31.1.13

PEMENANG WW SIRI 2

Menulis kali ini perasaan saya begitu tersentuh dan rasa lemah sebagai insan yang tidak punya apa-apa untuk dihadapkan dan dihujjahkan kepada Allah di mahsyar sana. Layakkah aku dengan syurgaMu ya Allah! T_T Saya pasti semua makcik-makcik telah berjaya menjejaki 2 tokoh semalam dengan sangat terkesan.

Saya mengenali 2 tokoh mujahiddeen hebat ini sekitar tahun 2006/2007 yang mana semasa itu Allah kirimkan seorang makcik (tua 2 tahun sahaja daripada saya) yang bertanggungjawab membawa saya kepada fikrah ini. Makcik ini juga yang bertanggungjawab menemukan saya kepada TUJUAN HIDUP kita di dunia ini. Kesedaran itu membawa saya mencari dan ada yang Allah bentangkan di depan mata dan tinggal baca, kaji, amal dan sebarkan sahaja. Oh Allah beratnya!

AS-SYAHID SHEIKH AHMAD YASIN
Tokoh di dalam entry WW- SIAPA KENAL? adalah AS-SYAHID SHEIKH AHMAD YASIN. As-Syahid adalah pengasas kepada HAMAS (Al-Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah) bersama As-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi pada tahun 1987. Hebatnya beliau yang lumpuh hampir keseluruhan badan dan hanya berkerusi roda sejak berusia 12 tahun akibat kemalangan, tidak pernah ketinggalan solat jemaah. Bayangkanlah! Bandingkan dengan kita yang sihat walafiat tetapi masih 'segan' mahu berjemaah. Ya Allah, bantulah pemuda-pemuda kami!

Dalam keterbatasan pergerakkan juga, beliau masih boleh membaca Al-Quran secara konsisten. Pernah anaknya yang sentiasa menemaninya, tertidur ketika rutin mereka selepas solat maghrib jika saya tidak silap ingat, dan apabila tersedar, si anaknya melihat ayahnya yang hebat ini sedang menyelak lebaran Al-Quran tersebut menggunakan mulut dan giginya. ALLAH! ALLAH! ALLAH! Sesungguhnya aku banyak menzalimi hakMu! (nangis laju-laju).

Hebat! Walaupun hanya berkerusi roda, tetapi pakcik ini mampu dengan kesungguhan dan kesedarannya, tidak pernah tinggal solat berjemaah malah dengan keterbatasannya, beliau juga digeruni zionis laknatullah! Subhanallah!

Bacalah pesanan As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin buat pemuda-pemudi! Bacalah! Dengan ilmu dan amal, kita akan dikasihi Allah dan mohonlah meraih redhoNya untuk bersenang-senang di syurgaNya (nangis lagi).

************************************************************************
WAHAI anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu.

TELAH tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

AKU menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

WAHAI para Pemuda, aku ingin kamu menyedari 
dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.


AKU ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

WAHAI Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

KEPADA semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dgn agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dlm kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

BIASAKAN diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.


*************************************************************************
ALLAH! ALLAH! ALLAH! kerdilnya rasa diri ini. Beliau telah diburu semenjak menyatakan pendiriannya menentang zionis laknatullah dan beliau mengisytiharkan jenayah untuk sesiapa sahaja yang berkerjasama dengannya. Beliau pernah ditangkap, dipenjarakan dan dibebaskan semula pada tahun 1997 dalam keadaan matanya hampir buta!

Kemuncaknya adalah pada 22 mac 2004, beliau yang sebelum itu telah merasai (atau mungkin sudah terbau-bau syurga) telah beriktikaf di masjid dan minum segelas air masak untuk puasa sunat. Kemudian, solat subuh dan ketika mahu keluar, jemaah subuh ingin membakar tayar agar asap tayar tersebut mampu melindunginya tetapi dilarang oleh beliau.

Sebaik beliau keluar, peluru berpandu terus meluncur laju ke atas kepalanya. Anda pasti melihat keadaannya dalam keadaan kepala bocor tetapi saya tidak sanggup untuk meletakkan foto tersebut. Beliau syahid bersama beberapa orang termasuk menantunya.

AS-SYAHID DR. ABDUL AZIZ RANTISI
Kita sering mendengar kata-kata 'di sebalik seorang lelaki yang hebat, ada wanita dibelakangnya' tetapi ayat ini disanggah oleh Ummu Muhammad iaitu isteri kepada As-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi iaitu tokoh yang saya maksudnya di entry WW- SIAPA PULA INI? Dengan tegasnya, disebalik kehebatan suaminya yang digelar Abu Muhammad, pastinya atas didikan ibunya. Oh para ibu, besarnya pengaruh kita kepada anak! Beginilah ayat seorang wanita yang punya tarbiyyah menjawab segala persoalan dengan penuh hikmah. ALLAH, jauhnya Ummu Muhammad yang sedang menulis ini dengan Ummu Muhammad yang hebat itu!

