17.9.13

KUNJUNGAN CIK AIN & KELUARGA

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
3 Hari sunyi sepi. Masa kualiti bersama dan dimeriahkan dengan ziarah Cik Ain kesayangan. 4 tahun tidak ketemu. Bertemu dan berpisah pasti dengan air mata T__T. Persahabatan syurga kerana Allah inshaAllah!

Teringat semasa hari terakhir ibu di kolej. Salam berpisah dengan air mata. Bertemu ahad lepas juga dengan air mata. Hilang rindu dan kembali merindu ;). Satu-satunya junior ibu yang masih gigih keep in touch dan kami bertaut dengan makcik-makcik jelitawan organik :D. Rezeki cik Ain. Mudah-mudahan persiapan yang mantap untuk lahirkan zuriat soleh dan solehah yang organik bebas bahan kimia inshaAllah.

Keluarga MIL cik Ain.

Benarlah firman Allah, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (An-Nur':26).

Sepanjang perkenalan ibu dengan cik Ain, memang solehah tidak dipertikai. Allah temukan dengan orang yang tepat dan mudah-mudahan menjalani hidup yang barakah sampai syurga. Dahulu solehah sekarang semakin solehah. Sejuk mata memandang wanita syurga ;).

Meriah dengan hadiah. Bola mahal. Baju mahal.

Rezeki Muhammad dan Abdullah kata cik Ain yang baru balik bercuti di Singapura dan sekitar Johor. Bola tersebut menjadi rehal Muhammad yang sedang mendengar Quran di hanphone ayah dan dipeluk kuat! Tidak memberi laluan kepada adik walau dengan sentuhan haha!

Terima kasih cik Ain sekeluarga yang sudi datang rumah iman kita yang ala-ala Jepun. Duduk di lantai sahaja tetamu. Sebenarnya duduk di lantai adalah untuk menjaga kesihatan kita dan para tetamu inshaAllah. Menjunjung sunnah Rasulullah SAW. Kenapa?

Mengikut kajian puan tabib terpercaya (PTT) kita, semakin nipis hamparan kira, semakin berkesan daya aliran darah ke otak. Boleh baca tentang SUNNAH DUDUK tulisan PTT. Tidur tanpa bantal juga meningkatkan aliran darah ke otak. Bila kita tidur, badan kita menurut PTT sedang membaiki sel-sel kita dan sel yang paling penting untuk dibaiki adalah sel otak! Otaklah perlu bekalan darah paling tinggi.

Jadi, semua yang Rasulullah SAW adalah ajaran hidup yang ringkas dan mudah untuk menjana kesihatan yang mantap disisi Allah inshaAllah. InshaAllah ada kesempatan yang berkat ibu catat tentang istiqomah kita yang sudah lebih sebulan dengan sunnah Rasulullah SAW inshaAllah. Mudah-mudahan Baginda Rasulullah SAW kasih akan kita dan mensyafaati kita semua asbab kasih akan Baginda dengan mengamalkan sunnah Baginda. Ya Rasulullah! Kami rindu padamu T__T.

8 comments:

IntaNBerliaN said...

tidur tanpa bantal tu saya baru tahu...

alisha & aqilah mmg tido xbg bantal pun.. dorg kalau tido ats bantas.. bbrapa minit je.. pastu bantal pun hilang... hihii

Anonymous said...

Assalamualaikum ummu muhammad

Sebelum ni saya ada terbaca entry ummu muhammad pasal coklat. bila cari-cari semula tak jumpa la link nya.

boleh tak ummu muhammad bagi link tu..terima kasih ya.

@LeenShamsh said...

intan: tulh kite hri ni mmg telh diterpkn sistem sekular smpai ade yg pndg sepi sunnah..walhal semue Rasulullah anjue sgt cantek utk sistem bdn kite ;)

anon: coklat? akk lame pose coklat T__T tepun ade vavi T__T inshaAllah pukul 12 mlm nnt autopublish pasal tepung

ni link awak nk
http://attuffahumairah.blogspot.com/2012/08/anugerah-ramadhan-tiba.html

Marlina Mohtar said...

Teratak Mawaddah pun duduk ala2 rumah jepun gitu =)

All about a journal said...

Salam..

wah bestnyer..bila lah time kita pulak yer.

Soon insyaAllah.... ^__^

@LeenShamsh said...

kakina: ade geng! kelancaran darah dlm sunnah duduk Rasulullah :)

aza: ye inshaAllah za..tak sabo nk jumpe jelitawan organik! ;D
p/s: orang muntah bace 'jelitawan' tu haha

ain said...

Waaah nk ngis baca :( rindu menggamit lagi. Fillah!!!

@LeenShamsh said...

Ain: holah ain T__T..selalu rindu kerana Allah inshaAllah ;)