25.9.14

ROTI BM PALING JELITA

Saya cuba jaya membuat roti dengan mesin BM (baca:bread maker) ini telah 6 kali. Alhamdulillah Allah izin 3 kali gagal, 2 kali hampir berjaya dan sekali paling jelita. Kali ini sukatan saya main agak sahaja kerana sesuaikan dengan kuantiti tepung yang berbaki. Pada mulanya doh nampak seperti agak cair tetapi Alhamdulillah roti lembut.

Yang hitam itu adalah keju. InshaAllah lain kali tidak diperlukan kerana susah mahu potong roti.

Pisau tiada yang tajam. Jadi kurang jelita setelah dipotong.

Bentuk roti ala-ala kacang pol.

Kali ini pun derhaka resepi. Saya menggunakan butter organik inshaAllah yang menjadi asbab roti lembut. Cara membuat roti kali ini adalah mencampurkan semua bahan dibawah mengikut urutan dan biarkan selama lebih kurang  3 jam BM anda.

Resepi roti lembut BM ala Bayt Al-Iman:
1. Air 290ml.
2. Butter 3 sudu makan.
3. Gula 3 sudu makan.
4. Garam 3 sudu teh.
5. Tepung 400gram.
6. Yis 3 sudu teh.
7. Biarkan selama masa yang telah diprogramkan dalam mesin BM.

Setengah jam sebelum tamat, saya tuangkan kuah butterscoth dan tabur gula diatas kuah tersebut untuk rasa manis. MashaAllah roti kurang kasih sayang yang sedap. Laku laris!

22.9.14

ROTI KURANG KASIH SAYANG

Saya berhutang satu entry berkenaan cara membuat doh roti, donut, karipap dan sebagainya yang magika. Pejam mata, tidur dan bangun sudah siap :D. Alhamdulillah perkenalkan permainan terbaru dalam dapur saya, bread maker! Dengan tidak membuat sebarang survey harga, saya terus beli cap Cornell untuk clearance stock di pasaraya Eonbig yang berharga RM299.

Ahlan wa sahlan ya BM! :D

InshaAllah ianya adalah untuk TTM. Sebagaimana anak-anak saya, anak-anak huffaz saya di TTM pun mesti sukakan roti. InshaAllah ini juga sebagai alternatif menyediakan snek sihat untuk anak-anak saya nanti kerana ada juga yang sampai petang asbab ibu ayah kerja waktu pejabat. InshaAllah roti cap TTM sebagai ganti snek sihat buat mereka.

Doh cantik.

Doh mengembang dengan jelita :D.

Roti ini keras seperti roti John tetapi rasa seperti roti whole meal cap gardinia. Resepi roti ada disediakan di dalam manual yang terdapat dalam kotak.

Baki beberapa keping, saya sapukan butter dan tabur gula dan panaskan kembali. Roti bakar yang mashaAllah sedap! Inspirasi resepi bonda Puan Hafizah Salleh. Jazakumulullah.

Roti terbaru malam tadi yang berkuahkan butterscotch.

Mungkin asbab saya curahkan kuah butterscotch ketika doh sedang naik, ianya tidak meresap ke dalam roti. Saya cucuk doh supaya kuah tidak melimpah dan kuah meresap ke dalam doh. Doh tersebut jadi jatuh pula seperti dalam gambar.

InshaAllah cuba jaya seterusnya, saya mahu campur ketika ulian kali kedua. Saya juga sedang melakukan eksperimen penggunaan bread maker ini. Setelah 4 kali cuba, 2 kali gagal dan 2 kali berjaya, Allah izinkan saya kesan juga beberapa elemen yang perlu diperbaiki.

InshaAllah selepas ini, untuk mengurangkan kekerasan roti di permukaan, saya perlu mengurangkan masa yang diambil seperti yang disarankan dalam manual manakala untuk mendapt tekstur yang lebih lembut bahagian dalam, saya perlu tambahkan butter seperti roti buatan tangan saya selama ini.