Abu Muhammad & Ummu Muhammad.

Menurut Ummu Muhammad yang hebat itu yang pernah ditemu bual dan anda boleh google untuk menjumpai temu bual tersebut, Abu Muhammad yang hebat itu sangat terasa dengan pemergian Sheikh Ahmad Yasin tetapi tidak menyalahkan Sharon kerana kematian itu pasti. Menurut As-Syahid Abu Muhammad, “sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah satu”. Saya tidak akan lupa kalimah suami saya, dan ia amat mempengaruhi diri saya katanya, “ Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah pemergianmu”. [sumber]

Dikisahkan detik terakhir semasa hayatnya sebelum bertemu syahid, Dr. Rantisi menyanyi kecil kalimah yang paling disukainya iaitu “An Tadkhulani Rabbi al jannata hadza aqsha ma atamannaa” (Tuhan! Engkau masukkan aku ke dalam syurga-Mu, inilah puncak harapanku).

Ketika itu, Akram Nasshar iaitu salah seorang pengawal yang menjadikan Dr. Rantisi sebagai guru dan ikutannya datang bertemu dengannya selepas solat Asar setelah 2 minggu tidak bertemu yang juga orang yang dikehendaki zionis. Jadi, selepas solat isyak, Dr. Rantisi dan anaknya, Ahmad keluar dengan memakai pakaian orang tua keluar dengan menaiki kereta putih jenis 'sparoow' bercermin gelap menuju tempat yang dirancangkan.

Tidak lama kemudian, Dr.Rantisi seorang sahaja berpindah ke kereta jenis 'sparoow' yang dinaiki Akram dan Ahmad Garrah, agen rahsia di Brigade Izzuddin Al-Qassam. Kereta tersebut memecut dengan kelajuan yang tinggi dan ketika itu juga datang 2 helikopter Apache milik zionis melepaskan 2 roket dan tepat mengenai kereta yang dinaiki mereka bertiga.

“Saya menyeru anda semua agar bertenang, seandainya Rantisi, Al-Zahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Siyyam dan semuanya gugur syahid (dibunuh Israel), demi Allah perjuangan kita akan bertambah gemilang dan membuatkan kita semakin mencintai jalan ini. Tangan-tangan kita yang menggenggam senapang di dunia ini, Insya’Allah akan berpelukan bersama disisi Allah SWT (di syurga nanti). Oleh itu silalah Sharon dan kuncu-kuncunya meneruskan apa yang mereka inginkan di sini, kami akan sentiasa meneruskan perjuangan ini. Jalan yang kami lalui ini memang payah, namun, inilah satu-satunya jalan yang akan menghantarkan kita semua kepada cita-cita kita (iaitu syurga). Di atas dasar inilah kita tidak akan sekali-kali merasa lemah, tidak akan menyerah dan tidak akan juga menghinakan diri kami (dengan menyerah kalah kepada Israel).” - Asy-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi

Kesyahidan 3 sahabat berlaku selepas lebih kurang kesyahidan Sheikh Ahmad Yasin iaitu pada 18 April 2004. Teknik pembunuhan zionis adalah sama seperti yang terjadi kepada Abu Muhammad yang meninggal pada tahun lepas iaitu tahun 2012 ketika serangan zionis di awal bulan muharram, iaitu Ahmad Al-Jabari. Masih ingat kisah kesyahidan ketua umum, Briged Izzuddin Al-Qassam?

Antara fakta takjub berkenaan pembunuhan ini, walaupun semuanya rentung tetapi senaskah Al-Quran masih utuh tidak terbakar. Hanya hujung Al-Quran tersebut yang sedikit cedera. Subhanallah!

PERKAITAN MEREKA
Satu perkataan yang menghubungkan mereka yang dimaksudkan saya dalam entry WW- PERKAITAN MEREKA adalah HAMAS. Nampaknya hanya ada seorang makcik yang menjawab dengan tepat, jitu dan padu ketiga-tiga soalan entry WW. Malah makcik tersebut sememangkan lebih HADAM dari saya sendiri!

Berukhuwwah fillah sampai syurga.

