29.10.11

KAMI 1ST GA


GA yang sangat mudah dan ringkas.
Hanya tinggalkan komen, kenapa anda sepatutnya menang GA ini?

Hadiahnya sangat menarik hati kerana...
...exclusively handmade by mama alya with full of love ;)

Tarikh tutup tutup adalah pada 18 November 2011.
Jom sama-sama berukhwwah fillah dengan mama alya disini. ;)

23.10.11

QORBAN & AQIQAH

InsyaAllah masih dalam mood bulan haji. Saya sangat mencemburui tetamu-tetamu Allah yang diberi ruang dan peluang oleh Allah melihat sendiri rumahNya disana. Bertemu dengan Rasulullah SAW. Ya Allah rindu yang tidak terluah dengan kata-kata. Mohon Allah izinkan kami kesana diusia muda dalam keadaan sihat untuk merasai getaran jiwa hamba kepada Maha Pencipta disana. Ya Rabb izinkanlah!

Bersempena bulan haji yang sangat sinonim dengan ibadah qurban, apa kata kita mulakan anjakan pemikiran ke atas kehidupan kita selama ini. Lambakan beg tangan, kasut, baju sehinggakan masih tidak terpakai akibat sentiasa beli dan beli, kita tukar pengeluarannya dengan mengalirkan kepada orang-orang yang lebih memerlukan. Bukannya setiap bulan. Hanya sekali setahun. InsyaAllah tidaklah membawa kepada kepapaan asbab berqorban dimusim haji.

Saya begitu tertarik dengan program qurban dan aqiqah yang dijalankan di beberapa negara yang umat islamnya miskin. Harganya juga insyaAllah sangat membantu. Sebagai contoh, satu bahagian lembu untuk qurban mahupun aqiqah adalah RM 250. Malah ada juga disesetengah web yang menjual dengan harga RM230 satu bahagian lembu untuk qurban dan RM 250 untuk aqiqah. Manakala bahagian kambing pula RM 500 untuk seekor. Dengan pakej yang ditawarkan, ianya sangat membantu memudahkan pelaksaan tuntutan aqiqah kepada anak-anak dan membantu merealisasikan hasrat ibu bapa yang ingin mengaqiqahkan anak-anaknya.

Salah satu program qorban dan aqiqah melalui web. Klik banner!

Caranya cukup mudah. Hanya perlu mengisi borang yang disediakan dan transfer atau bank in wang sesuai dengan jumlah bahagian lembu atau berapa ekor kambing yang diniatkan untuk si anak untuk ibadah sunat aqiqah. Sama juga untuk ibadah qorban. Melalui program ini juga, bagi yang berkemampuan, saya syorkan anda untuk mencari kenalan-kenalan atau mungkin jiran-jiran yang boleh ditolong dengan membiayai aqiqah anak-anak mereka yang belum diaqiqahkan. Mudah-mudahan dengan memudahkan orang-orang yang memerlukan, Allah mudahkan banyak urusan seharian kita insyaAllah.

Alhamdulillah baru-baru ini bulan selamat mengambang penuh untuk pekerja-pekerja 'makan gaji' seperti saya. Alhamdulillah melalui kita, insyaAllah pasti ada rezeki-rezeki orang lain di dalam rezeki kita. Rezeki yang perlu dikongsi bersama agar dapat dirasa bersama kelazatan nikmat sebuah keberkatan insyaAllah! Saya menyeru dan mengajak diri saya terutamanya dan rakan-rakan fillah yang berkemampuan untuk menjadikan ibadah qurban sebagai rutin tahunan kita sebagai penyubur harta dalam mengundang keberkatan dan keredhoan Allah terhadap kita insyaAllah! Jom berkorban!

22.10.11

PERKAITAN BULAN HAJI

Alhamdulillah semalam petang ada lagi ilmu baru yang saya perolehi melalui gethering adik-beradik keluarga kecil kami. Minggu sudah, saya ada sertakan ilmu-ilmu yang masih terakam kemas di dalam hati di entry PERKONGSIAN. Alhamdulillah minggu ini kami diizinkan Allah untuk mengurai berkenaan isu semasa dunia dan sedikit perkaitan sirah Rasulullah SAW dengan dunia hari ini.

Surah Al-Kahfi
Semalam majlis dibuka dengan menyambung tadabbur surah al-kahf. Surah al-kahf adalah surah yang dianjurkan Rasulullah SAW dibaca pada malam Jumaat. Sekiranya tidak mampu untuk menghabiskannya pada satu malam, maka ianya boleh dibaca pada keseluruhan jumaat iaitu setiap kali selepas solat sehingga tamat. Dari Ali r.a berkata: Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya. (Tafsir Ibnu Kathir). InsyaAllah mari sama-sama mengamalkan membaca surah al-kahfi pada malam jumaat menggantikan bacaan surah yasin insyaAllah!

