22.9.11

TEKAD IBU MANUSIA HEBAT

Alhamdulillah. Coretan kali ini adalah berkenaan email yang saya terima daripada Puan Lina Karim tentang tekad dan semangat ibu Sultan Muhammad Al-Fateh yang mana saya pasti ramai dikalangan ibu-ibu yang mengikuti perkembangan blognya atau melalui email mahupun websitenya islamic parenting network. Saya ingin terjemahkan di dalam bentuk tulisan memandangkan slide show yang saya terima ini hanya bertahan selama 24jam dari masa saya membukanya. InsyaAllah mudah-mudahan sebagai motivasi untuk saya dan rakan-rakan sebagai ikhtibar dan pengajaran dalam kesedaran memberi didikan yang sebenar-benar sepertimana tekad dan semangat ibu Sultan Muhammad Al-Fateh insyaAllah!

Tiada Latar Belakang Agama
Sedikit latar belakang Puan Lina karim dan suaminya, masing-masing tiada latar belakang sekolah agama mahupun keturunan beragama. Namun, takdir Allah membawa mereka celik tentang didikan Al-Quranlah yang membawa begitu besar dalam menjana IQ anak yang cerdik dan cerdas. Berlatar pendidikan sekular, membawa mereka lebih menghargai erti HIDAYAH Allah kepada mereka. Beliau menekankan, apa yang beliau buat bukan mahu menunjukkan yang anak-anaknya sahaja yang cerdik Al-Quran tetapi ramai lagi yang diluar sana sama malah lebih baik daripada anak-anaknya cuma, anak-anaknya bernasib baik kerana Allah mentakdirkan mereka mendapat liputan luas diakhbar dan majalah tempatan. Bagi saya inilah dinamakan rezeki, Allah memilih mereka pasti mereka mampu mengembangkan dan berkongsi potensi hebat anak-anaknya dengan orang lain sebagai ikhtibar dan pengajaran.

Motivasi
Suka saya sertakan satu ayat yang saya sendiri tidak pasti dari siapa, kita adalah apa yang kita fikirkan atau dala, bahasa inggeris yang lebih popular, you're what tou think. Ayat ini cukup bermotivasi sebenarnya. Sekiranya kita berfikiran positif, insyaAllah azam dan semangat kita pasti terarah apa yang kita fikirkan. Sekiranya kita mampu berfikir anak-anak itu adalah amanah dan bukan harta tebusan, imbalan material penat lelah melahirkan dan membesarkan, pasti kita akan sentiasa berusaha dengan azam dan tekad sebagaimana di dalam fikiran kita. Sekiranya kita membayangkan anak-anak kita membesar sebagai muslim unggul yang bakal menegakkal kalimah Allah, insyaAllah kita akan berusaha membentuk kader-kader rijal yang bakal berjuang dengan tujuan dan maltalat yang JELAS hakikat penciptaan manusia sebagai hamba dan khalifah. Jangan ragu-ragu, doa dan usaha, hasilnya adalah kerja Allah kerana Allah bukan memandang hasil kerja kita tetapi Allah memandang usaha-usaha kita insyaAllah!

Ibu Sultan Muhammad Hebat!
Berbalik kepada slide show yang saya dengar dan lihat, kita selalu mendengar kehebatan keperibadian unggul Sultan Muhammad sehingga menenggelamkan manusia-manusia hebat dibelakangnya sehingga Allah mengangkatnya sebagai manusia hebat yang mampu membuka kota Konstantinopal. Rupa-rupanya, Sultan Muhammad Al-Fateh telah diberikan didikan sesempurna mungkin kerana telah terserlah kehebatannya semenjak kecil. Diceritakan, setiap pagi ibunya akan membawa sultan Muhammad ke tepi tebing yang menampakkan Konstatinopel sehingga baginda sultan Muhammad mampu berjalan sambil berkata, 'wahai anakku, disana terdapat kota konstatinopal dan Rasulullah SAW pernah bersabda, Konstatinopal itu akan ditawan oleh tentera-tentera islam. Raja yang menakluknya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan ENGKAU ADALAH ORANGNYA!'

