31.7.11

MENANTI YANG DIRINDUI

Ramadhan pasti ditunggu bukan sahaja manusia yang masih hidup
Malah dihitung kembalinya tahun ke tahun oleh si mati
Direhatkan sebulan dari segala seksa kubur setimpal kedurhakaan
Diampunkan segala dosa manusia yang memohon dengan bersungguh
Dibelenggu setiap lapis generasi iblis dan syaitan laknatullah
Begitulah nilai sebuah Ramadhan anugerah Tuhan
Kurniaan Allah untuk membersihan sekalian hati-hati hitam hina
30 hari mencari taqwa menyubur iman.

Ramadhan! Ramadhan! Ramadhan!
Kami merindui kehadiranmu ya Ramadhan!
Ya Allah ampuni dan redholah kami ya Allah!


Semoga Ramadhan kali ini adalah terbaik buat kita insyaAllah!

Salam Ramadhan Kareem 1432H dari kami
-Abu Muhammad, Ummu Muhammad & Muhammad-

30.7.11

PERUBATAN MODEN vs ALTERNATIF

Alhamdulillaha atas kesedaran dan semangat cintakan saudara-saudara seislam kita daripada terus mempercayai yahudi dam nasara laknatullah, saya ada menerima respon yang baik dari FCUHOMESCHOOLING berkaitan isu yang pernah saya kupas melalui entry BAHAYA VAKSIN DAN IMUNISASI dan BAHAYA TERSEMBUNYI DI DALAM VAKSIN. Anda boleh menziarahi FCU untuk mengetahui lanjut tentang penemuan kajian terbaru bahaya vaksin. Pihak FCU meminta agar Bayt Al-Iman menulis kembali pati-pati penting tentang bahaya vaksin dan penemuan terkini vaksin dan imunisasi memandangkan kawan-kawan blogger yang saya sayangi fillah ini kebanyakkannya terdiri daripada kaum-kaum ibu yang pasti mahukan semua yang terbaik untuk anak-anak. Sebelum itu, izinkan saya menerangkan tentang perubatan moden vs perubatan komplimentari/alternatif dari sudut pandangan Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia (IPKIM). Baca dan fahamilah dengan hati. Sumber penuh disini.

Dunia sedang menyaksikan pertambahan kos penjagaan kesihatan yang begitu tinggi di dalam beberapa dekad kebelakangan ini walaupun kononnya banyak pembangunan teknologi dan kepandaian sains telah dimeterai oleh golongan profesional alopati (perubatan Barat). Namun hakikatnya, pembangunan kesihatan manusia masih tidak bangkit dari darjatnya yang rendah, tidak setanding dengan perakuan-perakuan kejayaan yang telah dicapai oleh mereka.

Di manakah silapnya? Ini adalah soalan yang sedang mencabar para pemimpin dalam penjagaan kesihatan dan menyeksa masyarakat yang dibebani kos penyenggaraan kesihatan yang tinggi, yang dikenakan oleh pusat-pusat perubatan. Kepentingan keuntungan telah mendahului kepentingan merawat, kesediaan dan kerelaan menolong yang sakit dan cedera telah merosot dan hilang ditelan masa. Sebenarnya, masalah yang melanda merupakan satu krisis persepsi, yang mana telah mengelirukan masyarakat.

Falsafah Kolot Cartesian-Newtonion
Melalui sejarah, kita dapat mengesan di mana permasalahan bermula daripada falsafah kolot Cartesian-Newtonian mengenai rupa dan bentuk dunia yang telah dijadikan asas sains. Falsafah model dunia ini yang mengatakan bahawa hanya fizikal sebagaimana yang diperjuangkan oleh dua nama besar sains – iaitu Descartes dan Isaac Newton – kononnya adalah kebenaran terunggul dan tidak tercabar oleh mana-mana pihak. Pemandangan sejagat Cartesian-Newtonian telah mendominasi kesemua ajaran sains, tidak ketinggalan bidang perubatan dan pembedahan.

Kesemua ajaran sains pada masa itu menerima pandangan mekanistik ilmu fizik klasik ini sebagai satu deskripsi realiti yang unggul. Namun, ia membangkitkan paradigma ilmu sains yang pincang dari kebenaran.

Teori AlBert Einstein
Atas dasar ilmu yang terpesong jauh daripada realiti ini, Albert Enstein dan rakan-rakannya pada awal abad ke-20 telah menyingkap pula teori mengenai alam semesta berasaskan prinsip bahawa ukuran ruang dan masa (ilmu fizik kuantum dan teori relativiti) adalah berkaitan. Teori ini terbukti benar, telah membuka dan memperjelaskan bahawa pandangan mekanistik Cartesian-Newtonian adalah amat terhad, antik dan kesahihannya boleh dipertikaikan. Teori Albert Einstein ini juga telah memberi laluan kepada konsep kewujudan organik dan kosmik dalam dunia sains perubatan. Fritjof Capra di dalam buku Space, Time & Medicine oleh Larry Dossey secara terang-terangan turut memperkatakan tentang krisis persepsi ini.

Kesangsian Terhadap Teori Newton dan Teori Enstein
Namun di sini, apabila kita membicarakan tentang kedua-dua teori ini iaitu Teori Newton dan Teori Enstein yang menjadi asas kepada pembangunan dan pengembangan dunia sains hari ini, sedikit sebanyak kita perlu meletakkan kesangsian kerana Newton adalah Nasrani dan Enstein adalah Yahudi. Kesangsian itu bukan setakat kepada teori yang mereka kemukakan malah kepada diri mereka yang tidak beriman.

Rawatan Yang Pincang
Contohnya, apabila kita mengambil Teori Enstein iaitu E=mc². Adakah ini sahaja yang boleh diperjelaskan melalui hukum tenaga sedangkan telah diberitakan kepada kita bahawa semua ciptaan Allah itu berpasang-pasangan. Jadi, tidak mustahil di sebalik teori ini mesti terdapat pasangannya yang mungkin tidak dapat ditemui oleh mereka ataupun mungkin disembunyikan daripada kita. Oleh yang demikian, banyak amalan-amalan/rawatan-rawatan alopati/konvensional yang ada mempunyai sedikit kepincangan kerana asas teori yang mereka gunakan hanyalah sebahagian daripada rahsia-rahsia Pencipta, iaitu ALLAH S.W.T.

Kesan Sampingan Ubat-ubatan
Jika dilihat dan dikaji dengan keterbukaan minda, pengamalan sistem alopati ini menghasilkan banyak penyakit yang berpunca daripada cara/kaedah pengubatan pengamal itu sendiri. Ia berpunca daripada kesan sampingan ubat-ubatan berasaskan dadah, kimia dan racun secara berpanjangan atau disebut juga sebagai iatrogenisis.

Misalnya, pesakit arthritis yang diberikan rawatan bagi mengubati penyakit keradangan sendi itu akhirnya menderita pula penyakit gastritis. Penyakit-penyakit iatrogenik ini telah timbul sejak lama dahulu, berasal daripada ilmu sains, protokol, instrumentasi, metodologi penyelidikan, diagnosis dan rawatan sistem biomedikal itu sendiri.

Perubatan Moden dan Protokol
Protokol penyelidikan perubatan moden yang dikenali sebagai single blind studies, double blind studies, randomized studieskononnya untuk menjunjung kebenaran demi kemajuan sains, namun telah terbukti mempunyai keterbatasannya dengan kewujudan penyakit-penyakit iatrogenik daripada sistem itu. Adalah perlu untuk alat yang kononnya berpiawaian sains ini dirombak dan diperiksa semula dengan menggunakan sifat ilmu sains yang lebih luas dan tepat, mangambil kira pemandangan sejagat mengenai ekologi dan alamiah asas kejadian serta kosmik yang berkaitan dengan kejadian, kehidupan dan kesihatan manusia.