Doa Makan
Kemudian, sedikit tazkirah disampaikan oleh salah seorang daripada kami berkenaan doa. Apa yang menariknya disini yang dikupas oleh naqibah kami kemudiannya, adalah berkenaan doa makan. Nampak seperti remeh namun hakikat penciptaan yang dikaji oleh orang-orang pilihan Allah membuktikan segala kejadian sangat menakjubkan. Subhanallah! Rupa-rupanya, kita perlu membaca doa makan ketika perjalanan menuju ke tempat makan. Bukannya sudah pilih dan ambil segala lauk, barulah membaca doa makan. Apabila dikaji, doa makan yang dibaca sebelum memilih makanan membantu dengan izin Allah membangkit selera ketika itu. Ianya juga membantu seseorang mengambil makanan mengikut keperluan supaya mendapat keberkatan daripada makanan dan tidak membazir dibuang-buang. Oleh itu, mulai hari ini ketika menuju ketempat makanan, fokuskan hati berdoa kepada Allah untuk membantu kita memilih makanan yang bukan sahaja halal tetapi toyyib serta untuk mengelak pembaziran dan mengundang keberkatan rezeki insyaAllah!

Ghazwah Al-Huidaibiyyah
Bertepatan dengan bulan haji, ghazwah al-hudaibiyyah adalah rentetan peristiwa yang mana Rasulullah SAW bersama 1500 umat islam menuju ke mekah untuk menunaikan umrah setelah 6 tahun tidak dibenarkan berbuat demikian. Rasulullah telah memakai ihram jauh sebelum sampai ke mekah dan hanya berbekalkan senjata orang mengembara iaitu pedang bersarung supaya Quraisy mengetahui yang mereka mahu menunaikan umrah dan bukan berperang. Walaupun beberapa orang wakil Quraisy pergi bertemu Rasulullah SAW untuk mengesahkan berita tersebut, pihak Quraisy mekah enggan mempercayai. Setelah sampai di suatu tempat yang bernama Hudaibiyyah yang begitu hampir dengan kota mekah, tercetusnya khabar angin yang Uthman Bin Affan mati dibunuh setelah bertemu dan berunding dengan pihak Quraisy Mekah. Hal demikian membimbangkan Rasulullah SAW dan bersedia untuk berperang dan mereka berbaiah (berjanji) dibawah sebuah pokok. Quraisy Mekah takut dan menganjak mentemarai persetujuan damai bersyarat. Syaratnya, orang islam yang masuk ke Mekah tidak akan dipulangkan kepada Rasulullah SAW tetapi orang Quraisy yang pergi kepada Rasulullah SAW perlu dipulangkan kepada mereka. Syarat ini ditentang keras terutama Umar al-Khatab tetapi Rasulullah SAW dengan bantuan wahyu Allah menerima keputusan Quraisy mekah dengan berlapang dada.

1:1000
Sebenarnya, peperangan al-hudaibiyyah ini adalah signifikan dengan pembukaan kota mekah. Apabila difikirkan semula, ianya pasti menambahkan penduduk mekah yang beragama Islam. Hebat bukan perancangan Allah? Jadi, sejarah ini adalah sunnatullah yang sentiasa berulang dan akan terus berulang. Isu semasa baru-baru ini adalah pertukaran 1000 saudara Palestin kita termasuk wanita-wanita yang salah seorangnya ada kepakaran dalam ketenteraan kita yang dipenjara berpuluh tahun oleh rejim zionis dengan seorang yahudi bernama Sersan Gilad Shalit yang baru hanya dipenjarakan 5 tahun yang merupakan orang penting dalam ketenteraan yahudi. Kecanggihan alat kawalan yahudi laknatullah tidak mampu mengatasi kekuasaan Allah. Yahudi tidak dapat mengesan dimana si laknatullah ini disembunyikan oleh tentera hamas selama 5 tahun. 1000 orang saudara palestin kita pula tidak dilepaskan serentak disebuah kawasan tetapi disetiap pepenjuru palestin. Berita lanjut baca disini atau google sahaja. Jadi, ianya sedikit sebanyak mempunyai kesamaan dengan peperangan al-hudaibiyyah. InsyaAllah ianya bakal meramaikan ummat islam di palestin.