Walau bagaimana canggih pun mesin ini, roti buatan tangan sebelum ini, Allah izinkan lebih sedap dan lembut. Benarlah kata mak-mak jelitawan organik, penggunaan bread maker menghasilkan roti kurang kasih sayang :D.

21.9.14

BERBEKAMLAH!

Selain sibuk menguruskan TTM -Tadika Tahfiz Muhammad-, Allah selitkan masa-masa kualiti saya untuk merasai sendiri sunnah anjuran Ar-Rasul supaya berbekam semasa cuti sekolah baru-baru ini. Satu perkataan yang mampu saya katakan selepas berbekam adalah, SUBHANALLAH luar biasa!

Selama ini, ketika untuk bangkit daripada sujud, seakan rasa ada sesuatu beban di lapisan paling atas kulit bahagian belakang badan. Lenguh-lenguh. Saya panggil ia sebagai lapisan malas. Lapisan ini menjadi asbab kita tidak bertenaga.

Alhamdulillah, mashaAllah, subhanallah, selepas merasai sendiri sunnah berbekam ini, terasa begitu ringan badan ketika bangkit daripada sujud. Seakan hilang lapisan malas tersebut dan rasa seperti tiada bendalir beban seperti selalunya.

Apa yang saya rasa, saya kongsikan bersama suami. Keesokkan paginya, saya bekam suami pula.

Darah tidak diperlukan badan.

Kenapakah kita perlu berbekam?

Menurut PTT -Puan Tabib Terpercaya-, badan manusia ini umpama bumi. Apa yang kita makan seharian pula umpama plastik. Plastik adalah susah dilupuskan oleh bumi. Maka, hanya dengan bekam sahaja boleh mengeluarkan toksin-toksin yang berkumpul dalam badan kita yang boleh menjadi asbab pelbagai penyakit kronik di umur bersara kita.

InshaAllah sakit seperti darah tinggi, kencing manis, strok dan sebagainya inshaAllah ada penawarnya melalui bekam.

Kesan makanan yang kita makan hari ini, bukannya mudarat serta merta. Ianya juga memerlukan masa. Menurut PTT lagi, selepas bahan-bahan yang tidak boleh lupus dalam badan kita dibawa keluar melalui bekam, inshaAllah barulah badan kita boleh subur semula.

MashaAllah saya merasai kebenaran analogi PTT kami. 

**************************************************************
Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam besabda :

الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.” (HR Bukhari)

Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :

إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
“Sesungguhnya metode pengobatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)
***************************************************************

Marilah sihat kerana Allah dengan mengamalkan sunnah berbekam inshaAllah!

20.9.14

RESEPI POPCORN ORGANIK

InshaAllah resepi paling mudah saya pernah buat. Anda hanya memerlukan periuk yang sekiranya dapat, penutupnya lutsinar supaya dapat melihat sendiri kejadian letupan di dalam periuk :D. Bagaimana sebutir jagung kering boleh mengembang seperti bungaan yang cantik.

MashaAllah sungguh mempersona.

Ini dia jagung kering.

Masukkan sesudu minyak masak dan popcorn muat tapak periuk. Nyalakan api paling kecil.

Lebih kurang 5-10 minit popcorn sudah berbunga.

Sirakan popcorn sesuka hati. Untuk kali pertama ini, saya cairkan butter dan campurkan gula merah. Gaul rata. Ala-ala karamel.

InshaAllah cita-cita saya mahu cuba popcorn ala-ala popcorn mahal, garrate popcorn yang hanya ada di KLCC dan Alamanda sekiranya saya tidak silap. Saya sendiri pun tahu melalui adik-beradik saya. Garrate popcorn yang menjadi asbab ianya sedap ialah digaul bersama karamel dan kacang-kacang yang sedang. MashaAllah.

Jazakillah kepada Puan Hafizah Salleh atas resepi popcorn beliau yang sungguh mudah. InshaAllah akan diusahakan bersama-sama tentera-tentera Allah di TTM ;).