Perubatan Atas Dasar Kemajuan 
Inilah dimensi penjagaan kesihatan manusia dan perubatan yang telah lama diketepikan atas dasar kemajuan dan keuntungan. Di dalam banyak perkara, limpahan penyakit iatrogenik yang diwujudkan oleh dunia sains biomedikal serta pengamalnya, pada takat yang tertentu, telah disorokkan daripada masyarakat ramai dengan menguarkan kejayaan, keberkesanan dan kekuasaan industri perubatan alopati ini.

Ini disokong pula oleh syarikat-syarikat pembuat ubat-ubatan gergasi, telah menjadikan pengamalnya berfikiran sempit, sengaja menutup kelemahan sistem daripada pandangan masyarakat dunia dengan menggunakan bahasa dan terminologi Greco-latin yang langsung tidak difahami oleh awam untuk pengamalan dan dokumentasi.

Peningkatan Penyakit Iatrogenik
Melihatkan senario kewujudan penyakit iatrogenik yang semakin meningkat kini, sistem perubatan biomedikal akan mengalami kemerosotan, melainkan ia menjalani satu reformasi dan pembaharuan sikap pengamal dan sifat perubatannya. Kos rawatan yang semakin meningkat seakan menarik orang ramai untuk mencari sistem rawatan yang lebih selamat dan murah, maka sistem biomedikal akan semakin ketinggalan dan hanya menjadi satu sistem yang kolot.

Masyarakat dunia mesti dipaparkan dengan penyakit-penyakit iatrogenik ini. Kajian sistematik mengenai penyakitiatrogenik yang pertama telah dilakukan oleh Dr. Lucian L. Leape, salah seorang pengasas National Patient Safety-Foundation di Amerika Syarikat (AS). Hasil kajian beliau telah diterbitkan di dalam Journal of the American Medical Association (JAMA) pada tahun 1994.

Pada tahun 1995, sebuah laporan di dalam JAMA mengatakan lebih satu juta pesakit dimasukkan ke hospital AS setiap tahun. Daripada jumlah tersebut, 280,000 orang mati setiap tahun disebabkan oleh penyakit iatrogenics, dan angka ini telah mengecilkan bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya.

Angka ini sungguh memeranjatkan. Ia memberi gambaran sebenar mengenai perubatan moden bahawa, walaupun kejayaan demi kejayaan yang digembar-gemburkan menyinari dunia perubatan moden, namun kepincangannya jelas. Jika mereka terus-menerus menentang kehadiran dunia alami/rawatan alternatif/komplimentari, ditakuti mereka akan ditelan zaman apabila masyarakat mampu melihat kepincangan itu sebagai sesuatu yang tidak diperlukan lagi.

Diharap artikel ini sedikit sebanyak mampu memberi kefahaman dan berjaya membuka hati para ibu bapa agar mampu melakukan perubahan dari terus terusan dijajah pemikiran. Saya pasti ramai dikalangan kita yang terlalu patuh dengan arahan 'orang lama' iaitu ibu bapa dalam isu-isu kesihatan anak. Mudah-mudahan artikel ini dapat memberi kefahaman dan keberanian ibu bapa melakukan suatu perubahan, insyaAllah! Wallahua'lam.

28.7.11

LAGI PENIPUAN ZIONIS

Petang tadi adalah masa bertemu keluarga kecil kesayangan saya. Saya rasa terpanggil untuk kongsikan pembohongan yahudi laknatullah sejak berpuluh-puluh tahun dahulu yang disampaikan oleh mak usrah saya iaitu apa yang disampaikan oleh Dr. Norhissam. Terlalu banyak yahudi menipu kita. Mereka mengamalkan apa yang disuruh Rasulullah SAW dan mencontohi makanan yang diamalkan oleh para ilmuan islam ulung namun, dibiarkan kita terus dengan sogokkan dan pembohongannya agar ummat islam lemah. Saya ringkaskan sahaja apa yang saya sempat catatkan kerana berusrah bersama Muhammad ;)

1. Kecerdikan akal bukan terletak pada otak tetapi pada PERUT.
- sebab itu Rasulullah SAW sangat menyuruh memerhatikan setiap makanan yang masuk ke dalam perut kita

2. Rejim zionis laknatullah ini mengatakan ikan tuna (sardin) mempunyai khasiat omega 3, walhal, ikan yang mempunyai sisik yang semakin besar itulah merupakan khasiat yang terbaik daripada ikan.
- kita ummat islam yang suka sangat ikan tuna sedangkan mereka tidak makan dan membiarkan kita dengan menyogokkan yang ikan tuna itu sihat untuk kesihatan

3. Ingatan manusia bukan disimpan di otak, ianya disimpan di dalam TULANG
- maksudnya, yahudi lakanatullah kata otak manusia umpama memori kad
- tidak pelik iklan dan sogokkan susu baik untuk perkembangan otak
- hakikatnya, semua maklumat setiap manusia itu tersimpan di tulang kecil yang dinamakan tulang sulbi
- setiap daripada kita akan dibangkitkan melalui tulang sulbi inilah yang umpama memori kad tentang kita

Kita sebenarnya terlalu patuh dengan telunjuk barat sehinggakan kita rasa gentar untuk melakukan perubahan terutama dalam bidang perubatan. Kita terlalu disogokkan dengan ubat-ubatan yang terbaik dalam melawan penyakit walhal, melalui ubatlah zionis laknatullah meracun badan dan sistem badan kita dengan elemen khinzir. Kenapa khinzir ini haram? Selain ada dalil pengharamannya, menurut kuliah Dr. Norhissam yang saya hadir, Allah cipta khinzir dengan 96 peratus bahan radioaktif yang diambil dimana-mana bahagian bumi yang tercemar jika saya tidak silap insyaAllah. Saya tidak mampu memperkatakannya dengan baik kerana bukan bidang saya ;) Jadi, bayangkanlah manusia makan radioaktif? Seperkara yang lebih popular, di dalam khinzir terdapat cacaing yang tidak mati walau dipanaskan dengan suhu setinggi manapun. Selain itu, tabiat khinzir yang pengotor, rakus dan tidak tahu malu, mempengaruhi manusia yang memakannya. Tidak pelik ramai orang semakin hilang rasa malu mungkin disebabkan faktor pemakanan yang dipengaruhi elemen khinzir yang berada dimana-mana sahaja berlegar dipersekitaraan kita. Wallau'alam.

22.7.11

TALIAN HAYAT PEROKOK TEGAR

Hari ini ialah penghulu segala hari. Hari yang mana ramai orang islam lelaki berkumpul bersama menyahut seruan solat jumaat secara jemaah. Walau bagaimanapun, alangkah hebatnya islam andai setiap waktu solat fardhu, sama ramainya dengan solat jumaat. Barulah timbul 'kegentaran' laknatullah. Solat jemaah ini salah satu sumber kekuatan dan perpaduan ummat Islam andai semua muslim tahu akan hakikat itu. Jadi, inilah tugas kita bersama-sama menyeru kaum kerabat kita untuk sama-sama mengimarahkan rumah-rumah Allah dalam membantu membentuk perpaduan dan kebangkitan Islam keseluruhannya insyaAllah!

Tazkirah Jumaat
Tulisan hari Jumaat ala-ala tazkirah Jumaat. ;) Sebenarnya hari ini saya ingin kongsikan bual-bual saya dan suami. Sedang saya merangka entry ini, tulisan saya rupanya Allah izin ada chemistry dengan tulisan Puan Myza hari ini. ;) Berbalik kepada tajuk, ayah Muhammad adalah seorang yang cukup cerewet serba serbi. ;) Salah satunya adalah pemilihan tempat makan. Ada beberapa kedai sahaja yang menjadi pilihannya. Di tempat kami bermaustatin ini, kuasa penjual terletak di tangang golongan kuffar. Antara kedai yang boleh kami singgahi adalah Ramli Abu Bakar Recipe. Kedai ini memang tidak terlalu popular seperti Roti Bakar Railway Station. Namun, ianya boleh dijadikan alternatif tempat yang baik untuk menikmati roti bakar buatan tangan orang Islam yang halal dan tiada gelatin khinzir.

