Rata-rata rakan blogger terkesan dengan post semalam berkenaan babi dalam tepung. Rasa bagai mahu samak perut kita bukan? Kesinambungan tulisan semalam berkenaan ramuan dalam tepung, rakan-rakan kesayangan fillah dalam kumpulan whatsup jelitawan mak-mak organik rata-rata mereka menggunakan tepung cap atta kerana mereka lebih yakin dengan status GMO. Apakah GMO?
Menurut Puan Tabib Terperaya (PTT) kita melalui tulisannya mengenai GMO (saya copy and paste sahaja tulisan PTT dibawah), usaha merosakkan makanan kita telah berlaku sekian lama lebih 200 tahun. Bermula dengan proses ‘refining ‘ gula tebu dan sugar beet sehinggalah sugar beet ditanam secara meluas menggunakan kaedah GMO (genetically modified organism).
GMO adalah teknik penanaman menggunakan benih yang telah disuntik dengan DNA serangga, atau haiwan perosak, malah DNA virus ciptaan mereka. Apabila tumbuhan ini tumbuh tidak akan ada serangga perosak padanya lalu didakwa sebagai ‘pesticide free’. Padahal disembur dengan racun Round-up (herbisid glyphosate) yang mematikan tumbuhan lalang di sekitar tumbuhan GMO tetapi tidak mematikan tumbuhan GMO tadi.
Petikan terjemahan surah Al-Baqarah ayat 204,205
204. Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal dia adalah penentang yang paling keras.
205. Dan apabila dia berpaling (dari kamu), dia berjalan di bumi untuk membuat kerosakan padanya dan merosakkan tanam-tanaman dan binatang ternakan dan Allah tidak menyukai kebinasaan.
Ayat ini menerangkan bagaimana negara-negara Islam hari ini ditipu untuk menggunakan teknologi genetik dengan menjanjikan keuntungan lumayan apabila sumber pertanian tidak ada serangga perosak. Haiwan pula disuntik dengan growth hormone yang dicipta sendiri melalui kaedah rekombinan DNA. Itulah pada PTT maksud Allah dengan merosakkan tanam-tanaman dan binatang ternak.
[sumber]
Contoh tanaman yang telah ditanam secara GMO adalah gandum, sugar beet, jagung, soya, barli , padi. Dengan perjanjian TPPA maka Malaysia terpaksa hanya menggunakan benih padi GMO yang dikeluarkan oleh Monsanto. Tafsiran Al-Quran pada zaman ini belum ada yang membuatnya, sebab itulah penting untuk mempunyai pengetahuan yang luas disamping selalu mengulang-ulang pembacaan Al-Quran.
[sumber]
Dari pemakanan kita yang mengandungi bahan kimia sama ada yang melalui proses di kilang atau yang ditumbuhkan secara genetik ini ditambah pula sifat makan banyak yang dianggap tidak berdosa dan tidak haram, maka penyakit bertumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Doktor-doktor muslim tidak diajar mengenai nutrisi padahal Rasulullah sudah memberikan clue yang penyakit bermula dari perut (iaitu bahan yang masuk ke dalamnya mencetuskan penyakit).
Di sebabkan kejahilan masyarakat yang mengukur kebijaksanaan seseorang berdasarkan pangkat, gelaran dan kemajuan ekonomi dalam hidup tanpa mengukur dari sudut nilai agama, menyebabkan ramai ibu bapa mahukan anak mereka berjaya di bidang akademik.
Menjadi doktor , pastinya suatu gelaran yang mulia, tinggi statusnya, mahal gajinya, maka ramai doktor yang sudah selesa dengan keadaan itu dan seolah-olah tidak nampak yang penyakit sedang tumbuh dengan subur dan tiada penurunan pada kes-kes penyakit kronik. Pasti mereka ada terdengar yang ubatan kimia ini adalah dari Zionist, penyakit adalah strategi Zionist mengaut keuntungan untuk menyerang umat Islam. Namun maklumat ini diterima dengan perasaan ‘denial’ ataupun menidakkan kebenaran yang takut untuk diakui.
