14.12.12

'LEGOLAND'

Muhammad & Abdullah hebat & hensem diredhoi Allah & Rasul ;)
Salam pagi Jumaat! Selamat khatam surah kahfi! Baca jangan tidak :). Tajuk pagi ini bukan main :P. Siapa yang tidak kenal dengan LEGOLAND tetapi hari ini ibu mahu tulis berkenaan 'legoland' versi taman taqwa. Ayah awal-awal warning ibu ;D. Sekiranya mahu ke legoland, USS Singapore, Genting Highland dan yang sekufu dengannya,  pergilah seorang diri. Jangan dibawa anak-anaknya. Haha!

Lego yang bakal di'land'kan ;D. Ayah kata, pastikan sampai 7 keturunan ;D.

Alahai ayahanda Muhammad dan Abdullah. Ibu tidak cakap pun mahu ke tempat-tempat tersebut. Kisahnya, ibu sibuk mencari lego yang cap LEGO untuk Muhammad memandangkan Muhammad memang sedang suka sangat membina imaginasi. Kasihan ibu lihat abang besar menyusun lego-legonya yang bukan cap lego yang hanya tinggal sedikit sebab banyak yang abang besar telah buang luar dari tingkap dan dihanyutkan hujan. Ibu biarkan sahajalah. Kalau buang cap LEGO jangan harap boleh buang sesuka hati ya!

Adik pun teruja dengan warna warni blok lego ;).

Antara kebaikan permainan lego untuk anak-anak ibu jumpa di blog INI tetapi sayangnya ianya tidak boleh disalin T_T. Ibu print screen sahajalah sebab malas menaip :D. Ampun ya tuan blog!


Kebiasaannya, segala aktiviti homeschool di taman taqwa pasti diiringi dengan suara sheikh-sheikh kecil dan besar yang mengalunkan bacaan Al-Quran. Ini peraturan ketat taman taqwa. Jadi, sambil berkarya, hati kalian juga sedang rakam ayat-ayat Allah dan in shaa Allah ianya akan diHADAM dengan bergaya. Alhamdulillah jadi ibu tidak terkejutlah, seandainya anak-anak yang belum pandai bercakap dan telah diserapkan dengan al-Quran sejak bayi, anak-anak tersebut boleh mengaji tanpa pandai berbahasa ibunda terlebih dahulu.

Antara hasil binaan abang besar.

Ini pula macam zirafah pun ada. Kuda laut pun ada.

Antara kelebihan blok cap LEGO ini adalah setiap bongkahnya dibuat daripada plastik yang tertera nombor 5 dalam bentuk segitiga. PC5. Jadi, ianya in shaa Allah tidak bahaya sekiranya Abdullah mengasah gusinya dengan izin Allah. Menurut satu artikel tentang mainan kanak-kanak, ibu bapa sering terleka dengan bahan buatan mainan untuk anak-anak mereka yang mana ada bakteria di dalamnya yang boleh mengancam anak-anak. In shaa Allah ibu cari semula dan abadikan di satu entry lain.

Ustaaziatul alam :). Rumah dengan pokok di belakang hasil seni ayah ;).

Abang besar sedang mengukuhkan binaannya.

Bukan main payah ibu mahu membuat kepetusan membeli lego ini. Berkira-kira. Berpusing-pusing di bahagian mainan. Memandangkan hanya tinggal satu kotak lego yang mampu beli ini, adik yang menjaga bahagian lego di situ memberi diskaun 10%. Kasihankan ibu agaknya T_T. Mahal. Menurutnya, di legoland, lego dijual secara timbang. Wah macam beli ikan bilis kilolah di sana. Kelebihannya di legoland, kita boleh memilih bentuk dan warna mengikut suka kita dan dijual dengan menggunakan timbang. Oh baru ibu tahu ;).

In shaa Allah ibu ada hajat di pagi Jumaat ini. Apa dia? Foto bawah ini, abang besar baru menyelesaikan salah satu binaannya sambil kepala sentiasa berpaling-paling melihat alunan Al-Quran di komputernya. Soalannya...

...cuba teka apa yang dibina abang besar ini?
Dibuka sehingga maghrib. In shaa Allah hadiah misteri diumumkan kemudian ;).
(barangan tupperware mungkin ;)

14 comments:

~MAWAR~ said...

abang besar bina menara bergerak ye?

OneSimpleMother said...

abang besar bina eiffel tower kot.. hehehe..

umialya said...

Menara KLCC

kayzie said...

yupp..lego bgus tuk galakkan kreativiti anak kan?alamak..apa abg buat tu?nampak cam ada tayar..kenderaan or bangunan ye?

Ummu Muhammad said...

hehe belum ade yg betul ni..bule teke lagi..takde limit..limit smp maghrib hari ini sahaje ;D

kayzie: bukn kenderaan bukn jugak bangunan..susah rupenye nk agak mkcik2 sume hehe

umialya said...

Muhammad, meh sini brbisik ngan Makcik Tini, Muhammad wat apa tu?

Pokok tinggi kot...

Ummu Muhammad said...

cik tini: bukan..bg key word sket..

kate kunci pertame ialah BAHASA BADAN ;)

UmmiUmmarMuaz said...

Allahuakbar..kreatifnya Muhammad..
acik nampak mcm kren aje..kalo abang Ummar itu je la yg dia suka.hehehe

Ummu Muhammad said...

ummiummarmuaz: bukn acik..bukn knderaan ataupun bangunan..sesuatu bende..cube tgk bahasa badan abg besa ;D

Amri dan Aishah said...

mikrofon ye ?
kerana setahu saya ada video Sheikh Masyari yg membaca al-quran di hadapan mikrofon.

Marlina Mohtar said...

mikrofon =)

UmmiAbi said...

Muhammad yg kreatif...
Bestnyer main logo..Ummi pn rasa nk join..leh x abg besar?
Abg besar buat bentuk apa tu?Lorikah?tingginyerrr...hehe

IntaNBerliaN said...

ah mahal jugak dkt legoland yer.. sampai jual cara timbang.. hihi

NoEn said...

wah...khusuknya dia dgn lego...