29.11.11

BOLA NYANYI SAMPAI

Alhamdulillah hadiah kemenangan di my.little.secret melalui segmen kedua telah pun selamat sampai sebelum kami berangkat ke kampung ayah Muhammad lagi. Asbab kekangan masa ketika itu, saya tidak sempat untuk menulis sebuah entry penghargaan. Alhamdulillah rezeki mainan berjenama yang mahal buat Muhammad.

Alhamdulillah. Terima kasih daun keladi ;P.

Bercerita perihal mainan, saya baru sahaja berbual dengan ayah Muhammad berkenaan satu ilmu yang saya dengar secara tidak sengaja suatu masa dahulu ditempat bertugas. Seorang rakan sekerja bercerita berkenaan anaknya yang mahu mainan kuda jongkat-jongkit, saya sendiri tidak tahu mahu diistilahkan sebagai apa nama mainan tersebut, sehingga anaknya menangis yang tidak dapat dikawal. Mainan kuda tersebut pula harganya hampir seratus ringgit. Mahu tidak mahu si ayah terpaksa juga.

Situasi kedua pula situasi yang dialami sendiri oleh saya sendiri yang mana adik bongsu saya iaitu paksu Muhammad semasa kecilnya juga berkelakuan begitu sehingga berguling di atas lantai pasaraya apabila mahukan sesuatu permainan. Kesimpulan pendek yang saya perolehi daripada situasi-situasi begini, saya dan suami perlu bijak mengawal keadaan diawalnya.

Caranya, apabila keluar dan berhajatkan sesuatu untuk anak-anak, ambil sahaja tanpa menyuakan atau memberitahu yang mainan itu adalah khusus untuknya. Namun lain pula dengan buku. Tanamkan minatnya terhadap buku tidak mengapa. Kedua, saya dan suami masing-masing berazam tidak mahu mengajar anak-anak dengam kenderaan statik yang berbunyi kerana pada pemerhatian saya, anak-anak akan menangis dipenghujungnya apabila ibu atau ayah kehabisan token/syiling.

Mungkin ini sebagai teori saya semata keranna setakat hari ini, Alhamdulillah Muhammad belum pandai menunjukkan apa-apa mainan apabila di pasaraya. Mungkin dia belum faham dan saya juga tidak berhajat untuk memahamkannya. Sebenarnya dizaman paksu Muhammad kecil, banyak memberi implikasi kepada saya hari ini. Allah takdirkan saya yang banyak menjaganya semasa kecilnya untuk mengambil pengajaran untuk anak-anak saya insyaAllah.

Walau apapun, terima kasih kepada pihak penganjur dan pihak penaja hadiah kerana dengan izin Allah dapat juga Muhammad dipinjamkan dengan mainan yang berjenama. Mainan termahal yang pernah dipunyainya setakat hari ini. Alhamdulillah ;).

23.11.11

90 JENIS UBAT ADA BABI

Liqo' bersama adik-beradik 'keluarga kecil' kami baru-baru ini ada mengatakan perihal ubat-ubatan dan sistem hospital. Sekali lagi ditekankan, bukan kami menolak secara total kerana apa pilihan yang ada terutama tempat melahirkan, pembedahan dan perkara-perkara terbatas yang memerlukan khidmat doktor dan hospital. Di entry berkenaan vaksin terdahulu, saya ada mengatakan bahawa terdapat 90 jenis ubat-ubatan yang dipercayai mengandungi bahan-bahan yang tidak halal. Menurut naqibah saya yang menghadiri kuliah ilmu yang dianjurkan oleh Rawatan Komplimentari Insaniah, orang yang ahli perihal ubat-ubatan ini sudah 'tidak tahan' lagi dengan pencemaran-pencemaran yang terdapat di dalam ubat-ubatan kini sehingga terbitnya buku seperti di bawah. Ini adalah hasil carian google saya setelah mendapat tahu yang buku ini telah diterbitkan.

Buku hasil kajian Abdul Rahman B. Pharm, an IIUM Pharmacy graduate (1st batch). Boleh klik ubatdaribabi.com untuk berkenalan dengan penulis.

Menurut insan yang jihadnya kepada makanan dan keprihatinannya kepada segala sesuatu yang masuk ke dalam tubuh anak Adam, sistem hospital kita adalah sistem yang berasaskan sistem gereja. Hasil carian saya mendapati Gereja Katolik Roma telah menyumbangkan kepada masyarakat doktrin-doktrin sosialnya yang telah membimbing para pemimpin untuk memajukan keadilan sosial dan mengembangkan sistem rumah sakit untuk merawat seseorang di Eropah pada abad pertengahan yang berbeda dengan konsep kesediaan untuk merawat berdasarkan balas jasa dari adat Yunani dan kewajiban merawat seseorang atas dasar hubungan keluarga dari adat Romawi. Rumah sakit-rumah sakit ini didirikan untuk melayani "kelompok-kelompok sosial tertentu yang tersisihkan akibat kemiskinan, penyakit, dan usia" menurut ahli sejarah rumah sakit Guenter Risse. Sumber disini. Ini adalah sebahagian sejarah perkembangan hospital pada hari ini dan ianya tidak pelik kerana sistem kita memang terarah ke barat sejak kejatuhan empayar islam dan sistem kekhalifahan pada tahun 1924. Jadi, disini saya nyatakan pegangan kami sememangnya cukup ragu-ragu dengan apa sahaja yang datangnya dari golongan kuffar kerana sejarah membuktikan orang-orang kafir terutamanya yahudi dan nasara laknatullah tidak akan berhenti untuk menjahanamkan umat islam keseluruhannya. Itu sahaja pointnya.