19.9.14

KARIPAP RESEPI MAK-MAK JELITA

Alhamdulillah selepas cuba resepi roti butterscotch, Allah tiupkan saya semangat untuk cuba berkaripap pula keesokkan harinya. Saya pun lupa kali terakhir saya makan kuih karipap. Dengan sepantas kilat Puan Fifah bersama resepi karipapnya yang jelita dan resepi-resepi karipap jelita daripada mak-mak organik yang sentiasa jelita :D.

Resepi asal Puan Fifah untuk membuat doh, sekilo tepung digaul rata bersama sedikit garam dan secawan air sehingga sebati. Derhaka resepi memang sinonim dengan saya :D. Menurut Puan Alina, boleh dicampur dengan sedikit butter untuk kerangupan karipap. Saya pun tambahkan sedikit butter bagi tujuan itu. Alhamdulillah dengan izin Allah hasilnya:

Garfu pengganti tangan bangkuku :D.

Karipap pertama dalam sejarah.

Inti pula seperti masak kari. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Masukkan sedikit serbuk kari daging sehingga garing. Saya gunakan cap Adabi. Kemudian, masukkan ayam yang telah direbus dan dipotong kecil. Masukkan kentang yang telah direbus dan tunggulah sehingga sebati semuanya. Akhir sekali, imbangkan garam dan gula. Siap!

Trip kedua.

Pada saya, bukan senang buat karipap. Dohnya lebih payah untuk diuli daripada doh roti. Inti pula perlu bermain masak-masak di dapur basah. Selama saya menguli dan membuat inti, saya selami perasaan makcik-makcik yang membuat kuih untuk mencari rezeki. 3 biji hanya RM1. Allahu! Sungguh membuat karipap kali pertama ini menginsafkan saya. 

Semakin tidak sabar asbab menguli untuk meleperkan kulit karipap kerana ianya bukan mudah. Saya ambil jalan pintas buat karipap gergasi yang tidak diambil rupa persembahannya. Jadi, tepung tetap tidak habis. Jadi, lebihan doh disimpan. 

Idea suami ianya cuba untuk buat biskut kering pula.

Pelbagai rupa dan bentuk.

Ada rupa biskut kering bukan?

Pada pendapat lidah saya, mungkin perlu ditambah tepung jagung untuk kerangupan biskut ini. Walau bagaimanapun, biskut kering saya ini Allah izinkan juga rangup bukan asbab tepung jagung tetapi asbab lebih bakar!

Ada apa pada rupa :P.

InshaAllah selepas ini, Allah lebih mudahkan saya untuk menguli. Doh karipap, doh donut, doh pizza. Pejam mata, tidur dahulu, bangun sahaja terus siap. Kurniaan dari Allah untuk meringankan beban rumahtangga para suri isteri solehah. InshaAllah entry lain pula untuk kisah doh yang magika!

12.9.14

RESEPI ROTI BUTTERSCOTCH

Semalam dan hari ini yang agak meletihkan. Kemuncak senaman otak. Sempat juga saya belek mesej mak-mak jelitawan organik dan terpandang satu link khas untuk saya dari Jlos Puan Noen kesayangan fillah. Link berkenaan resepi roti butterscotch. Terus teringat roti butterscotch cap gardenia yang telah lama kami sekeluarga tinggalkan.

Zauji (baca: suami saya) seakan teruja dan anak-anak pun telah beberapa hari request roti mereka. Alhamdulillah kepala pula semakin baik malam semalam dan tepung juga ada. Saya gagahkan untuk meroti resepi butterscotch yang semestinya derhaka resepi asal. Ikut apa adanya dalam rumah iman kami.

Sos butterscotch: 25g butter, 1/2 cawan gula merah, 1/2 cawan whipping cream.

Kanan roti butterscotch untuk zauji dan kiri untuk kibarul masyayikh.