Tidak Jual Rokok
Tempat yang tidak ramai pengunjung sebegini memang pilihan ayah Muhammad. Aman dan sentosa. ;) Keistimewaan lain selain roti buatan sendiri, kedai makan ini tidak menjual rokok. Bahagian tempat menjual rokok di kaunternya hanya dihiasi pasu-pasu. Pekerjanya pula terdiri daripada anak-anaknya sahaja. Kami lebih suka kepada biah (suasana) serta makanan yang boleh tahan sedap disini.

Menu biasa kami. Mee goreng dan kopi.

Perokok Tegar vs Perokok Pasif
Baru-baru ini, kuliah ustaz ada menyatakan tentang isu rokok. Semua tahu apa pandangan ulama tentang rokok. Mudah sahaja analoginya menurut ayah Muhammad, 'adakah seseorang perokok membaca bismillah sebelum merokok?' Adakah perokok akan niat, 'sahaja aku merokok kerana Allah Ta'ala'? Secara logiknya, memang tiada bukan? Kerana apa? Kerana makan rokok tidak mendatangkan manfaat malah memudaratkan. Bukan sahaja kepada perokok tegar, namun ianya turut mengundang musibah berganda kepada perokok pasif. Perokok pasif teridiri daripada isteri dan anak-anak serta orang-orang sekitar yang sentiasa terdedah kepada perokok tegar ini.

Kisah Peniaga Kedai Runcit
Abu Muhammad pernah bertanya kepada seorang peniaga kedai runcit berdekatan Bayt Al-Iman tentang rokok yang dijualnya. Sayangnya sebab tuan punya kedai tidak merokok tetapi menjual rokok. Menurut tuan punya kedai tersebut, saingan dengan peniaga kuffar amatlah teruk. Mereka 'jahat' dalam menjatuhkan perniagaan orang Islam. Kedainya juga pernah dikhianati gara-gara kemajuan kedainya. Tidak pelik kerana kedainya mempunyai pelanggan yang ramai kerana dia adalah satu-satunya peniaga Islam disekitar ini. Jadi, orang-orang Islam tertumpu kepada kedainya.

Bukan Mahu Makan, Mahu Jual!
Salah satu ilmu daripadanya adalah, sekiranya seseorang peniaga menjual dengan harga terlalu murah, pasti ada sebabnya. Ramai peniaga tidak mementingkan aspek kesihatan. Bukan mahu makan, mahu jual! Ayat popular dikalangan peniaga jahil. Contohnya ayam. Betapa ramai peniaga Islam yang mengambil ayam dari kedai kuffar yang rupanya ayam mati tidak disembelih. Hati-hatilah ketika membeli bahagian-bahagian ayam yang diasing-asingkan seperti kepak sahaja, dada sahaja kerana kebanyakkannya adalah ayam yang tidak disembelih. Pendek kata kita perlu lebih sensitif dengan makanan-makanan yang masuk di dalam tubuh kita kerana ianya akan menjadi sebahagian darah daging.

Antara Halal Dan Syubahah
Namun apa yang tidak 'sedapnya' hasil rokok dan jualan lainnya dicampur sama dalam mengira keuntungan kedai tadi. Sekiranya diasingkan 'boleh tahan' lagi. Sekiranya berbelanja di pasar, kita boleh membeli di tempat yang hanya menjual sayur sahaja, ikan sahaja. Ini sebeanarnya alternatif dari 'ketidak sedapan' tadi. Besar juga impak rokok dalam kehidupan seharian kita bukan. Sudah semacam subahat menjual arak pula. Namun, kita sebagai pengguna dan rakyat terlalu kasihan. Kita memang tidak mampu lari jauh kerana sudah memang sistem kita terlalu sekular. Wujudkah pasaraya yang bersih?

Isu Sensitif
Saya tahu rokok ini boleh dikatakan isu sensitif. Bukan niat mahu condemn perokok-perokok, namun ada sesuatu yang baik boleh dikongsikan bersama. Bukankah kita perlu berkongsi nasi lemak sedap sesama kita? Kita semua adalah manusia yang sentiasa belajar dan terus belajar berbekalkan pengalaman lepas ang cukup mendidik. Peringatan yang lebih buat diri sendiri insyaAllah! Contoh terbaik tok guru di kampung ayah Muhammad, orang hebat beragama pun turut diuji dengan rokok. Orang zaman dahulu, rokok itu biasa. Menceritakan bagaimana pengalamannya meninggalkan rokok sehingga putung rokok pun boleh 'gian'. Itulah bezanya orang yang berilmu dan beramal. Maksudnya tok guru jelas hukum rokok setelah belajar dan meninggalkan sebagai mengamalkan ilmu yang dipelajarinya.

Talian Hayat Perokok Tegar
Saya pernah terbaca disebuah blog suatu masa dahulu namun tidak pula dapat menjejakinya semula. Si isteri menghadiahi si suami dengan rokok elektrik yang mampu mengawal dan mengurangkan rasa ketagihan. Memang harganya mahal namun menurut si isteri, demi kesihatan suaminya, dia rela melabur. Kasih seorang isteri. Saya cuba untuk google, namun tidak dapat menjejaki blog berkenaan. Namun, saya hanya bertemu dengan laman web Health E-Cigarette yang menceritakan tentang kaedah alternatif bagi membantu perokok yang ingin berhenti merokok dan paling tidak mengurangkan rasa ketagihan.

Kelebihan Menggunakan HEALTH E-CIGARETTE
1. Aman, bebas dari -+4000 jenis bahan kimia (yang terkandung dalam rokok biasa) yang menyebabkan kanser paru, otak, rahim, ginjal, mulut, gigi hitam & rusak, mulut bau, kerusakan pembuluh darah, gagal jantung & impotensi dll
2. 100% bebas dari Api yang membakar & Asap yang beracun(CO, Pb, Hydrogen Cyanide, Methane, dll)
3. Anda bebas merokok dimana saja karena HEALTH hanya memproduksi asap dan api buatan yang 100% aman dan tidak berbau.
4. Ramah Lingkungan dan berteknologi tinggi (Nano teknologi).
5. HEALTH. Anda membuktikan bahwa Anda menyayangi Diri Anda, Keluarga Anda dan lingkungan sekitar.
6. Praktis, baterai dapat di isi ulang (di charge) dan dapat di pergunakan berulang-ulang.
7. Tanpa Abu rokok, sehingga tidak perlu Menyediakan asbak dan membersihkan ceceran Abu dimanapun anda merokok.
8. Sebagai alat terapi bagi yang ingin menghentikan kebiasaan merokok
Sumber disini.

Jadi, sudah ada alternatif untuk perokok tegar sebenarnya, cuma belum terbuka pemasarannya. Saya tahu bukan mudah untuk meninggalkan tabiat merokok. Namun, para isteri pasti punya cara hikmah yang mampu melembutkan dan membantu si suami. Suami sahabat kita yang diharapkan mampu untuk menyulam cinta dengannya hingga ke syurga selain membantu mengurangkan perbelanjaan peluru-peluru israel laknatullah untuk saudara-saudara kita di Palestin. Rokok ini adalah candu ciptaan istarel laknatullah untuk menghancurkan generasi ummat Islam yang cerdik dan membantutkan potensi muslim dalam merubah ummat. Mudah-mudahan usaha kita yang sedikit dalam usaha membantu ummat Islam Allah redho dan membiaskan keberkatanNya kepada kita insyaAllah. Itu sahaja perkongsian untuk tazkirah Jumaat hari ini. Sharing is caring. ;)


Jazakallah khairan kepada Ummu Aziz Hafizahulllah atas video ini. ;)

19.7.11

YOUR LIFE, YOUR CHOICE!

Semalam saya BW (blogwalking) di anamarzablog dan saya tertarik dengan video iklan yang kita semua belum pernah jumpa lagi disiarkan iklan sebegini di negara ini. Iklan berkaitan kematian dan solat.


This Was My Life, These Were My Choices
Sinopsis video ini mengisahkan sebuah kereta yang berwarna merah yang sedang dinaiki 3 orang pemuda antaranya Nawaaf dan Badar yang mati ditempat kejadian sebaik berlanggar dengan kereta yang dinaiki Sara. Dua daripada 3 pemuda tadi mati ditempat kejadian. Video ini flashback kehidupan seharian mereka sebelum meninggal dunia. Ayat this was my life, these were my choices cukup memberi kesan kepada saya.