Ajar Anak Benci Zionis
Lagi fakta menarik berkenaan Yahudi, anak-anak mereka semenjak kecil telah diajar untuk membunuh orang islam, kerana itu, mereka membunuh rakyat Palestin umpama manusia yang mati perasaan dan digelar BORN TO KILL! Bayangkan anak-anak sebesar Muhammad, ditanamkan dengan menunjuk setiap orang islam adalah untuk dibunuh. Ummat islam umpama anjing kurang dimata mereka yang patut dibunuh. Oleh sebab itu, ummat islam perlu sedar dan kita juga perlu menanamkan kebencian yang bukan sedikit kepada yahudi laknatullah kepada anak-anak supaya anak-anak kita dapat menentang sepenuh hati sehabis tenaga dan kudrat sebagaimana anak-anak yahudi laknatullah. Mereka mampu kenapa tidak kita? Percayalah yang janji Allah itu benar.

Kismis vs Kurma
Berkenaan isu bulan haji lagi, menurut kajian tentang sebuah hadis Rasulullah SAW berkenaan kismis dan kurma sebenarnya tidak boleh disatukan. Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jangan kalian membuat minuman dengan mencampurkan kurma yang hampir matang dengan kurma yang sudah matang. Jangan kalian buat minuman dengan mencampurkan kismis dan kurma. Tetapi pisahkanlah keduanya pada tempatnya masing-masing (HR Bukhari [5602]). Kebiasaannya jemaah yang baru pulang haji atau umrah akan menyatukan kurma, kismis dan pelbagai makanan sunnah di dalam satu plastik untuk diagih-agihkan. Kajian manusia yang dikurniakan Allah untuk jihad makanan mendapati, kurma dan kismis akan membebaskan gas-gas yang berlainan yang apabila berpadu akan menghasilkan ethanol. Ethanol ini adalah sesuatu benda yang membabukkan. Jadi, berhati-hatilah dalam memilih makanan-makanan sunnah yang diawet menjadi kordial minuman mahupun apa-apa sahaja. Jika didapati diawet kurma dan kismis bersama, maksudnya ianya tidak menyihatkan kerana ianya menyalahi sunnah yang ditunjukkan Rasulullah SAW. 

Krisis Makanan Global
Menyentuh berkenaan isu makanan lagi, ekonomi Thailand sudah mencapai tahap kritikal ekoran banjir besar yang melanda wilayah tersebut yang tidak surut-surut sehingga kini memberi kesan yang sangat besar kepada ekonomi dunia terutama negara kita. Kita membeli padi, beras daripada mereka dan keadaan ini cukup membimbangkan. Dunia mungkin berhadapan dengan krisis makanan global dan ianya pasti merupakan salah satu tanda-tanda dunia memang sudah berada dipenghujungnya. Beruntunglah orang-orang miskin yang susah hendak makan kerana kehidupan tanpa makanan sudah sebati dengan mereka. 

Jom Makan Garam!
Contoh terbaik rakyat adalah Palestin. Kajian menunjukkan rakyat Palestin merupakan rakyat tersihat di dunia kerana mereka memakan buah zaitun iaitu salah satu buah di dalam syurga yang mempunyai unsur garam di dalamnya. Salah satu sunnah Rasulullah SAW untuk sihat adalah memakan garam dihujung jari manis kanan sebelum makan. Hikmah disebalik sunnah ini adalah merangsang kelenjar tiroid bersedia untuk makan dan ianya membantu pengagihan makanan dengan betul. Contohnya, protein masuk ke dalam bahagian protein, karbohidrat ke bahagian karbohidrat dan insyaAllah ianya menghindarkan kesalahan memasuki ruang yang salah contohnya protein masuk ke bahagian karbohidrat. Cantik bukan? Allah telah menyediakan kita panduan atau manual yang sangat sempurna iaitu Al-Quran namun apabila kita tidak faham, Allah sediakan kita sunnah Rasulullah SAW untuk dicontohi. Sesungguhnya segala yang dibawa Rasulullah SAW tidak ada kesangsian padanya insyaAllah! Percayalah kepada Allah! Percayalah kepada Rasul! Jom makan garam!