Saya pernah menghadiri mukhayyam bersama Muhammad dan ketika itu saya baru sahaja tahu berkenaan vaksin tersebut dan pada anggapan awal saya, semua akhowat sudah pun mengetahui berkenaan vaksin dan ubat-ubatan moden kini. Nyata sangkaan saya meleset. Dengan niat mahu memberitahu saudara-saudara saya disana, saya terlupa yang saya dikelilingi oleh sisters yang kedoktoran mereka diiktiraf oleh univerisiti terkenal luar negara. Bayangkan saya yang bukan seorang doktor, mana mungkin kata-kata saya boleh diterima pakai tanpa bukti saintifik yang meyakinkan. Saya juga ada 2 orang makcik yang kerjayanya sebagai doktor. Naqibah saya juga pernah bercerita yang pendakwah-pendakwah yang pasangannya, suami atau isterinya doktor turut bersetuju dengan vaksin. Kesimpulannya yang saya buat, semua doktor akan mengeluarkan pendapat yang sama. Pelbagai penyakit masa kini dan vaksin itu memang diperlukan untuk mengubati penyakit. Juga mengikut data yang saya kumpul, kebanyakkan mereka masih tidak mengkaji berkenaan kandungan vaksin dan ubat-ubatan kini. Tidak mengapa, mudah-mudahan Allah bukankan hati-hati para doktor, saintis, farmasis bangkit untuk membuat kajian menyeluruh berkenaan isu ini. Semoga Allah memudahkan urusan-urusan mereka semua untuk ummat khususnya kerana Allah insyaAllah!

Semoga dengan kehadiran buku ini juga, ianya bakal memberi anjakan paradigma kepada orang awam yang jauh dari bidang ubat-ubatan seperti saya untuk lebih berhati-hati dalam membuat PILIHAN insyaAllah!  Disini saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak yang terlibat dalam kajian berkenaan ubat-ubatan ini. Saya cukup memandang tinggi insan-insan yang boleh menjalankan kajian mereka terhadap bidang mereka sendiri tanpa menelan bulat-bulat apa-apa kajian terutama dari pihak yahudi dan nasara laknatullah. Perkembangan yang ditunjukkan iium pharmacy alumni cukup membanggakan apabila ada diantara banyak-banyak orang islam yang mendalami bidang perubatan, Allah bukakan hatinya untuk mengkaji. InsyaAllah kami juga akan segera mendapatkan buku ini secepatnya insyaAllah! Wallahua'lam.

18.11.11

PILIHAN & PERUBAHAN

Segala apa pun yang ada pada kita semuanya milik Allah. Semuanya Allah memberi kita pinjam sahaja. Hanya satu sahaja milik kita sebagai hamba iaitu PILIHAN. Ayat yang memberi bekas di hati saya semalam apabila berkumpul bersama adik-beradik 'keluarga kecil' saya. Semalam lebih kepada liqo' perpisahan kerana naqibah saya akan berpindah. Seorang dari adik-beradik kami telah berhijrah kerana tuntutan kerja dan bilangan kami semakin kecil. Mudah-mudahan Allah tsabatkan kami di atas jalan keyakinan ini insyaAllah.

PILIHAN
Menyentuh mengenai PILIHAN, sesungguhnya hidayah dan taufik itu milik Allah. Allah pilih siapa sahaja yang dikehendakiNya untuk melalui proses penghijrahan. Hidayah dan taufik Allah ini ada sahaja, terpulanglah kepada hati kita untuk membuat PILIHAN. Fitrah manusia itu adalah di dalam kebaikkan. Jadi, apabila masuk sesuatu yang tidak baik, maka ianya berlawanan dengan fitrah insaniah yang Allah bekalkan. Disinilah dinamakan PILIHAN. Hati membuat pilihan sama ada mahu menjadi baik ataupun sebaliknya. Berubah ataupun statik sampai mati.

Hijrah Artis
Kebanjiran penghijrahan golongan-golongan artis membuat saya kagum dengan perubahan yang amat drastik pada saya. Jelas sesungguhnya mereka adalah insan-insan pilihan Allah. Jujur saya katakan, saya bukanlah seseorang yang mengikuti perkembangan artis. Saya biasa dengar kisah-kisah mereka apabila pulang ke rumah nenek Muhammad. Tambahan informasi apabila saya mengaitkan entry-entry di dashboard. Jadi, saya banyak terdedah berkenaan info-info terkini di internet. Kebiasaan orang yang membaca suratkhabar dan menonton televisyen akan punya pandangan yang kontra dengan orang yang membaca pelbagai akhbar maya dan menonton video-video di internet. Keadaan penceritaan juga akan menjadi sebaliknya kerana bahan bacaan kita berbeza.

Wardina Safiyyah
Seorang artis yang saya begitu teruja dengan penghijrahannya adalah ukhti Wardina Safiyyah. Saya ada menonton rakaman tentang penghijrahannya walaupun tidak habis, jelas doa seorang ibu memainkan peranan yang besar dalam hidup anaknya. Lambat atau cepat sahaja untuk ditunaikan kerana memakbulkan doa-doa itu adalah urusan Allah. Kita dapat lihat dari seorang artis dengan imej 'spanar jaya' membuat PILIHAN asbab taufik dan hidayah Allah. Dia bangkit dan bangun dan saya kagum dengan kegigihannya. Pastinya dia tidak mahu anak-anaknya mengikut jejak langkahnya yang dulu. Lihatlah betapa mahalnya harga sebuah perubahan. Sinonim dengan ayat, berubahlah nescaya sekeliling kita juga akan berubah.