Kata-kata Pencetus Doa
Persoalannya, adakah ibu Sultan Muhammad bahawa yang dimaksudkan dalam hadis Rasulullah SAW itu adalah anaknya? Pasti bukan namun tekad yang bulat dan kata-katanya yang setiap hari adalah kata-kata pencetus doa. Masih ingat entry saya berkenaan KATA-KATA PENCETUS DOA? Betapa dahsyatnya setiap butir perkataan yang keluar daripada mulut si ibu. Allah mengangkatnya dengan mudah. Bagaimana dengan kita? Adakah kita sudah berbuat sebagaimana ibu Sultan Muhammad? Adakah kita sentiasa memanggil anak-anak kita dengan perkataan-perkataan yang bakal membawa kehebatan peribadi muslim yang unggul? Disini menunjukkan betapa kesedaran dan mujahaddah si ibu bukan sedikit tetapi peranan dan tanggungjawabnya sungguh besar sehingga sinonim dengan kata-kata hikmah 'tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia'!

InsyaAllah saya menyeru rakan-rakan dan terutama diri saya sendiri supaya kita sama-sama memperhalusi percakapan kita dan sama-sama mengeluarkan kata-kata motivasi dan semangat kepada anak-anak sebagai doa untuk mereka setiap hari. Serulah mereka supaya membesar sebagai tentera Allah yang hebat yang bakal menegakkan sistem dan peraturan Allah. Jangan sampai mereka mewarisi segala kejahilan kita. Anak-anak kita hebat, pemuda yang bakal menegakkan kalimah Allah tidak lama lagi insyaAllah!

21.9.11

HAB HALAL SOUQ

Masih ingat dengan entry kontroversi tentang biskut munchys di BERITA TERKINI dan BERITA PALSU? sebelum ini. Di salah sebuah entry tersebut ada saya ceritakan tentang kedai Hab Halal. Alhamdulillah Allah izinkan kami untuk melalui proses pembaikan dari masa ke semasa sebagai contoh aspek penjagaan perut. Kesedaran tentang polemik pemakanan yang semakin mengancam kesihatan dizaman ini disamping kebuntuan mencari sumber-sumber makanan yang halal lagi toyyibbah, Alhamdulillah Allah gerakkan kami bertemu dengan sebuah kedai yang baru beroperasi yang hanya menjual barang-barangan yang dibuat oleh orang islam. Memang tidak dinafikan 'kekurangan-kekurangan' syarikat-syarikat muslim namun ianya adalah alternatif daripada memakan makanan syarikat-syarikat non-muslim.

Barang-barangan di Hab Halal yang semakin meriah.

Menu Ayam Kembali
Saya pasti ada yang mengatakan 'bahan-bahan' basah untuk membuat kuih, membuat biskut juga adalah daripada orang kafir namun saya tegaskan, 'sekurang-kurangnya' kita cuba dan berusaha kearah pembaikan. Sebelum ini juga ada saya nyatakan azam saya untuk tidak memakan ayam-ayam yang belum sahih kehalalannya terutamanya yang dijual di pasaraya-pasaraya atau ayam yang sudah dimasak, insyaAllah saya juga sedang dalam mujahaddah mengikuti jejak langkah Abu Muhammad. Sebenarnya saya bersyukur Allah pertemukan kami dengan ayam organik Azzain setelah sekian lama ayah Muhammad tidak memakan ayam. Saya fikir rahmat buat mujahaddahnya selama ini, Allah pertemukan suami dengan ayam mentah yang dia cukup yakin. Jadi, Alhamdullillah menu Bayt Al-Iman sekaramg sudah ada ayam.

Kedai Hab Halal Souq, ayam organik dan ayam organik kampung Azzain.

Ayam Organik Azzain
Sebenarnya kami ada menerima pamphlet berkenaan ayam organik Azzain yang boleh juga digoogle untuk mencari tahu tentang ayam ini. Bukan tujuan promosi tetapi kami cukup sukakan ayam ini. Lain daripada ayam yang dijual dipasar. Apabila saya membaca keluhan hati pengasas ayam organik ini, saya seolah-olah boleh menyelam kerisauannya yang tidak bertepi terutama pertubuhan-pertubuhan islam seperti maahad tahfiz, tadika islam yang mula mengejar produk murah dan melupakan tanggungjawab menyediakan makanan-makanan yang benar-benar menepati halalal toyyibah. Menurutnya, kita berlumba-lumba menjadikan anak-anak cemerlang dalam ilmu duniawi tetapi gagal membina roh ukhrawi. Maka implikasinya salah satu penyumbang anak-anak tidak sah taraf, pembunagan bayi, dadah kerana 'keras hati' kesan daripada makanan tidak halal sehingga mempengaruhi jiwa, mental dan kelakuan. Keadaan inilah menurutnya lagi yang dikatakan ilmu penuh di dada sedangkan roh kekal kosong.