Nawaaf's Life, Nawaaf's Choices
Orang yang pertama menceritakan kematiannya adalah Nawaaf. Setelah tersedar di alam roh, rohnya berjalan melihat kejadian sebelumnya. Diceritakan yang mak nawaaf sedang mengetuk pintu biliknya mengingatkan tentang solat dalam keadaan biliknya yang bising dengan muzik dan dia sedang bercakap dengan rakannya di talian. OK Mak! Itulah jawabnya. Rohnya menangis disebelah jasadnya yang sedang sibuk melayan panggilan telefonnya berbanding panggilan Allah!

Badar's Life, Badar's Choices
Kemudian, roh Badar pula menjelma. Badar dan 2 orang rakannya tadi sedang bermain Jetski dan Badar terdengar seruan azan. Badar mengajak 2 raknnya tadi untuk solat. Namun,dua orang tadi menyuruhnya untuk pergi dahulu. Badar pun solat bersendirian di pinggir laut. Rohnya tersenyum sambil menyembut Alhamdulillah!

Sara's Life, Sara's Choices
Sara adalah penumpang di dalam kereta yang sebuah lagi yang terlibat dengan kemalangan 3 orang pemuda tadi. Pemandu Sara hilang kawalan pemanduan ketika Sara sedang sibuk melayani panggilan telefon dan SMS. Diceritakan yang dahulu semasa kawannya mengajak solat, dia tidak mengendahkan dan sibuk dengan laptopnya.

Iklan Mereka vs Iklan Kita
Cuba kita buat perbandingan dengan iklan-iklan kita disini. Selagi tidak dihidangkan dengan model-model yang berbaju separuh, gadis jelita yang entah berpakaian ke tidak, selagi itu target sesebuah iklan tidak tercapai. Kita sering disajikan dengan iklan kecantikan, iklan kurus, iklan makan dan pelbagai bentuk iklan yang lebih kepada duniawi. Sudahlah cerita drama kita dilalaikan, ditambah iklan pemberat dosa. Jadi, masa sejam malah berjam-jam kita habiskan tanpa ibadat. Adakah kita mampu hadirkan niat dan hati kita selama berjam-jam di hadapan TV dengan mengingati Allah? Andai Allah takdirkan kita mati disaat itu!

Iklan Mendidik
Alangkah tercapainya fungsi sesebuah TV andai kita dihidangkan dengan iklan yang sarat dengan pengajaran dan panduan dalam menjalani sebuah kehidupan. Iklan sebegini saya kira mampu mendidik masyarakat menjadi masyarakat yang lebih bersedia untuk hidup yang lebih kekal DISANA. Iklan sebegini mampu 'menyentap' rasa seketika. Jadi, sekiranya sedang kita asyik menonton, insyaAllah kita mampu bangun sebentar dalam 5-10 minit untuk menyahut seruan dan menghadap Ilahi, menunaikan tanggugjawab hamba kepada Allah.

Apapun, iklan ini berjaya 'menyentap' jantung saya sehingga malam sebelum tidur malam tadi. Saya masih memikirkan, bila dan bagaimanakah cara kematian saya. Ya Allah kurniakan kami kematian dalam kemuliaan. Kematian dalam keadaan aqidah yang sejahtera!

Pray! Before prayers are said for you!

18.7.11

KATA-KATA PENCETUS DOA

Saya tertarik dengan ruangan angguk geleng di dalam Solusi isu 33 yang isunya adalah Rapuh Iman, Runtuh Perpaduan. Ceritanya ringkas tetapi penuh makna lagi-lagi untuk saya sebagai seorang ibu dan pendidik. Bukan sahaja pendidik kepada anak-anak didik namun, anak-anak yang bakal merubah ummah insyaAllah!

Kisah 2 Orang Sepupu
Saya ringkaskan sahaja. Kisah yang dibawa adalah berkisar kisah dua orang sepupu, Azam dan  Halim, yang rapat dan selalu bersama-sama sehinggakan khatam juga bersama. Mereka tinggal berdekatan dan berkongsi telaga dan sayur-sayuran dari sumber yang sama.Suatu hari, mereka memanjat pokok jambu dengan satu matlamat iaitu untuk menikmati buah jambu air. Mereka dibesarkan di kampung, jadi apalah sangat memanjat sebuah pokok jambu. Seminit sudah cukup untuk mereka. Azam lebih tinggi daripada Halim.

Positif vs Negatif
Sedang mereka menikmati jambu air, ibu Halim yang terpandang mereka segera menjerit, Halim, buat apa di atas pokok tu? Nanti jatuh! Halim pun tidak dapat menyeimbangkan dirinya dan terus jatuh walaupun kedudukannya lebih rendah daripada Azam. Azam juga turut merasai ketidak seimbangan badannya ketika itu. Tiba-tiba ayahnya yang menjenguk keluar tingkap terus menyuruh Azam memegang dahan erat-erat. Hati-hati Azam! Pegang dahan tukuat-kuat! Azam berjaya berpaut dan segera turun dari pokok jambu dengan selamatnya.

Kata-Kata Pencetus Doa
Pengajarannya seperti yang tercatat diruangan ini, kata-kata mencetuskan doa! Kata-kata yang positif akan mencetuskan situasi, perasaan dan tindakan yang juga positif. Begitu juga sebaliknya. Saya cukup gemarkan ruangan ini kerana ketepatan analoginya sesuai dengan diri saya yang mudah faham dengan menggunakan perbandingan analogi. Analogi ini sedikit sebanyak 'mengena' dengan diri sendiri dalam perjalanan melaksanakan amanah Allah iaitu mendidik anak. Kadangkala, pasti akan terlepas juga kata-kata yang negatif yang tidak baik untuk mereka. Analogi yang menggunakan ibu dah ayah juga tepat pada perkiraan saya. Seorang ibu sukar untuk mengawal emosinya berbanding seorang ayah yang lebih sabar dan cukup mengawal perkataannya. 

Ibu vs Ayah
Cuba tengok Muhammad, dia buat muka 'nakal' dia, kata saya sewaktu sedang riadah bersama Muhammad dan abu Muhammad. Muhammad sedang membuat muka nakal mencari akal. Apa dia? soal suami. Silap, muka Muhammad yang hebat dan soleh, saya memperbetulkan semula kenyataan saya sebelumnya. Tengoklah ibu nak, cakap apa.., 'nyanyi' Abu Muhammad. Analogi tadi tersebut cukup benar dan berlaku di Bayt Al-Iman. Saya lebih mudah mengeluarkan ayat-ayat negatif (perkataan 'nakal' tadi) berbanding abu Muhammad. Namun, insyaAllah ianya proses pembelajaran yang berpanjangan. Saya cuba untuk berkata-kata dengan lebih baik lebih-lebih lagi berhadapan dengan air yang bersifat perakam.

Sifat Perakam Air
Saya cukup suka dengan huraian tentang Air Oh Air oleh sahabat saya, Puan Ummu Tasneem yang menghuraikan kegiatan ibu-ibu yang sentiasa berhadapan dengan air. Betapa kita perlu berkata-kata dengan perkataan yang positif agar aura positif terpancar disegenap ruangan di rumah kita. Boleh intai blog ummu tasneem yang ada pelbagai tips berkenaan keibu bapaan insyaAllah ;). Semenjak peristiwa di entry JANGAN MARAH, insyaAllah saya semakin takut untuk berkata-kata yang tidak baik terhadap Muhammad dan suami sehinggakan Muhammad mandi juga dengan berlagu, Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul! Nyanyian yang cukup membuatnya ceria ketika mandi. Sama juga ketika menyediakan air. Bismillah dan doa pengasih tidak lekang dari mulut. Mudah-mudahan aura hebat sentiasa memancar dari dalam Bayt Al-Iman untuk manfaat ummat insyaAllah!