Muaamar Ghadafi & Budak 2 Tahun
Isu luar negara sekali lagi membawa kami menyentuh perihal perdana menteri libya iaitu Muammar Ghadafi yang telah mati terbunuh ditangan rakyatnya sendiri. Dia mati bersama anak lelaki kelimanya. Begitulah aturan Allah untuk manusia yang zalim dan mintalah kepada Allah supaya kita semua dimatikan dalam keadaan mulia. Walaupun dia zalim namun sebagai seorang islam, Allah telah mengajarkan kita kasih sayang. Selebihnya wallahua'lam. Lagi berkenaan isu kanak-kanak 2 tahun yang digilis beberapa kenderaan dan tidak dipedulikan orang sekeliling. MasyaAllah! Sesungguhnya kemajuan sebuah negara menukarkan sifat perikemanusiaan manusia menjadi sifat kebinatangan. Sistem manusia yang sangat bodoh. Beginilah jika Allah itu dipersendakan. Hukum yang Allah telah gariskan di dalam Al-Quran adalah sistem universal yang relevan sepanjang zaman sehingga akhirnya. Namun manusia kini umpama lebih tahu tentang alam ini berbanding Allah.

InsyaAllah setakat itu yang mampu saya rakam dalam keadaan Muhammad yang mood tidak berapa baik semalam. Muhammad mungkin kerisauan tentang ketenatan ummah dan menunjukkan api amarahnya kepada rejim zionis dalam bentuk perlakuan semalam. Mudah-mudahan perkongsian kali ini ada manfaat bersama dan sama-sama berdoa dikurniakan keupayaan untuk sentiasa mengingatiNya, bersyukur dengan segala nikmat kurniaanNya serta diberi kekuatan untuk beramal dengan amalan-amalan yang mendekatkan kita dengan syurga Allah insyaAllah! Wallahua'lam.

20.10.11

MENANG BOLA!

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Alhamdulillah pagi tadi dalam jam 4:30 pagi ibu sudah bangun dalam misi memeriahkan stok susu Muhammad yang dalam kategori ke arah kritikal sambil menjenguk 'rumah' kedua kita dan ibu dikejutkan dengan rezeki yang insyaAllah untuk Muhammad. ;)


Sesungguhnya Allah Maha Tahu. ;) Muhammad kini memang sedang aktif menendang bukan sahaja bola malah apa sahaja yang menarik di kaki Muhammad untuk ditendang. Alhamdulillah, Allah kurniakan 'bola menyanyi' buat Muhammad melalui tangan Obiya, puteri pihak penganjur pertandingan my.little.secret GA. Pengumuman pemenang boleh lihat disini.

Alhamdulillah bola ini harganya RM99.90. Alhamdulillah insyaAllah rezeki Muhammad kerana ibu tidak mungkin membeli bola semahal ini walau hanya dalam mimpi ;D.

Alhamdulillah kita menang tempat ketiga segmen kedua melalui surat ibu untuk Muhammad di entry ini. Terima kasih atas ucapan tahniah daripada rakan-rakan blogger yang disayangi fillah yang melocengkan Bayt Al-Iman pagi-pagi lagi. Juga kepada pihak penganjur, penaja dan juri. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dalam keberkatan dan redho Allah insyaAllah!

19.10.11

WW-SS

My first WW- Wordless Wednesday ;)
SS- Sibuk + Serabut ;(

16.10.11

MASIHI VS HIJRAH

Entry TIDAK DITERIMA BUMI ada mengisahkan tentang manusia munafik yang menjadi punca sehingga terhapusnya sistem islam dibumi ini dan salah satu kesannya adalah penukaran kalender iaitu dari kalender hijrah kepada kalender masihi yang digunakan sehingga kini. Melalui bacaansaya di apanamadotcom, kita sebenarnya sedang berada di alam permainan dajjal dan sekutunya secara halus melalui kalender masihi yang diguna pakai kini untuk memuja tuhan-tuhan berhala yahudi dan nasara yang tidak disedari masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala. Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu “Penjajahan” dan“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”. Sedikit dari bahagian artikel ini saya ringkaskan dan selebihnya saya salin terus dari blog apanamadotcom. Artikel penuh lihat disini.

Pengertian Bulan Masihi
Januari (1) – berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.
Februari (2) - berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
Tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua
Mac (3) - berasal dari perkataan‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
April (4) - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).
Mei (5) - berasal dari perkataan‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.
Jun (6) - berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.
Julai (7) - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
Ogos (8) - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
September (9) – berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
Oktober (10) – berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
November (11) – berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
Disember (12) – berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

Nama Asal Hari Masihi
Sunday – berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari.
Monday – berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.
Tuesday – berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.
Wednesday – berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.
Thursday - berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.
Friday – berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’.
Saturday – berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi.

Bahasa Rujukan Utama
Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Pada zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewasakan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintah Julius Caesar dan Hercules manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan cendekiawan terkenal iaitu Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain. Perlu diingat bahawa dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Kabbalah secara sembunyi-sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato.

