29.9.12

CUKUP 5!

Alhamdulillah akhirnya cukup 5 peserta untuk membeli ALDO EGO CONVERTIBLE CAR SEAT semalam ;). Isi borang pesanan, mulanya shipping dikenakan RM10 untuk 5 unit tetapi setelah beremail dengan pihak kedai, setiap unit RM10 untuk shipping dan Alhamdulillah boleh terus dihantar ke rumah semua orang. Jadi jumlah besar setiap orang adalah RM199.40 + RM10 = RM209.40. Alhamdulillah Allah mudahkan kerja ;).

Kredit kepada ummu ikram yang telah memberi review berkenaan di ruangan komen di entry CAR SEAT. Juga kepada ummu tasneem yang sempat saya SMS. Terima kasih semua :D. Di bawah adalah sebahagian foto-foto 'real' berkenaan kerusi kereta ini. Kakak-kakak semua, pinjam gambar ya ;D. 

Kelabu. Foto ehsan DISINI.

Merah. Foto ehsan DISINI.

Baby tidur ;). Foto ehsan google lagi DISINI.

Terima kasih kepada semua yang sudi berkongsi dengan kami. Alhamdulillah kita semua merasa harga borong yang jauh lebih murah yang mana harga asalnya adalah RM299. Mereka termasuk kami yang membuat tempahan adalah seperti berikut :D
1. Muhammad- grey
2. Abdullah- red
3. Mama Mia- red
4. Ummu Amna- red
5. Ummu Mus'ab- red

Muhammad ketua rombongan ;). Dia seorang sahaja kelabu. InsyaAllah selepas ini Muhammad dan Abdullah boleh tidur dalam posisi yang selesa dengan izin Allah. InsyaAllah Muhammad tidak perlu lagi tidur merengkek di tempat duduk sebelah pemandu. Abdullah pula memang nyanyak tidur diletakkan dalam car seat milik maklongnya yang digunakan Muhammad sebelum ini. Semuanya antara asbab Muhammad dan Abdullah sangat perlu akan car seat. Walaupun car seat ini tidak sebegitu 'gebu' atau setanding dengan yang ada mencecah ribu, mudah-mudahan ianya ada keberkatan disisi Allah buat anak-anak kita semua insyaAllah! Terima kasih semua! ;D

25.9.12

ALDO EGO CONVERTIBLE CAR SEAT

Akhirnya! Setelah mencari-cari CAR SEAT yang selesa dengan harga yang berpatutan, akhirnya setelah bulan mengambang penuh hari ini :D, saya mahu mengajak sesiapa yang ingin berkongsi beli car seat brand ALDO EGO CONVETIBLE dengan saya. Ada yang sudikah? ;)


Car seat ini jika dibeli sebuah harganya RM239.20 tetapi sekiranya beli 5, harganya menjadi RM199.40. Saya dan suami berhajat untuk membeli 2, untuk Muhammad dan Abdullah. Jadi, ada lagi 3 kekosongan untuk yang berminat. Pos penghantaran kita bahagi-bahagilah ya ;). Saya tidak jual semula tetapi mahu berkongsi beli 5 sekali. Boleh lawat web kedai tersebut DISINI. Kiranya ada yang sudi, silalah email atau komen disini atau SMS sahaja. InsyaAllah dengan kadar segera ya! Muafakat membawa berkat insyaAllah! Hehe ;D

Kemaskini 28/9/12
1. Muhammad (grey)
2. Abdullah (red)
3. Nur Iffah Damia (red)
4. Ummu Amna (red)
5. Ummu Mus'ab (red)

p/s: Hanya ada red dan grey ;). Shipping seorang RM10. Alhamdulillah cukup 5! Terima kasih semua! ;D

23.9.12

MULAKAN SEKARANG

Mulakan sekarang. Masih belum terlewat. Doakan jodoh anak-anak dipertemukan suami soleh atau isteri solehah. Terlalu awal? Tidak kerana kita sendiri tidak tahu waktu bilakah doa-doa kita yang selama bertahun-tahun itu diperkenankan. Tidak salah tamak dalam berdoa kerana ianya tidak memerlukan modal berjuta!

Foto ehsan google.

Seringkali ibu bapa mendoakan dan fokuskan kejayaan akademik buat anak-anak, bergaji besar tetapi sayangnya meremehkan sisi kehidupan berkeluarga. Asbab kurangnya berdoa berkaitan jodoh si anak, anak-anak mungkin berada di tangan pemimpin yang salah. Hal ini cukup menginsafkan saya.

Bagi yang punya anak perempuan, berdoalah bersungguh-sungguh yang puteri-puteri kesayangan kita dipertemukan dengan suami soleh yang taat perintah Allah kerana apabila mereka ditangan pemimpin yang salah, mereka akan mudah terikut rentak si suami. Lebih banyak beralah sehinggakan banyak hukum Allah dipersenda dek kerana 'taatkan' suami, malas mahu bergaduh.

Saya cukup simpati dengan seorang rakan yang pada saya begitu solehah dizaman remajanya, akademik sangat baik dan dia cukup faham dengan agamanya tetapi malangnya dipertemukan dengan suami yang tidak kufu dengan keadaan fahaman agamanya yang sangat baik. Adat isteri lebih mudah mengikut suami. Hidupnya berubah. Dari segi pakaian, pergaulan sebagai contoh bersalaman dengan bukan mahram hanya kerana suaminya mahukan begitu dan begini. Aduh! Saya yang terasa sakitnya. Sayangnya dan pelbagai perasaan kerana rakan saya memang sangat baik! T_T

Itu kisah anak puteri. Bagi yang punya anak lelaki, doakan mereka bertemu jodoh dengan wanita solehah yang tahu cinta suaminya kepadanya jatuh ditangga ketiga kerana cinta pertama si suami adalah dakwah dan tarbiyyah disusuli cinta kepada ibunya. Didoakan si anak ini penuh dengan tanggungjawab kepada Tuhannya dan segala sesuatu yang ada di bawah tanggungannya. Tidak mengabaikan ibu dan isteri serta anak-anaknya.