Sekadar perkongsian bacaan yang menurut saya, semua orang sudah tahu. Namun, tulisan ini sebagai penguat saya dan juga perigatan berterusan untuk saya dan kawan-kawan fillah insyaAllah. Mudah-mudahan dengan keberkatan ibu-ibu yang sentiasa menjaga kata-katanya, Allah redho dengan mengurniakan anak-anak hebat dan suami-suami syurga buat kita insyaAllah! Jom sama-sama usaha!

17.7.11

HEADER ANUGERAH SUKASUKA

Alhamdulillah Bayt Al-Iman menerima satu lagi header yang cantik rekaan bintang timur utama Teratak Mawaddah kerana berjaya menjadi antara 10 follower terawal di blog teratak keduanya iaitu Sukasuka

4.jpg
Inilah header kurniaan terbaru Bayt Al-Iman ;)

Bayt Al-Iman mengucapkan ribuan terima kasih kepada bintang timur utama, ummi kepada bintang timur kecil, Princess Solehah serta seisi Teratak Mawaddah. Semoga keringat merekacipta 10 header untuk kami semua, Allah balas dengan yang lebih baik dari dunia dan isinya. Ukhuwwah fillah abadan abada!

14.7.11

DITEGUR CIK ANON

Saya menerima komen yang membina pada hari ini daripada Saudari/saudara Anonymous berkenaan isu ejaan yang menurutnya, saya banyak menggunakan ejaan indonesia. Persoalannya adalah, adakah saya sengaja untuk mengeja sebegitu? Harapan Cik Anon supaya saya tidak lagi 'merosakkan' ejaan bahasa melayu kita ;)


Bukan Penulis Handalan
Pertama-tama sekali, terima kasih atas teguran dan nasihat yang pada saya cukup membina. Saya bukan seorang penulis handalan yang mahir menulis dengan tatabahasa yang tepat. Namun bukan juga mahu 'merosakkan' bahasa melayu kita. Hanya sekadar mencoret sesuatu di blog picisan ini atau dengan perkataan lain, blog caca merba semata-mata mahu kawan-kawan fillah saya boleh membaca dengan 'hati' dan 'rasa' apa yang cuba saya sampaikan selain menulis tentang pengalaman perjalanan seorang panglima Allah, Muhammad buat tatapannya suatu hari ketika dia mula mengerti erti sebuah kehidupan. 

RUNTOH vs RUNTUH
Mungkin, ejaan yang paling ketara pada tulisan saya yang bertajuk DURIAN RUNTOH adalah pada perkataan RUNTOH. Sejujurnya, ketika saya sedang menaip entry itu, saya juga berbelah bahagi antara O dan U. Difikiran saya ketika itu hanya memikirkan sign board di sekitar tempat saya yang tertulis TANAH RUNTOH. Saya pun terfikir mungkin O. Disebabkan saya hanya menulis sekadarnya untuk Muhammad dan sesiapa sahaja yang sudi membaca dan merasa, jadi, saya tidak memberatkan pada tatabahasa sehinga perlu merujuk kamus bahasa. 

Menulis Untuk Exam
Walau bagaimanapun, saya cukup berterima kasih kepada Cik Anon kerana sifat prihatinnya terhadap bahasa melayu saya. Saya juga memohon maaf kepada kawan-kawan 'orang bahasa' kerana saya bukan orang bahasa ;) Bahasa Melayu penulisan semasa SPM memang saya boleh score A1 dengan izin Allah, namun hakikatnya saya bukan pelajar bahasa yang baik. Menulis untuk exam tetapi kini baru saya sedar, betapa ilmu menulis itu perlu diperkembangkan untuk dipraktikkan sehingga kini. InsyaAllah saya akan cuba semampunya selepas ini, memperkasa bahasa melayu dalam setiap tulisan saya. 

Sukar Membezakan
Sekali lagi, sejujurnya saya sendiri agak sukar untuk membezakan yang mana satu ejaan indonesia dan yang mana satu boleh diterima pakai di Malaysia. Semoga Cik Anon sudi menegur sebarang kesilapan ejaan mahupun tatabahasa dalam tulisan saya selepas ini kerana keterbatasan pengetahuan saya tentang selok belok dunia penulisan. Sesungguhnya saya menulis ikut rasa sahaja, tidak menitik beratkan tatabahasa.

Kepada Saudari/saudara Anonymous, sudilah apa kiranya kita berkawan walau melalui alam maya ini. Tidak perlu nickname Cik Anon ;) InsyaAllah saya begitu positif dengan sebarang teguran lagi-lagi teguran yang membina seperti ini. Terima kasih sekali lagi kepada Cik Anon. Salam ukhuwwah fillah abadan abada! Sudikah? ;)

11.7.11

INSYIRAH-MATI-ANAK

Sabtu lepas merupakan masa kualiti kami. Allah takdirkan kami ke daerah tempat saya mendapat tarbiyyah untuk ziarah sepupu saya yang baru berusia 4 hari yang merupakan anak ke3 kepada makcik bongsu sebelah emak. Saya tidak tidak sempat menjenguk junior-junior yang cukup saya rindui disana dan murabbiah-murabbiah yang mudah-mudahan ada saham jariah berpanjangan untuk mereka kerana perjalanan kali ini adalah menumpang kuda atok yang cukup sifat bersama-sama saudara-saudara saya. Jadi, agak payah untuk mengatur program sendiri kerana pergi secara berkumpulan dengan tujuan berbeza. InsyaAllah dengan izin Allah kami mahu juga kesana membawa Muhammad si mujahid hebat untuk memegang panah-panah sebagai mengambil sunnah mengajar anak memanah insyaAllah! 

Rindu Insyirah
Betapa saya rindukan insyirah! Lama sudah saya tidak mendengar suaranya yang selalu menjadi halwa telinga saya ketika sedang menunggangnya. Radio IKIM adalah siaran yang paling disukainya. Insyirah tidak pernah mendengar siaran lain ketika bersama saya. Ya bersama saya! Selalunya insyirah 'menyanyi' ketika bersama saya sahaja. Insyirah sangat malu dengan ayah Muhammad kerana ayah Muhammad tidak gemarkan siaran radio apapun kecuali ceramah dan kuliah ilmu di dalam IKIM. Dia sangat tidak sukakan DJ wanita berkata-kata. Tidak suka katanya. Jadi, insyirah hanya 'menyanyi' kuliah agama dan bacaan Al-Quran ataupun senyap tidak berkata apa ketika bersama ayah Muhammad.

Ditanya Mati
Saya pernah ditanya suami ketika mendengar nasyid tidak silap lagu yang liriknya untuk wanita. Sekiranya Allah takdirkan mati ketika ini, mana lagi elok, mati dengan dengar muzik atau tidak dengar apa-apa? Adakah semasa mendengar nasyid ini, kita ingat Allah? Pap! Begitulah ayah Muhammad mendidik saya. Dia tidak direct tetapi selalu sahaja saya terkena! Bukan mahu mendabik dada mengatakan saya suci, tetapi setakat hari ini, saya cukup tidak boleh masuk dengan muzik zaman sekarang. Hanya sesetengah nasyid yang boleh menjadi halwa telinga saya. Kepala mudah serabut dan hati terasa kusut! Hanya sekadar cerita kami di dalam insyirah ;) Insyirah pula entah bila boleh kembali berkidmat untuk kami. Doakanlah insyirah kami kembali cergas seperti biasa. Amin!

Pesanan Nenek Muhammad
Sebelum pergi, nenek Muhammad ada meminta saya membawa pam susu kerana sepupu saya yang baru lahir kuning. Alhamdulillah dengan izin Allah susu mampu keluar daripada tiada kepada ada. Susu pula sedang pekat yang dipanggil kolestrom ketika itu. Alhamdulillah Medela Freestyle yang sangat membantu dengan izin Allah. Saya seperti jurujual yang mempromosikan barangan. Lepas pam susu, CD pula ;) Ramai dikalangan kita yang hanya tahu menggunakan internet tetapi bukan semaksima mungkin. Banyak dihabiskan di dalam ruangan social network berbanding mencari bahan-bahan ilmiah yang membantu peningkatan fikrah. Begitulah agenda Israel dalam mencipta teknologi. Apa yang dia mahu, ummat islam sentiasa leka dengan hiburan, hiburan dan hiburan!