Resepi asal doh untuk butterscotch sepatutnya menggunakan yogurt dan baking powder tetapi saya hanya gunakan resepi saya selama ini. Resepi doh roti ala Bayt Al-Iman:

Bahan dan cara:
1. Gula merah organik 1 sudu makan.
2. Garam bukit merah jambu 1 sudu teh.
3. Natural yis 3 sudu makan.
4. Air suam secawan penuh.
5. Gaul sebati semuanya.
6. Butter organik 3 sudu dan gaul rata.
7. Masukkan tepung sehingga tidak melekit di tangan.
8. Biarkan doh mengembang bergaya lebih kurang setangah jam dan tumbuk.
9. Panaskan oven 180 darjah api atas dan bawah.
10. Ambil doh dan bulat-bulatkan. Susun dalam loyang sehingga penuh.
11. Tabur biji bunga matahari, kacang walnut yang telah dikisar dan kismis organik. (apa yang ada dalam stok kami).
12. Biarkan doh yang dibulat-bulatkan mengembang 2 kali ganda dari asal.
13. Laraskan suhu kepada 180 darjah dan bakar selama 10 minit api bawah sahaja. 5 minit kemudian dengan api atas dan bawah.

*********************************************************
Semasa doh dibakar, sediakan sos butterscotch. Sos kali pertama ini derhaka kerana saya lupa baca langkah demi langkah. Saya campur semua sekali dan panaskan. Resepi sos asal:
1. Cairkan butter dan masukkan gula.
2. Tuang whipping cream sedikit demi sedikit.
3. Ensin vanilla dituang selepas semuanya sebati (saya tidak guna ini).
4. Sejukkan sos.

**********************************************************
14. Curahkan sos butterscotch tadi di atas roti yang panas keluar dari oven.

Ini dia rupa percubaan pertama roti butterscotch ala Bayt Al-Iman.

Habis setangah loyang sepantas kilat :D.

Ini pula roti kibarul masyayikh. Roti butter gula dan coklat cip sos butterscotch.

Jazakillah kepada JLos Puan Noen kerana memberi inspirasi untuk mencuba resepi baharu untuk tekak-tekak yang boring dengan roti gulaku. Sebenarnya saya teringin buat dan makan karipap. Lama pendam perasaan kepada karipap. InshaAllah resepi karipap jelita JLos Puan Fifah menyusul. Sila puan Whatsup resepi karipap anda yang jelita kepada saya :D.

8.9.14

BEKAM

Sepatutnya awal tahun ini, saya bersama-sama sahabat Jelitawan Organik menghadiri kursus bekam yang diadakan di TIAF, Melaka jika saya tidak silap. Rata-rata sahabat-sahabat saya di JLo sangat kenal dengan Ustaz TIAF dan keluarganya melalui FB. Asbab saya masih pening penggunaan FB, saya masih belum pandai 'follow' orang dalam FB.

Takdir Allah, setiap kali dibuka kursus bekam dan maklumat disampaikan sahabat saya, Ummu Ahmads, kami sentiasa bertindih program. Maka, saya yakin inshaAllah Allah pasti temukan kami untuk meneguk ilmu mereka pada masa yang paling tepat. Cuma saya sempat minta sahabat saya yang menghadiri kursus untuk meminta keizinan mereka mengajar saya sedikit sebanyak ilmu bekam.

Saya terlalu ingin bekam. Bekam adalah salah satu sunnah perubatan Ar-Rasul. Mengikut PTT, bekam dapat membuang segala toksin dan benda-benda jahat dalam tubuh melalui pemakanan kita yang memang dijamin lebih banyak mudarat dan manfaat. Kesan makanan kita hari ini bukan ketika ini tetapi inshaAllah kesannya dalam 10 tahun akan datang.

Alhamdulillah semasa Aidilfitri 1435, JLo Puan Dee sudi ziarah saya dan merasmikan set bekam saya yang masih belum pernah digunakan lagi. Model bekamnya adalah JLo Puan Aza dan kami juga membekam diri sendiri seperti di kaki.

Set bekam saya yang beli secara berjemaah dengan geng JLo.

Ini dia darah yang tidak diperlukan ditubuh ayahanda saya. Darah yang berumur 55 tahun yang baru pertama kali dikeluarkan.

Inilah hasilnya seperti dadih.

Ini pula di bahagian kaki. Saya lupa, kaki abah atau adik lelaki saya.