Irma Hasmie
Lagi artis yang berubah ialah ukhti Irma Hasmie. Jelas yang saya nampak, apabila hidayah Alalh mula menerpa, insan-insan ini pasti mendekati golongan-golongan yang punya kesedaran agama yang tinggi. InsyaAllah ditekankan, saya memandang mereka sebagai manusia yang sentiasa melalui pembaikkan dan pastinya ada cacat celanya dimana-mana kerana kita manusia biasa yang tidak sempurna. Hijrahnya bermula sebaik pulang dari menunaikan umrah. Alalh menyentuhnya dengan azab akhirat dan dia tersentuh dengan tazkirah Allah sedangkan kita? Perihal kematian seolah-olah lalu sahaja di dalam hati tanpa sempat meninggalkan bekas.

Gelap vs Terang
Banyak lagi artis yang memang tampak begitu berubah dan kebanykkannya meninggalkan dunia artis secara keseluruhannya. Tidak ada lagi lakonan. Tidak ada lagi nyanyian bagi yang perempuan. Ukhti Norkumalasari, Subhanallah! Hebatnya dia! Kekuatan yang bukan sedikit. Akhi Azmil Mustafa, Bob Lokman, Iwan dangdut dan ramai lagi. Saya hanya mampu menulis nama-nama yang saya dan ingat rupa mereka. Semuanya yang telah melalui suatu kehidupan yang 'gelap', pasti merasai nikmat sebuah kehidupan yang 'terang'. Manisnya sebuah PILIHAN iman dan ujian yang dilalui mereka bukan calang-calang. Masakan Allah tidak akan menguji keimanan kita. Ujian adalah bukti kasih sayangNya untuk meningkatkan darjat kita disisiNya insyaAllah!

PILIHAN mereka. Subhanallah!

Kisah Gelang Sham Kamikaze
Seorang artis lelaki yang saya mengikuti ceritanya adalah Akhi Sham Kamikaze. Siapa yang tidak kenal dengan imejnya yang bersubang, berantai, bertindik dan sebagainya. Saya difahamkan hidayah Allah itu menerjah ketika dia ditegur oleh imam Mekah Sheikh Sudais ketika lawatannya ke Malaysia. Disitulah segalanya bermula apabila dia merasakan dirinya bukan siapa-siapa tetapi Sheikh menegurnya. Bermula dari situ, dia berubah 360 darjah pada pengamatan saya. Saya amat tertarik dengan kisah gelangnya. Dia berkata, jangankan gelang, seurat benang pun haram dipakai oleh lelaki. Subhanallah! Jelaslah iman itu datang diikuti ilmu sesuai dengan dakwah Rasulullah SAW yang menanamkan aqidah dikalangan penduduk Mekah selama 13 tahun lamanya berbanding 10 tahun di Madinah. Aqidah adalah  yang terpenting!

Prof. Kamil
Seorang lagi insan yang cukup saya kagumi adalah Prof. Kamil, travelog haji dan dia bukan artis tetapi sekarang levelnya sudah menyamai selebriti ;). Subhanallah! Dikala membaca entry-entry beliau ditanah suci sana, beliau tidak lekang dengan pujian dan keistimewaan isterinya. Betapa beliau begitu menghargai isterinya. Beliau percaya perubahannya sehingga hari ini adalah berkat doa isterinya yang tidak pernah putus. Saya pernah mengikuti kisahnya ketika ditemuramah di radio IKIM.fm. Kisah-kisah hidupnya ada ditulis dengan details dan saya membacanya denga hati yang gembira dan seolah-olah dapat berkongsi rasa kasih sayang tersebut. Pernah satu entrynya berkenaan cam. Diceritakan disana, semuanya berpurdah namun si suami masih mengenali isteri masing-masing. Tidaklah tertukar. Jadi Prof. memanggil dengan satu nama yang tidak disukai isterinya dan isterinya menoleh marah dengan panggilan tersebut. Saya yang membacanya turut tersenyum dengan kenakalan Prof. kepada isterinya. Tiada apa yang mengaibkan tetapi hati turut riang dengan kebahagiaan itu ;). Saya percaya apa yang ditulisnya bukanlah untuk menunjuk-nunjuk bermegah diri, namun insyaAllah itu adalah usaha dakwahnya dan pada saya ianya tidak menyalahi syariat kerana nilaian tugasan kita adalah berbeza. Keupayaan dan kebolehan kita juga pelbagai. Jadi, tiada yang salah dan tiada yang betul apabila kita sama-sama menghormati dan menghargai kelebihan dan kekuarangan masing-masing.

La Tahzan!
La tahzan! Janganlah kita bersedih apabila dilahirkan ditengah-tengah keluarga yang tidak mengamalkan kehidupan beragama dengan sesungguhnya kerana percayalah iman atas kasih sayang Allah yang datang bukan daripada warisan, kemanisannya sukar untuk diterjemahkan. Ianya luhur dari hati. Apabila sekali ianya datang, insyaAllah tidak mungkin kita akan melepaskannya pergi andai iman itu dasarnya dari hati yang mencintai Allah dan bukan sebab yang lain. Berubahlah dengan kadar segera andai 'rasa takut' itu hadir dan jangan membiarkan 'dia' berlalu pergi begitu sahaja kerana takut ianya tidak sudi menjengah kita lagi.