Walau bagaimanapun, tahniah kepada semua makcik-makcik! Saya kagum dengan anda semua kerana anda semua telah menunjukkan kecintaan yang mendalam untuk mengetahui tokoh-tokoh  yang telah pasti syurga bahagian mereka. Allah! Allah! Allah! Mudah-mudahan kita semua punya cita-cita untuk mati syahid! Dengan ini diumumkan, pemenang untuk WW minggu ini, milik  Makcik...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
In shaa Allah pemenang WW siri 2 minggu ini bakal memenangi barangan dari imaNiaga iaitu

Kain pelekat anak. Pilih sahaja mana hendak ;)

Sambung balik :P..
Pemenang WW siri 2 minggu ini dimenangi oleh

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

UMMU IKRAM

Tahniah makcik ummu ikram! Sila hantarkan nama, alamat dan no telefon anda untuk urusan poslaju hadiah daripada kami ke email attuffahumairah@gmail.com. Kepada semua jangan bermuram durja, ada rezeki dan kelapangan, kita main jejak-jejak tokoh lagi in shaa Allah dengan izin Allah pastinya :D. Selamat menyambut penghulu segala hari dan khatam surah Al-Kahfi!

30.1.13

WW- PERKAITAN MEREKA?

Apakah yang menghubungkan 2 orang tokoh seperti yang disebutkan di dua entry sebelum ini?

Hanya ada SATU PERKATAAN yang boleh menggambarkan hubungan ukhuwwah fillah di antara mereka. Apakah SATU PERKATAAN itu? :)

WW- SIAPA PULA INI?

Siapa pula pakcik berkaca mata bergaya ini?

Pembayang: "Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. Jika saya diberi pilihan untuk mati dibedil oleh helikopter Apache ataupun akibat serangan jantung, saya memilih dibedil oleh Apache."

WW- SIAPA KENAL?

Siapa kenal pakcik yang lumpuh hampir keseluruhan badan dan sangat digeruni laknatullah?

Pembayang: “Saya punya firasat akan segera mendapatkan kesyahidan dan memang itulah yang saya minta. Saya hanya mencari akhirat, bukan dunia”.

23.1.13

WW- ROM vs PARSI

Kedudukan Tanah Arab di antara 2 kuasa besar iaitu Rom dan Parsi.
Soalan: Labelkan X dan Y.

21.1.13

HADIAH PEMENANG 'WW' SELAMAT DIPOS

Alhamdulillah petang tadi sekalian dengan tempahan telekong kawan kepada Puan Anna, kami telah pun pos hadiah buat PEMENANG 'WW'. In shaa Allah dalam esok sampailah hadiah tersebut kepada Puan Karisma Izzah dengan izin Allah :).

Setelah berbincang dengan ayahanda Muhammad dan Abu Bakr dan berkunjung senyap ke blog Puan Karisma Izzah, mengambil kira faktor anak-anak Puan Karisma Izzah yang lebih kurang sebaya dengan Muhammad dan Abu Bakr kami, jadi, alangkah baiknya sekiranya hadiah yang diterima oleh PEMENANG KREATIF!, dimiliki juga PEMENANG 'WW'. Bukankah misi kita semua sama untuk melahirkan lebih ramai huffaz? :D


In shaa Allah ada umur, kita gali lagi sejarah kita sebenar. Mudah-mudahan Allah kurniakan kefahaman yang mendalam tentang agamaNya dan kekuatan untuk pelaksanaan segala kefahaman tentang APAKAH TUJUAN HIDUP KITA? Hadam dan cernakan! Makcik yang menaip ini pun banyak hutang dengan kefahaman + pelaksanaan. Ya Allah kurniakan ilhamMu buat kami di masa hadapan. Teringin mengikut jejak langkah para mujahiddeen. Sesungguhnya dunia adalah tempat bersusah payah T_T.

18.1.13

PEMENANG 'WW'

Alhamdulillah Allah izinkan lagi kita sampai di penghulu segala hari. Selamat membaca surah Al-Kahfi sehingga khatam dengan penuh bergaya dan mudah-mudahan Allah redho dengan mempersilakan kita semua ke syurgaNya dengan begitu terhormat asbab mengamalkan sunnah kekasihNya in shaa Allah!

Kiri yang bersongkok tinggi itu adalah, AS-SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA manakala yang kanan berkopiah putih itu adalah AS-SYAHID SYED QUTB. Semoga Allah merahmati mereka. Pakcik-pakcik sila tarik tangan kami menuju ke syurga nanti. Apalah nasib kita nanti T_T.

Alhamdulillah respon yang sungguh cantik daripada sahabat-sahabat syurga maya BAi :). Anda sesungguhnya telah menunjukkan minat yang mendalam untuk menggali lebih dalam lagi fakta sebenar mengenai sejarah kita.

Sebenarnya, untuk menceritakan secara terperinci asal kewujudan kedua tokoh besar di atas, kita memerlukan masa yang panjang untuk sampai kepada cerita mereka ini. Kita perlu kenal dahulu sejarah Nabi-nabi kita, selepas itu kita perlu faham kenapa Allah pilih orang Arab untuk mengembangkan agamaNya. Kemudian, kenapa Rasulullah SAW ditentang dengan hebatnya. Kita akan mengembara lagi tentang khulafa' Ar-Rasyideen dan fasa bani umayyah. Lagi, mengkaji fasa abasiyyah I dan II sehingga runtuhnya sistem khalifah semasa turki uthmaniyyah. Kemudian, barulah cerita kedua tokoh ini muncul.

