Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Pernahkah anda dikunjungi oleh jemaah taligh? Mungkin ada dikalangan kita memandang sepi jemaah ini. Saya bukan orang tabligh tapi saya cukup kagum dengan mereka atas beberapa perkara. Banyak juga asbab mereka, saya mendapat panduan untuk menjadi seorang yang taat pada perintah Allah.
Kisah Penjual Aiskrim
"Di sebuah kampung terdapat seorang yang sangat kaya. Suatu hari si bapa membuat aiskrim dan meminta anak lelakinya pergi menjual aiskrim tersebut dengan kereta Ferari mereka! wow!. Tanpa membantah si anak tadi pergi menjual aiskrim tersebut dan semuanya habis. Maka dia pulang dan menyerahkan duit hasil jualannya. Si bapa ambil duit itu dan mengoyakkannya. Si anak tadi tidak merasa apa-apa, tiada rasa hendak marah kepada bapanya. Esoknya si bapa sekali lagi membuat asikrim dan meminta anaknya menjual aiskrim tersebut tetapi kali ini dengan berjalan kaki. Sama juga macam semalam si anak tanpa membantah terus pergi menjual aiskrim tesebut. Setelah habis dijual sekali lagi diserahkan duit hasil jualan. Tindakan yang sama dilakukan oleh si bapa iaitu mengoyakkan duit tersebut, tapi kali ini sikap anaknya berbeza, si anak memarahi si bapa kerana mengoyakkah duitnya kerana dia merasa penat dan susah untuk mendapatkan duit tersebut, berbeza dengan hasil jualannya dengan kereta Ferari yang tidak memerlukan tenaga dan tidak perlu berpanas dan duit itu dirasakan tidak bermakna"
Itulah perbandingan IMAN dikalangan umat Islam hari ini. Ramai yang tidak menghargainya dan biarkan IMAN itu dikoyakkan tanpa ada rasa apa-apa kerana diperolehi dengan cara yang senang. Terus menerus melakukan larangan Allah dan meninggalkan larangannya. Berbeza dengan mereka yang bersusah payah mendapatkan iman contohnya mualaf yang kita boleh ikuti kisah mereka dalam media massa hari ini. Bagimana dahsyatnya mereka menjaga iman tersebut sehinggakan nyawa terancam, dibuang keluarga, dipecat dari pekerjaan, dihina dan sebagainya. Mereka ini berubah mentaati Allah melebihi kita yang dari lahir ada IMAN.
Kisah ini saya dengar dalam sesi 'bayan' jemaah tabligh, cukup terkesan pada saya hingga ke hari ini. Kenapa saya sangat kagum dengan mereka? kerana banyak perbandingan meraka meyentuh hati saya. Seorang ustaz pernah menyatakan kepada saya yang dia hairan kenapa orang boleh ikut jemaah Tabligh akhirnya beliau duduk dalam majlis ilmu jemaah tabligh dan beliau menyataka cara penyampaian mereka berbentuk perbandingan, menceritakan kelebihan amalan yang menyentuh hati. Saya suka duduk dan dengar ilmu mereka. Saya tidak pernah keluar 1 hari, 3 hari atau 40 hari tapi jika ada majlis mereka dan saya berpeluang saya akan duduk dan dengar walaupun cerita itu berulang kerana ianya menyentuh hati. Saya tak mampu keluar berdakwah seperti mereka dan ini salah satu sokongan saya. Jika anda duduk dalam majlis jemaah tabligh mereka akan ajak anda keluar berdakwah, jika tak mampu jangan menipu itu yang terbaik, tapi mendengar tazkirah yang diadakan, mereka tak pernah larang, duduk dan dengarlah nasihat mereka.Insyaallah membantu kita menuju Allah dan Rasul. Menjawab persoalan saya di atas tadi jika jemaah tabligh mengunjungai rumah anda keluarlah, dengar apa yang mereka perkatakan jangan dihalau mereka, jangan dihina dan dikeji mereka kerana kita tak mampu buat apa yang mereka buat. (Saya merasakan sumbangan mereka sangat tinggi terutamanya di Sabah, Insyaallah ada masa saya akan ceritakan kenapa saya berpendapat demikian) Mereka tidak mahu masuk dan makan dalam rumah kita tapi mereka ingin belajar mengikut sunnah Rasulullah. Ada masa saya terfikir kenapa mereka mengunjungi rumah orang yang dah kaki sembahyang berjemaah, rupanya mereka bukan sahaja bertujuan untuk ajak orang sembahyang berjamaah tapi bertujuan berziarah sekali, mengikut sunnah.
ihsan google |
Abaikan kesalahan dan kesilapan yang Jemaah Tabligh lakukan jika kita tak mampu menegur mereka dengan berhikmah! betul ada beberapa perkara pada pandangan saya tidak sepatutnya dilakukan oleh jemaah tabligh, contohnya merokok, merokok pula dalam kawasan masjid dan surau. Saya pernah suarakan perangai dan sikap jemaah tabligh yang tidak elok ini kepada ketua satu jemaah tabligh, beliau seorang yang taat dan baik. Apa katanya " Yang ikut tabligh ini bermacam-macam orang,ada bekas pencuri, pemabuk dan bermacam lagi, sebab apa mereka ikut kami, kerana kami mendekati dan menerima mereka, jadi dalam jemaah yang keluar berdakwah ada pelbagai latar belakang dan mereka sebenarnya dalam usaha untuk berubah dan apabila orang lain tengok benda ini mereka terus menuduh kami sedangkan jika kami berkeras mereka tidak akan ikut langsung dan terus dengan maksiat mereka." satu jawapan yang memberi pencerahan kepada saya jangan cepat menuduh jika kita tiada maklumat yang tepat. Mereka buat apa yang sepatutnya kita juga turut buat tapi kita tidak buat.
Akhirnya untuk kali ini, jangan kita sombong dengan majlis ilmu dan merasakan diri sudah berilmu kerana Allah akan menyekat ilmu seseorang yang berlagak berilmu. Jangan sesekali kita memperlekehkan majlis ilmu walaupun disampaikan oleh jemaah tabligh.
Wallahua'lam moga bermanfaat untuk diri sediri dan tuan puan yang mulia.
2 comments:
jangan lihat siapa yang menyampaikan tapi lihat isi dan apa yg disampaikan..
c'jai: betul..pndglah dgn ihsan ;)
noen: demam sambung2..post nipun baru bace td..admin 2 menulis heheh
Post a Comment