Abu Nasr Muhamad al-Farabi, tokoh terkenal ilmuan Islam (870 -950 M)
Masyarakat Eropah dan Amerika sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Sebarang ilmu yang mereka peroleh atau yang mereka cipta akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek walaupun kadang-kala ilmu-ilmu yang mereka cipta itu hanya ciplak sahaja dari sarjana Islam.

Misalnya disiplin ilmu ‘Psikologi’ yang sekarang banyak diajar di universiti-universiti seluruh dunia termasuk negara Islam. Semua sarjana Yahudi dan Nasrani menciplak ilmu ini dari sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan. Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes manakala dalam dunia Islam disiplin ini diperkenalkan pada 950 M oleh Abu Nasr Muhamad al-Farabi di dalam bukunya yang bertajuk “Opinions of the Citizens of Uthopia“. Kemudian disiplin ini mula dikembangkan oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sebelum Descartes dilahirkan, antara tokoh lain ialah :
1) Ibnu Sina (meningal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajuk “The Moods of Psyche” dan “Hints and Notices”.
2) Imam al-Ghazali (meninggal pada 1111 M), menulis kitab berkaitan jiwa iaitu ‘Ihya Ulumuddin’. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains Rawatan.

Untuk menngkhaburi mata masyarakat dunia, golongan Yahudi dan Nasrani memberikan nama disipilin berkaitan jiwa ini kepada nama ‘Psikologi‘, yang berasal dari perkataan ‘Psychos‘ (Jiwa) dan ‘Logos‘ (kajian), yang bermaksud kajian jiwa. Nama-nama tokoh-tokoh Islam tidak disebut langsung dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah masyarakat barat. Permasalahan di atas telah pun dibincang dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Mekkah bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah Malaysia telah hadir.

Pengertian Bulan Hijriyyah
Bulan dalam bahasa Arab disebut “Al-Syahru” bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggilbulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut:
Muharram
Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.
Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.
Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.
Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksudkemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.
Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah dibuka.
Syaaban
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.
Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia berertiterik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.
Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.
Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.
Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti “yang empunya haji”. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.

Kembali Kepada Fitrah
Penerapan nilai-nilai Islam sebagai cara hidup seharian perlu dipraktik oleh orang Islam dengan mengambilkira elemen-elemen berteraskan Islamiah. Kalau kini kita menggunapakai Kalender Barat (Masehi) sebagai rujukan masa dan hari, apa salahnya kita gantikan Kalender Islam (Hijrah) seperti Frman Allah S.W.T mafhumnya; Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. (Surah Al-Taubah : Ayat – 36)

Dua belas bulan yang disebut oleh Allah S.W.T di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah S.A.W di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah S.A.W memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan bersabda; Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada dua belas bulanantaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

15.10.11

PERKONGSIAN

Alhamdulillah semalam adalah hari bertemu 'adik-beradik' keluarga kecil kami. Subhanallah melalui adik-beradik yang mempunyai pelbagai kemahiran dan kepakaran mengikut bidang masing-masing, Allah cabangkan lagi ilmuNya sebagai pengetahuan kami. Sedikit ulasan yang bercampur-campur pada saya menarik sebagai pengetahuan dan kaedah bagi orang yang mampu untuk berfikir dengan izin Allah.

SIAPA KITA?
Muqaddimah liqo' kami dimulai dengan berkenaan SIAPA KITA? Pernah atau tidak kita berfikir tujuan dan matlamat utama penciptaan kita sebagai manusia di dunia ini? Kalau sebagai seorang kanak-kanak, kita mahu segera menjadi dewasa. Kalau seorang murid UPSR, kita mahu mencapai 5A. Sudah mencapai 5A, kita mahu pula mencapai 9A di dalam PMR. Kemudian, mengumpul seberapa banyak A lagi dalam SPM. Tidak cukup lagi, mahu pula ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, phD dan terakhir sekali adalah mati. Sangkaan kita yang mati adalah destinasi terakhir adalah salah sama sekali. Terlupakah kita yang kita sekarang hidup hanya sementara, mengumpul bekalan untuk dibawa dikehidupan yang lebih kekal dan abadi disana?