Penapis Air
Alhamdulillah setelah duduk hampir 2 tahun di Bayt Al-Iman, Allah izinkan kami memiliki penapis air yang sangat-sangat disyorkan oleh pengamal-pengamal perubatan kerana tahap kebersihan air ditempat kami bermastautin ini adalah menyedihkan. Air yang berfungsi sebagai alat membuang sisa-sisa toksid dalam badan boleh mengundang mudarat pula. Bayangkan air yang mahu minum begitu mudah bergeladak dan dipenuhi warna kuning termendak didasar bekas takung air minum kami. Alhamdulillah kerjasama antara saya dan suami, berkongsi sama rata untuk membeli penapis air. Pada mulanya, kami hanya mahu membeli penapis air untuk minum sahaja, tetapi tawaran hadiah dengan membeli tunai amat menarik. Dengan tambah sedikit kos upah pasang, kami juga diizinkan Allah untuk menikmati penapis air diluar rumah yang berfungsi menapis air masuk ke dalam Bayt Al-Iman. Apa yang menarik tentang penapis air ini selain kami yakin bahan-bahan untuk membuatnya, pihak kedai juga menyediakan bayaran bulanan mudah tanpa riba' atau bunga. Maknanya, contohnya kita membeli dengan harga RM1000 dan kita hanya perlu membayar bulanan seperti pakej-pakej yang ditawarkan hanya untuk harga RM1000. Sebagai contoh lagi, penapis air kami berharga RM1300 dan ansuran bulanan yang disediakan adalah RM65.00 x 20bulan. Ada juga yang berharga RM936 dan ansuran bulanannya adalah (RM45.00 x 20 bulan) + (RM36 x sebulan) = RM936. InsyaAllah mereka menyediakan ruang dan peluang kepada semua golongan untuk sama-sama menikmati air bersih untuk keluarga-keluarga muslim.

Testi Penapis Air Hijrah
Sedikit testi selepas menggunakan penapis air Hijrah ini, lantai bilik air yang dulunya begitu mudah untuk 'kuning', Alhamdulillah sekarang begitu lambat untuk menguning seperti dahulu sekiranya lambat untuk dibersihkan. Selain itu juga, dasar bekas tempat simpan air minum kami juga tiada lagi air keladak dan bahan-bahan mendak seperti dahulu. Sebelum saya lupa, pihak kedai sebelum menerangkan alat ini, mereka akan menerangkan dahulu kos penyelenggaraan tahunan supaya pembeli lebih bersedia dengan pertambahan kos setiap setahun.

Palestin Dan Kita
Ada perasan hiba saya ketika menaip entry ini. Betapa kita bertuah berbanding saudara-saudara kita di Palestin. Hanya air lebihan Yahudi dan air yang yang digunakan Yahudi merupakan air yang menjadi air minuman, mandi dan pelbagai lagi. Namun kuasa Allah, hikmah disebalik ujian punya hikmah hebat yang bukan sedikit. Walaupun saudara-saudara kita kelaparan, serba kekurangan namun rakyat Palestin merupakan rakyat yang paling sihat dan paling produktif di dunia. Bayangkanlah mereka hanya memakan tanam-tanaman mereka, tiada makanan ringan, makanan segera seperti kita disini. Kita duduk dinegara yang aman namun penghuninya tidak sihat kerana makanan yang pelbagai menyumbang penyakit. Kita dan Palestin tidak akan pernah sama kerana kita tidak merasai kesengsaraan dan kepahitan hidup mereka. Namun, kita perlu berusaha untuk sama-sama mengembalikan hidup berakidah dalam setiap individu muslim kerana kebangkitan ummat islam bakal merubah sistem dan suasana dunia hari ini.

InsyaAllah saya akan cuba mencari masa untuk menerangkan fakta berkenaan ayam-ayam yang dijual diluar, kenapa kita perlu meragui tahap kehalalannya terutama ayam-ayam di restoran-restoran makanan segera kerana buat pengetahuan semua, kuasa ekonomi untuk ayam-ayam yang merata disekeliling kita sekarang dikuasai sebanyak 97% industri ayam dikuasai oleh non muslim. Maka tidak hairan kita sering digemparkan oleh paparan media seperti suratkhabar dan TV sepanjang tahun bahawa betapa banyak ayam yang tidak halal dijual kepada pengguna muslim dengan begitu bebas dipasaran Malaysia. Disamping ayam yang tidak halal menurut sumber, ratusan ribu ayam berpenyakit dan mempunyai kandungan antibiotik tinggi yang boleh memudaratkan kesihatan dijual kepada umat islam setiap hari. Ingin tahu banyak fakta tentang ayam lagi? InsyaAllah nantikan entry akan datang dengan izin Allah. Wallahua'lam.