Semasa pertama kali membekam, saya ada membuat kesilapan teknikal. Untuk sekali bekam, hanya dibenarkan 4 tempat sahaja. Tidak boleh lebih. Alhamdulillah Allah izinkan saya merasai sunnah berbekam melalui ahli keluarga. Mak, abah dan adik lelaki saya serta bahagian kaki zauji (zauji kurang yakin dengan saya :D). Adik lelaki yang bongsu pun telah mahir menggunakan peralatan bekam. Jazakillah JLo Puan Dee. Semoga Allah memudahkan urusan anda sekeluarga asbab menyebarkan cinta Ar-Rasul melalui sunnah bekam kepada kami inshaAllah. ;)

Subhanallah, rasa puas dapat menyebarkan cinta Ar-Rasul melalui bekam. Ditempat saya juga, saya pernah ternampak terdapat pusat rawatan bekam yang besar dan baru. Alhamdulillah, semakin ramai ummat akhir zaman ini telah kembali kepada perubatan gaya Ar-Rasul inshaAllah. InshaAllah dengan izin Allah, saya mahu mendalami sunnah berbekam bersama zauji dan perturunkan kepada anak-anak kami pula inshaAllah wa tabarakallah!

Said bin Jubir berkata dari Ibn Abbas r.a bahwa Rasulullah saw bersabda:
"Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara: pertama dengan meminum madu (dengan obat herbal), kedua dengan berbekam/hijamah, dan ketiga dengan (terapi) besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku untuk melakukan pengobatan dengan besi panas." (HR. Bukhori) [sumber]

7.9.14

PENDIDIKAN SEKS

Alhamdulillah semalam saya menghadiri LDP linus 2.0 dan kemudian penyebaran maklumat tentang pendidikan seks di sekolah. MashaAllah wah! Isu yang mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat. Ianya menjadi gurauan yang melucukan tidak kira pakcik ataupun makcik.

Kami -saya dan zauji- pernah membincangkan isu pendidikan seks ini setelah zauji menghadiri seminar tersebut baru-baru ini juga. Zauji sendiri berasa malu di dalam mesyuarat tersebut apabila lelaki dan perempuan tanpa segan silu bergurau berkenaan isu ini. Kalau kita perhatikan isu seks ini sering dijadikan bahan ketawa sesama rakat sejawat.

Pernah dengar, membina generasi beradab itu bermula dengan tok guru yang hebat?

Biah (baca: suasana) di sekolah sendiri hari ini tidak mengamalkan suasana syariat yang sebenar. Ikhtilat (baca: pencampuran lelaki dan perempuan) berlaku tanpa ada batasan yang sepatutnya. Sekiranya saya, saya akan marah jika diajak bergurau tentang seks. Ianya adalah maruah. Maruah saya. Maruah suami saya.

Pendidikan seks BUKAN penyelesaian masalah utama kepada masalah sosial yang kritikal hari ini. Punca UTAMA ialah kita semua adalah ummat yang tidak kembali kepada Allah dan Ar-Rasul. Masalah AQIDAH yang goyah dan rapuh menyebabkan generasi hari ini ketempangan arah.

Adalah lebih baik, anak-anak kita diterapkan dengan 1MURID1DHUHA. Bukannya sibuk 1MURID1SUKAN. Kita ajak anak-anak kita solat, kembalikan hati hanya pada yang SATU. Merutinkan solat berjemaah tepat pada waktunya. Ustaz ustazah memang tidak menang tangan.

Islam bukan agama untuk ustaz ustazah sahaja. Kalau Islam ini hanya untuk ustaz ustazah, makanya, syurga itu selayaknya buat mereka. Islam ini bukan juga agama warisan yang diwariskan dari tok nenek moyang kita, tetapi, Islam ini adalah agama penghayatan. Jika kita menghayati dan faham ilmu, maka akan lahirlah semangat beramal soleh dengan amalan yang soheh. Tidak kira siapa pun kita, selagi kita bernafas dalam keadaan Iman dan Islam, maka bersyukurlah. Baiki diri dengan mencari ilmu, menghayati dan beramal serta paling penting, sebarkan untuk manfaat ummah.