Melayu vs Muslim
Seperkara lagi, hari ini kita terlalu mengagungkan semangat nasionalism, semangat patriotik, terlalu berbangga dengan 'kita orang melayu! duduk di tanah melayu!' sehingga terlupa dan tidak pernah berbangga sebagai seorang islam. Dahulu, semasa sistem islam tertegak, semua negara dibawah satu sistem pemerintah berkhalifah. Hanya ada wakil khalifah disetiap negara. Kita diajar mencintai saudara-saudara kita kerana Allah! Hakikat sekarang di zaman sistem pemerintahan sekular, semua negara islam dipecah-pecahkan dan disogok dengan kami berbangga menjadi orang melayu dan bukan kami berbangga sebagai islam. Lihat sahaja dunia arab. Palestin itu letaknya berjiran dengan negara-negara arab namun adakah mereka dibantu oleh negara-negara arab yang berdekatan? Inikan dekat tidak dibantu, apatah lagi kita yang jauh. Berapa ramai daripada kita yang mahu berfikir dan berusaha menunjukkan rasa cinta kepada saudara-saudara kita di Palestin sana? Berhasil bukan PERANCANGAN pihak kuffar dalam memecah belahkan umat islam hari ini yang berlangsung beberapa lama sudah?

Al-Quran = Manusia
Perkaitan manusia dengan Al-Quran adalah rahsia Allah yang ummat islam perlu singkap dan mencari hikmah disebaliknya. Amatlah rugi kerana dizaman kita hari ini, non-muslim lebih mendahului kita dalam mengkaji dan kita pula terima sahaja segala kajian mereka sebagai kitab rujukan utama kita walhal dalam diam, mereka punya perancangan jahat yang hanya dapat dihidu oleh orang-orang yang mampu berfikir dan diberi taufik dan hidayah Allah dalam melaksanakannya insyaAllah. Menurut kajian manusia yang tidak boleh menerima segala kajian yahudi laknatullah, sekiranya seorang manusia diblender, manusia ini tercipta dengan 114 jenis logam yang berbeza sesuai dengan 114 buah surah yang terkandung di dalam Al-Quran. Sebagai contoh, seseorang individu sakit kapala, kencing manis, darah tinggi, maka ada diantara kandungan logam yang berada di dalamnya tidak stabil dan cara menstabilkannya terdapat diantara 114 buah surah yang terkandung di dalam Al-Quran. Cuma, kita tidak tahu surah yang manakah sesuai sebagai penawar ketidak stabilan logam yang berada dibadan kita sehingga menyebabkan asbab sakit tersebut. Cara penyelesaiannya adalah membaca seluruh surah yang terdapat di dalam Al-Quran sebagai usaha penyembuhan bukan cara klinikal.

Kenapa Emas Haram Untuk Lelaki?
Pernah atau tidak kita terfikir, kenapa lelaki haram untuk memakai emas tetapi tidak perempuan. Mengikut kajian manusia ini, rupa-rupanya kandungan logam emas di dalam seorang lelaki sudah memadai dan apabila seorang lelaki memakai emas, ianya akan mempengaruhi sistem dan logam-logam yang telah stabil di dalam badan seorang lelaki. Apabila tidak stabil, maka ianya akan mengundang implikasi kepada kesihatan. Manakala kandungan logam emas di dalam tubuh seorang perempuan pula perlu ditambah sedikit. Oleh sebab itu, perempuan dibolehkan memakai emas tetapi diingatkan bukan sehingga ke siku, rantai sebesar rantai basikal, cukuplah sekadar sebesar seurat benang. Sesungguhnya segala larangan dan suruhan Allah dan Rasul PASTI terkandung hikmah yang bukan sedikit.

Mati Tiba-Tiba
Menurut kajian lagi, ramai dikalangan manusia hari ini yang mati mengejut. Mati tiba-tiba dan selalunya untuk  kes sebegini, doktor akan klasifikasikannya sebagai serangan jantung sebagai punca kematian. Salah satu sebab kepada penyambung mati tiba-tiba adalah riadah pada waktu malam. Di negara barat, saya difahamkan yang mereka hanya ada 2 shif untuk waktu bekerja berbeza dengan Malaysia yang sangat sesuai dengan jolokan slogan 'Malasyia boleh' yang waktu kerjanya sehingga 3 shift dan ianya sebenarnya telah melawan fitrah yang Allah kurniakan. Pada waktu malam adalah masa untuk seorang manusia berehat menunaikan hak badan. Malam adalah masa yang sangat eksklusif untuk beribadat kepada Allah dan kebanyakkan daripada kita sibuk mencari hiburan sebagai contoh bermain futsal. Jadi, sesiapa yang ingin menyumbang kepada sample statistik mati mengejut, dipersilakan beriadah diwaktu malam.

