31.10.12

WW- TIDUR BERIRAMA

Mereka di pagi ini ;). 3 minggu terakhir tersibuk semenjak kembali bertugas ;).

16.10.12

WAJAH BERCAHAYA

Keinginan menulis sedikit terganggu dengan keadaan keyboard yang amat menyedihkan. Kerja si 'abang besar' mengupas satu persatu huruf yang ada tanpa riak wajah dan dengar suara. Paling menyeronokkan apabila ibu sedang solat, dia memulakan 'kerja'nya. Si ibu bermula dengan sabar, berakhir dengan hilang sabar ;D. Walhal telah rosak dan perlu ditukar sahaja keyboard ini, marah juga si ibu. Mudah-mudahan ada rezeki tukar keyboard laptop si hitam manis, samra'. Ipad belum mampu lagi setakat hari ini ;D.

Bersalutip. Banyak yang rongak. Memerlukan daya yang tinggi untuk menekan setiap simbol yang rosak T_T. Aduhai 'abang besar'...

Wajah bercahaya gemilang ;). Kisah ini kisah benar. Orang yang wajahnya bercahaya memang wujud dan ianya boleh dilihat kerana pancarannya amat gemilang sehingga silau mata ;). Saya punya sahabat muda setahun dari saya. Kami mula rapat apabila dia suarakan keinginannya untuk berhijrah Bagaikan sejarah itu berulang. Mengikutnya, dia seorang sahaja yang 'nakal' daripada yang 8 orang. Suasana keluarga yang islami. Namun nakal si sahabat nakal biasa-biasa sahaja pada saya. Mungkin asbab doa ibunya, akhirnya Allah campakkan taufik dan hidayah buatnya. Kurniaan agung buatnya insyaAllah.

Dia pula menukar wajah 360 darjah tanpa sedikit-sedikit. Kalau sebelum ini solat hanya yang wajib, taufik dan hidayah Allah membawanya untuk istiqomah solat tahajjud. Air muka yang sebelum ini biasa-biasa tanpa ada istimewa, bertukar menjadi seri-seserinya. Pancaran wajah orang-orang yang solat malam ini memang lain benar tampaknya. Semacam ada satu kesegaran pada wajah orang-orang yang punya 'line baik' dengan Allah.

Suasana keluarga yang islami banyak membantunya. Ilmu untuk amal ada dimana-mana. Saya sendiri banyak belajar daripada si sahabat. Sampai masa, si sahabat juga sudah berkeluarga dan insyaAllah berdamping dengan orang yang hebat. Betapa Allah bantu untuk dirinya kekal dalam ruh islami. Doa saya semoga segala penat lelahnya Allah pandang dengan kasih sayang dengan mengurniakan zuriat soleh solehah secepatnya. Mengambil kisah sirah yang mana 3 pemuda yang bermuraqabah kepada Allah tentang amalan baik mereka sehingga terbuka pintu gua sedikit demi sedikit kerana Allah perkenankan kerana menjauhi larangan Allah.

Saya selalu berbual dengan suami tentang wajah bercahaya gemilang. Berseri suami isteri pasangan ustaz ustazah. Yang cerah makin serlah. Yang gelap tetap dihiasi cahaya. Mereka bagai punya satu lapisan bersinar di wajah mereka. Apalah amalan mereka sehingga begitu terang benderang wajah mereka.

Dr. Zakir Naik. Siapa yang tidak kenal anak murid Ahmad Deedad. Subhanallah! Apalah kurniaan Allah kepada mereka. Apalah amalan-amalan mereka sehingga mampu mengislamkan berapa ramai insan. Ya Allah andai bukan kita, kurniakan kehebatan dengan amalan beragama keranaMu kepada anak-anak kita. Semoga ianya menjadi sedeqah jariah berpanjangan dengan mengurniakan anak-anak soleh yang sentiasa melapangkan liang lahad ibu ayah.

Suami kata~ semua orang pergi,  kita sahaja yang tak pergi T_T.

Tahajjud pastinya suatu bentuk kerahsian antara hamba dan Pencipta. Ianya bukan mudah dan impaknya sangat besar. Sinar cahaya wajah juga boleh bertukar wajah menjadi suram dan gelap gempita. Orang yang kaki bangun malam, pasti berbeza dengan orang yang kaki judi, arak dan maksiat. Wajah suram dan gelap.