Hidayah itu sesungguhnya milik Allah tetapi kita mempunyai PILIHAN untuk meraih, mencari hidayah tersebut. Teruskan dengan perubahan kerana sebagai manusia kita tidak akan pernah untuk sempurna. apabila menyebut perihal perubahan, ianya tentu sekali tidak lari dari nikmat ujian yang pelbagai terutamanya apabila mahu merintis jalan ke arah perubahan. Mudah-mudahan Allah kekalkan nikmat iman dan islam sehingga kita berjaya melihat Allah disyurga sana insyaAlalh! 

Mereka-mereka yang saya sebutkan diatas sudah menikmati kemanisan iman, kita bila lagi?

17.11.11

PENYUSUAN DIAWAL KELAHIRAN

InsyaAllah lagi entry promosi penyusuan susu ibu. Maafkan saya atas 'keobsesian' ini. Maafkan wahai insan ingin tahu atas keterlewatan ini. Mudah-mudahan lebih ramai lagi yang bakal menikmati 'nasi lemak sedap' asbab kurniaan kefahaman dan kekuatan dalam melaksanakan sunnah penyusuan insyaAllah. Dengan rendah diri, sekali lagi saya katakan, saya bukanlah pakar dalam penyusuan susu ibu. Keyakinan saya terhadap kebesaran sunnah, membuat saya cukup terobsesi dengan penyusuan susu ibu. Emak sayalah orang pertama yang sentiasa menanamkan tentang kehebatan susu ibu sedari saya remaja. Kisah-kisah saya menyusu sehingga hampir 2 tahun sebelum lahirnya adik lelaki saya, membuatkan saya menanamkan semangat itu sebelum saya berumahtangga lagi. Alhamdulillah, kemudian dikurniakan suami yang cukup menyokong yang juga sama-sama cuba mempromosikan susu ibu. Saya cukup bersyukur andai tulisan-tulisan saya Allah izinkan saudara-saudara saya diluar saya cukup termotivasi dan mudah-mudahan banyak lagi hati-hati yang tersentuh untuk sama-sama memartabatkan penyusuan sunnah insyaAllah!

Salah satu komen diruangan komen entry BREASTFEEDING EXTREMISTS.

Insan Ingin Tahu
Tahniah kepada saudari insan ingin tahu yang pada saya, anda adalah orang-orang pilihan Allah untuk menyedari dan memahami hakikat ini lebih awal. Menyusukan anak bukanlah kerana trend generasi terkini. Mahupun untuk menjimatkan ekonomi. Menyusukan anak adalah salah satu sunnah yang terjadi kepada Rasulullah SAW. Kekasih hati kita, hanya menyusu dengan ibu susuannya. Kemudian setelah tamat tempoh penyusuan penuh, Baginda menjadikan susu kambing sebagai minuman kegemarannya selain kopi. Kenapa Allah takdirkan ibu Rasulullah SAW air susunya kering dan Rasulullah SAW disusui pula oleh ibu-ibu susuannya? Anda pasti sudah mengerti apa jawapannya dan ianya sunnatullah yang berulang dan terus berulang. Diluar sana ramai juga yang menjadi ibu susuan persis dizaman awwal. Sunnah Rasulullah SAW menunjukkan susu ibu adalah pilihan utama. Andai ditakdirkan Allah air susu mengering, alternatif kedua adalah mencari ibu susuan yang solehah untuk anak kita. Pilihan terakhir barulah susu formula. Sebenarnya yang dilaporkan oleh berita harian baru-baru ini tidak sepatutnya menjadi isu besar andai yang menulis itu 'faham' dan tahu yang tulisannya kelak bakal mengundang kemarahan ramai dikalangan ibu-ibu yang menyusukan. Wallahua'lam. Allah Maha Tahu.

Ransangan Secara Berterusan
Berbalik kepada pertanyaan saudari ingin tahu. Memang air susu kebanyakkannya tidak keluar diawal kelahiran anak lebih-lebih lagi anak pertama. Pengalaman pertama saya, cukup mengerikan dalam keadaan semangat yang semakin hilang apabila Muhammad menghidapi jaundice. Berada di wad selama 2 malam, membuatkan saya seakan trauma. Sudahlah anak menangis akibat kelaparan, khuatir pula mengganggu jiran-jiran di dalam wad. Mereka kerap menyogok saya supaya memberi susu formula kerana anak saya tidak cukup susu menurut mereka dan kerana itulah Muhammad menangis tanpa henti. Lagilah motovasi diri saya menurun dengan mendadaknya. Kita umpama mengganggu ketenteraman orang lain. Memang benar, diawal kelahiran si ibu memerlukan sokongan dan motivasi bukan sahaja daripada suami malah motivasi dalaman itulah yang terpenting supaya si ibu kuat untuk terus berada disamping anak dan memberikan ransangan secara berterusan sehinggalah air susu keluar dengan lebatnya insyaAllah.

Sebahagian pengalaman Puan Hafizah.