18.9.11

ANNIVERSARY GIVEAWAY AZATIESAYANG

Bayt Al-Iman dijemput oleh Kak Atie, rakan blogger Bayt Al-Iman untuk menyertai GAnya yang ke4 sempena meraikan ulangtahun perkahwinannya pada 9/9 yang lepas.

Klik banner untuk turut serta sebelum 30/9 jam 12 tengah malam.

Ucapan untuk Kak Atie:
Bayt Al-Iman mendoakan semoga baitul muslim yang terbina beroleh barokah, mawaddah dan rahmah berpanjangan. Selamat bercinta sampai syurga insyaAllah!

Promosi: Jom sertai dan memeriahkan mini GA jemari asmara disini
p/s: kak atie pinjam entry ini sebab promosi :D

15.9.11

BERITA PALSU?

Bermacam reaksi yang saya terima berkenaan isu biskut munchys di entry sebelum ini iaitu BERITA TERKINI. Kesahihannya dipertikai. Sebelum itu, saya memohon ampun kerana begitu cepat siarkan mesej yang saya terima sebelum merujuk dengan lebih teliti. Setelah saya bertanya semula kepada naqibah saya, beliau memberitahu seorang pensyarah kenalannya yang mempunyai kawan di JAKIM membenarkan kes tersebut tetapi pada tahun 2005 dan sekarang sudah settle. Walau bagaimanapun, saya tetap mempertikai isu ini.

Sebagai contoh isu ayam yang tidak pernah berkesudahan. Buatlah seratus kali serbuan sekalipun tetapi hasilnya tetap sama. Status halal dan cara penyembelihan masih ditahap sangat menyedihkan dan kuasa pembeli terbesar adalah umat Islam. Acap kali disiarkan status ayam-ayam yang kebanyakkan dipelopori oleh golongan kuffar yang hanya tahu mengaut keuntungan dan pasti punya agenda tersendiri dalam mencari taktik menjahanamkan umat Islam secara halus. Bukan isu ayam sahaja, banyak lagi bahan-bahan najis seperti di dalam makanan ringan, makanan segera dan pelbagai makanan yang berada disekeliling kita cukup membuktikan apa muslihat pelopor ekonomi dunia sebenarnya.

Alhamdulillah setakat hari ini Allah izinkan kami untuk bukan sahaja memboikot barangan israel malah kami juga cuba untuk meminimakan makanan-makanan keluaran syarikat cina agak lama juga. Namun bukan sehingga tahap kerumah terbuka, jemputan juga mempersoalkan status halal setiap bahan-bahan masakan tuan rumah. Alhamdulillah Allah izinkan kami untuk lebih memperhalusi pilihan makanan yang bakal menjadi darah daging. Kami dipertemukan dengan kedai Hab Halal. Disitulah ayah Muhammad berbelanja untuk membeli ayam organik, susu, tepung dan pelbagai lagi makanan ruji yang dibuat oleh tangan-tangan orang islam. Seperkara lagi, sejak isu roti yang mempunyai gelatin babi dan protein rambut, kami juga amat jarang makan roti. Hanya roti di kedai kek orang islam yang kami beli.

Walau bagaimanapun, mujahaddah saya kurang berbanding ayah Muhammad. Ayah Muhammad boleh tahan tidak makan ayam ke majlis-majlis hatta dirumah emak saya dan dikampungnya. Hanya ayam yang cukup diyakininya sahaja yang diambilnya, Berbeza dengan saya yang masih belum mampu mujahaddah makan sehingga ayah Muhammad selalu bertanya, tidak rasa apa-apa ke makan ayam sebarangan? Setiap kali itu juga, saya akan mula loya dan membayangkan ayam-ayam yang diproses dengan cara tidak menepati piawaian syarak. InsyaAllah saya juga punya tekad untuk lebih bermujahaddah makan. Mudah-mudahan Allah memberikan saya kekuatan.