Oh! Saya begitu bersemangat mahu mensirikan kisah benar ini. Rahmat Allah buat makcik murrabbiah dan murabbi yang banyak berjasa untuk mengembangkan berkenaan sejarah kita yang sebenarnya. Saya tidak pasti doa apakah daripada 'mereka' yang membuat saya tidak senang duduk selagi mana saya tidak menjalankan kefahaman dan pelaksaan fikih ini. Alahai lemaunya diriku! T_T

Semakin mendalami, membaca, sebenarnya ia membuatkan diri kita lebih tunduk kepada Allah. Betapa banyaknya kita TIDAK TAHU. Setuju? Saya juga banyak yang tidak tahu. Terlalu banyak. Mohon Allah bantu kita kenal lebih banyak tokoh-tokoh yang dapat membantu meningkatkan keimanan, menjernihkan fikrah dan semakin tunduk malu kepada Allah serta yang paling penting beramal dengan amalan-amalan hebat mereka berteraskan taat Allah, ikut sunnah in shaa Allah!

Baiklah kita terus kepada tajuk entry semalam mengenai perkaitan antara mereka berdua. Saya pernah menulisnya secara ringkas mengenainya di dalam entry CUTI SIRI II l AKTIVITI DALAMAN. Saya kepilkan semula tulisan berkenaan.

*********************************************************************
Menulis mengingatkan ibu tentang seorang tokoh yang sangat memberi inspirasi kepada ibu. Tokoh yang ibu maksudkan adalah As-Syahid Syed Qutb. Muhammad dan Abdullah kenal? In shaa Allah kita akan perlahan-lahan hadam SEJARAH KITA dengan bergaya! Syed Qutb ini adalah penulis Tafsir Fi Zilal. Tafsir yang pada ibu ditulis dengan sepenuh hati dan perasaan. Fikih As-Syahid Hassan Al-Banna telah berjaya mengubah fikrah Syed Qutb yang telah menghafal Quran diusia 10 tahun.

Syed Qutb berasal daripada keluarga yang kuat mengamalkan agama dan mencintai Al-Quran dan penulisan beliau pernah 'tersimpang' kerana futur, terikut-ikut dengan gaya hidup orang Amerika. Syed Quth dilahirkan pada tahun yang sama dengan Hassan Al-Banna tetapi Syed Qutb tidak pernah mengenali siapakah terrorist yang sangat terkenal dikalangan masyarakat Amerika.  

Ditakdirkan Syed Qutb sakit dan ditempatkan di hospital dan beliau pelik melihatkan orang-orang Amerika yang bersorak gembira. Bermula dari kisah ini, Syed Qutb telah menemui turning pointnya. Beliau mula 'menggali' fikih Hassan Al-Banna iaitu pengasas ikhwanul muslimin (IK) yang mana dinaungi oleh HAMAS di Palestin. Syed Qutb kemudiannya menyertai IK dan fikihnya masih tersebar luas sehingga hari ini.

Syed Qutb syahid di tali gantung dan sebaik sahaja berita kesyahidannya tersebar, semua nashkah Tafsir Fi Zilalil Quran telah dibakar oleh pemerintah Mesir ketika itu. Walau bagaimana dibakar sekalipun, Allah izin fikihnya tersebar luas berselerakkan di merata dunia sebagai pedoman untuk para da'ie untuk 'hadam' manhaj dakwah generasi awwal. Sesungguuhnya fikih yang benar akan sentiasa hidup dan ibu berharap Muhammad, Abdullah serta generasi kalian bakal meneruskan langkah ini dalam usaha mengembalikan kegemilangan Islam yang benar. Mohon Allah bantu usaha dan ikhtiar kita bermula dari dalam BAi in shaa Allah!


***********************************************************************
Jadi, seperti yang dijanjikan sesiapa yang pantas memberi komen dengan jawapan yang tepat dikira sebagai pemenang. Diumumkan juara untuk PEMENANG 'WW' (WW= wordless wednesday) dimenangi oleh...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Alhamdulillah in shaa Allah Puan Karisma Izzah bakal menerima hadiah daripada BAi. Tahniah! Saya kagum kerana puan paling pantas memberi komen dengan tepat! Sila emailkan nama, alamat dan nombor telefon ke email: attuffahumairah@gmail.com. Beradu dahulu :D. In shaa Allah dengan izin Allah kita bertemu lagi di lain episod berteka-teki hehe! Jumpa lagi!

