Bibir pecah berdarah. |
Sepanjang hampir setiap hari 2 minggu kebelakangan ini kami di rumah nenek Muhammad, saya berpeluang menonton banyak rancangan menarik terutama di waktu pagi dan tidak lepas juga yang berbentuk lango. Antara yang menarik perhatian saya seperti rancangan Tanyalah Ustaz, Adik dan Al-Quran, Pesan Atok dan Motivasi Pagi. Saya menjurus kepada rancangan Motivasi Pagi yang pernah disampaikan oleh Prof. Muhd Kamil yang begitu popular di blognya KRTS. Kami, suami terutamanya, peminat tegar blog Prof. Kamil dan akan tertunggu-tunggu tulisan terbarunya setiap hari yang berkisar kehidupannya di tanah haram Makkah dan Madinah. Asbab pernah mengerjakan umrah, setiap tulisannya dapat kami selami dengan baik.
Sekian banyak tulisannya, saya dapat merumuskan apa yang diajak Prof disebalik kisah hidupnya. Umum mengetahui kisah bagaimana Prof mampu dan kuat untuk kurniaan taufik dan hidayah Allah buatnya. Ianya sebahagian amalan dan cara bagaimana untuk mengekalkan taufik dan hidayah. Antaranya:
1. Bangun solat malam walaupun hanya 2 rakaat
2. Puasa Nabi Daud (selang sehari)
3. Baiki solat/amalan wajib, hiasi amalam sunat
4. Sedeqah
5. Solat jemaah
6. Tutup aurat sempurna
7. Majlis ilmu
Hanya 7 isi penting yang mampu saya rumuskan untuk tulisan kali ini. Saya ingin menulis lebih panjang lagi tetapi masa memang mencemburui saya ketika ini ;). Tulisan akan datang ingin saya kisahkan tentang WAJAH BERCAHAYA. Siapakah mereka yang memiliki wajah bercahaya syurga? InsyaAllah pasti dengan izin Allah saya sambung kembali ;).
Baru sampai rumah nenek. Dua panglima kecil Ramadhan masih tidur ;)
8 comments:
Salam UM..lamanya k.atie xsinggah kat sini.K.ati doakn UM & anak2 semakin sembuh ya.Bykkan minum air masak ya.
Channel Oasis & channel 119 kat Astro mmg byk menyiarkn rancangan keagamaan..kdg2 sempat jg menontonnya.Paling byk kul 6.30pg lar..tp time2 camtu ngah sibuk,buat sarapan tuk suami kat dapo
saya tertinggal entry la nmpknya... baru tau yg ummu n muhammad xsihat...
susah hati kan, bila ank xsihat... lps tu kita pulak xsihat...
Syukur alhamdulillah um...semua kembali diberikan kesihatan yg baik.....blog isteri prof kamil ni guna nama rozaroslan kan...c'jai follow blog isteri dia..menarik...
UM..c'jai bukan ustazah pun..guru aliran pengajian melayu...tp kalau ada aktivi KBS selalu lah ustzh ngn ustaz minta tlg bantu...cikgu2 lain pun sama....tp yg lucunya dah masuk 5 thn di sekolah sekarang ni bila selisih ngn anak2 murid dorang selalu tersasul kalu beri salam selalunya panggil c'jai ustazah...mungkin sbb bila ngajar c'jai selalu berjubah agaknya tu yang dorang mcm terkeliru sket..hehe
Alhmdulillah..dh sihat..Moga Allah kurniakn kesihatan yg baik bt um sekeluarga...
Salam sejahtera buat BAi
Semoga Allah beri kesihatan yang berpanjangan kepada kedua-dua pahlawan dan bundanya yang tercinta.
FCU nak tanya berkenaan sebarang ubat atau supliment yang BAi berikan kepada kedua-dua pahlawan kerana kedua-duanya tidak cucuk immunisasi. Alyssa tengah deman campak kecil. Mungkin ada sebarang perubatan secara Islam yang BAi amalkan untuk kuatkan sistem immunisasi kedua-dua anak.Setakat ini kami amalkan minum minyak kelapa dara, halba dan jintan hitam secara konsisten sejak dari bayi lagi.
Lama sungguh x baca penulisan di blog UM ni..sian Muhammad x sihat ye aritu..alhamdulillah smua dh sihat.comel btl abdullah..kak yana
kaktie: t.kaseh..pagi2 kat rmah mak die bukak tv mcm nk dgr setaman hehe sbb die buat keje sambil dengar
noen: tun bibir hari ke3 demam..mmg sakat sebb selal pegg bibir cakap 'sakkih'..bibir t alhamdulillah bru baik sepenuhnye..
ummiabi: amin. t.kasih ummi ;)
kak rohana: campak tk tau tapi kala demam yg mereke selalu pesan,:
1. bertenang. mngkin sbb saye di kelam kabut ;)
2. hilangkan panas tu yg utama. kepale dan badan anak kene sentiase basah..
mcm muhammad saye lambat mesej pengamal, hari ke2 demam baru telefon, demam paling kene jage 3 hari patut dah kene kebah..ni yg ke hospital boleh kene tahan sebb infection kalau ke hospital
3. kelenjar belakang telinge muhammad naik besar kedua belah. pengamal ajar letak minyk aromaterapi di cuping telinge tempat anting2 yg perempan pakai.urut.
4. lagi satu urut tangan dan kaki anak sambil selawat sbb kuasa selawat bagai perumpamaan ade 10 kali ganda tangan yg tolong urt sekali
alhamdlillah esok selepas dapat telefon maknenya hari ke3 muhammad demam, demam kebah dgn izin Allah..tapi bibir masih merekah fungal tu dan kelenjar pun masih ade tapi alhamdulillah surut..
saye tngah tnggu maklum balas pihak penbgamal berkenaan campak..lkebiasaannya campak ni kite akan biakan die keluarkan..
mudah2an membantu fcu serbe sikit ;) mudah2an aliysha cpt sembuh ;)
kak yana: teringat2 je k.yana tapi tak sempat nk mesej lagi hehe..umur dah lebih limit pelan u celcom cepat expired topap sket2 ;)
Ya Allah teruk juga mulut Muhammad tu.. banyak bagi dia minum air masak/air zam2
** harapnya hari ni Muhammad dah beransur pulih
Post a Comment