Masuk syurga berjemaah itu bukankah lebih menyeronokkan?

Berkaitan isu pendidikan seks yang kami bincangkan bersama, isu ini bukannya penyelesaian masalah. Kita tidak memerlukan kursus seks untuk mendirikan rumahtangga. Ianya adalah naluri dan fitrah insaniah yang Allah beri kepada manusia dan haiwan. Pandai dengan naluri yang Allah bekalkan. 

Kita terlalu mengikut Barat yang memang telah terlalu rosak. Ianya umpama pemandangan belon yang cantik tetapi apabila dicucuk, rosak keseluruhan strukturnya. Ianya juga ibarat melihat pandangan zoo yang damai dengan haiwan, cubalah masuk kandang singa bersama, barulah kita tahu tajam atau pendek kuku si singa.

Tenat.

Pendidikan kita yang terlalu tenat dan jauh dari Allah, menjadi punca masalah serius anak-anak generasi sekarang. Gangguan gajet, dan semua kecanggihan teknologi jika tidak dikawal dengan SEKETUL DAGING yang bernama HATI itu, maka jahanamlah generasi anak-anak kita hari ini. HATI itu ubatnya hanya kembali kepada Allah dan Ar-Rasul.

Itu sahaja.

6.9.14

ANDA BERTANYA, DOKTOR MENJAWAB

Perkara yang paling saya mahu buat sekarang adalah tumpuan kepada TTM dan duduk bersama mereka untuk sama-sama menghafaz setiap hari. Orang tua seperti mak saya, katanya, kematian setiap hari semakin dekat. Saya berkata pula, sesungguhnya kematian itu syaratnya bukan tua. Syaratnya hidup. Maka, bukan masalah umur.

Setiap jiwa yang hidup, PASTI merasai mati. Jangan gaduh. Semua dapat!

InshaAllah mudah-mudahan selepas lahirnya TTM nanti, mak dan orang sekeliling saya akan faham matlamat saya dan sama-sama membina saham jariah yang berpanjangan selagi mana anak-anak huffaz ini beramal dengan apa yang dihafaznya inshaAllah.

Semalam masuk lagi komen berkenaan vaksin. Kebiasaannya, saya print screen dan terus whatsup kepada Puan Tabib Terpercaya, seorang doktor di utara tanahair. Jadi, anda bertanya, Allah menjawab melalui PTT. InshaAllah semoga bermanfaat.



Boleh juga baca entry WW- VAKSIN & SUSU IBU.

InshaAllah TTM kami akan menjemput pihak klinik untuk memantau kesihatan anak-anak huffaz tetapi kami TIDAK akan membenarkan sama sekali mana-mana anak huffaz TTM untuk disuntik dengan apa jenis vaksin sekalipun. Sekiranya, ada ibu bapa yang mahukan juga anaknya disuntik, terpulang kepada mereka sendiri.

Mudah-mudahan, anak-anak huffaz kami membesar sebagai anak-anak yang cerdas jasmani, cantik rohani dan bermanfaat kepada ummah. InshaAllah!

4.9.14

ROTI HOMEMADE PALING ORGANIK

Balik kerja semalam, kami anak-beranak terus ke rumah nenda asbab ayahanda anak-anak saya mahu ke kuliah di masjid. Allah janji antara 7 golongan yang masuk syurga adalah pemuda yang hatinya terpaut kepada rumah Allah. Mudah-mudahan Allah mengakhiri hidup kita dengan kematian yang paling mulia, Allah redha dan seluruh penghuni langit menantikan roh kita. MashaAllah inilah matlamat sebenar kehidupan kita.

Mencari redha Allah. Takut hanya pada Allah dan bukan takut kepada manusia tetapi semua sistem hari ini melatih kita untuk takut pada manusia. Kita lebih takut mesin 'punch card' dari mesin 'punch card' solat. Kita sedayanya cepat-cepat untuk 'punch card', takut lewat tetapi tidak pula sedayanya melapangkan waktu kita untuk 'punch card' awal menghadap Allah. Bukan 24 jam pun. Hanya 5-10 minit, 5 kali sehari sahaja. 