Strateginya bermula seawal bayi di dalam kandungan ibu. Si ibu yang banyak memakan bahan kimia dan GMO akan menghadapi muntah dengan teruk (kerana hikmahnya Allah ingin mengeluarkan segala bahan kimia (racun) dalam badan dalam tempoh 3 bulan pertama itu. Pada masa ini sepatutnya ibu2 mengambil air zam-zam, madu dan kurma atau buah-buahan lain untuk memastikan proses muntah tadi dilalui dengan baik.
Namun ramai yang cepat mengalah dan tidak sabar dan memilih untuk dimasukkan ke wad. Di wad pasti diberi ubat muntah yang merencat pusat muntah di batang otak (Metochlorpramide). Sedangkan muntah itu berlaku ada sebabnya, adakah adil untuk merencat muntah itu? Maka bermulalah proses yang tidak baik dalam tubuh ibu dan anak. Makanan tadi jugalah menyebabkan kurang darah, uri bawah (placenta previa), air ketuban berlebihan, air ketuban terlalu kurang, pendarahan selepas melahirkan malah penyebab semua penyakit di dunia hari ini.
Ibu-ibu digalakkan minum susu ibu mengandung di pasaran (yang kandungannya GMO). Selain dari kesannya pada kesihatan fizikal, GMO menyebabkan ketagihan yang tinggi pada pemakan makanan tersebut dan mengurangkan sensitivity sistem saraf seseorang. Atas sebab inilah ibu-ibu selepas melahirkan tidak mehasilkan susu secara cepat. Padahal secara fitrah, bila anak keluar, maka susu akan mula keluar, malah ada yang sudah keluar susu ketika sedang mengandung lagi.
Bila susu lambat dihasilkan, maka susu formula (yang juga GMO) akan menyebabkan bayi tadi suka dan ketagih, lalu menolak susu ibunya dan tanpa rangsangan hisapan, susu akan berhenti akhirnya. Maka gagallah untuk melaksanakan arahan Allah untuk menyempurnakan penyusuan 2 tahun.Bayi tadi pula akan membesar dengan fitrah yang pelik iaitu mereka tidak suka makan sayuran dan buah-buahan. Bukan setakat susu, malah nestum juga adalah GMO dan seterusnya biskut-biskut dan roti di pasaran kebanyakannya gandum GMO yang digunakan.
InshaAllah lagi berkenaan GMO untuk post seterusnya. Nantikan ilmu perubatan islam melalui kajian PTT inshaAllah.
5 comments:
takut bila baca perenggan yang last2 tu..anak saya memang macam tu...macam dah ketagih susu...takmo sayur hijau. carrot n jagung nak lah juga...huhu...
Solution...solution pls...
KI: :) kembali kpd fitrah insaniah inshaAllah..kembalikn keagungan semua sunnah Baginda..kawal mknn dlm rumh..mknn rapuh mcm brg2 ade gmo tu bole beransur bubye..gntikn dgn jajan buah tin/kismis/kurne..brg rumh yg asas tepung, gule, grm bole tukar segere kpd organik..amalan utk vitamin harian die madu+hbs+vco..doa Allah pulihkn blik sistem asal tubuh anak yang tk lawan fitrahh badan
noen: tande Allah syg nk bg bb sht mantop! mak bb kene buang sume yg tk elok utk ibu n anak kt dlm sistem bdn tu..insaAllah tk lme lg u kmbli sht! ;)
P/s KI;
pesan puan tabib terpercaye (PTT) kami, nak taknak kene berhentikan susu buat terapi kebuluran..hati kene waja..maksudnye biakan die lapa jgn layan die nk susu, cover dgn makan..bile da makan, bg pulak makann sunnah utk tambah askar2 semulejadi die inshaAllah!
Salam mek lelen..mohon share entry ni ye...untuk public speaking...hehe..GENG1010
silekan geng1010 haha!
Post a Comment