Tahan 3 Hari
Melalui pembacaan saya diblog Puan Hafizah tentang pengalamannya menyusukan anak keenamnya, anak yang baru dilahirkan mampu bertahan sehingga 3 hari dengan syarat, ransangan berterusan tanpa henti. Puan Hafizah hanya berhenti menyusu untuk merangsang air susu keluar hanya ketika mahu ke bilik air, makan dan merehatkan diri seketika. Berdoalah bermula sekarang supaya Allah mempermudahkan dan air susu keluar melimpah sebaik proses kelahiran.
Juga sebahagian pengalaman Puan Hafizah.

Permintaan Awal
Mungkin bagi ibu yang menanti untuk melahirkan, anda mungkin boleh request kepada doktor atau jururawat yang bertugas supaya anak anda yang baru dilahirkan terus diberi kepada anda untuk disusui. Mengikut pengalaman saya sendiri, sekiranya kelahiran normal yang tanpa masalah, anak tersebut akan diberi terus kepada ibunya untuk disusui. InsyaAllah mungkin dihospital swasta lebih mudah namun pengalaman saya dihospital kerajaan, mereka ada toleransi dalam banyak hal. Contohnya, Allah izinkan saya melalui proses kelahiran secara normal. Jadi, permulaan masuk hospital saya disambut doktor muslimah sehinggalah semasa proses kelahiran hanya disambut oleh tangan-tangan jururawat-jururawat senior dan pelatih. Apabila selesai segala proses selepas kelahiran, datang seorang doktor pelatih lelaki berbangsa cina untuk memeriksa jahitan dan saya dengan beraninya, sebelum doktor tersebut masuk ke dalam labour room, saya memintanya memanggil doktor perempuan. Alhamdulillah dan insyaAllah mereka faham ditambah tudung saya yang setia dikepala. Peringatan, melalui pengamatan saya, anak yang melalui kelahiran selain normal mahupun normal tetapi mempunyai komplikasi, anak terpaksa duduk dibilik khas. Betulkan andai saya silap.

Teknik Menyusukan
Perkara seterusnya adalah teknik menyusukan. Mungkin teori tidak sama dengan praktikal. Saya cuba mempraktikkan teknik pegangan yang betul untuk menyusukan namun ianya bukan semudah yang disangka. Saya perlu memegang kepala anak ketika itu sambil menyuakan nipple yang tenggelam masuk ke dalam mulutnya. Memang disini ibu-ibu akan teruji. Sudahlah sakit baru melahirkan ditambah kelenguhan asbab menyusukan. Betul-betul memerlukan jihad yang bukan sedikit. Nasihat saya kepada insan ingin tahu, kenal pasti jenis nipple anda dan ketahuilah cabaran-cabarannya ketika menyusukan kerana setiap ibu adalah berbeza. InsyaAllah dengan mengambil tahu, ianya mungkin memudahkan anda semasa menghadapi proses kelahiran insyaAllah! Selain itu, dipenghujung kehamilan, saya pernah dinasihatkan supaya sentiasa lap bahagian nipple dengan tualu panas lembab bagi membuang segala yang mungkin menghalang dari air susu keluar.

Pengaruh Iklan
Sesungguhnya pengaruh iklan sangat besar peranannya di dalam kehidupan waima di dalam penyusuan susu ibu. Saya dihubungi seorang sahabat saya baru-baru yang memberitahu, dia terpaksa mencampur susu kambuing dan anmun kerana menuruti kemahuan suaminya. Si suami tidak mempercayai kehebatan susu ibu dan terpengaruh dengan iklan susu formula anmun yang dapat menyambungkan sel-sel otak. Aduhai! Luruh hati saya mendengarnya. Si suami sanggup bangun dan membancuh susu formula sedangkan si isteri bersedia dan telah rela menyusukan dengan susunya sedari si anak belum menjenguk dunia. Dalam hal ini siteri cukup bersedia dengan ilmu penyusuan susu ibu tetapi berlawanan pula dipihak si suami. Wahai suami-suami diluar sana, ambillah berat tentang hal ini. Jangan digadaikan hak anak asbab kejahilan sendiri. Rasa sayu saya terasa sehingga kini kerana keadaan sebenarnya boleh diselamatkan namun ketentuan Allah itu pasti berganda hikmahnya. Wallahua'lam.

InsyaAllah, mudah-mudahan sedikit pengetahuan melalui pembacaan dan pengalaman saya sendiri disamping pengalaman ibu-ibu yang menyokong susu ibu yang lain, dapat membantu insan ingin tahu. Subhanallah! Sesungguhnya Allah memilih anda untuk belajar sebelum anda berumahtangga lagi. Mudah-mudahan Allah mudahkan segala hasrat dan azam anda apabila tiba masanya insyaAllah!

15.11.11

TIDAK SEMPAT

Tidak sempat buat maksiat sebab sibuk dengan ibadat dan taat.

Tidak sempat mazmumah singgah dalam hati sebab mahmudah yang menguasai segenap ruang hati.

Tidak sempat terpesona dengan harta haram sebab sibuk mengumpulkan harta halal.

Tidak sempat membazir sebab sibuk bersedekah.

Tidak sempat terlajak subuh sebab sibuk mengejar keberkatan bangun awal beribadah saat fajar menyinsing.

Tidak sempat mensia-siakan masa sebab sedang sibuk dengan agenda sebagai hamba dan khalifah.

Tidak sempat buat jahat kepada manusia dan makhluk lain sebab sibuk menyebarkan kasih sayang.