Berbalik isu biskut, sama juga. Kami tidak lagi membeli biskut-biskut keluaran syarikat cina dan hanya membeli di kedai Hab Halal sahaja. Jadi, saya tidak pelik andai benar dakwaan sebegitu tersebar luas kerana ekonomi dunia memang dipegang dan digenggam erat oleh puak-puak yang tidak hirau dosa pahala, syurga neraka. Walau apapun, ianya tetap berbalik kepada kita. Zaman awwal begitu hebat kenapa? Selain aqidah yang mantap sebagai tunjang utama, makanan mereka juga cukup terpelihara. Tiada makanan ringan, makanan segera sepertimana kita hari ini.

Kesimpulannya, saya tetap berpegang untuk memilih meragui apa-apa barang-barangan terutama makanan yang datangnya dari golongan kuffar kerana kita umat Islam bukan sahaja baru 'terkena' sekali tetapi berkali-kali. Diharapnya kita tidak termasuk di dalam golongan yang masuk lubak biawak seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermaksud, “Kamu akan mengikut tatacara orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka itu masuk ke lubang biawak, maka kamu turut serta bersama di dalamnya.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah yang dimaksudkan itu ialah orang-orang Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”




Segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang tidak baik juga dari Allah asbab kelemahan saya sebagai manusia biasa. Wallahua'lam.

14.9.11

BERITA TERKINI

Saya baru menerima mesej daripada naqibah saya berkenaan isu arak di dalam biskut. Biskut apa? Saya pasti biskut antara makanan ruji bagi kita semua sama ada sebagai sarapan mahupun minum petang. Namun sekali lagi berita sedih berkaitan makanan yang kita terima. Terdahulu isu kek secret recipi yang dikaitkan dengan babi dan terbaru biskut munchys yang didapati terdapat unsur arak di dalamnya hasil serbuah pihak JAKIM. Saya sertakan mesej yang saya terima dalam tulisan besar untuk hebahan ramai.

TERKINI: JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BERSALAH, MENGATAKAN ARAK TERSEBUT UNTUK DICAMPUR KE DALAM BISKUT...TLG SEBARKAN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM & KEPENTINGAN UMAT ISLAM. DR PEG. JAKIM-HJ. JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)

Apa perasaan anda?

12.9.11

MERINDU

Pagi-pagi tadi sedang bersiap, kami sempat mendengar kuliah tafsir Ustaz Zahazan dan bersambung di dalam insyirah. Hati jadi merindu tidak keruan. Setelah habis kuliah tafsir, ada lagu doa robitah yang cukup mengundang rindu yang teramat sangat. Fikiran seolah-olah membawa diri berada di dalam halaqah semasa zaman belajar yang penuh cabaran dan dugaan sambil mulut mengikut bait-bait lirik yang memang sebati di dalam zikir pagi dan petang. Zikir kami setiap sesudah halaqah. Ditambah lagi dibaca sesudah solat asar petang tadi sambil memangku Muhammad. Muhammad juga seolah-olah faham kerinduan si ibu kepada sahabat-sahabat fillahnya yang cukup lama tidak bersua muka bertentang mata.  Ya Allah aku rindu!

11.9.11

PENANTIAN HAMPIR 4 TAHUN

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Alhamdulillah penantian hampir 4 tahun akhirnya Allah kurniakan Makngah Muhammad seorang bayi perempuan yang sangat gebu dengan rambut yang lebat seberat 3.55 kg secara normal maghrib 7.43 petang semalam. Tarikh tahun masihi ialah jumaat, 9.9.11 manakala tarikh hijrah sabtu, 12.10.1432H. Alhamdulillah puterinya selamat diazan dan iqamatkan oleh ayahnya, PakNgah Muhammad sebaik sahaja keluar menjenguk kampung sementara ini. Ibu juga sempat merasai rambut puteri Makngah yang masih keras kesan darah sebaik sampai selepas isyak Jumaat malam lepas.

Bayi Makngah dilahirkan dihospital swasta kerana keistimewaan Pakngah Muhammad yang mana merupakan hospital panel tempat kerjanya. Jadi, kita semua boleh masuk dan bersantai-santai dengan Makngah dan bayinya.