16.1.13

WW- PERKAITAN MEREKA

Subhanallah! Tahniah kepada makcik-makcik yang berjaya menjawab 2 soalan di entry sebelum ini dengan penuh bergaya! Kagum dengan semangat dan kesungguhan kalian untuk menjejaki 2 orang pakcik yang sungguh mahsyur itu kerana sumbangan mereka dalam sejarah sebenar kita.

Soalan seterusnya, apakah perkaitan pakcik di kiri dan kanan ini?

Pembayang: UM pernah tulis tentang mereka berdua sebelum ini beberapa perenggan di suatu entry.
Sila copy and paste di ruangan komen apa yang UM tuliskan perkaitan mereka berdua.
(Siapa paling laju komen, dia memang bertuah!)

WW- SIAPA PULA PAKCIK INI?

Maha Suci Allah! Tahniah!
Sangat kagum dengan makcik-makcik yang jawab dengan penuh bergaya pakcik di entry sebelum ini, WW- SIAPAKAH?

Siapa pula pakcik ini? :D
Bayang-bayang (pembayang): Pakcik ini sangat teruja dengan pakcik di entry sebelum ini ;D.

Sila mengikuti entry selepas ini in shaa Allah dengan izin Allah ;).

WW- SIAPAKAH?

Siapa tahu siapakah pakcik ini? :)

Pembayang: Antara kata-kata pakcik ini yang mahsyur,
"Tegakkan Islam dalam diri kamu...nescaya Islam akan tertegak di atas bumi kamu".

15.1.13

PERGI KAMU! BIAR KAMU...

...jadi imam di Haramain!

Subhanallah! Allahuakbar! Dahsyatnya setiap patah perkataan seorang ibu. Selepas ini, mudah-mudahan Allah ingatkan dan izinkan sentiasa bibir ibu basah dek zikir yang hebat-hebat buat Muhammad dan Abdullah serta adik-adik selepas kamu supaya membesar sebagai insan yang disayangi, dicintai, dimuliakan kerana Allah dan  RasulNya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat sana :).

Ibu lupa sama ada ibu baca atau ibu dengar tentang Imam Besar Masjidil Haram ini yang mana Sheikh Sudais sedang ditemuramah dan ada seorang pemanggil yang bertanya untuk menakwil mimpi. Sheikh Sudais dengan jujurnya mengatakan yang beliau tidak berapa tahu (maksudnya tahu sedikit) dan meminta si pemanggil menceritakan mimpinya.

Menurut si pemanggil, dia bermimpi melihat seseorang yang sangat dikenalinya berbogel mengelilingi kaabah. Terus sahaja Sheikh Sudais mengatakan yang beliau pernah mendengar tentang takwil mimpi sedemikian yang mana kemuliaan buat si tanpa pakaian yang mengelilingi kaabah tersebut. Allah mengampunkan dosa-dosanya dan dia akan dimuliakan, lebih kurang begitulah isi ucapan Sheikh Sudais.

Si pemanggil meminta izin untuk mendedahkan siapakah individu yang berbogel di dalam mimpinya. Individu yang tanpa seurat benang mengelilingi kaabah itu adalah Sheikh Abdurrahman As-Sudais!

Allah! Allah! Allah! Mohon banyak Allah ringankan lidah ibu dan semua ibu-ibu yang seangkatan untuk terus berzikir yang hebat-hebat buat anak-anak kami. Anakmu, anakku jua ;). Islam mempersaudarakan kita dan kita hendak berkejaran di dalam syurga bersama-sama. Alangkah indahnya! ;D

13.1.13

KENAPA DENGAN SYRIA?

BACA! Jika masa terlalu cemburu, bacalah tulisan yang dikuningkan. Bacalah! Mudah-mudahan kita bukan tergolong dalam golongan yang jahil ilmu, tiada amal. Pendek kata, sudahlah miskin di dunia, hina pula di akhirat sana. Nau'zubillah!

*****************************************************************************

SERDANG– Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi, telah diamanahkan Ketua Ikatan Ulama Islam Antarabangsa itu untuk memberitahu berita dan hal sebenar yang berlaku di Syria.

Perkongsian Antarabangsa Syria
Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi, pembantu khas Dr Yusuf al-Qardhawi.


Beliau yang baru sahaja melawat Indonesia diminta oleh Dr Yusuf al-Qardhawi untuk ke Malaysia. Seperti mana revolusi yang sedang berlaku di Yaman dan Syria, beliau juga mengharapkan agar di Malaysia juga berlaku perubahan yang lebih baik khususnya dalam kalangan umat Islam.

Di Indonesia, Syeikh Khalid telah menerangkan berkenaan isu Syria di beberapa tempat, dan kemuncaknya, beliau bertemu dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono ditemani sahabat dari Partai Keadilan Sejahtera (PKS). Setelah menerangkan kisah sebenar, akhirnya Presiden Susilo telah bersetuju untuk menyokong revolusi rakyat Syria.