-Petikan dari ruangan muhasabah, solusi isu 37 mukasurat 57-

7.11.11

TELEKONG MASTURAH

Bismillah. Kesinambungan dari entry terdahulu berkenaan PROGRAM CUTI DEEPAVALI saya ada menyatakan yang saya sedang menjahit tempahan telekong dari sahabat-sahabat baik zaman belajar dahulu. Alhamdulillah setelah berjaya membuat 5 helai tempahan dan 2 daripadanya bersama dengan kain, insyaAllah baru hari ini saya berani membuka tempahan untuk sesiapa berminat setelah tempahan pertama berjaya disiapkan dalam masa 2 minggu lebih. Maklum ada anak kecil ;).

Bahagian Muka
Kebiasaannya, apabila kita mencari telekong untuk solat, kita akan memilih keselesaan dibahagian muka. Jadi, dengan izin Allah pastinya, saya hanya menjahit sedikit dibahagian dahi dan memasang getah sebagai pengetat dibahagian muka. Saya tidak suka yang bertali kerana bagi saya ianya cukup leceh ;). InsyaAllah tidak rimas kerana tidak memerlukan serkop.

InsyaAllah sangat selesa dan tidak panas kerana tanpa serkop.

Kain
(Kemaskini: 01/12/11) kami kembali menggunakan kain batik khas untuk solat. Juga, menjahit kain solat berwarna putih yang dilapiskan dua, sama seperti telekong untuk mengelakkan warna kulit terlihat. Kain solat ini insyaAllah sangat labuh tidak sama seperti kain batik biasa. Bahagian pinggang pula, saya getahkan kerana seperti biasa saya tidak suka yang bertali kerana leceh.

Kain yang siap bergetah.

Renda Dan Jenis Kain
Renda pula, setakat hari ini, kami lebih memilih yang berwarna putih dan coraknya pula bergantung kepada apa yang ada dikedai. Disebabkan saya bukan penjahit dan peniaga tegar, saya hanya membelinya dikedai biasa dan bukan kedai borong segala peralatan-peralatan menjahit telekong dan pastinya pilihan adalah sangat terhad. Sekiranya, ada permintaan renda berwarna, kami akan usahakan untuk mendapatkannya. Kain pula ada 100% cottan seperti pakaian baju sekolah budak.

Bulatan hitam menunjukkan labuh bahagian dalam telekong sehingga menutupi jari jemari. Dua jenis renda yang berlainan rupa.

Berlapis Dua
Keistimewaan telekong yang diberi nama Masturah ini  yang bermaksud yang melindungi keaiban, adalah berlapis dua. Bahagian dalamnya sangat labuh sehingga menutupi jari jemari dan ianya cukup sukar untuk didapati dipasaran. Begitu juga dengan kainnya yang dilapis dua bagi mengelakkan terlihat warna kulit dan insyaAllah ianya sangat selesa. Ianya sengaja direka sebegitu labuh kerana mengambil kira faktor memudahkan untuk muslimah-muslimah yang berada dirumah dengan pelbagai aneka ragam pakaiannya. Jadi, telekong masturah menyediakan medium mudah dengan hanya menyarungkan dan insyaAllah ianya tidak menzahirkan aib iaitu warna kulit insyaAllah!

Saiz
Saiz adalah mengikut ketinggian. Setakat hari ini saya ada menyediakan saiz S, M dan L sahaja.
1. Saiz L = 160cm ke atas.
2. Saiz M = 150-159cm.
3. Saiz S = 149cm dan kebawah. 
Bahagian muka pula selalunya saya agak-agak sahaja mengikut saiz muka yang biasa. Sekiranya bahagian muka anda kecil, sila nyatakan kemudian.

Harga (Kemaskini: 1/12/11),
1. Sepasang (telekong + kain) = RM 130 120
2. Kos penghantaran sepasang = RM 10


Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya melalui email seperti yang tertera diatas atau  SMS ke 013-3575915. InsyaAllah ianya memakan masa paling lama 2 minggu untuk disiapkan. Untuk makluman, telekong masturah di Bayt Al-Iman cukup ringkas tanpa sulam. Keseluruhan hanya berwarna putih. InsyaAllah untuk memelihara solat dan khusyuk orang lain insyaAllah! Wallhua'lam.

5.11.11

SELAMAT HARI RAYA QURBAN 1432H

Dengan penuh kerendahan hati, saya ingin memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran dari segi penulisan, lisan mahupun perbuatan yang menyinggung sesiapa sahaja yang berurusan dengan saya selama ini. Mohon ampun segalanya.

Kepada sesiapa yang saya pernah memakan mahupun termakan hartanya sehingga lupa untuk mengucapkan terima kasih dan mengundang rasa tidak puas hati atas sifat berat mulut saya terutama berlawanan jantina, mohon dihalalkan segalanya. Saya cukup takut perihal ini kerana Muhammad minum susu hasil daripada apa-apa yang saya makan. Sungguh azab rasanya untuk mensucikan diri dan BERSIH dari segala apa-apa yang orang tidak redho kerana impian saya sungguh besar untuk melahirkan dan mewujudkan generasi yang takutnya hanya apabila tidak mendapat keredhoan Allah. Mohon Allah keluarkan segala harta yang tidak halal di dalam diri saya melalui cara apa sekalipun waima terpaksa menanggung kesakitan akibat keracunan makanan seperti tempoh hari. Hal demikian lebih baik daripada menanggung dosa di akhirat yang sakitnya bukan mainan.