Perihal Anak
Sebenarnya tulisan kali ini saya mahu membawakan kisah perihal amanah Allah kepada ibu bapa iaitu anak. Pernah saya menghadiri usrah bersama murabbiah yang bertanggungjawab menyedarkan saya tentang tujuan penciptaan manusia. Kita bukan setakat dituntut menjadi baik dan soleh tapi kita dituntut menjadi musleh! Maksudnya jadi baik dan ajak orang jadi baik bersama kita. Jadi, di dalam kumpulan kecil itu bercerita tentang anak. Ada seorang makcik akhowat kami yang merupakan educated dalam bidang hadith di Arab sana sekiranya saya tidak silap yang mempunyai 10 orang anak. Namun, bukan setandan pisang, sama kualitinya. Anak keduanya agak sedikit sukar dikawal berbanding dengan yang lain. Kenapa?

Rancangan Allah Mengatasi Segalanya
Kerana kelahirannya terlalu dekat dengan anak pertama dan dia belum bersedia untuk anak seterusnya. Namun, perancangan Allah mengatasi perancangan manusia. Si ibu mengandungkan anak keduanya dalam keadaan emosi yang tidak mahu. Allah mentakdirkan si anak membesar seperti mana emosi ibunya yang sedang mengendongnya ketika itu. Anak itu membesar sebagai seorang yang kuat memberontak dan sukar dikawal. Betapa penyesalan ketika itu tidak berguna. Allah timpakan tazkirahnya untuk makcik sebagai ikhtibar kepada saya yang ketika itu sedang mengandungkan Muhammad serta kawan-kawan kumpulan kecil kami ketika itu. Betapa kita memerlukan persediaan dan tanamkan rasa redho untuk setiap ujian apatah lagi nikmat Allah kepada kita.

Muhammad bersama saudaranya sedang berbicara dengan alam di padang permainan hadapan rumah Neksunya ;) Muhammad adalah amanah Allah untuk ibu dan ayah. Semoga Allah melimpahkan keredhoanNya untuk kita semua insyaAllah!

Bukan Anak Yang Dinanti
Saya juga pernah duduk berbual dengan CheD rakan baik ditempat bertugas perihal anak. CheD pernah berbual dengan cleaner/tukang kebun tempat kami bertugas. Anaknya yang berada di tahun 6 sangat sukar dikawal. Tempat bertugas kami sering menjadi tempat lawatan orang kenamaan. Jadi, anak-anak didik kami diperlukan untuk membuat persembahan menyambut tetamu kehormat. Si anak ini selalunya bertanggungjawab mengetuk gong. Punyalah berlatih setiap hari tetapi apabila tiba hari tersebut, kelibatnya tidak kelihatan. Ibu dan ayahnya yang bertugas di tempat kami bertugas juga tidak mampu mengatakan anaknya dimana. Setelah CheD berbual panjang dengan emaknya, rupa-rupanya anak ini adalah anak yang sebolehnya dia tidak mahu kerana faktor jarak yang dekat antara abang kakaknya yang di atas. Betapa besar faktor emosi si ibu ketika sedang hamil!

Terimalah Tanpa Kompromi!
Sama juga perihalnya yang sedang menanti kelahiran anak pertama. Kebiasaannya si suami pasti mahukan anak lelaki sebagai yang pertama. Namun, bolehkah kita menentukan jantina anak kita sendiri? Kita mampu berdoa dan berusaha, namun segalanya adalah ketentuan Allah buat kita. Bergembiralah dengan apa juga pemberian Allah kepada kita. Anak bukanlah hak mutlak untuk kita tetapi ianya hanya pinjaman sementara di dunia cuma. Di sinilah pentingnya letak duduk seorang suami yang faham agama supaya si isteri yang sedang hamil tidak tertekan dan sentiasa rasa dihargai. Emosi yang hebat insyaAllah memberi impak yang hebat untuk si ibu apatah lagi untuk si anak! 

Tulisan yang tajuk kecil-kecilnya seperti rojak! Ada berkisar insyirah dan kematian. Ada terselit cerita perihal anak. Semoganya ianya perkongsian yang bermanfaat untuk kita supaya menjadi manusia yang lebih sensitif dan redho dengan segala apa yang telah Allah takdirkan untuk kita. Wallahu'alam!

10.7.11

DURIAN vs TIMUN

Sememangnya sekarang tengah musim durian. Ditambah dengan panas durian yang menyegat apabila memakannya. Durian dan kepanasan memang begitu sinonim kini! Datanglah pula timun yang begitu akrab dengan kesejukkan. Kita disogokkan timun tidak sesuai dengan orang berpantang kerana sejuk. Namun berapa ramai yang tahu hakikat timun walaupun bersifat sejuk dan lemah berbanding durian, mampu melawan durian yang kepanasan!

Ujian Orang Islam
Sebenarnya peribahasa ini baru buat saya. Saya dengar ketika berbual-bual dengan rakan-rakan. Kehidupan sememangnya semakin mencabar mengikut peredaran usia dan tahap kehidupan. Debit dan kredit kehidupan. Allah beri dan Allah tarik. Orang Islam selalu Allah tidak beri 'semuanya' berbanding orang kafir. Dialah yang paling bijak. Merekalah yang paling kaya. Serba serbi dia yang terunggul. Kenapa?

Sifat Allah Maha Mengasihani
Kerana dunia ini memang tempat mereka. Allah ini bersifat Maha Mengasihani tidak kira seseorang itu beragama islam aaupun tidak. Lihatlah sahaja Allah bagi semua yang bersifat material kepada orang kafir sedang orang islam Allah sentiasa timpakan pelbagai ujian. Allah sebenarnya mahu kita renung yang dunia ini bukan tempat tetap untuk kita. Disini kita hanya pedagang yang mengumpulkan bekalan untuk kehidupan yang hakiki. Ujian adalah gedung pahala yang Allah anugerahi buat orang islam supaya tingkatannya disisi Allah semakin bertambah dari masa ke samasa asbab keredhoannya dan berlapang dadanya dengan segala rahmat dan ujiannya yang ditimpakanNya.

Durian vs Timun
Berbalik kepada isu durian dan timun. Peribahasa bagai timun ditengah longgokan durian. Apabila ke kiri, kanan, depan dan belakang pastinya terlanggar duri durian yang boleh mencederakan. Itu mungkin timun zaman mak abah kita dan ke atas. Maksudnya zaman dahulu kala yang bertemankan helaian-helaian bercetak sahaja. Semuanya yang ada di dalam helaian itu benar belaka. Namun, timun zaman sekarang sudah jauh berbeza. Timun pun sudah mahir berteknologi. Kulitnya bukan semulus dahulu. Kulitnya sudah mampu diplastic surgerikan. Jadi, kulitnya sekarang mengalahkan topi keledar keselamatan!

Timun Sudah Muak!
Generasi timun yang sekarang sudah muak dengan kelembutan dan kemulusan kulit mak abahnya yang dahulu. Asyik-asyik terkena dek tajam durian. Semuanya yang durian buat, bukan sahaja terkena serpihan malah membawa musibah untuk generasi timun. Akhirnya mereka berbincang untuk mengatasi masalah ini. Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, timun akhirnya mendapat jalan penyelesaian supaya mereka tidak kalah lagi dengan durian yang berlagak sombong dengan kekuasaan durinya. Pendek kata, kau ingat kau ada duri kau dah hebat?
Perjuangan Memerlukan Pengorbanan
Hasil mesyurat menyatakan bahawa sesungguhnya perjuangan itu memerlukan pengorbanan! Timun mengambil ikhtibar terhadap revolusi mesir dan tahap kesedaran dunia arab sekarang. Sekiranya tidak berlaku seperti revolusi mesir, maka semua timun akan tidur! Sepatutnya tenaga muda mereka mampu mengubahnya! Longgokan durian mampu dikalahkan dengan jutaan timun! Maksudnya, mesti ada timun-timun yang berkulitkan topi keledar yang bersemangat kamikaze berjuang untuk generasi anak-anaknya pula sanggup untuk mati!