Penawar
InsyaAllah, sebenarnya penawar bagi segala ubat ada di dalam manusia itu sendiri kecuali MATI. Jadikanlah Al-Quran teman yang mesra sebagai kaedah yang paling mustajab menghindar segala penyakit. Kenapa saudara kita di Palestin sana merupakan manusia yang paling sihat di dunia? Jawapannya, mereka KURANG MAKAN. Mereka hanya makan apa-apa yang ada tumbuh secara semula jadi dipersekitaran kita. Tidak ada makanan segera. Tidak ada makanan ringan. Bandingkan dengan kita di sini. Cukup meriah sehingga terpaksa memakan ubat bagai memakan nasi. Saya sendiri pernah melihat ubat-ubatan pesakit darah tinggi dan kencing manis. Begitu banyak dan mereka makan sehingga bertahun-tahun namun sakitnya tidak pula sembuh dan ianya sebenarnya bakal merosakkan buah pinggang akibat kekerapan yang tinggi memakan ubat. Ubat hanya meredakan kesakitan yang bersifat sementara dan bukan sebagai alat penyembuhan. Maka tidak pelik statistik kematian yang melibatkan pesakit darah tinggi dan kencing manis sentiasa menunjukkan peningkatan. Disini, bukan saya membenci ubat-ubatan tetapi mahu mengajak rakan-rakan fillah duduk seketika dan berfikir daripada Siapakah penyakit ini datang dan Siapakah yang layak kita memohon dan bergantung penuh harap dalam menyembuhkan penyakit tersebut? Peringatan yang ketat untuk diri saya sendiri insyaAllah. Kita hari ini termasuk saya begitu kelam-kabut sekiranya ditimpa sakit lebih-lebih lagi si anak.

Penyusuan Eksklusif 2 Tahun
Berkenaan kajian saya tentang penyusuan 2 tahun penuh tanpa makanan pejal, saya mendapat respon positif di dalam entry PILIHLAH TERBAIK KERANA ALLAH. Rupa-rupanya masih ada manusia yang menyambut sunnah Rasulullah SAW ini dengan baik dengan izin Allah. Maksudnya, ianya bukan mustahil. Saya pernah mendapat mesej tentang penyusuan eksklusif 2 tahun yang mana ianya sedikit sebanyak memberi tamparan berbekas dihati saya. Saya sertakan mesejnya disini dengan membetulkan beberapa tatabahasa 'kalau ikut pada sunnah begitulah, tapi kalau ia tidak mencukupi perlu ditambah..kehidupan kita hari ini banyak yang rosak, tidak cukup yakin pada rezeki 'susu' yang Allah dah beri, tak sabar semasa menyusukan, tak ikhlas pada tenaga yang digunakan untuk menyusukan kadangkala kita tak redha dengan apa yang Allah kurniakan'. Jujurnya saya terpukul dengan kata-kata 'tidak yakin' pada Allah. Sebagai contoh ketika Muhammad tidak sihat, saya cukup takut sekiranya Muhammad semput. Begitulah saya contohnya diri saya yang tidak menyeluruh dalam keyakinan terhadap susu kurniaan Allah yang begitu unik. Muhammad memang tidak diberi makan berjadual dan hanya menyusu sebagai makanan dan minumannya sehingga kini tetapi Muhammad sudah pun makan kismis, kurma dan pelbagai makanan sunnah. Jadi, Muhammad tidak diberi izin untuk eksklusif seratus peratus asbab kealpaan ibunya. Berkenaan penyusuan selepas 2 tahun, saya difahamkan, kandungan susu tersebut tidak lagi punya khasiat-khasiat seperti mana dalam tempoh 2 tahun seperti mana yang Allah perintahkan di dalam Al-Quran dan sekiranya kita mahu meneruskannya, anak tidak mendapat khasiat dan ibu pula hanya mendapat penat. Wallahua'lam.

Bekal Kurma
Menyentuh berkenaan penyusuan lagi, kepada ibu-ibu yang sedang menanti kelahiran pertama dan berazam untuk penyusuan eksklusif, siapkan mental anda yang mungkin susu anda boleh keluar meriah sebaik melahirnya atau lambat sedikit sehingga anak boleh terkena jaundice (kuning). Melalui pembacaan saya di blog puan hafizah, bayi yang baru dilahirkan mampu bertahan tanpa susu selama 3 hari dan si ibu perlu sentiasa membiarkan si anak merangsang air susu sehingga air susu mampu keluar. Teknik memberi susu juga perlu diberi perhatian dan yang terpenting ketenangan dalam berhadapan kelahiran pertama. Pernah naqibah saya berpesan kepada seorang doktor muda yang bakal melahirkan anak pertama supaya membawa bekal kurma insyaAllah sempena mengambil ikhtibar maryam yang memakan buah kurma sambil mengoncang pohon kurma atas arahan wahyu untuk memudahkannya melahirkan Nabi Isa, namun dipandang sepi dan saya faham disebabkan naqibah saya bukan seorang bersijilkan doktor mahupun siapa-siapa yang cakap-cakapnya mungkin tidak didengar oleh orang berpelajaran (naqibah saya juga seorang degree holder). Akhirnya takdir Allah, si doktor muda melahirkan secara pembedahan. Semuanya adalah takdir Allah normal atau pembedahan dan bagi saya, kisah ini punya ikhtibarnya iaitu, pandanglah semua orang dengan kedua-dua belah mata walau dia bukan siapa-siapa.