Ianya berlaku. Seorang yang mula berhijrah dan pastinya solat malam tidak tinggal, Allah memberinya ujian berbentuk cinta. Cinta membuatnya sasau sehingga syaitan berjaya memujuknya ke lembah hina antara lelaki dan wanita. Seri wajah juga Allah ambil semula. Sayang. Hidayah dan taufiq itu perlukan perhatian segera dan dibelai manja sepanjang masa. Cara membelainya, samalah seperti yang Prof. Kamil selalu sampaikan yang pernah saya tuliskan di entry sebelum ini iaitu KEKAL TAUFIQ & HIDAYAH.

Jangan resah. Allah itu Maha Pengampun. Sifat manusia tergesa-gesa dan tidak akan pernah maksum kecuali Rasulullah SAW. Biarlah manusia hina tetapi Allah kutip taubat dari seberat-berat dosa, diampunkan malah ditinggikan martabat dengan ujian-ujian yang bakal menanti dengan syarat ikhlas. Ikhlas ini suatu rahsia yang hanya Allah sahaja yang tahu. Manusia tidak berhak untuk mengadilinya. Cara ikhlas salah satunya, jauhi hasad dan dengki. Suka saya mahu coretkan tentang seorang lagi sahabat yang pada saya tiada erti dengki dalam dirinya sepanjang saya mengenalinya. InsyaAllah dengan izin Allah saya sambung lagi dikesempatan lain pasti dengan izin Allah!

14.10.12

KEKAL TAUFIK & HIDAYAH

Bibir pecah berdarah.
Alhamdulillah curi masa sekejap sementara hero-hero tidur ;). Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan saya. Tidak sempat lagi ziarah rumah-rumah anda dan membalas email kawan-kawan. InsyaAllah saya cari masa ya! Demam saya disambung Muhammad. Bila anak tidak sihat, insyaAllah kaffarah dosa buat ibu ayah kerana menjaga anak-anak yang tidak sihat memerlukan pengorbanan juga. Tambahan lagi Muhammad demam disertai jangkitan fungal di bibir. Alhamdlillah hanya di bibir sahaja dan akan merengek, menangis setiap malam. Sebaik demam Muhammad baik, saya pula kembali demam. Alhamdulillah semua sudah sihat ketika ini ;). Setiap hari sepanjang demam sambung-sambung anak-beranak kami berada di rumah nenek Muhammad semasa ayah Muhammad bekerja kerana saya sendiri bimbang pengsan disamping 2 hero yang masih kecil.

Sepanjang hampir setiap hari 2 minggu kebelakangan ini kami di rumah nenek Muhammad, saya berpeluang menonton banyak rancangan menarik terutama di waktu pagi dan tidak lepas juga yang berbentuk lango. Antara yang menarik perhatian saya seperti rancangan Tanyalah Ustaz, Adik dan Al-Quran, Pesan Atok dan Motivasi Pagi. Saya menjurus kepada rancangan Motivasi Pagi yang pernah disampaikan oleh Prof. Muhd Kamil yang begitu popular di blognya KRTS. Kami, suami terutamanya, peminat tegar blog Prof. Kamil dan akan tertunggu-tunggu tulisan terbarunya setiap hari yang berkisar kehidupannya di tanah haram Makkah dan Madinah. Asbab pernah mengerjakan umrah, setiap tulisannya dapat kami selami dengan baik.

Sekian banyak tulisannya, saya dapat merumuskan apa yang diajak Prof disebalik kisah hidupnya. Umum  mengetahui kisah bagaimana Prof mampu dan kuat untuk kurniaan taufik dan hidayah Allah buatnya. Ianya sebahagian amalan dan cara bagaimana untuk mengekalkan taufik dan hidayah. Antaranya:
1. Bangun solat malam walaupun hanya 2 rakaat
2. Puasa Nabi Daud (selang sehari)
3. Baiki solat/amalan wajib, hiasi amalam sunat
4. Sedeqah
5. Solat jemaah
6. Tutup aurat sempurna
7. Majlis ilmu

Hanya 7 isi penting yang mampu saya rumuskan untuk tulisan kali ini. Saya ingin menulis lebih panjang lagi tetapi masa memang mencemburui saya ketika ini ;). Tulisan akan datang ingin saya kisahkan tentang WAJAH BERCAHAYA. Siapakah mereka yang memiliki wajah bercahaya syurga? InsyaAllah pasti dengan izin Allah saya sambung kembali ;).

