15.9.12

AIR PUTIH BAHAYA?

Sumber DISINI.

************************************************************************
BANYAK MINUM AIR PUTIH BERBAHAYA BAGI KESIHATAN

Foto ehsan google DISINI.

Sering kita disyorkan banyak minum air putih untuk mencegah kerosakan buah pinggang, menurunkan berat badan, dan meningkatkan level konsentrasi. 

Namun, sekarang para ahli memperingatkan, minum 8 gelas air putih sehari tidak baik untuk kesihatan dan boleh berbahaya. 

Mereka mengatakan tuntutan manfaat dari banyak minum air putih adalah sesuatu yang buruk. Sementara, National Health Service (NHS) bersama doktor terkemuka dan ahli gizi menyarankan masyarakat untuk minum sekitar 1,2 liter (atau dua setengah gelas) air per hari.

Sebuah laporan menjelaskan bahaya dehidrasi sebagai mitos dan mengatakan tidak ada bukti di sebalik tuntutan bahawa air mencegah beberapa masalah kesihatan. 

Dr. Margaret McCartney dari Glasgow mengatakan saran laman NHS bahawa orang harus minum 6-8 gelas sehari adalah omong kosong. Dia menambah, manfaat minum air putih sering dibesar-besarkan oleh lembaga yang berkepentingan, seperti tanda air bungkusan. 

Menulis di British Medical Journal, Dr. McCartney mengatakan bahawa kajian menunjukkan minum di saat tidak haus boleh mengganggu konsentrasi, bukan meningkatkan, dan bukti-bukti berasingan menunjukkan bahawa bahan kimia yang digunakan untuk Desinfeksi yang ditemui dalam air bungkusan boleh berakibat buruk bagi kesihatan. 

Minum berlebihan juga boleh menyebabkan hilangnya waktu tidur kerana orang harus bangun di malam hari untuk pergi ke tandas, dan kajian lain menunjukkan bahkan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, bukan mencegahnya. 

Dr. McCartney juga memberi amaran bahawa minum terlalu banyak air boleh menyebabkan keadaan yang jarang, tapi berpotensi fatal yang disebut hiponatremia, iaitu kadar garam tubuh menurun dan boleh menyebabkan pembengkakan otak. 

Pada 2003 pelakon Anthony Andrews, yang membintangi adaptasi ITV dari Brideshead Revisited, terkena penyakit itu selepas minum air terlalu banyak selama latihan untuk peranan West End.

Doktor lain yang dikutip dalam artikel tersebut menambah bahawa tidak ada asas untuk mendakwa air membantu orang menurunkan berat badan dengan menekan nafsu makan mereka. Profesor Stanley Goldfarb, seorang ahli metabolisme dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat, mengatakan "Saat ini belum ada bukti tentang hal itu." 

"Jika anak minum lebih banyak air daripada mendapatkan kalori tambahan dari soda, itu baik. Tapi, tidak ada bukti bahawa minum air sebelum makan mengurangkan nafsu makan saat makan," tuturnya lagi.-DI

**************************************************************************
Apa pendapat anda?

9 comments:

Umialya said...

makin keliru????

syiela said...

alamak.. pulak...

ummu aufa said...

betul2,sebab itu Islam menggalakkan bersederhana dalam segala aspek termasuklah pemakanan kan.Subhanallah,hebatnya Islam=) kite selalu dengar kena minum air masak banyak2..tp ada kes yang jadi kat kampung sy pak cik masuk wad CCU sbb paru2 kembung coz terlebih air,dan pak cik ni memang suka minum air banyak2 sbb kuat bekerja kampung..jd Doc pesan air masak takleh ambik dalam kuantiti banyak,sekadar cukp untuk badan shj. Tajuk perkongsian yang bermanfaat=)

Salmi said...

Perkongsian yg amat baik.. Benar spt kata ummu aufa bersederhanalah dlm semua aspek.. Sebelum ni dah ada yg beritahu tak elok minum air byk2 tapi tak dinyatakan sumber dari mana..

kayzie said...

ms menyusu ni mmg bnyk consume air msak..so kena berpada-pada lah kan?thanks 4 info yg bgus ni..:)

IntaNBerliaN said...

ooo yeke... selama ni dorg duk suh minum byk..

insan_marhaen said...

c'jai pun pernah terbaca tentang ini..

Ibu Yusuf Maryam said...

Info baru bg ibu Yusuf.. selama ni hanya tahu byk minum air putih byk yg bagus..

Unknown said...

Info baru..time kasih.

selalu dgr org kata minum air at least 8 gelas sehari. Ari ni dapat info..memadai seadanya.

http://apapayahsangat.blogspot.com/