Sekali lagi mohon kemaafan dan keampunan yang bukan sedikit. Sebagai manusia biasa, sombong saya bukan bermakna saya seorang sahaja bagus, saya seorang sahaja yang masuk syurga, memandang orang lain seperti bukan seorang manusia gamaknya, tidak menjaga hubungan sesama manusia, ketahuilah sombong saya adalah kerana Allah. Sombong saya kerana memelihara kecemburuan seorang suami syurga. Hanya kerana takutkan Allah, hanya kerana taatkan suami. Itu sahaja tidak ada yang lain.

Juga, mohon diampunkan andai sepanjang saya hidup selama melebihi suku abad ini, saya menyinggung, terumpat, terkata, apa-apa sahaja perlakuan saya yang membawa perasaan kurang senang dikalangan teman-teman semua. Mohon dimaafkan agar mudah perjalanan hisab saya di padang mahsyar nanti. Saya tidak takut untuk mati tetapi saya cukup takut keadaan selepas mati. Ya Allah matikan kami dalam iman dan taqwa, aqidah yang sejahtera kepadaMu ya Allah!

Sesungguhnya diam itu lebih baik dari berkata-kata yang mengundang dosa dan menyakitkan hati orang lain. Selamat menyambut hari raya aidiladha 1432H. Mohon ampun dan dihalalkan segala-galanya. Maaf zahir dan batin.

3.11.11

SOMBONG VS CEMBURU

Jeling-jeling entry bawah, angin panas naik ke entry atas. InsyaAllah ianya lebih kepada memperbetulkan tanggapan kita selama ini. Kita sering melabel orang sesuka hati tanpa memandangnya dengan mata hati. Orang yang faham agama akan mudah faham dan ianya sebati dengan mereka kerana isteri-isteri mereka juga adalah bidadari eksklusif mereka. 

SOMBONG menjadi asbab jodoh kami dipertemukan. Kisah sombong saya memang telah bermula sejak azali. Bukan sombong tetapi segan ;). Segan mahu memandang. Segan mahu bercakap berlebihan. Segan mahu tersenyum-senyum kambing. Bercakap pun kasar. Semuanya nampak 'teruk' kerana memang itu yang saya mahukan apabila berurusan dengan jantina berlawanan. Itu lebih baik dari bergelak sakan dan beramah mesra tidak bertempat. Jadi, muka yang lebih masam daripada cuka adalah jalan untuk cover segala ketidak selesaan. Biarlah hodoh sekalipun, saya selesa begitu. Bukan saya seorang, akhowat-akhowat, muslimah-muslimah yang faham insyaAllah akan setuju dengan saya.

Menempuh alam bekerja juga saya menempuhinya sekali lagi. Isu yang masih sama iaitu SOMBONG. Pernah rakan setugas saya datang menyuruh saya beramah mesra dengan rakan-rakan lelaki yang lain. Sehingga begitu sekali. Namun, ianya tidak menjadi masalah buat saya kerana saya memang sering dipersalahkan tentang hal ini. InsyaAllah selagi ianya tidak mengganggu bidang tugas utama sebagai pendidik, hal tersebut tidak menjadi masalah buat saya ;).

Saya seorang isteri yang begitu taat menjunjung perintah suami selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam insyaAllah! Cemburu memang perlu ada dalam setiap lelaki bergelar suami. Cemburu apabila isteri dipandang-pandang. Cemburu apabila isteri ditayang-tayang. Begitu juga dengan suami saya. Maka menjadi kewajipan saya memelihara kecemburuannya itu hanya dan kerana Allah insyaAllah! ;)

KENAPA KITA BEGITU?

Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

Amallah mula sesuatu perkara baik yang dan betul dengan syariat Islam dengan Bismillah.. besar dan hebat ayat ini yang biasa dipandang enteng oleh kita. Nak tahu lebih lagi tentang ayat ini bolehlah rujuk tafsir al-quran bukannya terjemahan. Tafsir untuk kita yang tak faham sangat bahasa arab ni bolehlah rujuk Tafsir al Azhar yang ditulis oleh Hamka.

Ruangan akal menulis dikhaskan untuk saya oleh pemilik blog ini dan memang lama tidak post sebarang penulisan. Bukan tak nak menulis tapi memikirkan ilmu tak banyak dan bimbang jika ia tersalah. Terasa nak tulis ni sebab ada perkara penting yang mungkin boleh merubah cara kita berfikir terhadap orang yang kita anggap 'sombong' tak banyak bercakap.

Saya bawa satu cerita yang disampaikan oleh seorang alim dalam kuliahnya. Ceritanya begini, orang alim ni ramai tok guru, salah seorang tok gurunya orang yang tak banyak bercakap sepatah di tanya sepatah dijawab. Banyak bercakapnya ketika mengajar ilmu sahaja. Satu hari orang alim ni pergi ke rumah tok guru dia. Orang alim ni buat-buatlah tanya macam-macam supaya dapat bercakap banyak dengan tok gurunya. Tapi begitulah perwatakannya sepatah jawab sepatah.

Jika kena pada kita apa kita anggap? Tok guru ni memang tak pandai jaga hubungan sesama manusia, sombong dan macam-macamlah yang kita anggap, tu tandannya kita tak guna mata hati tak pun hati kita memang kotor. Perwatakan tok guru ini pernah dimarahi oleh isterinya. Kenapa buat macam tu kan orang datang rumah kita mana boleh buat tak layan macam tu. Apa jawab tok guru tu? lebih baik diam dari bercakap, banyak bercakap banyak mengata orang banyak menyakitkan hati orang, jika dia tidak suka bukan masalah saya tapi masalah orang yang datang. Berbeza pandangan orang yang berilmu agama dengan tidak berilmu agama ni. Jangan ambil contoh orang berilmu agama yang jahat ok!