 Baru sampai rumah nenek. Dua panglima kecil Ramadhan masih tidur ;)

TABLIGH 1

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pernahkah anda dikunjungi oleh jemaah taligh? Mungkin ada dikalangan kita memandang sepi jemaah ini. Saya bukan orang tabligh tapi saya cukup kagum dengan mereka atas beberapa perkara. Banyak juga asbab mereka, saya mendapat panduan untuk menjadi seorang yang taat pada perintah Allah. 

Kisah Penjual Aiskrim
"Di sebuah kampung terdapat seorang yang sangat kaya. Suatu hari si bapa membuat aiskrim dan meminta anak lelakinya pergi menjual aiskrim tersebut dengan kereta Ferari mereka! wow!. Tanpa membantah si anak tadi pergi menjual aiskrim tersebut dan semuanya habis. Maka dia pulang dan menyerahkan duit hasil jualannya. Si bapa ambil duit itu dan mengoyakkannya. Si anak tadi tidak merasa apa-apa, tiada rasa hendak marah kepada bapanya. Esoknya si bapa sekali lagi membuat asikrim dan meminta anaknya menjual aiskrim tersebut tetapi kali ini dengan berjalan kaki. Sama juga macam semalam si anak tanpa membantah terus pergi menjual aiskrim tesebut. Setelah habis dijual sekali lagi diserahkan duit hasil jualan. Tindakan yang sama dilakukan oleh si bapa iaitu mengoyakkan duit tersebut, tapi kali ini sikap anaknya berbeza, si anak memarahi si bapa kerana mengoyakkah duitnya kerana dia merasa penat dan susah untuk mendapatkan duit tersebut, berbeza dengan hasil jualannya dengan kereta Ferari yang tidak memerlukan tenaga dan tidak perlu berpanas dan duit itu dirasakan tidak bermakna"

Itulah perbandingan IMAN dikalangan umat Islam hari ini. Ramai yang tidak menghargainya dan biarkan IMAN itu dikoyakkan tanpa ada rasa apa-apa kerana diperolehi dengan cara yang senang. Terus menerus melakukan larangan Allah dan meninggalkan larangannya.  Berbeza dengan mereka yang bersusah payah mendapatkan iman contohnya mualaf yang kita boleh ikuti kisah mereka dalam media massa hari ini. Bagimana dahsyatnya mereka menjaga iman tersebut sehinggakan nyawa terancam, dibuang keluarga, dipecat dari pekerjaan, dihina dan sebagainya. Mereka ini berubah mentaati Allah melebihi kita yang dari lahir ada IMAN.

Kisah ini saya dengar dalam sesi 'bayan' jemaah tabligh, cukup terkesan pada saya hingga ke hari ini. Kenapa saya sangat kagum dengan mereka? kerana banyak perbandingan meraka meyentuh hati saya. Seorang ustaz pernah menyatakan kepada saya yang dia hairan kenapa orang boleh ikut jemaah Tabligh akhirnya beliau duduk dalam majlis ilmu jemaah tabligh dan beliau menyataka cara penyampaian mereka berbentuk perbandingan, menceritakan kelebihan amalan yang menyentuh hati. Saya suka duduk dan dengar ilmu mereka. Saya tidak pernah keluar 1 hari, 3 hari atau 40 hari tapi jika ada majlis mereka dan saya berpeluang saya akan duduk dan dengar walaupun cerita itu berulang kerana ianya menyentuh hati. Saya tak mampu keluar berdakwah seperti mereka dan ini salah satu sokongan saya. Jika anda duduk dalam majlis jemaah tabligh mereka akan ajak anda keluar berdakwah, jika tak mampu jangan menipu itu yang terbaik, tapi mendengar tazkirah yang diadakan, mereka tak pernah larang, duduk dan dengarlah nasihat mereka.Insyaallah membantu kita menuju Allah dan Rasul. Menjawab persoalan saya di atas tadi jika jemaah tabligh mengunjungai rumah anda keluarlah, dengar apa yang mereka perkatakan jangan dihalau mereka, jangan dihina dan dikeji mereka kerana kita tak mampu buat apa yang mereka buat. (Saya merasakan  sumbangan mereka sangat tinggi terutamanya di Sabah, Insyaallah ada masa saya akan ceritakan kenapa saya berpendapat demikian) Mereka tidak mahu masuk dan makan dalam rumah kita tapi mereka ingin belajar mengikut sunnah Rasulullah. Ada masa saya terfikir kenapa mereka mengunjungi rumah orang  yang dah kaki sembahyang berjemaah, rupanya mereka bukan sahaja bertujuan untuk ajak orang sembahyang berjamaah tapi bertujuan berziarah sekali, mengikut sunnah.