Menurut beliau, revolusi bermula di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria menentang pemerintahan kejam Basyar Al-Assad.

Tambahnya, golongan zalim tidak berhenti mengaburkan kebenaran, tapi mereka gagal, seperti kata Ali r.a. "Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.”

Kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah Subhanahu Wa Taala di dalam surah al-Israk ayat 81:
“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”

Dr Khalid melihat kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.

Dan mereka ini tidak akan kekal seperti dalam surah ar-Ra’d ayat 17: “Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.”

Beliau menceritakan latar belakang sejarah Syria, yang merdeka daripada penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Basyar Al-Assad yang kini memerintah selama 11 tahun.

Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator. Syeikh Khalid menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46,000 ribu penduduk Hama yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.

“Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk membela darah pemuda, pemudi dan huffaz. Kita kena sokong revolusi di Syria, kena tunjukkan keberanian kita menentang rejim zalim ini.

“Mereka membenci ASWJ, dan Hizbullah di Lubnan juga menyokong mereka. Jadi kita perlu menyokong saudara kita di Syria. Sekiranya Hizbullah berani menyokong Basyar ini, kenapa kita tidak berani menyokong golongan yang mempelopori revolusi ini?” tegasnya.

Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.

Dalam tempoh lapan bulan, telah berlaku revolusi siang dan malam, rakyat menghadapi senjata berat dan kereta kebal hingga rumah dan masjid dirobohkankan, wanita dibawa ke tempat yang tidak diketahui, malah ada wanita yang diperkosa di hadapan suami mereka sambil diikat. [zalim!]

Menurut Syeikh Khalid lagi, seorang remaja perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang dipotong-potong.

Beliau menegaskan, ”Apakah kita perlu berdiam diri? Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!“

Rejim Basyar juga telah memaksa kakitangan kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta dan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan yang tidak menyokong kerajaan akan hilang pekerjaan mereka.

Katanya, pejuang yang terlibat dalam revolusi akan bersiap, berwuduk dan mandi dengan wangian kerana mereka bersedia untuk mati syahid. Beliau menganggarkan 95% rakyat Syria menentang rejim itu walaupun mereka ditakut-takutkan dan diugut sekiranya turun menyertai revolusi.

Jelasnya, ada maklumat yang silap difahami oleh bukan negara Arab yang menyangka kononnya rejim Basyar sedang menyerang Israel sedangkan mereka tidak pernah menyentuh Israel, tetapi mereka membunuh rakyat mereka sendiri. Malah kapal terbang Israel boleh berada di atas istana Presiden tanpa diambil sebarang tindakan.

“Selama 43 tahun Bukit Golan diduduki oleh Israel tetapi regim Hafez Al-Assad dan ayahnya tidak pernah membunuh walau seorang pun Yahudi, tetapi mereka telah membunuh ribuan penduduk Hama yang terletak hanya enam kilometer dari Bukit Golan.”

“Maka di mana buktinya bahawa rejim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke atas Israel?” tanya beliau.

Beliau seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahsia antara Syria dan Israel. Basyar merupakan al-Assad (singa) kepada rakyat mereka tetapi penakut dengan Israel.

Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yang tidak mahu menembak ASWJ, mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan rejim.

Beliau seterusnya menyatakan fatwa Rabitah Ulama Syria oleh Dr Ali As-Sobuni bahawa sekiranya tentera menyerang rumah penduduk, mereka hendaklah melawan walau dengan sebilah pisau, dan mereka dihukumkan syahid sekiranya terbunuh berdalilkan hadis berikut:

“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie dan Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang Sahih).

Sebanyak 18 negara Liga Arab telah bersetuju untuk mengenakan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria sehingga rejim Syria menghentikan kekejaman ke atas rakyatnya. Begitu juga, negara-negara Persidangan Negara-negara Islam (OIC) turut memulau Syria.

Revolusi di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama iaitu penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia.

Apabila ibu bapa kanak kanak itu datang untuk membebaskan anak-anak mereka dari penjara, ketua polis penjara mengatakan kepada mereka: "Kamu balik sahajalah, lupakan anak anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada..., jika kamu hendak anak-anak lagi berikan kami isteri-isteri kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak kamu.”

Dari situlah bermulanya demonstrasi yang semakin hari bertambah momentumnya dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta demonstran telah mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak Basyar berundur. Syeikh Khalid turut menjelaskan tentang pendirian Dr Sa’id Ramadhan al-Buti dalam politik Syria. Menurutnya, Dr Sa’id adalah antara lima orang ulama yang menyokong rejim berbanding 95% ulama yang menentang. Beliau menyifatkan Dr Sa’id sebagai ulama yang 'berilmu' tetapi kurang tajam dalam perspektif politik.

