Perhiasan itu sifatnya bagaimana? Kebiasaannya yang dinamakan perhiasan ini orang gunakan untuk berhias. Contohnya emas. Wanita pakai untuk perhiasan dan orang akan nampak. Begitulah juga harta, isteri dan anak-anak yang mengapa diibaratkan seperti perhiasaan. Perhiasan itu sifatnya sendiri untuk ditonjolkan. Amat jarang orang mahu sembunyikan perhiasan mereka.
الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا
“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi shalih adalah lebih baik pahalanya di sisi Rabbmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Al-Kahfi: 46)[sumber]
Sungguh huraian ringkas berkenaan perhiasan ini oleh zauji, membuatkan saya tersentak. Sekali lagi apabila disuruh tanya suatu sudut yang paling dalam hati, apakah tujuan saya meletakkan label Diari Muhammad dan Diari Abdullah dalam blog ini. Adakah sekadar perkongsian? Tanyalah hati yang paling dalam.
Nangis.
Ditambah lagi apabila saya mengikuti tulisan-tulisan Ustaz Hasrizal atau blog beliau yang dikenali sebagai saifulislam.com, hati saya semakin tidak keruan. Tulisan beliau berkenaan pendidikan, tentang kesan emosi kepada anak-anak yang telah meraih populariti di awal usia, sejujurnya membuatkan saya betul-betul kaku.
Nangis lagi.
Alhamdulillah label Diari Muhammad dan Diari Abdullah telah Allah izinkan hilang kesemua cerita mereka dalam paparan utama blog ini. Cerita selepas walimah, kisah semenjak Muhammad dalam kandungan sehinggakan lahirnya Abdullah. Suatu perasaan yang boleh saya gambarkan ialah LEGA.
Mohon maaf tidak terhingga kepada semua yang bertanya berkenaan hafazan anak-anak saya, jadual hafazan serta rakaman hafazan meraka, juga, yang mahu berjumpa kami, saya perlu jelaskan sekali lagi, kami sememangnya tidak layak. Anak-anak saya juga jauh lagi dalam bidang akademik. Semuanya terlalu jauh lagi untuk diperkatakan.
Akhir sekali, siapa pun Muhammad dan Abdullah sebelum ini, lupakanlah mereka.
5 comments:
sedih T_T.. tapi saya faham..
tulisan2 akak dan cerita2 akaklah yg bagi kesedaran untuk saya didik anak2 saya dengan alQuran ekoran rasa jeles dan cemburu dengan cara didikan akak pada Muhammad dan Abdullah. blog inilah yg ditakdirkan Allah untuk menjadi asbab saya lebih bersungguh dalam mendidik anak.
disatu sudut saya rasa tak perlulah dipadam...sedang hasil tulisan akak telah membawa kebaikkan dalam hijrah saya sebagai ummi dan orang lain juga saya pasti.
namun saya faham, inilah jalan paling selamat untuk akak mensucikan hati akak dari dosa2 kecil yang akak takutkan (riak/ujub) tanpa sedar dan kesan2 pada anak2 akak pada masa depan.
post akak ni buat saya juga takut...bilamana saya share ayat quran dengan niat ''dakwah'' sedang dihati paling dalam saya sendiri pun tidak tahu
T_T
semoga Allah selamatkan hati-hati kita semua. semoga semuanya dinilai hanya dengan kebaikkan.
T__T
T__T
T__T
lupakanlah sejarah mereka. kasihanilah mereka asbab kebodohan dan kedegilan ibunda mereka.
T__T
T__T
T__T
T__T
janganlah merendah sebegitu kak.. sedih saya..
Saya hanya nampak dakwah dalam hasil tulisan2 akak.. tiada lain..
Fudhail Ibn Iyad telah berkata:
“Meninggalkan amal kerana manusia adalah riyak. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan engkau daripada kedua-duanya.”
http://www.haluan.org.my/v5/index.php/senarai-bahan-tarbiah/136-risalah-at-tarif/jilid-1/al-quran-hadits-a-sirah/190-05-hadith-ikhlas-dalam-beramal
Semoga Allah memimpin jalan2 akak juga saya juga saudara2 kita :)
wallahualam..sayang akak kerana Allah.
Doakan saya ye :)
UM...saya setuju dengan ummu abid...sedikit sebanyak, cerita2 UM beri inspiasi dan semangat untuk mendidik anak...kadang2 saya lupa, bila bace cerita UM dan bloger2 lain semula...saya kuat semula...
UM jangan rendah diri sangat...saya gembira ble ramai ibu2 tunjuk cara mendidik anak dan mendidik hati ini...kdg2, bile terdetik rase mcm puas hati dgn cara kita didik anak dan timbul bibit-bibit riak dalam hati yg paling dalam...cepat2 sy fikir dan reset niat semula...jangan jadikan aku riak ya Allah...syaitan x pernah berhenti menghasut!!(saya ingat saya je rase mcm tu...rupa2 nya ada juga yg berperasaan begitu)
Diari Muhammad dan Abdullah ..mungkin UM boleh simpan atau privatekan dalam blog supaya besar nanti mereka blh bace...sayang..dah byk2 tulis kan..
Good luck UM..good luck semua ibu bapa....
Apa sahaja yang melegakan hatimu sahabatku...
Banyak pengajaran sepanjang perkenalan kita..Allah izinkan ku sempat mengambil iktibar dari tulisanmu sebelum di'hilang'kan...
Namun insyaAllah ukhwah kita, dipanjangkan dalam bentuk yang lebih indah...
Bersama kita menempuh jalan penuh dugaan ke jannah sahabat..jangan lupa cari daku jika kau tiba dulu..T__T T__T
Post a Comment