Kesakitan Berbeza
Sungguh kesakitan jihad bersalin Allah kurniakan berbeza-beza. Contohnya Makngah Muhammad masih belum terasa sakit sehingga 6cm bukaan sedangkan ibu baru 2cm sudah merasai kesakitannya. 9.9.11 adalah merupakan due bersalin Makngah dan cek berkala setiap bulan. Semasa cek berkala tersebut, rupa-rupanya bukaan sudahpun 3cm. Makngah Muhammad sempat ke bank dan merata tempat menyelesaikan segala urusan sekolahnya. Setelah selesai urusan dibandar, sempat lagi Makngah singgah di rumah ibu Hawa Muhammad dan mengambil Muhammad. Sudah seminggu selepas naik cuti raya ibu tidak mengambil Muhammad sebaik pulang bekerja kerana Makngah sudah bercuti bersalin. Makngah ke hospital lebih kurang jam 3.30 petang dan bersalin jam 7.43 petang. Sekejap sahaja. Berbeza dengan ibu yang sakit sangat selepas subuh, tengah hari barulah Muhammad keluar. Kesakitan yang berbeza-beza kurniaan Allah.

Batal Program Ziarah
Sepatutnya, selepas isyak Jumaat malam lepas, kita kerumah rakan-rakan setugas ibu untuk menziarahi seperti perancangan dalam program. Namun, atas permintaan Makngah Muhammad supaya ayah yang mentahnikkan puterinya, kita semua menziarahi Makngah dan puterinya selepas isyak malam semalam. Alhamdulillah sungguh comel melihat bayi yang baru beberapa jam lahir merasai makanan manis seperti kurma   atau madu sebagai makanan pertamanya. Tahnik ini hukumnya sunnah iaitu dilakukan di awal kelahiran bayi sebelum mulut dan tenggorokan bayi sebelum makan/minum apapun. Caranya adalah kurma dikunyah dan digosok dilelangit mulut bayi. Kunyahan kurma tersebut diletakkan di jari, lalu jari tersebut dimasukkan ke mulut bayi dan digerakkan ke kanan dan kiri dengan lembut hingga keseluruhan kurma ditelan oleh bayi.

Sunnah Tahnik
Tahnik adalah merupakan salah satu syariat kelahiran yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ya Muhammad. Apabila kita menyebut sahaja tentang sunnah, kita sebenarnya tidak perlu lagi mempertikaikan lagi hikmah yang terkandung di dalam setiap sunnah. Menurut kajian saintifik, hikmah tahnik ini adalah menguatkan otot mulut dan tenggorokan dengan gerakan lidah dan dua tulang rahang bawah dengan jilatan. Sehingga anak siap untuk menghisap susu dengan kuat. Seperkara lagi yang ibu pernah baca, manisan di dalam madu atau kurma merupakan makanan simpanan dalam menanti lebatnya susu ibu. Susu ibu lambat keluar ketika baru menyambut kelahiran dan mungkin menyebabkan anak jaundice (kuning). Kuning ini perkara normal dalam menanti susu ibu yang selang 2,3 hari barulah melimpah.

Hadith Berkaitan
Di dalam Sahihain dari Hadits Abu Burdah, dari Abu Musa r.a. berkata, 'Aku dikaruniai seorang anak. Lalu aku mendatangi Nabi SAW dan beliau memberinya nama Ibrahim. Lalu beliau mentahniknya dengan kurma, mendoakannya dengan keberkahan, dan menyerahkannya kembali kepadaku.' Para sahabat terbiasa membawa anak-anaknya ke hadapan Rasulullah untuk ditahnik. Nampaknya anak-anak tersebut ketika dewasa menjadi para pemimpin umat, menjadi orang-orang yang takut kepada Allah, dan menjadi orang yang soleh. Bahkan mereka termasuk orang-orang yang mendakwahkan agama Islam dan menyebarkan kalimat Lailaha Illallah.

Muhammad tidak sempat melihat puteri Makngah kerana Muhammad kepenatan dan tidur dengan nyenyak. Ayah yang sedang mengaji ditepi anak Makngah pun Muhammad tidak sedar. Dahulu semasa Muhammad baru lahir, ayah berada disisi Muhammad agak lama sambil membacakan beberapa surah yang ayah ingat seperti surah lukman, ar-rahman sebagai pesan-pesanan awal dipermulaan kelahiran Muhammad dikampung sementara ini.

InsyaAllah ibu akan update sunnah kelahiran anak Makngah dihari ketujuh. Pada mulanya Makngah sayang rambut anaknya untuk dicukur tetapi ibu dengan tegas mengatakan ianya merupakan sunnat muakkad yang sangat-sangat dituntut. Carilah sunnah mudah-mudahan anaknya bakal hidup dengan kebesaran sunnah dan membesarkan Allah. InsyaAllah juga anak Makngah akan diaqiqahkan pada hari ketujuh seringkas mungkin. Pakngah pun sudah membeli seekor kambing untuk puterinya. Mudah-mudahan puteri Makngah membesar sebagai manusia yang hebat mempertahankan agama asbab mengamalkan sunnah insyaAllah kerana kita tidak tahu rahim siapakah yang Allah mahu angkat dan dimuliakan!

