti ramai juga diluar sana yang sudah menonton sehingga bahagian terakhir kajian anak-anak muda ini tentang kedatangan dajjal. Mudah-mudahan perkongsian video ini ada manfaat bersama insyaAllah.


Apa yang anda fikirkan?

2.10.11

KONSPIRASI RAHSIA

Alhamdulillah selama 6 hari saya keluar atas tuntutan kerja iaitu 5 hari berkursus dan sehari berseminar pula. 6 hari yang pada saya bukan sia-sia kerana terlalu banyak input namun berapa peratus yang mampu saya keluarkan semula, saya sendiri kurang pasti. Mudah-mudahan semuanya adalah terbaik disisi Allah untuk anak-anak didik saya. Sebelum ini saya ada menyatakan tentang freemason dan iluminiti dalam entry MERDEKA DIPENGHUJUNG RAYA. Ianya adalah berkenaan sebuah slide show ketika hari pertama berkursus yang memaparkan simbol iluminiti. Selain itu, sekolah menengah dimana tempat saya berkursus yang punya kelab yang mempunyai kaitan dengan konspirasi rahsia yahudi. Mungkin ramai yang telah tahu tentang konspirasi dajjal ini sekiranya anda rajin membaca bahan-bahan ilmiah tidak kira di dalam buku-buku mahupun melalui internet. Banyak sebenarnya pembongkaran konspirasi mata satu ini. InsyaAllah saya cuba kongsikan sedikit sebanyak pengetahuan saya yang begitu cetek tentang organisasi rahsia yahudi berkenaan gerakan-gerakan yang mahu 'mendajjalkan dunia'.

Apa Itu FREEMASON?
Menurut beberapa sumber yang saya baca dan fahami, freemason adalah salah satu daripada organisasi rahsia Yahudi yang bekerja bersama dajjal laknatullah dalam melaksanakan misi mereka mengawal dunia (New World Order). Gerakan freemason mempunyai satu struktur yang cukup kompleks iaitu ianya diketuai oleh 13 orang yang dipanggil council of 13  yang mana salah seorang daripadanya adalah ketua bagi yang 13 orang itu tadi. Identitinya 13 orang ini tadi amat sulit dan rahsia dan apa yang pasti mereka semua adalah yahudi laknatullah. Struktur council of 13 terlalu sulit dan rumit. Di dalam freemason, iluminati adalah gerakan tertinggi yang berada betul-betul di bawah council of 13. Banyak lagi organisasi-organisasi rahsia yang mempunyai misi yang sama seperti iluminati (Iluminati menggunakan lambang piramid yang mengandungi MATA SATU/all-seeing eye didalamnya), Skull and Bones, Opus Dei, Priory of Sion, the Bilderberg Group, agensi-agensi Hollywood (CW Chanel, Columbia TriStar dll) dan bermacam-macam lagi. Tujuan mereka menubuhkan berbagai organisasi dalam mencapai satu misi yang sama hanyalah semata-mata untuk mengelirukan dan membutakan mata hati umat-umat manusia seluruh dunia dan menanamkan sifat dajjal yang buta satu matanya (celik mata penglihatan tapi buta mata hati).

Sistem Sekular
Sebenarnya kursus yang sedang saya hadiri ini adalah kursus pembaikan atau pemurniaan kurikulum sekolah. Zaman saya dan seusia saya, kita panggil KBSR dan sekarang KSSR. Model ini telah dilaksanakan semenjak tahun 1997 di UK namun kita di Malaysia baru sahaja pada peringkat permulaan pelaksanaan. Biasalah sistem SEKULAR telah menggantikan sistem islam dan segala apa yang kita buat berkiblatkan barat termasuklah sistem pendidikan. Bidang pendidikan adalah bidang terpenting yang perlu 'mereka' kuasai untuk menakluk sesebuah negara. Maka tidak pelik ramai cendiakawan yang 'celik' boleh dimanipulasikan dengan berkesan termasuk kita. Maka tidak pelik simbol iluminati turut ada dalam pembentangan modul.

Simbol iluminiti begitu jelas di salah satu slide yang dipaparkan. Simbol mata satu tergantung diatas piramid dibelakang duit 1 dolar amerika yang melambangkan tuhan matahari mesir yang bernama RAY iaitu tuhan kepada freemason. Boleh lihat disini untuk keterangan lanjut. Dalam hal ini, mungkin dari kalangan kita jahil dan tidak pula mahu mencari tahu.
                  