Timun Muda = Teknologi Tanpa Sempadan
Maka bermulalah episod timun yang berjuang untuk mendapatkan haknya daripada ditindas durian. Timun tua memang sukar diubah perspektifnya terhadap kekuasaan durian. Namun, timun pertengah iaitu golongan timun muda sudah tidak sanggup menjadi 'tikus' seperti timun tua. Timun tua = suratkhabar. Timun muda = teknologi tanpa sempadan. Suratkhabar kini hanya sebagai alat mengesat najis cicak dan dijadikan lapik tempat duduk ketika berkelah. Timun kecil-kecil = generasi harapan yang bakal membawa sinar baru untuk mengembalikan tamadun timun yang tidak mahu ditindas durian!

Nilai Sebuah Pengorbanan!
Akhirnya segerombolan timun muda mengambil keputusan untuk mengorbankan dirinya diatas longgokan durian supaya timun-timun kecil dapat berdiri di atas mereka yang mana di bawah mereka semua adalah durian yang angkuh walau terpaksa bergadai nyawa sekalipun. Maka tercapailah hajat timun muda melihat bendera tamadun timun berkibar yang dibawahnya duri-duri durian yang tidak lagi punya nilai. Umpama durinya yang dicampak dilonggokan sampah setelah isinya dimakan dengan berselera. Hanya layak untuk santapan lalat yang dahulunya tidak bererti pada durian.

Jadi, peribahasa umpama timun ditengah-tengah durian mungkin tidak valid lagi kini. Timun muda sudah terlalu marah dengan durian dan kejahilan timun tua yang tidak nampak jalan keluar kerana sentiasa tunduk di bawah kekuasaan durian yang bongkak! Moralnya, longgokan durian jangan sentiasa riya' dengan ketajaman durinya kerana ketajaman durinya tidak bermakna dengan jutaan timun yang sentiasa ditindas yang akhirnya bertindak kerana meinginkan perubahan!

8.7.11

JANGAN MARAH!

Mood marah! Anak-anak didik saya dimarahi dan dicubiti diiringi 'nyanyian' yang bergema. Termalu seketika ketika diberitahu rakan setugas ;(  Saya kategori yang kuat membebel tetapi bukan pemarah namun hari ini kesabaranku teruji. Mana mungkin seseorang marah tanpa sebab. Mereka belajar mengukur menggunakan pembaris. Apalah sangat yang mereka tahu kerana mereka baru belajar untuk ambil tahu, tetapi si ibu sementara mereka hilang kawalan emosi. Lumrah anak-anak memang suka berbual tidak berhenti, bergurau, bermain walaupun berjumpa hampir setiap detik! Suasana yang cukup menguji kesabaran ditambah bahang cuaca yang semakin menggila panasnya.

Marah Lagi
Memang hari yang penuh emosi. Sedang saya di dalam mood marah, ada panggilan telefon dari pihak courier yang menghantar pesanan saya semalam. Sekiranya saya tidak silap, kiriman itu sepatutnya beralamatkan rumah nenek Muhammad. Namun, pihaknya menghantar ke Bayt Al-Iman. Saya memintanya untuk hantar ke rumah nenek Muhammad. Nenek Muhammad ditakdirkan sedang membuat kerjanya di dapur. Jadi, agak sukar untuk mendengar panggilan dihadapan rumah dan ketiadaan loceng disamping saya yang lupa untuk memberitahunya sebaik sahaja pihak courier menelefon. Si penghantar tadi 'mengamuk' kerana tiada sahutan dari dalam rumah. Digegarnya pintu rumah sehingga jiran-jiran nenek Muhammad melihat dengan penuh pelik. Saya pula ketika itu baru sedar yang telefon saya sudah ada 6 missed called. Patutlah si penghantar kiriman tadi begitu emosi ;) Maafkanlah daku. Handphone tidak bersama saya ketika itu. Jangan marah! ;)

Anak Menguji Kesabaran
Hari ini merupakan hari bertemu keluarga kecil saya. Bertetapan dengan suasana hari ini yang penuh emosi. Tajuk kecil yang terselit adalah MARAH. Mak usrah saya yang telah beranak dua bersilat dengan puteri sulungnya yang suka 'membuli' Muhammad ;) Si kakak berumur 2 tahun lebih dan si adik berumur 2 bulan. Bercerita tentang kesabaran dalam membesarkan anak. Kadangkala kita hilang kesabaran sehingga kita marah kepada si anak yang semestinya banyak perkara-perkara yang sedang mereka terokai yang boleh membuat si ibu marah.

Air Bersifat Perakam
Mak usrah saya ada menyelitkan bagaimana pengamal rki mengajarnya cara untuk tidak meneruskan marah kepada anak. Pertama disuruhnya kita mengira sehingga 10. Selalunya tidak sampai 10, si ibu sudah marah ;) Kedua, jauhilah marah di hadapan air. Contohnya air yang mahu diminum, marah ketika memandikan anak, mencuci pinggan mangkuk kerana molekul air akan bertindak seperti apa yang terpacul dari mulut kita ketika itu. Air ini sifatnya merakam. Tidak pelik, air merupakan salah satu kaedah merawat penyakit. Sekiranya kita berkata-kata yang tidak baik, maka janganlah ditanya kenapa perangai anak-anak suatu saat ketika mereka semakin dewasa sentiasa menguji tahap kesabaran si ibu. Betapa perlunya kita sentiasa membaiki mutu percakapan kita hari kehari terutama seorang ibu kerana hampir setiap masa kita berdoa dihadapan dengan air!

Inilah peringatan Allah sebagai tazkirah hati untuk saya hari ini. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku adalah dibawah perancangan Allah. Allah memberi masalah, Dia jualah penyelesaian segala masalah. Diujinya saya dengan emosi marah hari ini, dan diberinya peringatan yang begitu halus dan mesra dalam merawat jahilliyah yang sentiasa ada dalam diri ini. Maafkanlah saya!

7.7.11

KARIHOME

Kemaskini 13/3/1435H: Kami telah hijrah kepada susu kambing segar sepenuhnya untuk anakanda Muhammad dan untuk minuman seperti teh susu, kami menggunakan susu lembu segar sebagai ganti susu pekat. Kami telah lama tidak mengamalkan dan meninggalkan penggunaan susu pekat mahupun susu formula. Sekian, sekadar makluman.

**************************************************************
Semalam sebaik pulang dari mencari redho Allah, seperti biasa saya dan Muhammad jadi Puan besar dan Tuan kecil yang besar di dalam kuda nenek Muhammad. Tuan besar yang kecil menjenguk tempat surat sebelum membuka pagar Bayt Al-Iman, ada  lagi kiriman untuk Ummu Muhammad ;)

Sebenarnya ini adalah kali kedua saya mendapat kiriman yang serupa. Saya mendapat informasi dari junior kesayangan saya Cik Bunga tentang laman web susu kambing karihome. Setelah isi borang dan hantar, lama juga barulah kiriman pertama sampai. Memang teruja untuk pertama kalinya sebab memang saya mahu rasa sangat susu kambing yang pengamal rki syorkan. Mengikut kajian mereka, susu kambing karihome ini menepati piawaian ratio kimia yang dibenarkan. Masalahnya adalah susu yang dikirim adalah untuk bayi. Setelah cuba,jujur saya memang saya tidak mampu unuk teruskan tegukkan kali kedua. Semua sedia maklum rasa susu bayi yang sangat tawar. Jadi, keinginan saya berhenti sementara untuk mencuba susu kambing ini.


