26.3.17

AKHLAK: KEBERSIHAN

Sebelum cuti pertengahan semester semalam, sengaja rehatkan #Muhammadthefirst untuk writing skill. Konon-konon fokus more on reading skill. Bila kemahiran membaca sahaja, rindu pula lukisan dia.


Jadi, cover tajuk hari ini dan sebelum cuti untuk kemahiran menulis. Kebersihan sekolah dan tempat-tempat awam. Tulis pun perlu ringkas untuk elak boring kerana selepas subjek sekolah agama, belajar pula subjek akademik. Ikut jadual #imanHSroutine.

Hari Ahad subjek Akhlak dan Matematik. Masa selebihnya fokus matlamat #imanHSroutine dan kerja semua siap,reward kartun binatang arab. Mak dia tak pandai arab dan hanya ada doa untuk anak-anak kuasai bahasa syurga ini secara total.

19.3.17

ULTRAMEN BERSAUDARA

Zaman emas anak-anak kita iaitu dalam lingkungan 0-4 tahun merupakan satu-satunya zaman terbaik untuk ibu ayah install apa-apa program yang dihajatkan. Waktu ini, anak-anak masih dalam kategori bayi yang terbatas dengan usianya. 

Selepas sahaja zaman emas ini berlalu, banyak benda fitrah insaniah kanak-kanak mereka datang bagaikan magnet yang melekat. Semua jenis binatang kartun mereka kenal. Tidak dapat dirumah, pasti dapat di sekolah atau saudara mara dan sekeliling mereka.


Moralnya, kita sebagai ibu ayah janganlah terlalu takut membatasi anak-anak di usia emas mereka kerana akan tiba masanya, mereka akan pandai dengan sendirinya tanpa kita ajar sekalipun. Handphone, komputer, berilah segala jenis gajet apa pun tanpa diajar mereka akan begitu cepat menguasai ilmu-ilmu IT terkini.

Dan apabila zaman emas itu sudah berlalu, yang tinggal buat kita hanyalah zaman-zaman menyantuni anak-anak untuk mereka beza baik atau buruk, halal atau haram dan mana Allah suka atau tidak sama ada kita ada atau tidak dengan mereka.

18.3.17

KARYA AGUNG

Sentimental. Karya agung #Abdullahthesecond setakat hari ini. Teruja dapat 'mengasapkan' bangunan dengan mainan pemadam dan  pensel warna.


Pada kita mungkin tiada nilai apa tapi sangat besar perasaan si pelukis pada karyanya ini. Lukisan kesayangan yang dibawa tidur bawah bantal. Aduhai adik.

Genetik lapisan keturunan kurun ke berapa dan sebelah siapa agaknya yang tersesat turun ke mereka berdua.

#Muhammadthefirst
#Abdullahthesecond

17.3.17

JAM WORKOUT

Lagi mainan baru ibunda. Hehe. Jam sukat aktiviti workout contohnya bilangan langkah sehari, cek heart rate, selia waktu tidur dan siap alarm kita suruh bangun jika duduk melebihi sejam. 


Baru guna sehari penuh 3 hari lepas. Target permulaan boleh capai 5000 langkah sehari tetapi sampai mahu ke tidur, hanya capai kurang lebih 3500 steps sahaja. Cek jantung, alhamdulillah baik. Cuma selia waktu tidur sahaja tidak berfungsi. Mungkin asbab tak boleh update new version handphone.

InshaAllah hari riadah panjat gunung nanti pakai sepenuhnya. Nak tengok capai ke tidak 5000 langkah. Sepatutnya 8000 steps yang normal setiap hari. Tapi nanti macam tiada kerja lain pula.  Buat apa-apa memang biarlah bersederhana.

Banyak sangat hikmah anjuran Rasullah SAW dalam seruan bersederhana. Apabila usia semakin meningkat, barulah kita tahu bagaimana hidup ini sebenarnya. Semuanya perlu yang sedang-sedang sahaja.