Saya nak tanyalah suka tak kita tengok isteri kita bercakap dengan lelaki lain sambil ketawa-ketawa lepas tu nak berpisah dengan lelaki tu lambai-lambai lagi. Suka! orang yang suka tanda anda dayus wahai suami. Carilah hadis Rasulullah tentang ini. Saya cadangkan kitab Muhimmah, saya pun tak baca habis cuma saya dengar kuliyyah ustaz Shamsuri tentang kitab ni saya beli dan saya dengar lagi sekali. Nak dengar kuliyyah ni carilah kat internet.Berfacebook dan macam-macam lagi tentang teknologi IT kita tahu, takkan nak cari kuliyyah ni pun tak boleh?

Saya memang nasihatkan isteri saya supaya 'sombong' (orang melayu memang anggap sombong, orang islam yang faham agama walaupun dia bukan melayu dia faham kenapa perempuan solehah itu sombong) masa kerja sebab saya lelaki, saya tahu bagaimana kesudahannya jika mesra sangat dengan rakan sekerja. Saya suruh jaga hubungan dengan rakan sejawat lelaki, JANGAN MESRA, JANGAN RAMAH, BERCAKAP APABILA PENTING. Sebab apa? mesra sangat penghujungnya gurauan SEKS yang akan dapat, tak percaya ke? tak payah nak buat kertas kerja dan macam-macam lagi nak kaji. Pegi tempat kerja ada mata tengok ada telinga dengar. Sesuatu yang ada nas al-Quran dan Hadis ada keesahanya.JANGAN MESRA, JANGAN RAMAH, BERCAKAP APABILA PENTING ini pun untuk saya sekali.

Saya juga berusaha jaga sebab apa? jika kita buat beramah mesra dan berguarau SEKS/LUCAH dengan isteri orang, anak perempuan orang, begitu jugalah orang akan perbuat pada isteri kita dan anak perempuan kita.FAHAM! Saya ajak semua dalami ilmu agama bukan untuk mengajar orang pun. Sekarang ni dah ramai orang yang layak mengajar agama, kita belajar untuk kita FAHAM agama. Ingat tuan, perempuan asalnya duduk rumah, nak kerja boleh tapi banyak kena jaga sebab perempuan itu FITNAH PALING BESAR UNTUK LELAKI, carilah hadis dan ilmu ini semua ada dalam agama ISLAM, carilah kawan! nak masuk tandas pun Islam bagi garis panduan takkan perempuan bekerja di luar tak ada garis panduan, carilah ilmu ni kawan baru kita boleh buat refleksi atau kita menulis dan orang faham kita yang menulis ni faham islam.

Saya cukup hormati rakan sejawat saya yang perempuan, pakai tudung labuh baju besar lepas tu muka lebih masam dari cuka tapi bila kita ada kerja yang perlu dibincangkan MEREKA TU OK. Saya rasa mereka tu dah disekolahkan oleh suami mereka. TAHNIAH untuk mereka. Saya pun pesan JANGAN MESRA, JANGAN RAMAH, BERCAKAP APABILA PENTING dengan rakan sejawat perempuan, kenapa? carilah hadis dalam kitab Sahih Bukhari, tak ada? kena belilah, itulah kelemahan kita termasuk saya, sayang nak habiskan duit untuk perkara agama tapi untuk kereta, rumah telefon sanggup perabis duit.

Lebih kurang maksud atau tujuan Hadis Rasulullah S.A.W tersebut, ramai perempuan masuk neraka sebab mulut yang suka mengata orang, mengumpat orang dan derhaka kepada suami. Tengoklah kat tempat kerja ada ke jumpa perempuan ni kalau berkumpul tak mengata orang? ada tapi tu mungkin satu perkara ajaib atas dunia. Bahaya mengumpat ni. Dosa tak terampun selagi tak pergi mintak maaf dengan orang yang kita umpat. Dah mengumpat ingat senang ke nak mitak maaf? rasanya panjat gunung lebih kita sanggup dari pergi minta maaf dengan orang yang kita umpat. Itulah sebabnya saya menyekolahkan isteri saya supaya JANGAN MESRA, JANGAN RAMAH, BERCAKAP APABILA PENTING kat tempat kerja kerana Allah kerana Islam. Setakat yang ilmu yang saya ada yang terbaik saya dan keluarga cuba amalkan .Kami mahu menuju Allah dan Rasul. Doakan kami.

Buatlah sesuatu dengan ikhlas, jika kita buat sesuatu dan mengaharapkan orang puji kita, berterima kasih dengan kita, saya faham daripada kata-kata orang alim , perkara tersebut tidak ikhlas. Maknanya kerja kita sia-sialah kawan! nak tahu lebih lanjut pergi ke sini http://anaktokimam.blogspot.com/

Moga dapat ambik manfaat, anda yang baca wajib tegur saya jika ada dalam penulisan ini menyalahi disisi agama Islam. Biarlah semua orang diatas dunia tidak suka pada kita asalkan ALLAH suka pada kita, cukup ALLAH yang kita cari bukannya manusia.