Testi Sahabat
Seorang sahabat saya yang sedang mengandung apabila ditanya pendapatlnya tentang susu ini, dia juga sukakannya berbanding susu brand sama yang kami minum sebelum ini. Testimonialnya tentang susu ini membuat rasa ingin tahu dan rasa semakin memuncak. Alhamdulillah akhirnya, saya paksa juga suami untuk menjenguk satu persatu farmasi yang ada disini semata-mata perasaan ingin rasa dan tahu saya ;)

Rintangan  Bertemu
Sebelum ini, sekiranya ada kawan-kawan yang bertanya, saya akan menjawab untuk terus mencuba susu kambing karihome seperti yang pengamal rki nyatakan. Namun, saya baru berkesempatan untuk mencuba kerana menghabiskan stok susu kambing yang sebelumnya yang dibeli secara pukal. Murah banyak ;) Di tempat saya bermaustautin ini sesungguhnya amat payah untuk bertemu brand susu ini. Beberapa farmasi dan kedai ubat saya pergi namun jawapannya, stok habis. Sesungguhnya banyak sungguh rintangan pertemuan! ;)

Menjunjung Sunnah
Secara jujurnya saya sukakannya. Benarlah kata sahabat saya, ianya lebih pekat dan sedap. Pada mulanya, ianya memang berbau sedikit 'kambing' namun setelah kami mencubanya beberapa kali, saya dan suami cukup suka dengan rasa dan warnanya. InsyaAllah sekiranya Muhammad Allah izin menghabiskan perjalanan susuannya selama 2 tahun, insyaAllah kami mahu memberinya susu kambing ini sebagai penerus sunnah Rasulullah SAW yang suka minum susu insyaAllah! ;)

Sekiranya kawan-kawna ingin mencubanya bolehlah layari laman web ini. Kredit kepada Ayu Kemboja yang lebih advanced mencari info berbanding kakak seniornya ini. Terima kasih cik bunga. Sayang kamu kerana Allah! ;)

1ST GIVEAWAY BY CEMPAKA KUNING

Bayt Al-Iman telah ditag oleh Princess Solehah Ummi Na ;)


Klik banner untuk berukhuwwah fillah insyaAllah! ;)

Bayt Al-Iman tag: Ummu Ahmad Salahuddin Al-AyyubiUmmu Tasneem & Ayu Kemboja

GA My Little Secret - Fisher Price

Bayt Al-Iman ditag oleh Puan Nina ;)


Klik banner untuk berukhuwwah fillah insyaAllah! ;D

Bayt Al-Iman tag: Ummu Auni, Ummu Tasneem & Ayu Kemboja

5.7.11

TAKDIR SEORANG NORMA

Apa perasaan anda melihat bayi kecil ini tidur? Hakikatnya dia masih belum mengerti taqdir yang telah Allah catatkan untuk ibunya kini. Hakikatnya Allah mengutuskannya ke dunia tanpa belaian seorang ibu. Bukan kehendak si ibu untuk membiarkan anaknya ini, namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Perjanjian si ibu dengan Allah telah lama termaktub sejak di alam roh. Perjanjian yang dipersetujui bersama. Perjanjian yang telah tercatat cantik untuk menguji sejauh mana tahap keimanan dan yang terpenting, Allah mengirimkan takdir ibunya mungkin untuk kita yang sedang melihat. Berat mata memandang, berat lagi bahu si ayah yang memikul.

Kanser Otak Peringkat 4
Saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu mengenai kisah si bayi kecil ini. Ibunya bernama Norma. Norma sedang menghadapi saat-saat getir dalam perjalanannya dan perjuangannya di bumi Allah yang sebentar cuma. Norma ditakdirkan menghidap KANSER OTAK PERINGKAT 4 yang telah menjalani 5 pembedahan. Menurut sumber dari blog Puan Intanberlian yang saya baca, penyakitnya dikesan setelah melahirkan anak pertamanya Rafiq si bayi kecil tadi. Rafiq Allah takdirkan tidak sempat mengecapi nikmat belaian seorang ibu. Sejurus Rafiq menjenguk ke dunia, ibunya ditakdirkan Allah untuk melalui getir sebuah ujian. Norma bertuah kerana dikurniakan Talib, seorang suami yang setia melayannya sehingga kini tanpa hebahan. Bayangkanlah pengorbanan Talib! Sesungguhnya perjuangan Talib ada nilai disisi Allah sekiranya dia mampu redho dengan takdir yang telah Allah catatkan untuknya. Sesungguhnya Allah datangkan setiap ujian dan kesusahan sesuai dengan kemampuan hambaNya.

Kos Rawatan Tinggi
Habis segala usaha di hospital dan ahli keluarganya sedang pula mencari kaedah rawatan alternatif. Semua sedia maklum, kos yang diperlukan Norma bukan sedikit. Moon seorang blogger yang merupakan kakak ipar Norma, telah berusaha semampunya tanpa pengetahuan Talib dipermulaannya yang mencari dana untuk sama-sama meringankan beban adiknya, Talib. Antara usaha Moon ialah mengumpulkan dana terus ke akaun Norma. Walaupun kita mingkin tidak pernah melalui getir kehidpan seperti Norma dan Talib, insyaAllah saya yakin yang kita semua manusia yang punya rasa yang sama.

Hulurkan Tangan
Mari bersama hulurkan tangan meringankan beban Talib dan keluarga walau sekadar doa di kejauhan. Semoga dengan doa dan sumbangan kita kepada keluarga Talib, ada ganjaran redho dan belas ehsan Allah kepada kita semua DISANA. Ikhlaskan hati untuk sama-sama berusaha mencari redho Allah insyaAllah! Doa kami di Bayt Al-Iman, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan Norma, Talib dan semua ahli keluarganya insyaAllah!

Klik banner untuk maklumat lanjut insyaAllah!

cimb- 01070068677528
Noormawati Mohd Rasif

GIVEAWAY FROM ADYSHARIZ

Bayt Al-Iman memeriahkan lagi GA from Adyshariz! ;)


Klik banner untuk turut serta!

Referrel: Puan Aisha
Bayt Al-Iman tag: Puan Nina, Puan Myza, Ummu Tasneem, Ummu Wardah, Puan Zefa, Puan CS, Puan BSB, Puan Sitisifir10 dan semua yang ingin memeriahkan lagi GA oleh Puan Aisha ;)

4.7.11

PRINCESS SOLEHAH 1ST GIVEAWAY

Bayt Al-Iman memeriahkan lagi GA pertama Teratak Mawaddah khas untuk ulangtahun puteri solehah, Auni Nafeesa ;)


Klik banner untuk turut serta!

1.7.11

PERADUAN DUNIA SUSU IBU 2011

Tajuk ini membuat saya sedikit teruja ketika melihat dashboard semalam di blog Kak Pija. Jom ramai-ramai berkongsi rasa insyaAllah ;)

Klik banner untuk maklumat lanjut insyaAllah! ;)

CONTEST BLOG PALING KEMAS

Klik banner untuk turut serta!
Tarikh tutup: 29/7/2011

Jom ramai-ramai! ;)

CONTEST 'BAJU RAYA FREE'

Bayt Al-Iman telah di'tag' oleh Puan Aisha untuk sama memeriahkan
Contest 'Baju Raya Free' anjuran

Klik header untuk turut serta!
Tarikh tutup: 8/8/11

Bayt Al-Iman 'tag': Cik Kukumerah, Cekgu Bunga dan Anis Zainal

HELLO KITTY CONTEST

Bayt Al-Iman telah di'tag' oleh Puan Nina untuk sama memeriahkan lagi Hello Kitty Contest anjuran blog Karipap Sayur ;)

Sinopsis gambar: Muhammad sedang bermain dan berbual dengan Melody. Melody adalah haiwan peliharaan Pak Andak Muhammad tetapi kesayangan Bosu Muhammad. Sepetang Muhammad berkejar-kejaran bersama Melody sehingga keduanya keletihan. Kali ini Muhammad merasa dicakar Melody. Selepas dicakar, giliran Muhammad pula untuk membalas perbuatan Melody dengan membawa lari bola berwarna oren mainan Melody ;)

HKC
Klik banner untuk turut serta!
Tarikh tutup: 21 Julai 2011 jam 10am

Bayt Al-Iman 'tag': Cekgu Bunga dan Anis Zainal ;)
Jom ramai-ramai!