ihsan google

Abaikan kesalahan dan kesilapan yang Jemaah Tabligh lakukan jika kita tak mampu menegur mereka dengan berhikmah! betul ada beberapa perkara pada pandangan saya tidak sepatutnya dilakukan oleh jemaah tabligh, contohnya merokok, merokok pula dalam kawasan masjid dan surau. Saya pernah suarakan perangai dan sikap jemaah tabligh yang tidak elok ini kepada ketua satu jemaah tabligh, beliau seorang yang taat dan baik. Apa katanya " Yang ikut tabligh ini bermacam-macam orang,ada bekas pencuri, pemabuk dan bermacam lagi, sebab apa mereka ikut kami, kerana kami mendekati dan menerima mereka, jadi dalam jemaah yang keluar berdakwah ada pelbagai latar belakang dan mereka sebenarnya dalam usaha untuk berubah dan apabila orang lain tengok benda ini mereka terus menuduh kami sedangkan jika kami berkeras mereka tidak akan ikut langsung dan terus dengan maksiat mereka." satu jawapan yang memberi pencerahan kepada saya jangan cepat menuduh jika kita tiada maklumat yang tepat. Mereka buat apa yang sepatutnya  kita juga turut buat tapi kita tidak buat.

Akhirnya untuk kali ini, jangan kita sombong dengan majlis ilmu dan merasakan diri sudah berilmu kerana Allah akan menyekat ilmu seseorang yang berlagak berilmu. Jangan sesekali kita memperlekehkan majlis ilmu walaupun disampaikan oleh jemaah tabligh.

Wallahua'lam moga bermanfaat untuk diri sediri dan tuan puan yang mulia. 

4.10.12

DEMAM

Singgah jenguk ;). Minggu tetamu dan makcik demam bertandang. Minggu lepas tokwan Muhammad dan Abdullah, keluarga sebelah ayah Muhammad datang bertandang. Ayah Muhammad hantar pulang beberapa hari kemudian, ibunda Muhammad dan Abdullah demam. Duduk dan rehat di rumah nenek sementara ayah bekerja dalam minggu ini. Tidak mampu tinggal bersendirian menguruskan si pakcik-pakcik kecil Ramadhan ;). Oh ini baru 2!

Dalam melayang, sempat juga menguruskan pembelian car seat dengan bantuan telefon canggih makngah Muhammad. Seronok juga telefon papan sentuh ;P. Alhamdulillah selesai dan tinggal tunggu sampai ;). Terima kasih kawan-kawan yang singgah dan minta maaf kepada pelanggan imaniaga yang menempah telekong masturah. InsyaAllah sihat, saya mulakan operasi. Minggu ini minggu berehat dirumah mak ;).

Tekun. Baju tidur biru cara belajar visual + kinesthetic. Baju putih stokin pink pula, super kinesthetic hasil diognis. No visual. No audio. All outdoor! Oh! Semoga kejar-mengejar kita nanti membawa ibu kepada kecergasan dan tubuh yang juga super sihat. Super ibu! Haiya!

InsyaAllah nanti saya BW rumah-rumah anda semua kutip ilmu yang tiada dalam buku ;).