“Tidak hairanlah para pemuda di sana membakar buku-buku karangan beliau. Ramai lagi ulama lain yang menulis buku sirah yang amilin. Jadikanlah ulama-ulama amilin sebagai rujukan,” katanya.

Akhirnya, beliau menyeru umat Islam membantu rakyat Syria, menyeru peranan mufakkir, duat, asatizah untuk mengetengahkan dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang berlaku di Syria.

Beliau turut menyarankan kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.

“Hendaklah kamu berdoa untuk saudara-saudara kamu di Syria dengan ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka.”

Sebagai penutup, beliau membaca amanat Dr Yusuf al-Qardhawi agar umat Islam menghulurkan bantuan berbentuk kewangan kepada saudara-saudara se-Islam di Syria dalam bentuk zakat dan sedekah untuk keluarga pejuang yang sedang dipenjarakan dan keseluruhan rakyat Syria, lebih-lebih lagi musim sejuk akan datang dan mereka sedang mengalami kekurangan bahan pemanas dan makanan kerana sekatan pemerintah.

Berdasarkan amanat tersebut, kutipan derma dilancarkan bagi membantu rakyat Syria yang tertindas. Kutipan derma dianggarkan berjumlah RM38,000 termasuk mata wang asing seperti USD, Won, NZD, SGD, Rupiah dan Iraq Dinar. VCD 'Syria Revolution' yang dijual IKRAMedia, dengan semua keuntungannya disalurkan kepada Tabung Syria juga habis dalam masa yang singkat.

Program anjuran Jawatankuasa Antarabangsa Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) itu diadakan di Dewan Banquet Universiti Putra Malaysia di sini Selasa lalu dan dihadiri kira-kira 1,000 orang ahli IKRAM. Terdahulu, Presiden IKRAM Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menyampaikan ucapan mengalu-alukan kehadiran Dr Khalid.

Turut hadir adalah Pengerusi JK Antarabangsa IKRAM Pusat Ustaz Wan Subki Wan Salleh dan Timbalan Pengerusi JK Tarbiah Ustaz Abd Muhaimin Mohd Sahar yang bertugas sebagai penterjemah. Bertindak mengacarakan majlis pada malam itu adalah Yang Dipertua IKRAM Selangor Ustaz Shamsul Maarif Ismail.

Majlis ditutup dengan bacaan doa penuh syahdu seluruh hadirin yang dipimpin oleh Pengerusi JK Tarbiah IKRAM Pusat Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria.

Mudah-mudahan Allah mengurniakan pertolongan yang seluas-luasnya kepada umat Islam yang sedang dizalimi di Syria, menghancurkan taghut yang zalim dan menggantikannya dengan pemerintahan Islam di sana.

12.1.13

TUMPANG IKLAN

Penghabisan stok 5 helai kain pelekat kanak-kanak atau sarung anak istimewa khitan dan juga baki 2 pasang telekong saiz M dan L (mengikut pilihan) bersama kain batik labuh khas untuk solat.

Jemput singgah imaNiaga ;).

JAHANAM DI 'SYAM'!


Semua negara Islam sedang bergolak dan yang masih tidak henti-henti diperhambakan selain Palestin adalah Syria (bumi Syam) semata-mata mahu menegakkan perlembagaan Islam dengan mewujudkan sistem kekhalifahan. Selagi mana perlembagaan Islam tidak tertegak, selagi itu kita semua (orang yang mengaku beragama Islam) menanggung kemurkaan Allah.

Masih belum ramai yang tahu tentang keadaan yang berlaku di Syria sebagaimana pengetahuan kita tentang isu Palestin. Mereka di sana ada seekor jahanam yang menyuruh ummat di Syria mengaku dirinya Tuhan persis Namrud dan Firaun. Dua makhluk Allah yang terakam jelas sungguh DERHAKA di dalam Al-Quran! Sunnatullah sejarah itu akan berulang dan terus berulang.

Nasihat saya, marilah kita luangkan masa kita 6 minit lebih sedikit sahaja. Mudah-mudahan Allah bagi kelapangan masa saya untuk menulis sedikit info tentang situasi di Syria ketika ini in shaa Allah pasti dengan izin Allah!

PEMENANG KREATIF!

Rakan-rakan blog BAi yang dirahmati Allah sekalian :)
Alhamdulillah teka-teki rehatkan minda di hari Jumaat ditutup rapat menjelang maghrib tadi. Alhamdulillah ada seorang makcik yang menjadi juara bertahan nampaknya setakat ini :). Harap tidak kisah penggunaan bahasa makcik dan pakcik kerana 'kami' biasa memanggil pakcik mahupun makcik untuk merujuk kepada tidak kira tua mahupun muda seseorang itu bagi mengelak penggunaan perkataan 'abang' yang tidak bersesuaian untuk 'kami' memanggil dengan berlainan jantina atau istilah tepatnya geli. Haha! (kami=akhowat)

Baiklah tanpa membuang masa, BAi dengan sukacitanya mengumumkan bahawasanya objek yang diteka oleh makcik-makcik sebagai payung, botol susu, helikopter, tidak kurang sebagai ayah dan adik kehkehkeh! yang mana objeknya adalah seperti di bawah merupakan...