Modal Insan
Apa itu SEKULAR? Sekular ialah mengasingkan agama dalam kehidupan. Pada pendapat saya, sistem KSSR ini bagus kerana negara semakin fokus kepada pembentukan modal insan pelajar untuk menaik taraf pelajar kita sama dengan pelajar luar. Kalau dulu KBSR, kita ada 3M (membaca,menulis, mengira) namun modul baru ini ada penambahan menjadi 4M iaitu menaakul yang tertumpu kepada komunikasi yang menjana kepada pelajar yang mampu berdaya saing dengan minda kreatif dan inovatif. Kita semua sedia maklum kekuatan pemuda hari ini dikuasai oleh pemuda 'mereka'. Pemuda 'mereka' menguasai dunia hari ini kerana lihat sahaja pemilik laman sosial facebook, blogspot, my space dan pelbagai lagi dikuasai oleh pemuda 'mereka'. Jadi, negara kita sebenarnya mahu melahirkan modal insan seperti pemuda-pemuda ini dan kita terlalu ghairah dengan modul pendidikan milik mereka seperti apa yang kita maklum mereka golongan yang mengkaji sistem al-quran dan mengamalkan cuma masalahnya mereka degil untuk menESAkan Allah.

Menyisihkan Pembangaun Sahsiah
Apa yang saya kecewakan, kita begitu semangat fokus kepada kecemerlangan pelajar namun disisi pendidik amat menyedihkan umpama 'bapa kencing berdiri, anak kencing berlari'. Saya begitu sedih melihatkan pemuda-pemuda (pendidik-pendidik lelaki) terutama ketika tamat satu-satu sesi sama ada tengah hari mahupun petang. Masjid yang betul-betul disebelah tempat kursus seolah-olah dipandang bagai sebuah GEREJA, KUIL mahupun TOKONG. Masuk kereta dan berlalu pergi tanpa menunaikan KEWAJIPAN mutlak sebagai seorang hamba yang hina kepada ALLAH! Bagaimanakah usaha murni ini mampu berjaya andai modal insan yang mahu mendidik cukup mendukacitakan. Inilah dinamakan doktrin sekular konspirasi dajjal tadi. Kita diajar mengasingkan agama daripada kehidupan dan ternyata ianya cukup berhasil! Andai berjaya sekalipun, negara kita umpama sebulan belon yang nampak bulat dan elok namun apabila dipecahkan, ianya tidak mengandungi apa-apa. Sebuah negara yang nampak gah dengan modal insan yang hebat ilmunya namun hodoh akhlaknya. Maju tetapi dipenuhi manusia yang bermasalah contoh terbaik di negara-negara membangun sekarang. Kita terlalu memandang pembangunan fizikal namun menyisihkan pembangunan sahsiah insan. Ini adalah pandangan dangkal saya kerana modul yang hebat memerlukan penyampai atau pendidik yang hebat untuk melahirkan modal insan atau pelapis yang hebat juga kerana Allah.

Disebalik Kelab Rotary
Selain itu, di sekolah menengah saya itu juga terdapat ciri-ciri freemason kerana setakat pengetahuan saya yang telah bersekolah disana, memang ada sebuah kelab yang dinamakan kelab rotary. Sekolah saya ini merupakan sekolah harian biasa yang mencatat 100 peratus kelulusan setiap peperiksaan awam setiap tahun. Sekolah cemerlang namun saya bukan kategori pelajar kelas pertama. Pelajar sederhana dan duduk di kelas pertengahan. Kelab rotary disekolah saya tadi disertai oleh pelajar-pelajar yang mempunyai minda yang cerdik. Buat makluman kita, kelab rotaract ialah kelab terbuka yang memilih pelajar-pelajar cerdik dan berkaliber untuk menjadi ahlinya. Pelajar yang dapat menyertai kelab ini pasti sangat teruja dan berasa amat bertuah kerana bukan  mudah untuk menjadi ahli bagi kelab ini dan tanpa mereka sedari, mereka diperalatkan untuk mencapai kepentingan yahudi, kerana kelab rotaract itu hakikatnya dikuasai penuh oleh kelab rotary. Pelajar cerdik yang terpilih menyertai kelab rotaract akan diserapkan ke dalam kelab rotary seterusnya lions club, kemudian iluminati dan ke peringkat tertinggi seterusnya. Pelajar-pelajar cerdik ini akan 'dipegang' untuk menerajui pelbagai pertubuhan bermula disekolah, universiti , syarikat-syarikat korporat dan sebagainya. Dengan pelbagai pertubuhan ini, ahli-ahli baru dicari sebagai pelapis.