16.3.17

SIRAH UJIAN 1

Rasanya ujian sekolah agama lebih susah. Ini pun latihan topikal. Mak #Muhammadthefirst dululah pun baca rumi masa umur 7 tahun tengah-tengah baru laju. Jawi jangan katalah nak ke pandai itu pun memang makan masa.


Buat silap itu hikmah. Biasalah belajar. Lagi pula, uniknya pilihan ini ialah bebas pertandingan A. Ilmu ini bukan tugas kita yang bagi. Kita sampaikan sahaja. Selebihnya Allah yang kurniakan pemahaman dan kebijaksanaan kepada pilihan-Nya.

Tugas ibu ayah ialah taubat dan doa selalu.

15.3.17

HAJI & UMRAH 2017

Manis. Surat buat ayah yang fresh by #Muhammadthefirst. Gigih lipat kertas jadikan sampul surat dan mengarang ayat sambil tulis sambil eja.


Mudah-mudahan Allah perkenankan isi surat cinta abang yang jujur tulus ikhlas ini. Haji dan umrah yang mabrur tahun 2017.

Ameen.
Ameen.
Ameen.

13.3.17

NATURAL SKINCARE

Bagi spesis yang alergik dengan sebarang jenis krim seperti foundation, sunblock dan lipstick, barisan skincare seperti dalam gambar adalah highly recommended. Semakin meningkat usia, tidak dinafikan, perlu labur sedikit wang untuk set penjagaan kulit tambahan lagi kategori tidak ke spa untuk facial memanjakan wajah.


Terima kasih kawan-kawan yang perkenalkan set penjagaan muka natural dan organik Mary Jardin, minuman natural kolegen sisik ikan jadi asbab untuk bantu dari dalam pertumbuhan tisu-tisu baharu yang menghilangkan jeragat serta mesin pencuci pori-pori Mary Kay yang mashaAllah jadi asbab pori-pori bernafas. Alhamdulillah barisan skincare yang sangat membantu kekalkan momentum keremajaan kulit mak-mak.

Boleh hubungi 019 728 9397 (Blogger Marlina Mokhtar) dan 013 731 9287 (Sis Tikyah) untuk pertanyaan produk Mary Jardin dan Mary Kay. Kolegen natural sisik ikan 013 357 5915 (Sis UMA) kohkohkoh 😆.

Jom jadikan kurus-sihat-cantik sebagai BIG WHY untuk permudah ibadah. Clear niat inshaAllah Allah mudahkan.

11.3.17

TIPUDAYA WANITA

Rekod 15minit dengan catatan 608 lompatan adalah rekod untuk ambil purata daya badan boleh buat untuk hanya 5 minit. Jadi, untuk tidak membuang terlalu banyak masa workout, 200 / 5minit itu pun sudah cantik. Alhamdulillah sekarang boleh buat kurang dari 2 minit untuk capai 200 lompatan secara berjadual.


Roomate kata ini semua tipu daya wanita. Kurus bukannya untuk apa. Untuk pakai pakaian sempit untuk menunjukkan kerampingan. Mahu orang kata dia cantik dan sebagainya. Akhirnya, kena tipu dengan syaitan sahajalah kita.

Kurus niat untuk cantik, dapatlah cantik.
Kurus niat untuk dipuji, dapatlah pujian.
Kurus niat untuk mudah ibadah, inshaAllah dapatlah nikmat beribadah.

Sentap sekejap. Kaunselor utusan Allah yang tidak pernah gagal untuk 'alarm' hati supaya CLEAR asbab untuk semua yang kita buat tapi ketahuilah wanita, kurus dan cantik memang susah untuk dipisahkan. Kerana akhirnya, perempuan tetap perempuan. Kikiki.