Banyak kisah-kisah yang saya tidak boleh menghabiskan di sini tetapi apa yang pasti berdoalah supaya anak-anak kita semua dipertemukan dengan suami atau isteri calon syurga. Mudah-mudahan mereka melalui kehidupan yang penuh redho dan sentiasa dalam kasih sayang Allah insyaAllah! Jom mulakan sekarang!

Ya Allah redhoilah Muhammad & Abdullah serta sekalian sahabat-sahabat kecilnya dengan mengurniakan syurga dunia (isteri/suami & anak-anak soleh wa musleh) sebagai jambatan mereka ke jannah tanpa perlu bersusah payah!

19.9.12

WW- SIAPA TAHU?

Siapa tahu nombor berapakah yang paling sesuai untuk pelarasan suhu menyimpan EBM?

15.9.12

AIR PUTIH BAHAYA?

Sumber DISINI.

************************************************************************
BANYAK MINUM AIR PUTIH BERBAHAYA BAGI KESIHATAN

Foto ehsan google DISINI.

Sering kita disyorkan banyak minum air putih untuk mencegah kerosakan buah pinggang, menurunkan berat badan, dan meningkatkan level konsentrasi. 

Namun, sekarang para ahli memperingatkan, minum 8 gelas air putih sehari tidak baik untuk kesihatan dan boleh berbahaya. 

Mereka mengatakan tuntutan manfaat dari banyak minum air putih adalah sesuatu yang buruk. Sementara, National Health Service (NHS) bersama doktor terkemuka dan ahli gizi menyarankan masyarakat untuk minum sekitar 1,2 liter (atau dua setengah gelas) air per hari.

Sebuah laporan menjelaskan bahaya dehidrasi sebagai mitos dan mengatakan tidak ada bukti di sebalik tuntutan bahawa air mencegah beberapa masalah kesihatan. 

Dr. Margaret McCartney dari Glasgow mengatakan saran laman NHS bahawa orang harus minum 6-8 gelas sehari adalah omong kosong. Dia menambah, manfaat minum air putih sering dibesar-besarkan oleh lembaga yang berkepentingan, seperti tanda air bungkusan. 

Menulis di British Medical Journal, Dr. McCartney mengatakan bahawa kajian menunjukkan minum di saat tidak haus boleh mengganggu konsentrasi, bukan meningkatkan, dan bukti-bukti berasingan menunjukkan bahawa bahan kimia yang digunakan untuk Desinfeksi yang ditemui dalam air bungkusan boleh berakibat buruk bagi kesihatan. 

Minum berlebihan juga boleh menyebabkan hilangnya waktu tidur kerana orang harus bangun di malam hari untuk pergi ke tandas, dan kajian lain menunjukkan bahkan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, bukan mencegahnya. 

Dr. McCartney juga memberi amaran bahawa minum terlalu banyak air boleh menyebabkan keadaan yang jarang, tapi berpotensi fatal yang disebut hiponatremia, iaitu kadar garam tubuh menurun dan boleh menyebabkan pembengkakan otak. 

Pada 2003 pelakon Anthony Andrews, yang membintangi adaptasi ITV dari Brideshead Revisited, terkena penyakit itu selepas minum air terlalu banyak selama latihan untuk peranan West End.

Doktor lain yang dikutip dalam artikel tersebut menambah bahawa tidak ada asas untuk mendakwa air membantu orang menurunkan berat badan dengan menekan nafsu makan mereka. Profesor Stanley Goldfarb, seorang ahli metabolisme dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat, mengatakan "Saat ini belum ada bukti tentang hal itu." 

"Jika anak minum lebih banyak air daripada mendapatkan kalori tambahan dari soda, itu baik. Tapi, tidak ada bukti bahawa minum air sebelum makan mengurangkan nafsu makan saat makan," tuturnya lagi.-DI

**************************************************************************
Apa pendapat anda?

14.9.12

UNTUKMU WANITA

Tazkirah jumaat hari ini ;). Suka saya kongsikan perihal solat 'berkembar' yang mungkin ada dikalangan kita yang mungkin pernah tahu atau tidak tahu. Saya ambil sumber DISINI dan ianya dirujuk dari Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

*************************************************************************
Dalam BAB TIGA:
" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'

" Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH:
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama:
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

*****************************************************************

Entry sebelum ini yang bertajuk HUTANG berkenaan Hutang Solat, 'kecuaian' inilah yang saya maksudkan sehingga diperhatikan terlalu banyak mengqada' solat oleh Abu Muhammad. Semoga kita sebagai muslimah yang sedang menuju mukminah, sentiasa dibukakan hati oleh Allah untuk melihat kebenaran dan sentiasa diberikan pengetahuan agama walaupun bukan dari latar belakang mengaji agama kerana ilmu hidup beragama bukan tanggungjawab ustaz atau ustazah semata tetapi kita semua yang bernama seorang Islam, wajib belajar dan mendalaminya sebaiknya insyaAllah. Ingatan kuat buat yang sedang menulis ini terutamanya ;). 

Selamat qatam surah Al-Kahfi di hari Jumaat yang indah ini makcik-makcik dan pakcik-pakcik ~ Muhammad & Abdullah ;)

5.9.12

WW- CAR SEAT

Betulkah kedudukannya? Bila ada anak 2, barulah tahu kepentingannya ;D.