9.9.11

TIDAK DITERIMA BUMI

Sebelum ini saya ada menyentuh perihal seorang manusia yang derhaka kepada Allah yang merupakan individu yang bertanggungjawab sehingga terhapusnya sistem kekhalifahan pada tahun 1924 di entry MUHAMMAD 11-12 BULAN. Si munafik atas nama Islam ini telah merubah banyak dasar Islam kepada dasar sekular seperti yangterjadi pada hari ini. Antaranya ialah merubah kalender hijrah kepada masih, wanita dibenarkan bertudung tetapi perlu berskirt dan yang paling terserlah kederhakaannya, dia menganggap dirinya Tuhan sama seperti firaun laknatullah. Jika saya tidak silap ketika mengikuti keluarga kecil semasa zaman belajar saya, ada 2 manusia yang mayatnya tidak diterima bumi iaitu firaun dan mustafa kamal ataturk. Keduanya mempunyai ciri-ciri lakanatullah yang mengaku dirinya Tuhan cuma bezanya, keduanya berlaku pada zaman yang berbeze. Jadi, suka saya kongsikan cerita sebenar pengkhianat agama yang menjadi punca keruntuhan sistem Allah di zaman Turki uthmaniyyah. Pada buku teks sejarah sekolah yang menipu, laknatullah ini lebih dikenali sebagai Bapa Pemodenan Turki. Sumber diambil disini.

******************************************************

MUSTAFA KAMAL ATATURK
Paradigma MukminTentu anda semua pernah mendengar nama dan kisah Mustafa Kamal Atatürk bukan? Bagi yang kurang mengetahui tentang kisah beliau, entri kali ini ingin menyelongkar kehidupan Mustafa Kamal Atatürk yang telah banyak merosakkan agama Islam. Mustafa Kamal Atatürk 1881-10 November 1938 adalah pengasas Republik Turki . Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi, negarawan dan presiden Turki yang pertama.

Beliau adalah komander tentera yang berjaya dan berkhidmad sebagai panglima tentera semasa Pertempuran Gallipoli iaitu ketika Perang Dunia I. Angkatan tentera pimpinan beliau berjaya merampas kembali wilayah Anatolia dan Palestin . Ketika itu Empayar Ottoman / Uthmaniyah sedang dikoyak-koyak oleh Tentera Bersekutu. Mujurlah Mustafa Kamal telah memimpin pergerakan kebangsaan Turki menghadapi Perang Kemerdekaan Turki. Beliau telah memindahkan ibu negara Turki dari Istanbul ke Angora yang kini dikenali sebagai Ankara.

Mustafa Kamal telah membentuk semula aspek kehidupan rakyat Turki agar sesuai dengan tuntutan semasa yang kemudian dipangil ideologi Kemalist. Ideologi ini bertujuan menyediakan Turki ke arah negara moden, demokratik dan negara sekular , positif dan bertindak rasional. Beliau memerintah dari tahun 1918 hingga 1934. Beliau adalah seorang negarawan yang berkebolehan dalam bidang politik. Memeperkenalkan sistem politik sekularisme, beliau ‘berjaya’ meruntuhkan empayar Turki Uthmaniyyah. Mustafa Kamal Ataturk meninggal dunia pada tahun 1938 dan telah dikebumikan di sebuah makam di Ankara iaitu ibu negaranya.

Kematian Mustafa Kamal Atatürk
Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggungjawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang. Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan sembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan sembahyangkannya.

Paradigma MukminTidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Binaan Marmar Menempatkan Mayat
Gambar-gambar dibawah adalah binaan marmar yang menepatkan mayat Kamal Ataturk selepas bumi tidak menerima jasadnya. Begitu hina sampaikan tanah juga tidak rela mayatnya disemadikan.