Allah tidak pernah berkira-kira untuk segala nikmat yang Allah beri pada kita tetapi kita ini manusia sentiasa berkira-kira dengan Allah. Solat pun di hujung waktu. Terbalik pula jadinya. Siapa Tuan, siapa hamba?

Ditakdirkan ada sebuku roti yang sudah terlalu lama kami tidak makan di rumah nenda mereka. Lamanya kami tidak makan roti beli di kedai, sehinggakan saya lupa kali terakhir kami makan roti. Makanya, dipendekkan cerita, si shaikh besar zikir 'nak roti' sepanjang perjalanan balik. Diikutkan mata pula memang saya tidak mampu meneruskan perjuangan. Hanya nampak katil.

Lama juga saya tidak meroti. Hanya mendonut sahaja sebagai sarapan kegemaran anak-anak. Stok tepung saya dari KL pula sekarang transit di JB. Jazakillah JLo Ummu Ahmads yang sudi membeli-belah bagi pihak kami geng JDT :D. Mahu atau tidak alternatif tetapi agak mahal ialah ke kedai organik untuk mencari tepung organik tanpa peluntur dan tanpa segala tok nenek vitamin. Vitamin pun perlu hati-hati kerana kebanyakkannya adalah vitamin sintetik.

Dengan kelajuan kancil, zauji (baca: suami saya) segera untuk membeli tepung meraikan permintaan anak. Mulanya saya mahu mengalah juga untuk membeli wholemeal yang tidak dilunturkan tetapi masalahnya ialah vitamin sintetik merujuk PTT (baca: Puan Tabib Terpercaya) dan kandungan memang bermacam seperti 'softener' dan lain-lain. Zauji berat untuk beli roti yang lama kami pantang. Takut-takut anak rasa selamat dan selesa pula selepas ini.

Negara pengeluar yang sama dengan tepung yang kami sebelum ini. Turki.

Ini dia doh yang selepas uli terus sahaja masuk loyang. Paling kanan kononnya cubaan untuk membuat roti buku. Resepi doh pernah saya kepilkan di entry RASIA DONUT GEBU SIHAT.

Sebelum ini segala resepi saya tidak menggunakan butter atau keju bukan organik sepenuhnya tetapi cap yang bolehlah dimakan berbanding yang ada dipasaran. Alhamdulillah selepas menerima komen JLo Dee di entry sebelum ini, Allah gerakkan kami untuk beralih kepada butter dan keju organik. Di tempat saya, saya masih belum jumpa. Jadi saya import dari JB. Jauh perjalanan mereka. Jazakillah JLo Fiza n JLo Anna. Geng Jelitawan Organik. Jemput like Jelitawan Organik.




Alhamdulillah roti saya naik cantik dan inshaAllah saya letak roti paling berjaya dan bergaya. Berjaya dari segi kandungannya yang keseluruhannya adalah organik. Bergaya dari segi persembahan pentasnya yang naik gebu dan lembut pula permukaannya. Rahsianya gunakan api bawah sahaja ketika membakar roti dengan suhu 180 selama 15 minit. Dengan izin Allah inilah hasilnya.



Roti tabur gula dan coklat rice. Saya pula teringin roti tabur keju. Alhamdulillah keju pun sekarang telah ada yang organik. Juga diimport dari JB melalui jiran-jiran syurga. Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan mereka sebagaimana mereka memudahkan urusan saya.


Ini dia roti keju saya.

Paling cantik bergaya lagi manis rupawan ialah roti buku untuk cubaan pertama kali :D.

Alhamdulillah bolehlah. Roti buku keju bergula.

InshaAllah semoga akan lahir ramai Abdurrahman Auf yang kaya bertaqwa melalui Tadika Tahfiz Muhammad. Anak-anak yang akan menguasai ekonomi dunia akan datang seawal usia melalui kedai-kedai kek dan roti seluruh dunia yang menjaga hal ehwal kesihatan ummat sejagat. Orang-orang kaya bertaqwa yang bakal menyumbang kekayaan mereka untuk ummah inshaAllah.