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Sebelum itu, untuk hadiah kali ini bukan produk dari imaniaga, BAi dengan gembiranya ingin menghadiahi 2 keping CD audio (bukan bergambar) surah-surah lazim yang sesuai didengar ketika memandu, memasak, santai bersama anak yang didendangkan oleh Juara Akademi Al-Quran musim ke-3 iaitu saudara Mohamad Fakhrul Radhi Bin Khamaruddin. CD ini kami beli 2 set baru-baru ini dan takdirnya, satu set untuk 'pemenang kreatif' ;).


Sekotak ini ada 2 keping CD di dalamnya.

Surah-surah yang terdapat di dalamnya.

...sambung semula. Objek yang dimaksudkan abang besar dengan binaannya itu adalah...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
sekali lagi...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
MIKROFON!

Sila tepuk dahi sendiri haha! Lepas ini tidak boleh mikrofon lagilah :D. Hampir semua apa sahaja yang dibina abang besar adalah mikrofon. Bezanya sama ada mikrofon tersebut berkaki atau tidak. Contohnya gambar tadi ialah mikrofon yang tidak berkaki akibat biasa melihat kuliah yang mana ustaz-ustaznya duduk dan di hadapan mereka penuh dengan mikrofon seperti ini:

Ehsan pakcik google.

TAHNIAH besar buat Puan Marlina Mokhtar dari blog Teratak Mawaddah yang buat kali keduanya meneka dengan tepat sama seperti jawapan untuk 'LEGOLAND' :). Juara bertahan nampaknya setakat ini. Silalah email saya apa yang patut seperti biasa ya kak ina :).

11.1.13

TM & Me-S GIVEAWAY


Sokongan padu BAi buat TM tersayang! :)

Klik banner untuk memeriahkan lagi GA Puan Marlina ;).

Syaratnya cukup mudah!
1- Mesti ada blog. Taip entry ringkas bertajuk "TM & Me-S GIVEAWAY"
2- Letak banner di atas dalam entry
4- Jika ada FB, boleh Like kami di SINI (pilihan)
5- Tag 2 orang rakan anda untuk sama-sama menyertai GA ini
6- Dah siap, sila letakkan url anda di kotak komen beserta ID Follower / FB
[Salin dan tampal dari blog TM]

BAi tag Cikgu Anis dan Ummi Wafa Sofea serta semua yang berminat.
Jom semua! :D.

7.1.13

THE BENEFIT OF READING

It is difficult to imagine a world without books and other kinds of reading material. If it had not been for Johann Gutenberg's invention of the movable letters for printing, we would not be able to enjoy such a wide array of reading material today. It has been said that reading is exercise for the mind. This is because reading provides more input and stimulates the mind. Reading also improves a person's command of a language.

Today, there are millions of books and other reading material dealing with different subjects on the market, which are read for information, knowledge and recreation. Perhaps, the cheapest sources for information is the newspaper, which is read by almost everyone to keep up the latest developments in the world. Aside from this, there are various magazines and books on such topics as health care, economics, politics and hobbies, which are not only informative and useful if a person wants to broaden his mind, but may provide entertainment as well. One can read just to keep up with news, for self-improvement or just for relaxation.

Reading is good for one's creativity. This is because the reader has to imagine the scenes that are described in a story, unlike a person watching a film, where there is a little left to the imagination. Studies have suggested that people who read a lot are more creative than those who often watch movies or television. As such, one of the benefits of reading is that it encourages a person to use his imagination.

Moreover, reading also helps to enrich and improve a person' language. There are certain words which are seldom used in spoken language but which occur more often in writing. A person who reads comes across many such words and thus increases his vocabulary. When speaking, we often do not use complete or properly constructed sentences. In writing, only grammatical, well-constructed sentences should be used. Reading, therefore, introduces a person to a wider vocabulary and correct grammar.

Reading is the best way to acquire knowledge and information, besides being a form of entertainment. Reading also helps unleash our creative powers. Last but not least, there is no better way of gaining a better command of a language than through reading.

Nota: Latihan menulis. Karangan dalam buku karangan. Esok periksa. Lulus Alhamdulillah ;). Kantoi pun Alhamdulillah ;D. Allah sediakan yang terbaik. Mana tahu berguru dengan orang putih 40 minggu anugerah terindah buat Muhammad dan Abdullah yang Allah sembunyikan melalui ibu dan perjalanan ini sesungguhnya semakin menarik ;). Just put our trust every single thing only on Allah! ;)