Paradigma Mukmin

Paradigma Mukmin

Paradigma Mukmin

Paradigma Mukmin

Kerosakan Yang Telah Dibuat Atarturk
Disebalik kematian beliau yang sungguh tragis itu, sebenarnya semasa hayatnya beliau telah melakukan pelbagai–bagai kerosakan terhadapa agama islam di Turki khususnya. Antaranya:
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

Paradigma Mukmin
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

Paradigma Mukmin
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaunBerlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Paradigma Mukmin
Begitulah Hayat hidup seorang pengkhianat agama, telah ditunjukkan kekuasan oleh Allah dan diberi pembalasan sebelum hari Akhirat lagi. Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia. Semoga kita dilindungi dari dari segala dugaan dan dilindungi dibawah rahmat Allah SWT. 

sumber maklumat untuk artikel ini diambil di http://ruzanah.blogspot.com

4.9.11

SUSU TAHAN 24JAM

Alhamdulillah. Terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang sudi respon di entry STOK SUSU BASI? Benarlah pendapat rakan-rakan semua setelah saya membuat beberapa penyemakan semula dibeberapa blog berkaitan tentang susu ibu sebagai contoh susuibu.com.

Suka saya kongsikan supaya ianya memberi manfaat bersama dimasa akan datang. Ini pengalaman pertama saya dan mudah-mudahan ianya membantu bagi sesiapa yang mungkin menghadapi perkara yang sama. Inilah dinamakan hikmah nikmat ujian bagi sesiapa yang mahu ambil pengajaran insyaAllah!

Menurut perbincangan di dalam ruangan tersebut, susu yang telah dikeluarkan dari bahagian atas peti sejuk beku dan telah cair, tidak boleh dibekukan semula. Susu yang telah dibekukan dan diletakkan dibahagian chiller hanya dapat bertahan selama 24 jam. InsyaAllah benarlah tindakan saya mengasingkan susu-susu yang mencair. Jadi, semua susu yang telah cair dan separa cair yang saya pindahkan dibahagian chiller tidak dapat digunakan lagi.

Susu-susu yang siap untuk dibuang.

Walau bagaimanapun, saya bersyukur hanya 16 beg dan botol berisi susu untuk Muhammad yang rosak dan selebihnya masih membeku dengan baik ketika saya sampai di Bayt Al-Iman tengah malam khamis lepas. Alhamdulillah saya cukup lega kerana tidak perlu berkejar-kejar membuat stok susunya lagi buat masa ini. Hanya perlu membuat stok ketika bertugas seperti biasa bagi mengelakkan kesesakkan ruang di dalam peti ais.

Mudah-mudahan Allah izinkan Muhammad mendapat ganjaran asbab mengamalkan sunnah menyusu susu ibu sehingga 2 tahun penuh insyaAllah. Doakan kami! InsyaAllah doa kami sentiasa mengiringi! ;)

2.9.11

STOK SUSU BASI?

Alhamdulillah kami telah selamat sampai semalam (khamis) malam. Alhamdulillah Muhammad dikurniakan kesihatan yang baik, tidak seperti biasa demam perjalanan jauh. Alhamdulillah ada nikmat ujian yang Allah sediakan. Sebaik sampai di Bayt Al-Iman, saya terus memetik suiz untuk menyalakan lampu utama diruang tamu berulang kali, namun tiada cahaya yang kelihatan. Saya sedar mungkin suiz utama 'tertendang' kerana mengikut cerita emak, semalam ribut.

Perkara pertama yang saya buat setelah mengesan ketiadaan elektrik ialah membuka peti tempat simpanan stok susu Muhammad. Bahagian paling depan dekat dengan pintu dan susu-susu yang berada di dalam botol telah mula mencair dan separa mencair. Saya segera pergi melapor kepada suami yang sedang menyiram sayur-sayurnya tentang ketiadaan elektrik sambil segera membuka kotak suiz utama. Alhamdulillah berhasil!

Suami pula segera ke peti sejuk untuk melihat keadaan susu Muhammad. Mungkin saya kurang teliti kerana terbayangkan saat-saat getir membuat stok susu semula. Menurut suami, bukan semua susu mencair. Bahagian bawah deretan susu yang di dalam plastik masih beku. Hanya susu-susu dibahagian atas dan di dalam botol yang mula mencair dan separa mencair.

Persoalannya, andai semalam (rabu) suis 'tertendang', apakah status stok susu Muhammad yang separa mencair dan yang masih membeku? Adakah tindakan saya mengalihkan susu yang separa mencair ke bahagian peti sejuk bawah (chiller) betul? Susu dibahagian chiller pula ketika ini kelihatan bertenggan. Adakah ianya sudah basi? Mohon pendapat rakan-rakan blogger yang membaca untuk tindakan susulan. Pendapat rakan-rakan didahului dengan ucapan jazakallah khairan kathira.

Keadaan susu yang dipindahkan dibahagian chiller.