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA

Tahun lepas ada yang percuma juga di pasaraya Econsave. Cuma tambah RM5 untuk kolestrol. Pemeriksaan tahun lepas dibawah NGO. Pagi ini pula, satu hospital swasta yang buka booth di tempat kerja. Pun percuma juga. Tambah RM12 untuk pemeriksaan kolestrol dan GST tidak terlipakan. Cuma tidak buat kerana mesin cek kolestrol tiba-tiba rosak dan malas mahu tunggu lebih lama. Ada urusan lain.


Misi kata berat cukup sudah 54kg kerana jika lebih rendah dikhuatiri underweight. Just maintain. Tekanan darah Alhamdulillah cantik. Bacaan gula juga Alhamdulillah Allah bagi cantik. Alhamdulillah segala puji bagi Allah dengan nikmat kesihatan untuk beribadah selesa sampai hujung nyawa.

8.3.17

WW- GARANG


Garang tapi penyayang. Katanya. Lalalala 🎤🎧🎼🎵🎶🎺.

4.3.17

TANPA KACA MATA

Antara impian manusiawi yang masih belum diizinkan untuk capai ialah menghabiskan sisa hidup yang berbaki tanpa kaca mata. Jalan singkat paling mudah untuk melaksanakan misi ini ialah pembedahan lasik. Bayar sahajalah. Selesai masalah.

Setelah merujuk kepada rakan doktor, dia sangatlah tidak syor kerana padanya setiap pembedahan adalah berisiko. Sebelum ini pun ada terbaca berkenaan kesan pemebedahan lasik untuk jangka panjang. Jurnal yang diberikan oleh rakan-rakan ahli mata. Mungkin peratusan risiko itu rendah sahaja.

Beralih pula kepada pandangan mak. Mak pula cerita tentang pengalaman Dr. Fazilah Kamsah yang berdoa di depan kaabah untuk tidak berkaca mata. Allah angkat doanya dan beliau kini hidup tanpa kaca mata. MashaAllah.

Baru-baru ini sambil menjahit butang bersama nenek, temuramahlah beliau tentang rabunnya yang hilang setelah pembedahan lasik. Menurutnya, bila usianya kini yang tua, rabunnya pun ada juga. Mula rabun kembali. Namun, ramai juga dikalangan terdekat yang membuat lasik dan mereka hidup gembira tanpa kaca mata.

Jadi, atas nasihat kawan doktor itu dan berdasarkan pendapat-pendapat yang ada, cuba dahulu tinggalkan kaca mata. 

Jika dahulu panjat gunung, simpan kaca mata dalam poket. Kini, ada keberanian tinggal terus dalam kereta. Jika dahulu santai di pasaraya tidak boleh tinggal kaca mata, kini berjaya ke pasaraya tanpa kaca mata. Begitu juga semasa memandu dan dirumah.


Mata dilapangkan tanpa bergantung kepada kaca mata. Alhamdulillah. MashaAllah. Rasa seperti bola mata melompat-lompat gembira dan berpesta dapat merasai udara hijau wangi gunung awal pagi. Rutin riadah mingguan kami anak-beranak.

Walau bagaimanapun, ajar anak-anak mengaji, menaip, menulis dan pekerjaan yang memerlukan kepantasan segera, kaca mata masih diperlukan. InshaAllah yakin pasti The Power of Dua', usaha, istiqamah dan tawakkal.

1.3.17

#imanHSroutine

Malam tadi search key word, 'why homeschool'? Maka jumpalah kepelbagaian jawapan pro dan kontra. Antara yang menarik ialah gambarajah di bawah.


Pergi sekolah atau sekolah rumah, hakikatnya, kita sendiri pun berasal dari sistem sekolah sekarang. Suka jangan lebih-lebih. Tidak suka pun jangan keterlaluan. Bersederhana sahaja dan sentiasa berlapang dada dengan kepelbagaian pilihan. Agree to disagree kata mat salleh.

Kerana kita perlu berhati-hati dengan hati.