Mati Syahid
Lagi, kami berbincang tentang mati syahid. Semua orang islam perlu menanamkan cita-cita untuk mati syahid. Mati syahid sekiranya kita kaji adalah kurniaan kepada manusia luar biasa dan mereka semua begitu dekat dengan Allah. Mati syahid ini adalah untuk insan-insan terpilih. Mereka tidak dimandikan dan terus dikafankan. Darah mereka yang mengalir adalah saksi. Diceritakan, terdapat seorang anak yang meninggal ketika digali lubang perkuburan, ditakdirkan tercangkul badan si ayah yang mati syahid. Subhanallah sungguh ajaib kerana darah mereka masih segar mengalir walaupun telah beberapa tahun mati. Benarlah firman Allah, kitya menyangka mereka telah mati tetapi sebenarnya mereka masih hidup. Quraish Shihab berkata: Sekali-kali janganlah engkau wahai Muhammad atau siapapun yang dapat ditujukan kepadanya pesanan ini, mengira apatah lagi menduga keras atau yakin bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah SWT baik dalam perang Uhud itu mahupun selainnya adalah orang yang telah mati. Sekarang ini bahkan mereka itu hidup dengan kehidupan yang berbeza dengan kehidupan kamu. Kerana hidup mereka di sisi Tuhan mereka yang Maha Agung dalam keadaan mereka dianugerahkan rezeki yang sesuai dengan alam tempat mereka kini berada, dan sesuai pula dengan nilai perjuangan mereka dan kebesaran serta kemurahan Allah SWT. Lihat sini.

Senyuman penghuni syurga. Ya Allah muliakan kami dengan mati syahid!

Alam Barzah
Bab tauhid pula kami membincangkan berkenaan alam barzah. Kita sekarang yang masih diberi nikmat hidup, hanya sedang berada difasa kedua dan kita masih berbaki 5 fasa untuk melengkapkan keseluruhan 7 fasa kehidupan seorang manusia sehingga destinasi syurga atau neraka. Alam barzah adalah fasa ketiga sesudah mati dan alam kubur adalah permulaan alam barzah. Syurga atau neraka habuan kita nanti sudah tertunjuk semenjak di alam kubur lagi. Ya Allah setiap apa yang kita lakukan akan dikira walau sebesar zarah sekalipun tidak terlepas dari neraca timbangan Allah nanti. Terasa kecut segala anggota badan seandainya Allah mencabut nyawa saya dalam keadaan tidak bersedia. Ya Allah bantulah kami untuk bertemu denganMu dalam keadaan sangat bersedia. Tidak sanggup kami menghuni nerakaMu dan redholah kami ke syurgaMu. Ampunilah kami ya Allah! Sungguh terlalu banyak dosa dan kerosakkan yang telah kami lakukan dibumiMu ini. Mati itu pasti!

InsyaAllah setakat ini sahaja intipati yang mampu dirakam oleh hati saya selama 2 jam duduk bersama adik-beradik keluarga kecil saya. Mudah-mudahan perkongsian ini ada manfaat bersama dan mohon maaf andai tulisan-tulisan saya sebelum, sekarang dan selepas ini banyak menyentuh sensitiviti banyak pihak. Ketahuilah bukan mahu mencari kesalahan kerana saya juga seorang manusia yang sering melakukan kesalahan dan mudah-mudahan ianya menjadi ikhtibar untuk yang belum dan semoga tidak melakukan kesilapan yang sama. Kadangkala kita memerlukan peringatan yang agak kasar sehingga menyentap, supaya ianya kekal dalam hati dan mudah-mudahan Allah kurniakan keupayaan untuk kita mengatasinya dan mengamalkan hanya dan kerana Allah insyaAllah! Sesungguhnya yang baik dari Allah dan yang tidak baik juga dari Allah atas kelemahan saya sebagai manusia biasa. Ampun dan maaf daripada saya. Wallahua'lam.