Turutan kelab-kelab yang membentuk organisasi di bawah council of 13 yang saya dapat daripada buku Pelestin Tak Pernah Gentar. Rotarack club diserap kepada rotary club. Rotary club diserap kepada lions club. Lions club diserap kepada freemanson. Freemanson diserap kepa iluminiti dan iluminiti diserap kepada council of 13.


Kelemahan KITA
Menurut sumber disini, faktor kelemahan dan kedaifan umat Islam dalam berbagai sudut tidak perlu diperkatakan lagi. Apa yang perlu diteliti adalah jalan penyelesaian bagaimana umat Islam boleh memecah keluar daripada kancah kelemahan-kelemahan ini. Merujuk kepada Sekretariat World Muslim Consumers Association (WMCA) telah membuat kajian mendalam semenjak beberapa tahun lalu dan mendapati antara punca utama kelemahan umat Islam adalah tiadanya perpaduan dan koordinasi dalam hampir segala bidang kehidupan.

Rapuh
Sungguhpun jumlah umat Islam sebenarnya berjumlah 1/3 penduduk dunia. Ditambah pula kalau dinilai secara individu, ramai umat Islam mempunyai berbagai kepakaran dan kekayaan yang luar biasa, malangnya kelebihan ini tidak mampu menterjemahkan sebarang kekuatan kerana rapuhnya jaringan dan perpaduan antara mereka. Islam mewajibkan umatnya bersatupadu, namun hari ini ianya tidak berlaku. Malah amalan perpaduan dan kerjasama erat yang diamalkan bangsa Yahudi, China, Jepun, Jerman mahupun Sikh tidak langsung terujud dalam masyarakat Islam.

Bodoh
Inilah yang menyebabkan umat Islam dan negara-negara Islam lemah serta dengan amat mudah diperbodoh, diperhamba, diperkuda dan dipersendakan sehinggakan rata-rata masyarakat Islam terpaksa bergantung kepada musuh untuk bantuan dan perlindungan malah barangan makanan sekalipun terpaksa diperolehi dari masyarakat bukan Islam. Sedangkan dengan jumlah umat yang ramai, kita boleh mengambil tindakan drastik untuk MEMBOIKOTatau MEMPROTES semua produk Yahudi bukan sahaja COKE tetapi merangkumi semua jenis produk harian yang terbukti HARAM. Sehubungan itu, kita perlulah bersatu HATI dan MINDA untuk meneraju perjuangan ini dalam mengeratkan tali silatulrahim dan ukhuwah sesamaISLAM.


Boikot!
Sepanjang seminggu saya berkursus, Allah izinkan saya berjumpa dengan simbol ilumini dan rotaract club yang menjadi pecetus idea saya untuk menulis dan berkongsi sedikit pengatahuan saya tentang organisasi rahsia yahudi yang menyelinap masuk hampir semua pepenjuru hidup kita. Semuanya ada dimana-mana. Kita marah dengan yahudi laknatullah, tapi kita masih tidak mampu mengawal hati membeli-belah produk-produk yahudi yang menjadi dana dalam pertumbuhan-pertubuhan organisasi rahsia selain menjadi peluru-peluru kepada saudara kita di Palestin. Kita mengatakan yang Palestin adalah sebahagian daripada kita, namun tiada sebarang usaha dari membeli produk nestle, milo, johnson, McD, kfc, pizza dan pelbagai lagi. Sebenarnya yahudi ini memang sudah berakar umbi di negara kita. Lihat sahaja produk-produk, pasaraya-pasaraya milik mereka. Jadi, tidak pelik mereka punya 'saham' dinegara kita. Marilah hidupkan hati-hati kita dengan melihat kesengsaraan saudara seislam kita di Palestin dan berdoa Allah campakkan kekuatan untuk memboikot semua barang-barang yahudi kerana kita memang dituntut untuk meragui mereka yang dikenali sebagai bangsa yang bongkak dan membunuh para Nabi Allah. Hanya umat Islam sendiri dapat mengubah dan mencorakkan nasibnya sendiri.

 Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada padadiri mereka sendiri. (Surah Ar-rad: 11)



Segala yang baik adalah dari Allah dan yang tidak baik juga daripada Allah melalui kelemahan saya sebagai manusia biasa. Wallahua'lam.