29.9.13

AISKRIM BUAH HOMEMADE

Alhamdulillah berakhirlah kursus selama 4 hari semalam. Mujurlah kursus berdekatan tetapi ianya cukup menyesakkan. Sepatutnya semalam adalah hari keluarga bulatan gembira peringkat negeri. Berangan mahu ketemu makcik-makcik yang dirindui fillah T_T.

Hari ini saya kongsi resepi aiskrim buatan sendiri dari mak-mak organik yang memang semulajadi! Subhanallah! Jangan ditanya resepi vanila dan sewaktu dengannya sebab ini hanya valid untuk aiskrim buah-buahan :D.

Pisanglah paling sesuai di hujung bulan lepas haha!

Pertamanya, pilih buah-buahan yang tekak anda hajatkan. Macam kami di hujung bulan, tekak selera pada pisang. Selera strawberi, blubery, kiwi dan kawan-kawan mahalnya simpan sehingga bulan mengambang penuh haha!

Buang kulit, kalau ada biji, sila buang biji dan potong kecil-kecil. Bekukan di peti sejuk bahagian beku sehingga beku. Setelah beku, kisar. Sekiranya mahu lemak, bolehlah tambah susu segar atau untuk lebih sedap, tambahlah yogurt buatan sendiri juga. Setelah kisar, sedia untuk makan!

Tarah! Ini hasilnya. Aiskrim pisang kosong!

Zoom dekat!

Ini pula aiskrim cempedak bersama susu lembu segar!

Mudahkan untuk sihat? InshaAllah sedap dan terbayar juga keinginan kepada iaskrim di pasaran ;). Selamat mencuba dan berhujung minggu!

No comments: