27.8.11

LAGI KONTROVERSI VAKSIN

Entry kali ini insyaAllah berkesinambungan tentang kisah kembalinya Dania Emelda Aqasha kepada Maha Pencipta, puteri kepada Puan Leen yang pernah saya tulis tentangnya di dua entry sebelumnya 1 MINIT SAHAJA dan KITA PASTI MENYUSUL. Sejujurnya, saya sedikit terkilan dengan proses yang arwah adik Nia lalui. Bukan menyalahi takdir namun ada benarnya kata-kata seorang rakan setugas saya, cheD tentang ubat. Menurut cheD, ada seorang pengamal perubatan tradisional yang mengatakan orang sekarang ramai mati kerana terlalu banyak makan ubat seolah-olah ubat-ubatanlah yang menyembuhkan segalanya.

Sakit saya melihat gambar-gambar arwah adik Nia yang disuntik berulangkali untuk diambil darah, diberi makan ubat sehingga tidak mampu lagi untuk memakannya. Tidak cukup itu lagi, kemoterapi yang menyeksa sehingga gugur satu persatu rambutnya. Semua proses yang dilaluinya cukup menyakitkan dan bagi saya, semua proses ini mempercepatkan kematian. Saya juga marah dengan Kementerian Kesihatan yang memandang sepi isu vaksin dan ubat-ubatan seperti yang digesa oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Artikel dibawah saya telah membacanya sebelum ini dan Alhamdulillah Allah pertemukan semula sebagai hebahan awam. Sumber asal disini

**************************************************

BATAL PROGRAM VAKSIN TIDAK PERLU, BERPOTENSI BAHAYA
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berulang kali menentang cadangan dan keputusan oleh Kementerian Kesihatan untuk memvaksin semua perempuan berusia 13 tahun di negara ini daripada virus Human papillomavirus (HPV), virus yang disebarkan melalui aktiviti seksual berdasarkan bahawa ia tidak perlu, tidak saintifik dan tidak selamat. Walaupun mendapat bantahan oleh banyak pihak, RM150 juta akan dibelanjakan setiap tahun oleh kerajaan bermula tahun ini untuk vaksinasi HPV terhadap kira-kira 300,000 perempuan di negara ini sebagai perlindungan daripada hanya dua daripada 40 jenis kanser servik yang berbeza yang disebabkan oleh HPV.

HPV dijangkiti melalui hubungan seksual. Sebagai ganti inokulasi terhadap remaja kita terhadap penyakit jangkitan seksual (STD), kerajaan sebagai ganti perlu memberikan tumpuan ke atas pencegahan melalui pendidikan dan agama serta nilai moral terhadap menahan diri daripada melakukan aktiviti seksual. Sebagai penerima vaksin untuk menentang STD, remaja perempuan yang tidak mendapat maklumat yang lengkap boleh mempercayai jaminan keselamatan yang salah bahawa vaksin HPV akan melindungi mereka terhadap penyakit jangkitan seksual lain.

Risiko kanser servik itu sendiri telah dibesar-besarkan. Telah menjadi fakta yang diketahui umum bahawa kira-kira 90 peratus daripada semua jangkitan HPV akan disingkirkan oleh sistem imun dalam tempoh dua tahun. Ini menjadikan vaksin itu sendiri tidak relevan dan tidak diperlukan.

Vaksin itu juga amat kontroversi dengan insiden tindak balas kesan sampingan yang tinggi di seluruh dunia dan 53 dilaporkan mati di Amerika Syarikat sahaja sepertimana yang dilaporkan oleh Vaccine Adverse Events Reporting System (VAERS) daripada Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) Amerika Syarikat dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC). Keberkesanan dan keselamatan vaksin bahaya dan tidak perlu ini tidak pernah wujud di Malaysia. Ini telah dijelaskan oleh Perunding Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Diane Harper sebagai lebih banyak risiko bagi kesan sampingan dan bahaya kesan sampingan berbanding risiko kanser servik itu sendiri.

Satu atau kedua vaksin HPV yang akan digunakan terhadap anak-anak kita ialah Gardasil oleh Merck dan Cervarix oleh GlaxoSmithkline. Gardasil yang mensasarkan HPV jenis 16 dan 18 penyebab kanser yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Ubat-Ubatan Malaysia (DCA) pada 2006 dan pada 2008 siasatan dibuat terhadap hubungannya dengan lumpuh, sawan dan kematian. Pentadbiran Ubatan dan Makanan (FDA) dan Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) mengetahui mengenai hubungan antara vaksin dan autisme pada 2000. Pada 2008, Gardasil mendapati hubungan pada kadar yang lebih tinggi bagi pitam (syncope) dan keadaan pembekuan darah (venous thromboembolic) dalam kalangan penerima.

Di Amerika Syarikat, venous thromboembolicdinyatakan dalam 56 laporan dan termasuk 19 kes arteri utama paru-paru tersumbat (pulmonary embolism), empat daripadanya membawa kematian. Pada keseluruhannya, 772 keadaan dijelaskan sebagai serius dan termasuk 32 kematian akibat daripada keadaan itu. Sejumlah kecil kes Guillain-Barre Syndrome(GBS) dilaporkan berikutan vaksinasi dengan Gardasil. Masalah lain yang dikaitkan dengan Gardasil adalah sakit kepala, tindak balas hipersensitiviti dan gatal-gatal (urticaria). Pada 2009, Kementerian Kesihatan Sepanyol menggantung penggunaan Gardasil selepas pihak berkuasa kesihatan melaporkan bahawa dua perempuan jatuh sakit selepas menerima suntikan. Sehingga 31 Mei 2010 terdapat 16,140 keadaan kesan sampingan dilaporkan di Amerika Syarikat berikutan vaksinasi oleh Gardasil dalam VAERS.              

Cervarix yang mensasarkan HPV jenis 16 dan 18 penyebab kanser diluluskan oleh DCA pada 2007 tetapi oleh FDA hanya ada 2009. Memandangkan sasarannya hanya dua jenis HPV, pakar terus menyarankan pemeriksaan rutin cervical pad smears malah untuk wanita yang menerima suntikan vaksin. Di England, terdapat kes pening, mual dan malah kematian yang dikaitkan dengan Cervarix.

Sekali lagi kami menggesa Kementerian Kesihatan membatalkan rancangan yang tidak berkesan untuk memastikan anak-anak kita menerima vaksin bahaya dan tidak perlu sepenuhnya. Rakyat akan lebih mendapat manfaat daripada RM150 juta wang cukai mereka untuk digunakan bagi mendidik anak-anak mereka terhadap aktiviti seksual awal sebagai pencegahan terhadap jangkitan HPV. Dengan peruntukan ini oleh pihak kerajaan, kempen untuk ujian HPV dan Pap Smears sebagai prosedur pengesanan awal yang telah terbukti boleh dipertingkatkan sebagai ganti penyelesaian mudah dengan cara menggunakan vaksin. Memandangkan vaksin ini hanya meliputi beberapa jenis HPV berisiko tinggi, para pakar masih menyarankan pemeriksaan Pap Smears secara tetap malah selepas vaksinasi. Ini menunjukkan pemeriksaan itu kekal relevan dan tidak dapat dinafikan merupakan kaedah pencegahan yang lebih baik berbanding vaksinasi.

Pada 2009, kami menyatakan bahawa berhubung vaksinasi HPV, ibu bapa di seluruh dunia kerap disogokkan, dibuli dan diancam supaya memvaksin anak-anak mereka oleh kerajaan dengan niat keuntungan bagi syarikat farmaseutikal. Ini sering dilakukan tanpa menerangkan maklumat dengan tepat kepada ibu bapa berhubung risiko kesan sampingan daripada vaksin atau hak keibubapaan mereka.

Pada November tahun lalu dan Mac tahun ini, dalam pertemuan dengan Kementerian Kesihatan, CAP berulang kali menentang program vaksinasi HPV yang tidak perlu dan berpotensi berbahaya. Baru-baru ini, dalam satu taklimat ringkas yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan di Pulau Pinang berhubung strateginya untuk melancarkan program vaksinasi HPV kebangsaan, kami amat terkejut apabila diberitahu bahawa Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, hanya memberikan penerangan ringkas kepada guru dan pelajar perempuan berusia 13 tahun berhubung proses vaksinasi dan dalam proses “mengurangkan kebimbangan (kanak-kanak) mereka” mengenai vaksin itu.

Remaja perempuan ini pula kemudiannya diharapkan untuk menjelaskan prose situ secara lengkap kepada ibu bapa mereka untuk membolehkan mereka membuat keputusan untuk menerima atau menolak vaksinasi dengan menandatangani borang kebenaran.

Melihatkan kepada pujian oleh Kementerian Kesihatan terhadap programnya itu, keinginan untuk “mengurangkan kebimbangan” dan ketiadaan penglibatan ibu bapa, jelas menunjukkan Kementerian Kesihatan hanya berminat dalam mempromosikan program itu manakala menutup aspek negatif vaksin kontroversi ini daripada ibu bapa remaja ini. Ia boleh dilihat bahawa ibu bapa sebagai pembuat keputusan utama yang bertanggungjawab untuk menentukan keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka berada dalam kegelapan mengenai kontroversi vaksin oleh Kementerian Kesihatan. Ini dengan jelas tidak menghormati hak keibubapaan.

Tugas Kementerian Kesihatan terikat dengan amalan berhubung prinsip mendapat kebenaran terlebih dahulu (Prior Informed Consent [PIC]) dan menjadikannya kepentingan utama, tanggungjawab dan kewajipan terhadap ibu bapa kanak-kanak ini dengan mematuhi hak mereka untuk melaksanakan hak mendapat kebenaran. Mereka mestilah diberitahu bukan hanya proses vaksinasi dan risiko yang melibatkannya tetapi hak untuk mendapat pendidikan terhadap HPV dan kanser servik, pencegahan awal serta pemeriksaan perubatan terhadap jangkitan HPV dan kanser servik.

Jika Kementerian Kesihatan berhasrat untuk meneruskan dengan program vaksinasi ini, kami menggesa mereka supaya mewajibkan semua ibu bapa perempuan berusia 13 tahun di negara ini diberikan maklumat objektif dan komprehensif mengenai tindak balas kesan sampingan dan kematian yang dikaitkan dengan vaksin ini tidak mengira penolakan atau penerimaan mereka. Ibu bapa kemudiannya mestilah digalakkan untuk bertanya dan diberikan maklumat penting yang tidak berat sebelah dalam sesi tanya jawab yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan.

Memandangkan hak mereka untuk mengetahui, adalah jelas juga bahawa mereka juga perlu diberitahu semua aspek negatif vaksin itu termasuk dokumentasi termasuk tindak balas kesan sampingan yang serius malah kematian seperti dilaporkan oleh The Journal of the American Medical Association (JAMA) dan Vaccine Adverse Event Reporting System (VAERS).

Kami sekali lagi mengulangi gesaan supaya Kementerian Kesihatan membatalkan program vaksinasi yang tidak perlu dan berpotensi berbahaya ini. Jika Kementerian Kesihatan berhasrat untuk meneruskan program yang tidak perlu ini di sebalik semua kontroversi dan bahaya yang diketahui menyelubungi vaksin ini dan potensi bahayanya kepada anak-anak kita, kami menggesa Kementerian Kesihatan untuk melibatkan semua ibu bapa kanak-kanak yang akan diberikan vaksinasi, dalam proses membuat keputusan dan memberitahu mereka risiko berkaitan terhadap anak-anak mereka.

Kami juga menggesa Kementerian Kesihatan menyediakan jaminan bertulis kepada semua ibu bapa bahawa dalam kes sebarang kanak-kanak yang menerima vaksinasi mengalami tindak balas kesan sampingan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran perlu mengambil tangunggjawab dan liabiliti sepenuhnya dan menanggung semua kesan daripadanya.

SM Mohamed Idris,
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang
No. 10, Jalan Masjid Negeri,
11600 Pulau Pinang.
Tel: 04 8299511 Faks: 04 8298109 e-mel: idrismd@tm.net.my
Sumber asal disini.

********************************************************

William M. Daley
Perlantikan William M. Daley pada 6 Januari lalu sebagai Setiausaha Ekonomi Amerika dalam kerajaan Obama sangat memberi tekanan tersirat kepada rakyat Malaysia. Apakah kaitan rakyat Malaysia dengan perlantikan Daley?

Tidak ada kena-mengena tetapi hakikat yang besar dapat dilihat pada perlaksanaan program pemvaksinan percuma HPV kepada rakyat Malaysia. Semenjak pelancaran program vaksin HPV percuma itu ramai pihak yang membantah khususnya Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Semua pihak sedia maklum (pihak2 yang mahu berfikir) bahawasanya vaksin Gardasil yang dibeli Kementerian Kesihatan amat diragui akan kandungannya. Malah program pemvaksinan percuma itu juga diragui kerana dibuat dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mempertimbangkan pandangan masyarakat.

Gardasil (vaksin HPV) yang diberikan kepada pelajar-pelajar perempuan Malaysia jika di luar negara, pastinya menghadapi tekanan hebat dari masyarakat antarabangsa. Syarikat pengeluar Gardasil pula sentiasa menghadapi saman berjuta-juta oleh rakyat kerana menyebabkan kematian.

Tetapi bila terlantiknya William M. Daley, ia terbukti rungutan rakyat Malaysia tidak akan dipedulikan oleh kementerian kerana Daley adalah ahli lembaga pengarah syarikat Meck & Co. iaitu pengeluar vaksin Gardasil yang diimport kementerian kesihatan.

Keadaan ini memungkinkan wujud dua pilihan untuk kerajaan iaitu:
1. Sama ada mengutamakan aduan rakyat tentang bahaya Gardasil
2. Atau mengutamakan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika.

Sekiranya kerajaan membatalkan serta-merta vaksin HPV keluaran Merck & Co., ia secara tidak langsung telah menarik perhatian William M. Daley sebagai setiausaha kerajaan Obama. Kemungkinan usaha kerajaan Malaysia untuk mendapat perhatian Amerika mungkin terjejas. Selain itu, Perdana Menteri juga perlu menjawab berkenaan punca pembatalan tersebut jika ditanya oleh Daley.

Jika kerajaan berani memutuskan pembelian Gardasil dan memilih vaksin lain, hanya ada satu jenis vaksin lagi yang dikeluarkan iaitu Cerverix, itu pun keluaran GlaxoSmithKline (GSK) syarikat pengeluar vaksin H1N1 yang penuh kontroversi.

Ringkasnya, jika kerajaan memilih pilihan (1) maka hubungan baik dengan kabinet Obama mungkin sedikit terjejas dan kerajaan perlu menjaga hubungan ini. Keduanya, jika kerajaan memilih pilihan ke-2 maka secara automatiknya, kerajaan telah membelakangkan slogan yang dicanang-canangkan di seluruh Malaysia.

Berikut ialah kesan-kesan sampingan akibat Gardasil yang tidak didedahkan Kementerian Kesihatan
1. Guillain-Barre Syndrome
2. Thromboembolic Events
3. Amyotrophic Lateral Sclerosis
4. Seizures and/or Epilepsy
5. Paralysis
6. Severe Allergic Reactions
Sumber asal disini.

Alhamdulillah dan tahniah kepada yang membaca sehingga akhirnya. Mudah-mudahan isu vaksin dan ubat-ubatan ini dipandang berat oleh setiap ibu bapa. Kita memang terlalu disogokkan dengan doktrin 'kalau sakit makan ubat nanti baik' sehingga ianya sebati dalam diri kita. Jangan mudah untuk mempercayai segala yang dibawa oleh yahudi dan nasara laknatullah. Apapun segalanya ditangan kita. Semoga kita sebagai ibu bapa menjadi lebih sensitif tentang perihal anak-anak kita. Kasihanilah mereka. Jangan hukum mereka asbab kealpaan dan kelalaian kita. Wallahua'lam.

24.8.11

SELAMATKAH?

Tajuk boleh tahan ;P Sekadar entry kepastian. Sudah selamatkah cenderahati kecil dari Muhammad untuk sahabat-sahabat kecilnya? Kami menggunakan khidmat pos bersetem dan memasukkan semua bungkusan tersebut pada hari ahad. Alhamdulillah seawal hari selasa sudah ada yang menerimanya. Terima kasih kepada yang sudi respon di peti ziarah. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat. Sama-sama berusaha untuk mendidik dan membangun potensi muslim unggul yang bakal mengembalikan sejarah kita yang agung. Apa yang pasti sejarah adalah sunnatullah yang akan berulang dan terus berulang. Berazamlah untuk sama-sama mengukir nama anak-anak kita sehebat panglima-panglima Allah seperti Salahuddin Al-Ayyubi, Muhammad Al-Fateh di dalam sejarah agung kita yang kedua insyaAllah! Ayuh sama-sama membentuk Al-Quran merayap!

 Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi mulia, Engkau suka mengampuni, maka ampunilah aku!

23.8.11

KITA PASTI MENYUSUL

Innalillahi wa innailaihirojiun. Akhirnya janji seorang Dania Emelda Aqasha sampai juga petang semalam. Saya terkejut ketika membaca mesej kawan-kawan diruangan komen sebelum di siarkan semalam. Rupanya janji Allah telah sampai untuk adik Nia. Bermakna ketika saya menaip entry 1 MINIT SAHAJA semalam, adik Nia telah selamat kembali kepada Allah. Itu janji Nia dengan Allah semasa di alam roh. Kita? Apa yang pasti kita pasti menyusul Nia. Bila? Mungkin saat ini, mungkin sebentar lagi, mungkin hujung tahun, semua kemungkinan itu mungkin dan  tidak mustahil kerana mati itu tidak akan dipercepatkan atau dilewatkan walau sesaat. Nia dengan yakin dan pasti kita semua tahu tempatnya dimana, dan kita? Sudah bersediakan untuk bertemu Allah bila-bila masa?

Lemah seluruh urat saraf andai teringatkan kematian. Hari ini, saya dikejutkan dengan berita kematian bapa anak murid saya akibat semput. Saya sempat menziarahi keluarga mendiang bersama rakan-rakan setugas sebelum pulang. Hati saya diruntun hiba untuk sekalian kali laginya kerana semua orang islam tahu apakah tempat selayaknya dia DISANA. Cara mayat dimandikan cukup memilukan. Inilah beza hidup beraqidah dan hidup beragama. Allah mengajar hambaNya untuk ehsan dan malu walaupun sudah tidak bernyawa. Mayat wanita, wanita juga yang selayaknya memandikan. Begitu juga sebaliknya. Cara dimandikan juga penuh kerahsiaan demi menjaga aib (aurat) si mayat. Terbayang-bayang difikiran saya, bagaimanakah rupa kayu api neraka yang terletak dilapisan paling bawah sekali. Nauzubillah! Moga kita semua dijauhkan untuk berbuat syirik kepada Allah yang boleh mengundang tersasar aqidah kita.

Mudah-mudahan kita semua kembali kepada Allah dalam keadaan aqidah dan hati yang sejahtera. Ya Allah kurniakan aku mati dalam kemuliaan semulia insan hebat ini. Amin!

22.8.11

1 MINIT SAHAJA

Saya terkesima sebentar ketika membaca kisah adik Dania Emelda di blog Puan IntanBerlian. Selalu kita rasa ujian yang melanda kita sudah cukup berat namun berat lagi tanggungngan Puan Leen. Anaknya menghidapi penyakit leukimia. Saya tersentak melihat Nia yang dulu berbanding dengan Nia yang sekarang. Amat jauh berbeza akibat kesan kemoterapi dan ubat pada sangkaan saya. Sakit sungguh saya melihat Nia menelan ubat-ubatan yang terlalu banyak. Semoga Allah bukakan hati Puan Leen untuk mencari penawar dengan menggunakan kaedah alternatif sebagai ganti ubat-ubatan yang pelbagai.

Nia dahulu.

Nia sekarang.

kawan2.......
aku x akan minta duit......
tapi, hanya 1 minit selepas solat anda.....tolonglah doakan anak ku ini, Dania Emelda Aqasha dupaya dia dapat melawan penyakitnnya, supata dia kuat semangat......dan kuatkan semangat ku juga utk menempuh segala cabaran ini........1minit je!!!

Hanya satu minit pinta Puan Leen untuk mendoakan anaknya selepas solat yang sedang bertarung dengan maut ketika ini. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa-doa kita dengan berkat Ramadhan lebih-lebih lagi andai Allah izinkan kita bertemu malam yang kita sama-sama nantikan iaitu lailatul qadr. Semoga adik Nia kembali sihat dan ibu Nia kembali ceria. Kami di Bayt Al-Iman mendoakan yang terbaik untuk Nia disisi Allah. Mari kawan-kawan kita panjang-panjangkan kisah adik Dania Emelda untuk sama-sama mengumpul doa-doa orang-orang lain yang kita sendiri tidak tahu, doa siapakah yang diangkat dan diterima disisi Allah. Boleh terus ke blog Puan Leen disini insyaAllah!

21.8.11

EPISOD 2: TV BUKAN KEPERLUAN

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul!
Ayah dan ibu sekufu dari segi kedegilan. Alhamdulillah Allah kurniakan kedegilan itu kearah kebaikan. Asbab degilnya kami, Alhamdulillah ibu dan ayah dapat berjuang di dalam sebuah keluarga yang bukan islami. Cara hidup kami sedikit berbeza. Ibu dibesarkan dikawasan taman dan sedikit bandar. Berbeza dengan ayah yang memang membesar dikawasan perkampungan. Suasana kampung ayah sangat baik kerana terdapat seorang Tok Guru yang mewakafkan kehidupannya disana dan menghidupkan kampung ayah dengan roh islami. Tok Guru sangat hebat walaupun ibu baru sahaja mengenalinya setelah bernikah dengan ayah.

Alhamdulillah, ayah banyak dipengaruhi oleh didikan dan cara hidup Tok Guru. Ayah pun tidak ingat kali terakhir dia solat fardhu dirumah. Jika dia tidak silap, semasa berumur 10 tahun, ayah sudah berjemaah dimasjid. Ibu yakin dan pasti kerana sepanjang ibu hidup bersama ayah, tidak pernah walau sekali ayah solat fardhu dirumah. Hanya solat sunat sahaja. Salah satu tarikan keyakinan ibu untuk menerima pinangan ayah suatu ketika dahulu adalah kerana ayah orang lelaki yang pergi solat berjemaah, menghidupkan rumah-rumah Allah.

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِحَطَبٍ فَيُحْطَبَ ثُمَّ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَيُؤَذَّنَ لَهَا ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا فَيَؤُمَّ النَّاسَ ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى رِجَالٍ فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ بُيُوتَهُمْ
Demi zat yang jiwaku ada di tanganNya, sungguh aku bertekad meminta dikumpulkan kayu api, lalu dikeringkan (agar mudah dijadikan kayu api). Kemudian aku perintahkan solat, lalu ada yang melaungkan azan. Kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami solat dan aku tidak berjemaah untuk menemui orang-orang (lelaki yang tidak berjemaah). Lalu aku bakar rumah-rumah mereka.[ Sahih al-Bukhari: 608 dan Sahih Muslim: 1041] Sumber disini.

مَا مِنْ ثَلَاثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلَا بَدْوٍ لَا تُقَامُ فِيهِمْ الصَّلَاةُ إِلَّا قَدْ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمْ الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ الْقَاصِيَةَ
Tidaklah tiga orang di dalam satu kampung atau kawasan pedalaman, dan mereka tidak pula mendirikan solat melainkan Syaitan akan menguasainya. Berjemaahlah kalian. Ini kerana serigala hanya memakan kambing yang sendirian. [Sunan Abu Daud: 460, Sunan an-Nasaie: 738 dan Musnad Ahmad: 26242] Sumber disini.

Maqasid SyariahPenulis buku Maqasid Syariah iaitu Ustaz Wan Mohd Nasie Bin Wan Abd Wahab Al-Madani Al-Azhari adalah rakan sepermainan ayah yang  merupakan anak Tok Guru dikampung ayah. Manusia hebat ini mula mempelajari ilmu agama daripada bapanya sendiri Tok Guru Haji Wahab bin Haji Ismail hafizahullah. Jadi, sedikit sebanyak ayah menerima resapan himmah yang baik daripada Tok Guru. Tok Guru seorang yang tegas dan sangat pantang dengan TV. Alhamdulillah kesemuanya anak-anaknya 'menjadi' dengan akhlak dan alim dalam beragama. Kesannya, sehingga saat ini Bayt Al-Iman tidak mempunyai TV.

Polisi pertama diawal pernikahan kami, TV adalah diharamkan di Bayt Al-Iman. Ayah dan ibu mengambil keputusan tidak mahu TV adalah kerana kami sendiri. Kami takut kami tidak mampu mengawalnya dengan baik. Mahu mengatakan yang TV tidak baik seratus peratus tidak boleh juga. Ada seorang ustaz mualaf mendapat hidayah melalui TV. Diceritakan suatu hari dia tertukar siaran forum agama dan apabila mahu menukarnya kepada siaran lain, remote TV tidak dapat berfungsi. Akhirnya, Allah berikan dia taufik dan hidayah asbab TV. Namun, dalam kes kita, ibu dan ayah tidak suka dengan pelbagai rancangan yang pelbagai juga kartun yang banyak pengaruhnya kepada anak-anak kecil.

Alhamdulillah Allah pertemukan ibu dan ayah dengan jawapan yang lebih konkrit kenapa kami tidak perlukan TV di Bayt Al-Iman. Kebanyakkan kartun-kartun seperti Disney, Pokemon dan hampir keseluruhannya ada kaitan dengan rejim zionis. TV merupakan senjatanya untuk melumpuhkan ummat islam. TV ini bukan sahaja mampu melekakan namun ianya turut membawa mesej negatif melalui siaran kartun-kartun yang pelbagai. Rakaman video dibawah ini dan banyak video lain lagi, ibu dan ayah jumpa sejak setahun yang lepas. Rakaman pendek menceritakan bagaimana kartun yang banyak disiarkan di TV dilukis.


Lihat! Betapa liciknya konspirasi mata satu membuat sesuatu. Setiap yang datangnya dari laknatullah ini memang orang islam perlu mengkajinya sedalam-dalamnya. Walaupun kartun nampak begitu remeh dimata kita, namun ianya tidak bagi mereka. Ransangan seksual melalui kartun menjadi punca kenapa kanak-kanak hari ini begitu 'cepat' memahami hakikat perbezaan lelaki dan perempuan. Inilah yang dinamakan racun yang sentiasa menular namun tidak mudah dikesan dengan pandangan mata.

Lihat kedudukan patung tersebut? Mengapakah ianya direka sedemikian? Sumber disini.

Bukan mudah sebenarnya mahu perjuangkan nilai sebuah TV. Pelbagai respon yang kebanyakkan negatif insyaAllah tidak menjadi kudis buat kami. Ibu juga bukan seorang 'kaki TV' sejak azali dan tidak mengapa tiada TV sekalipun. Ianya mendapat seokongan mantap daripada ayah selepas menikah menjadikan kami sepakat untuk sama-sama mentiadakan TV di Bayt Al-Iman. Alhamdulillah mudah-mudahan usaha ini membuahkan hasil yang cukup lumayan disisi Allah.

Walaupun kita tidak ada TV, ianya bukan bermakna kita lebih mulia daripada orang lain. Bagi ibu dan ayah, TV merupakan perkara besar yang penting dalam rangka pembesaran mujahid-mujahiddah yang bakal lahir dari Bayt Al-Iman. Demi menjaga hati-hati ayah, ibu, Muhammad dan insyaAllah adik-adik, TV akan sentiasa haram di Bayt Al-Iman. InsyaAllah, ibu dan ayah akan sediakan alternatif hiburan mendidik jiwa untuk Muhammad dan adik-adik. Semoga Allah memberi kekuatan untuk ibu dan ayah untuk terus istiqomah menuju Allah dan Rasul.

20.8.11

CENDERAHATI MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY

Alhamdulillah cenderahati daripada Muhammad sempena MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY telah sampai semalam dan telah siap dibungkus. InsyaAllah ianya sedia dipos bila-bila masa mengikut kesempatan kami ke pejabat pos. InsyaAllah esok atau lusa. Mudah-mudahan ianya sampai sebelum pejabat pos cuti beroperasi.


Diharap semua menyukai hadiah daripada Muhammad ini. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu mahu membeli apa. Ditakdirkan Allah ketika saya memeriksa kotak mesej email saya dalam menanti beberapa peserta GA yang masih belum menghantar details, hati saya tertarik dengan tawaran Ramadhan Puan Lina Karim tentang flashcard yang dibuat oleh syarikatnya. Flaschcard biasa yang dijualnya, terputus bekalan sekian lama. Jadi, dia mengambil inisiatif membuat flascardnya sendiri memandangkan masa yang begitu berharga. Alhamdulillah saya membuat tempahan dengan segera dan alhamdulillah telah sampai  semalam.

Cenderahati kecil daripada Muhammad untuk sahabat-sahabat kecilnya ;)

InsyaAllah mudah-mudahan ianya berguna untuk anak-anak kita sebagai persediaan awal sebagai huffaz kecil. Penggunaan flashcard menurut ajaran Puan Lina Karim, kita perlu menampalnya di dinding sebanyak 5 keping dan menukarnya setelah anak-anak kita menghafal kelima-lima huruf berbaris tersebut. Ilmu baru buat saya dan mudah-mudahan kita semua insyaAllah! ;)

Berikut adalah peserta MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY insyaAllah:
1. che' adil
2. pengemis cinta (PC)
3. mawar
4. ummu abbudey
5. puan nina
6. mama alya
7. hani
8. naziffa
9. ummu aziz
10. FCU
11. kayzie
12. myamyza
13. mama annaufal & aunie
14. cik sue (CS)
15. azatiesayang
16. dyan
17. hanis zainal
18. miftahul jannah
19. ibu yusof & maryam
20. huda
21. fifah

Kepada Hani dan Miftahul Jannah, Bayt Al-Iman sangat mengalu-alukan details daripada anda untuk kami dipos hak anda bersama-sama cenderahati yang siap sedia dipos bila-bila masa daripada Muhammad sempena MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY, sudi-sudikanlah. ;)

Terima kasih kepada semua doa-doa anda yang sangat hebat dan begitu cantik sekali untuk Muhammad. Semoga segala doa-doa itu Allah makbulkan dengan berkat Ramadhan dan terbias kembali mencari anda dan semua zuriat keturunan anda untuk sama-sama menjayakan misi hamba (51:56) dan khalifah (2:30) di kampung sementara ini sebagai bekalan disepanjang perjalanan menuju KESANA. Semoga Allah melimpahkan kita semua taufik dan hidayahNya untuk sama-sama istiqomah menuju Allah dan Rasul insyaAllah!

19.8.11

EPISOD 1: NIKAH DAN FIKRAH

Muhammmad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul!
Allah mentakdirkan ibu bernikah diusia muda semasa berada di tahun 3 semester 6. Ada tinggal baki setahun, 2 semester untuk menghabiskan pengajian ibu. Ayah lebih tua 6 tahun berbanding ibu dan sudah bekerja selama lebih 5 tahun, tiga tahun lebih di Sabah dan selebihnya di Ampang dan menyambung semula pengajian sepenuh masa di tempat ibu belajar selama setahun sebelum melanjutkan baki 2 tahun disebuah Universiti dekat Gombak. Sesungguhnya rancangan Allah cantik tersusun. Allah gerakkan ayah menyambung belajar untuk bertemu jodoh dengan ibu ketika setahun menyambung belajar ditempat ibu belajar.

Segalanya berlaku terlalu pantas asbab percayanya kami tiada cinta sebelum nikah menyebabkan segala urusan begitu pantas selepas ayah bertemu nenek. Keyakinan merisik sumber-sumber yang dipercayai dan istiqorah berkali-kali menyakinkan ibu untuk bernikah semasa belajar. Ayah Muhammad adalah seorang yang soleh walaupun kami berlainan fikrah. Tarbiyyah Allah pula hadir ketika urusan walimah ibu semakin hampir.

Fikrah ibu dan ayah berbeza. Fikrah ibu lebih kepada ketenteraan untuk bertempur dimedan dakwah hari ini yang mana memerlukan pergerakkan yang bukan sedikit. Tarbiyyah mengajar ibu supaya menarik seberapa banyak saudara-saudara muslimah untuk sama-sama mengikis segala karat-karat jahiliyyah dan untuk faham tujuan penciptaan manusia di dalam halaqah dalam proses pembaikkan individu muslim dan jalan ini bukan mudah. Bukan mudah untuk menarik saudara-saudara muslimah ibu dari kebiasaan mereka selama ini. Dugaan dan ujian silih berganti tanpa jemu. Begitu juga perjalanan tarbiyyah ibu juga ada pasang dan surutnya. Mudah-mudahan ibu thabat dengan fikrah ini. Berbeza dengan ayah yang fikrahnya lebih kepada muslimah itu perlu menghadkan pergerakkan. Walau apapun, semuanya pasti terkandung hikmah yang bukan sedikit. Ibu positif dengan pilihan Allah berdasarkan jawapan istikhorah ibu yang bukan sekali tetapi berkali-kali.

Ibu bersyukur kerana ayah tetap menyokong fikrah ibu dan memberi keizinan untuk terus berhalaqah malah ramai di antara ahli keluarga kecil kami adalah rakan setugas ayah. InsyaAllah muslim yang baik akan sentiasa berdamping dengan orang-orang yang soleh. Setiap dari kita yang faham insyaAllah mempunyai matlamat yang sama iaitu semata-mata untuk mencari redho Allah walau jalan apa sekalipun pilihan kita. Ibu teringat kata-kata seorang akhowat semasa menghadiri satu program, buat sahaja kerja kita tidak kiralah kepercayaan dengan fikrah jemaah mana sekalipun, asalkan jangan jemaah dadah dan couple. Ada yang percaya dengan fikrah tabligh, ada yang percaya fikrah politik, ada yang percaya fikrah helwan dan apa yang terpenting kita 'bekerja' untuk sama-sama mencari redho Allah. Mudah-mudahan Allah tautkan hati-hati kita asbab bersangka baik dengan jemaah-jemaah lain.

Keterbatasan ibu insyaAllah Allah ganti dengan menyeru melalui menulis diblog. Walaupun tidak mungkin berkesan sebagaimana dakwah fardhiyyah, namun mudah-mudahan Allah sentuh hati-hati orang yang membaca tulisan ibu dan Allah lorongkan mereka dengan taufik asbab hidayah tadi. Mungkin Allah izinkan  ibu menyebarkan keindahan hidup beragama melalui  pembentukkan modal unggul anak-anak hebat untuk persediaan rijal dakwah dimasa mereka insyaAllah. Mudah-mudahan ibu-ibu seangkatan ibu faham saluran yang bagaimanakah kita perlu mendidik anak-anak dengan aqidah yang mantap. Kalau kita jahil, jangan rela membiarkan anak-anak kita mewarisi kejahilan kita.

Walaupun fikrah berbeza namun ibu dan ayah punya cita yang sama dalam merealisasikan sebuah baitul muslim yang diredhoi Allah. Apabila sudah hidup bersama, rupa-rupanya banyak yang ibu dan ayah sekufu sebenarnya. Ibu dan ayah masing-masing 'dagang' diantara adik-beradik kami. InsyaAllah asbab kedagangan ini, kami berazam yang baitul muslim kami juga mesti 'dagang' sesuai dengan islam yang semakin 'dagang' diakhir zaman kini. Mengamalkan hidup beragama diakhir zaman umpama menggenggam bara api seperti sabda Rasulullah SAW, Islam bermula dengan keadaan dagang dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing. (HR Muslim).

18.8.11

ABU MUHAMMAD MARAH

:) Senyum pembuka bicara. Kisah kami semalam. Kebiasaan pulang dari bertugas, saya akan kerumah mak yang berdekatan dengan tempat bertugas suami untuk menunaikan hak Allah iaitu solat Zohor sebelum mengambil Abu Muhammad dan seterusnya Muhammad. Sebelum mengambil Muhammad, kami singgah sebentar di kedai buah-buahan. Menjadi kebiasaan saya semenjak bernikah, suami yang akan turun berbelanja dan saya akan tunggu di dalam insyirah sahaja.

Semasa menanti Abu Muhammad membeli belah, saya mengambil kesempatan mendengar kuliah ilmu di radio IKIM.fm. Saya melepaskan pandangan keluar tingkap insyirah dan memandang peniaga muda yang menjual air pelbagai warna dan terlupa yang kita berada di bulan puasa. Masa ketika itu menunjukkan lebih kurang jam 2.20 petang. Saya menoleh untuk kali kedua apabila tersedar yang sekarang ini bulan Ramadhan kerana terdapat sesi berjual beli air. Dengan segera, saya mencapai handphone cap pingpong saya untuk merakam aksi mereka.
2.20 pm: Gerai air yang betul-betul berada disebelah insyirah.

Saya merakam aksi mereka dalam keadaan mereka sedar yang saya sedang merakam. Niat saya hanya satu, supaya ada sedikit perasaan segan dihati mereka. Ikutkan hati, mahu sahaja saya turun. Bukan mahu memarahi mereka, tetapi mahu sahaja melaksanakan tanggungjawab menegur dengan lidah dan mempraktikkan dakwah As-Syahid Hassan Al-Banna. Namun, keterbatasan dan mengambil kira kemashahalatan mendatang, saya berdoa supaya usaha saya yang sedikit itu mampu memberi sedikit kesan dihati mereka.

Saya sempat merakam 2 perbuatan jual beli yang berturutan seperti rakaman pendek dibawah sebelum disergah Abu Muhammad yang telah selesai urusan beli belah buah-buahannya.

* 2 video tadi terpaksa di'bersih'kan atas nasihat Abu Muhammad yang terpandang entry ini semasa saya meningalkan laptop saya sebentar tadi :(

Belum sempat habis jual beli rakaman kedua, Abu Muhammad datang dan menyergah saya. Cara orang lelaki berfikir selalunya lebih panjang berbanding perempuan. Marahnya adalah kerana andai mereka mark nombor plat kereta dalam keadaan saya yang memandu berulang alik seorang diri jauh di jalan yang kurang sibuk, siapakah yang susah? Berceramah dengan jayalah Al-Fadhil Ustaz Ayah kepada si isteri yang sememangnya degil dan kamikaze dalam melakukan sesuatu disepanjang perjalanan pulang ke Bayt Al-Iman ;) Memang cara berfikir kami sentiasa bercanggah, namun saya percaya, ianya adalah lengkap-melengkapi antara suami dan isteri insyaAllah. ;)

Akhir kata, peristiwa singkat itu cukup menandakan ketenatan ummat. Tanggungjawab kita sebenarnya semakin memberat kerana bukan sahaja perlu berdakwah kepada orang bukan islam untuk kembali kepada islam, namun yang paling parah apabila orang islam sendiri mengalahkan orang bukan islam dari segi perangai dan akhlaknya. Jadi, kita mempunyai 2 tugas berat iaitu menarik semula orang islam untuk menjadi seorang muslim dengan erti kata sebenar dan juga, mengajak orang bukan islam mengenal Allah. Banyak usaha untuk mengajak non-muslim kembali kepada fitrah digagalkan oleh sikap dan akhlak buruk orang islam sendiri. InsyaAllah, saya berpegang kepada fikrah proses pembaikkan individu muslim itu yang utama untuk sama-sama menjadi akar yang mantap membina sebuah negara islam yang berdaulat menepati piawaian Allah yang seterusnya merubah persepsi non-muslim yang islam sebenarnya sebuah agama yang indah dan cantik. Semoga Allah mengurniakan jalan untuk kita sama-sama menyeru manusia lain menuju Allah dan Rasul. Istiqomah menuju Allah dan Rasul insyaAllah! Wallahua'lam.

17.8.11

BATUK KOKOL?

Bismillah. Saya ada menerima komen dari Puan Nur Islam di entry BAHAYA VAKSIN & IMUNISASI. Anaknya sulungnya sudah berusia 2 tahun dan tidak pernah diberikan suntikan vaksin sejak lahir. Persoalannya, anaknya sekarang sedang batuk, demam dan selsema. Sakit 3 serangkai yang selalu sahaja yang dihidapi oleh anak-anak kecil. Menurutnya, ada yang berpendapat ianya merupakan kesan akibat tidak disuntik dengan vaksin dan kemungkinan terkena batuk kokol. Walau bagaimanapun beliau tetap yakin kuasa Allah dan mahu mendapatkan pandangan ibu-ibu tentang hal ini.


InsyaAllah, sementara menanti komen ibu-ibu yang lain, mengikut pengalaman saya yang baru sahaja mempunyai seorang anak yang berusia baru juga setahun, deman, selsema dan batuk kecil bagi saya lumrah sakit untuk si kecil insyaAllah. 

Sejarah suntikan vaksin kepada Muhammad hanya terhenti ketika berusia 5 bulan. Ini bermaksud Muhammad sudah disuntik sebanyak 5 kali iaitu 4 kali setiap bulan kecuali bulan keempat dan sekali semasa baru dilahirkan. Sepanjang setahun, Muhammad sudah demam 3 kali jika saya tidak silap dan saya juga ada ke klinik untuk pemeriksaan Muhammad iaitu pada demam terakhirnya kerana diiringi semput. Kami membuat pemeriksaan paru-parunya. Alhamdulillah asbab susu ibu insyaAllah, semuanya tidak lama.

Kami hanya tidak setuju dengan ubat-ubatan barat. Di tempat saya bermastautin ini, tiada klinik homeopati yang ubat-ubatnya insyaAllah lebih terjamin disamping kami juga baru berjinak-jinak dengan perubatan alternatif. Mahu kata kami menolak doktor, tidak juga. Cuma sekiranya ada alternatif ubat yang lebih terjamin, ubat-ubatan barat memang pilihan terakhir kami insyaAllah. Puan boleh lawat blog Puan Fifah untuk kisah klinik homeopati disini.

Saya harap ada kawan-kawan yang sedia memberi kata-kata semangat untuk geng ibu kita ini insyaAllah. Mudah-mudahan nikmat ujian yang sedang dilalui anak sulungnya hanyalah sakit biasa untuk seorang bayi insyaAllah! Teruskan memberi susu ibu yang insyaAllah ada penawar dan khasiat imunisasi semulajadi di dalamnya. Wallahu'alam.

16.8.11

TRAVELOG MUHAMMAD

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul!
Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran di atas nikmat teragung iman dan islam yang mudah-mudahan terpelihara sejahtera sehingga kita kembali bertemuNya yang entah bila. Memetik kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang sentiasa membara dengan semangat Deen, Kita merupakan satu golongan yang dimuliakan Allah dengan Islam. Apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain daripada Islam, Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita.

Tarbiyyah mengajar ibu yang aqidah itu datang dahulu sebelum ibadah. Tarbiyyah juga mengajar ibu, bagaimana didikan aqidah yang mantap bisa menghasilkan mujahid mujahiddah yang hidup hanya mengharapkan keredhoan Allah. Kebanyakkan kita hari ini beribadat tanpa ada 'rasa' dan tahu kenapa Allah menyuruh kita beribadah. Sebab utama ketidak hadiran rasa ini ialah, kita sebagai manusia tidak pernah untuk mengenali Allah dengan penuh mendalam. Maka, ibadah di dalam Ramadhan hanya tinggal ibadat tanpa istiqomah. Suka ibu ulang petikan kuliah ilmu yang ibu dengar semasa memandu pulang dari mencari redho Allah beberapa hari sudah, kita adalah hamba Allah dan bukan hamba Ramadhan. Ramadhan hanyalah sebuah madrasah perubahan dan momentum hidup beraqidah untuk terus istiqomah walaupun Ramadhan pergi meninggalkan kita.

TRAVELOG MUHAMMAD adalah sebuah catatan kajian ibu terhadap Muhammad yang insyaAllah dididik hidup beraqidah dan mencintai sunnah Rasulullah SAW sejak di alam rahim malah sebelum itu lagi. InsyaAllah, ibu dan ayah sedayanya untuk meletakkan kepentingan hidup beraqidah dan mencontohi sunnah dalam menjana potensi muslim yang unggul untuk mengembalikan generasi anak-anak yang cerdik, cerdas, berani untuk menegakkan agama Allah persis seperti generasi zaman awwal. Selain sedaya mungkin mencontohi syariat kelahiran dan pelbagai sunnah anjuran Rasulullah SAW, kajian ibu juga merangkumi kepentingan penjagaan makanan bukan sahaja untuk kesihatan jasmani tetapi fokus utamanya adalah  kesejahteraan hati. Sememangnya kita disuruh untuk mencari makanan yang bukan sahaja halal malah toyyibah sebagai seruan membina muslim kuat yang dicintai Allah.

Walaupun, kajian sulung ibu telah banyak diganggu, namun, ianya tetap tidak melunturkan semangat ibu malah ibu tidak teragak-agak mahu mengatakan yang ayah dan ibu bukan sahaja mahu melahirkan anak-anak yang membesar seperti kami, tetapi kami mahu melahirkan ulama yang bakal memimpin ummah pastinya dengan izin Allah. Generasi Al-Quran merayap! Dengan erti kata lain, susuk tubuh seorang manusia yang FAHAM akan hakikat tuntutan Al-Quran yang sebenar. Ibu percaya, rumah adalah madrasah (sekolah) pertama dalam menjana potensi unggul muslim yang hebat yang dicintai Allah dan Rasul insyaAllah! Harapan ibu, semoga Allah sentiasa mengurniakan ilmuNya tanpa henti dan sentiasa melorongkan, memudahkan perjalanan tarbiyyah ini sebagai panduan untuk ibu dan ayah dalam mencorakkan TRAVELOG MUHAMMAD insyaAllah!

Terima kasih kepada nenek dan maklong Muhammad yang dengan izin Allah memberikan inspirasi judul kajian ibu ini sebagai TRAVELOG MUHAMMAD sebagai sokongan untuk ibu terus menulis dan terutama kepada ayah. Ayahlah orang yang mula-mula sedar kecenderungan minat menulis ibu dan menyarankan untuk belajar menulis dengan seorang pensyarah yang juga merupakan seorang penulis. Namun ibu malu ditambah merasakan ilmu ibu tidak cukup untuk melayakkan ibu untuk menulis. Mudah-mudahan, blog Bayt Al-Iman merupakan tapak permulaan pengembaraan dunia penulisan ibu insyaAllah! InsyaAllah ibu akan cuba menulis semula pengalaman mengandungkan Muhammad sehingga Muhammad setahun sebagai episod permulaan dalam TRAVELOG MUHAMMAD insyaAllah! 

Alhamdulillah. InsyaAllah TRAVELOG MUHAMMAD merupakan penceritaan semula secara pukal yang dikumpulkan membentuk episod yang diambil dari kisah di dalam DIARI MUHAMMAD. Semoga kajian ini diredhoi Allah dan sentiasa mencurahi ibu dan ayah pelbagai ilmuNya dalam usaha mendidik Muhammad menjadi seorang hamba dan khalifah juga yang menepati piawaian Allah yang bakal merubah dunia hari menjadi sebuah dunia islam yang dipimpin oleh seorang khalifah di puncak ustaziatul a'lam seperti yang tercatat dalam sejarah. Sejarah itu adalah suatu sunnatullah yang akan berulang dan terus berulang. Mudah-mudahan ibu, ayah dan Muhammad merupakan batu-bata yang tersusun bagai sebuah bangunan yang kukuh sepertimana firman Allah, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh, As-Saff ayat 4.

Muhammad di Masjid Muhammad.

14.8.11

MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY

* entry auto-publish

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah atas nikmat kurniaan Muhammad putera sulung, pinjaman agung kepada kami. Alhamdulillah ketika ini (maghrib), kita telah pun masuk pertengahan Ramadhan 1432H. Hanya tinggal beberapa jam lagi usia Muhammad menginjak setahun mengikut perkiraan tahun hijrah iaitu pada 15 Ramadhan 1432H pada jam 12.08 tengah hari.


Bersempena ulangtahun kelahiran Muhammad yang pertama, Bayt Al-Iman berbesar hati ingin membuat satu giveaway mudah sebagai tanda kesyukuran kami lebih-lebih lagi di dalam Ramadhan bulan penuh keberkatan insyaAllah.

Syaratnya cukup mudah iaitu:
1. Anda hanya perlu meninggalkan ucapan kelahiran ringkas buat Muhammad di kotak komen entry ini sahaja. 
2.Hantarkan nama, alamat dan nombor telefon ke email attuffahumairah@gmail.com dengan tajuk email: MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY.
3. Bagi pengunjung setia Bayt Al-Iman yang tiada blog, komen/ucapan anda dialu-alukan dan anda juga berhak menyertai Muhammad Setahun Ramadhan Giveaway dengan menggunakan nickname atau anonymous dan email details anda kepada kami.
4. Hanya satu komen yang diterima bagi yang terhantar lebih.
5. Komen-komen anda insyaAllah hanya disiarkan bertepatan hari kelahiran Muhammad yang setahun iaitu pada isnin, 15 Ramadhan 1432H pada waktu petang mengikut masa kami sampai di Bayt Al-Iman.
6. Hadiah dan penentuan komentar bertuah mungkin dikira berdasarkan nombor bertuah. Bergantung kepada bilangan komentar insyaAllah ;)
7. MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY tamat sejurus semua ucapan-ucapan disiarkan dan Bayt Al-Iman menutup rasmi sebagai komen terkahir.

Mudah bukan? Hanya tinggalkan ucapan dan titipan doa buat Muhammad. Mudah-mudahan doa-doa antum terbias kembali mencari antum semua sebagai manfaat kita dalam melahirkan generasi yang bakal memimpin dunia seperti generasi zaman awwal. Semoga Allah mengurniakan kita semua, malam yang kita sama-sama nantikan. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Lailatul qadar yang mudah-mudahan segala doa-doa kita yang penuh keikhlasan termakbul dengan izin Allah insyaAllah!

Dengan lafaz
Bayt Al-Iman membuka rasmi MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY.
Silakan ke ruangan komen dengan gembiranya ;D

13.8.11

REZEKI RAMADHAN

Alhamdulillah ada rezeki Ramadhan untuk Bayt Al-Iman. Alhamdulillah Allah pilih kami untuk memenangi dua giveaway dan satu contest.

Rezeki Pertama
Kemenangan pertama adalah kemenangan untuk 1st Giveaway by Cempaka Kuning. Pada ketika menyertainya, BAi banyak menerima 'tag' dari kawan-kawan maya fillah. Alhamdulillah ada rezeki walaupun niatnya cuma ingin meraikan kawan-kawan fillah yang 'tag' kami. Pengumuman pemenang boleh lihat disini. Terima kasih kepada pihak Cempaka Kuning yang 'locengkan' BAi untuk berita kemenangan. Alhamdulillah hadiah seperti yang dijanjikan juga sudah sampai beberapa hari yang lepas. Apakah hadiah itu? ;D

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Inilah hadiah dari Cempaka Kuning. Alhamdulillah ada rezeki sehelai t-shirt dari Melaka. Terima kasih dau keladi kepada penganjur. Semoga terus dilimpahkan rezeki dan keberkatan dalamkehidupan insyaAllah!


Rezeki Kedua
Giveaway from Adyshariz adalah GA yang saya dengan suka hatinya menyertainya tanpa 'tag' daripada kawan-kawan fillah kerana saya support Aisha dalam keadaan mood yang ada untuk menyertai GA ketika itu ;D. Alhamdulillah ada rezeki Ramadhan Bayt Al-Iman. Pengumumam pemenang disini. Hadiah masih belum sampai. InsyaAllah apabila sampai dan saya rajin, saya upload kemudian ;D Terima kasih kepada ibu alisha yang 'melocengkan' kami di peti shoutbox tentang kemenangan di Giveaway from Adyshariz.

Rezeki Ketiga
Minat saya adalah menulis. Jika diberi pilihan sama ada GA ataupun contest, saya pilih lagi contest yang memerlukan penulisan dengan tajuk yang sesuai dengan fikrah saya. Dunia blogger banyak mendidik saya belajar mengarang sebenarnya. Alhamdulillah ;)

Masih ingat tulisan saya untuk Diari Muhammad tentang Peraduan Dunia Susu Ibu 2011? Boleh baca entry berkenaan disini. Subhanallah! Alhamdulillah ada rezeki kami lagi disini. Saya mendapat pengkhabaran berita kemenangan melalui Puan Madziah sendiri melalui mesej. Saya terkejut apabila mendapat mesej di handphone dan mahu menunjukkan kepada suami sehingga mesej itu terpadam mungkin kerana tertidur ketika menyusui Muhammad. Alhamdulillah keesokkan harinya, hadiah telah selamat tiba di Bayt Al-Iman dan ada contact number Puan Madziah untuk saya reply menyatakan terima kasih kepadanya. Terima kasih kepada team DSI! Juga kepada kawan-kawan maya fillah yang turut 'melocengkan' untuk memberitahu berita kemenangan Bayt Al-Iman. Juga, kepada Puan Hafizah yang telah 'tag' kami. Tahniah juga kepadanya yang telah memenangi tempat pertama penyusuan berganda, tahniah! ;) Terima kasih sekali lagi. Semoga Allah permudahkan urusan kalian insyaAllah! Hadiah pun telah selamat kami terima. Apakah hadiahnya? ;D
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Alhamdulillah Allah takdirkan Bayt Al-Iman menang tempat kedua untuk kategori kelahiran secara normal. Kami cukup suka! Kelengkapan menyusu seperti cooler bag, botol, dan beg menyimpan stok EBM brand Jingle Jungle. Brand yang saya percaya dan suka kerana susu-susu Muhammad selama ini disimpan di dalam plastik susu brand ini. Mungkin ada sebahagian rezeki baby Makngah Muhammad melalui ibu Muhammad yang sedang menghitung hari untuk bertemu ibunya di alam dunia ;)

Astagfirullah! Subhanallah! Allahuakbar! Alhamdulillah di atas segala kurniaan dan rezeki untuk kami di bulan Ramadhan ini. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikkan kalian. Semoga Allah permudahkan segala urusan sehari-hari kalian dengan nikmat keredhoan dan keberkatan disisiNya insyaAllah! Doakan kami juga menjadi hamba yang disayangiNya insyaAllah! ;)

12.8.11

SISTEM MENG'KASTA'KAN KITA

Alhamdulillah kita masih lagi diberi nikmat bernafas di pagi hari ke12 Ramadhan yang penuh kesegaran serta nikmat teragung islam dan iman yang mudah-mudahan terpelihara sejahtera sehingga kita kembali bertemuNya insyaAllah! Hari ini saya teringin mahu berkongsi sesuatu yang lebih kepada luahan perasaan tidak senang. Apa yang anda fikirkan tentang tajuk di atas? InsyaAllah masih berkaitan dengan isu vaksin. Kesinambungan tentang entry saya KESAN ANAK TIDAK DIVAKSIN sebelum ini.

Manusia di'kasta'kan. (Ehsan google)

Hanya Sekeping 'Kertas'
Sebelum bercerita panjang, sedikit mukadimah ringkas tentang tajuk sistem meng'kasta'kan kita. Pengalaman bersalin cukup mendidik saya sebenarnya. Disebabkan saya seorang pekerja kerajaan berbekal sekeping sijill yang bercop 'ijazah' yang pada saya hanya sekeping kertas semata. Hanya sebuah pengiktirafan manusia yang saya sendiri tidak pasti apakah status 'sekeping kertas' saya disisi Allah. Mudah-mudahan ianya merupakan ibadah disisi Allah. Disebabkan sekeping kertas yang konon-kononnya begitu berharga, saya ditempatkan di wad 2nd class. First class tidak ada. Jadi, saya berkenalan dengan ramai penjawat awam seperti saya.

Second Class vs Third Class
Apa yang membuat saya begitu tersentak iaitu ketika sedang beratur menunggu giliran check up terakhir sebelum pulang. Jadi, saya beratur bersama-sama dengan ibu-ibu dari wad 3rd class. Saya difahamkan yang rupa-rupanya, banyak perbezaan dari segi layanan dan makanan untuk 2nd dan 3rd class. Kalau 2nd class makan ayam, 3rd class makan ikan kecil-kecil. Buah-buahan juga lain. Kami 2nd class ditempatkan di bilik yang hanya beberapa orang sahaja sedangkan 3rd class dilonggokkan seperti dorm. Ya Allah! Apa perasaan anda ketika ini? Saya sayu.

Kejam!
Beginilah sistem pengkastaan ciptaan manusia. Manusia dibeza-bezakan hak mereka untuk hidup. Sistem yang tidak mengikut kehendak Allah. Bukankah islam mengajar kita berkasih sayang dan semakin ehsan dengan yang lebih memerlukan? Sepatutnya yang berada di 3rd class itulah yang diberi keistimewaan berganda kerana mereka nasib mereka tidak sebaik yang 2nd class. Kalau 2nd class dapat makan sedap-sedap setiap hari, mereka yang 3rd class entah dapat sebulan sekali makan yang sedap-sedap. Betapa mereka sebenarnya lebih memerlukan. Apa salahnya kita meraikan mereka. Sistem yang kejam!

Nasib Baik
Layanan 2nd class apatah lagi 1st class memang dijaga rapi kerana apa? Alasannya semua disitu orang yang 'sekolah' iaitu ada kerja. Jika silap layanan, aduan di suratkhabarlah jawabnya. Sedangkan 3rd class, layanan cukup berbeza. Bak kata mak saya, di situlah segala biasan kemarahan ditempiaskan. Kebanyakkannya. Bukan semua. Saya ulang, kebanyakkannya. Mereka silap sebenarnya, bukan semua orang bekerja itu bijak belaka dan bukan semua yang duduk dirumah tidak tahu perihal dunia luar. Kita yang bekerja sebenarnya Allah mentakdirkan kita bernasib baik. Kita mungkin menang teori di atas kertas, namun universiti kehidupan adalah milik mereka. 

Hanya Sekeping Kertas
Ubahlah tanggapan 'sekeping kertas' itu adalah segala-galanya. Kebanyakkan orang yang berkerja dan pemegang 'degree, master, what ever holder' sangat hairan dengan diri sendiri. Begitu berbangga dengan sekeping kertas pengiktirafan manusia. Seolah-olah yang orang lain yang tidak memiliki apa-apa 'kertas' tiada makna dan nilai untuk hidup. Berbekalkan 'sekeping kertas' pengiktirafan manusia, maka banyakklah harta dunia boleh dibeli. Kereta mewah, rumah besar, dan banyak lagi yang membuatkan mereka semakin tinggi mendongak langit. Buangkan sahaja 'kertas-kertas' anda andai ianya mengundang murka Allah!

Kedatangan Jururawat
Alhamdulillah semalam saya sempat berbual dengan pengasuh Muhammad, ibu Balqis. Semalam telah masuk hari kedua jururawat datang untuk menyuruhnya ke klinik untuk diberikan suntikan vaksin kepada anaknya. Minggu sudah, yang datang hanyalah jururawat biasa yang masih junior. Apa yang lebih mengharukan, ibu Balqis dengan beraninya bertanya kepada mereka 'Apakah yang terkandung di dalam vaksin tersebut?' Namun, mereka tidak dapat memberikan jawapan dengan baik dan hanya memberikan alasan yang vaksin ini adalah untuk mengelakkan kecacatan otak, mengelakkan lumpuh, dos ini dan dos ini perlu tanpa boleh menjawab tepat apa yang ditanya ibu Balqis.

Kedatangan Sister Pula
Semalam pula, bukan jururawat biasa tetapi sister dan mereka sudah menyediakan jawapan untuk ibu Balqis dengan provokasi. 'Tunjukkan bukti yang vaksin tidak baik'. Sekali lagi, mereka tidak juga mampu mengatakan kandungan sebenar vaksin namun menunjukkan pula portfolio dan saranan kerajaan tentang vaksin ini sangat diperlukan. Kemudian, disogokkan pula cerita kelumpuhan, masalah otak dan sebagainya. Alasan paling mudah untuk ibu Balqis kerana 'sangat memeningkan' adalah suaminya tidak mengizinkan. Jadi, disuruhnya memujuk si suami untuk tetap memberikan suntikan. Mungkin mereka merasa tercabar.

Menjejaki Muhammad
Tidak cukup itu, ditanya pula Muhammad. Mereka juga akan menjejaki kami ;D Pucuk dicita, ulam mendatang, kami mengalu-aluakn kedatangan mereka, dipersilakan ;). Mungkin kita perlu kepada sesi perbincangan ilmiah. Saya tidak marah jururawat. Saya faham yang mereka sesungguhnya sedang membuat kerja mereka. Namun sehingga sekarang saya tidak pernah menerima sebarang panggilan telefon untuk menyuruh anak divaksin kecuali ditinggalkan kad dengan tulisan berdakwat merah mengingatkan untuk menghantar Muhammad disuntik. Selepas itu tiada lagi desakan demi desakkan seperti yang terjadi kepada ibu Balqis. Mungkin mereka khuatir saya membuat aduan pelanggan.

Marah
Pernah suatu hari yang mana ketika itu saya dan suami masih jahil tentang isu ini. Kami telah menghantar Muhammad disuntik jika tidak silap ketika 3 bulan di kampung ayah Muhammad. Saya telah memaklumkan bahawa kepada mereka sebelum ini. Namun, tiba-tiba sebaik pulang dari kampung, datang 2 orang jururawat dengan muka masamnya iaitu ekspresi menunjukkan kemarahan kerana menyangka kami tidak menghantar Muhammad untuk disuntik. Termalu sendiri kerana sangkaan mereka silap. Jadi, situasi ini cukup menggambarkan suasana jururawat-jururawat tersebut berhadapan dengan ibu Balqis semalam. Baiklah untuk adil, mungkin kita juga akan melakukan hal yang sama apabila kemahuan dan suruhan kita tidak diendahkan.

Takutkan Aduan Pelanggan
Seperkara yang masih segar diingatan saya ketika mengandungkan Muhammad untuk check up berkala. Saya 'disekolahkan' hanya kerana saya menumpang klinik yang berhadapan dengan tempat bertugas suami. Mereka cukup takut sebenarnya lebih-lebih lagi kepada golongan guru yang boleh sahaja membuat aduan pelanggan. Jadi, situasi ini saya mahu menggambarkan 'layanan' berbeza. Ditegaskan, bukan semua orang 'sekolah', maksudnya yang berkerjaya itu celik, dan bukan semua orang tidak bekerja itu jahil. Tidak semestinya yang duduk rumah tidak tahu apa-apa. Kita selalunya terlalu cepat menghukum. Berapa banyak penjawat awam yang konon-kononnya wanita bekerjaya yang mahir menggunakan kemudahan 'dunia tanpa sempadan'? Sebenarnya ilmu mereka lagi luas dan mereka lagi bertuah!

Astagfirullah! Sesungguhnya saya memang sedang marah dengan sistem kita yang saya kategorikan zalim kerana terang-terangan manusia dikastakan. Ketahuilah sesungguhnya semua manusia tidak kira warna kulit, taraf pendidikan, kerja atau kerja, sekolah atau tidak, semuanya sama disisi Allah. Hanya iman dan taqwa kepada Allah yang membezakan kita sebagai hamba yang semakin menunduk malu kepada Pencipta atau semakin riyak dengan apa yang Allah kurniakan. Layanan yang berbeza cukup membuatkan saya 'muak' dengan sistem kuffar sekarang. Semoga generasi Muhammad dan sahabat-sahabat kecilnya yang bakal merubah sistem-sistem yang terhasil dari perancangan halus tangan-tangan keji yahudi dan nasara laknatullah menjadi sebuah sistem kasih sayang dan ehsan hanya dan kerana Allah! Ya Allah kurniakan kami khalifahMu yang bakal merubah sistem ini menjadi sistem yang disuruh dan diredhoiMu yang bakal memartabatkan islam sebagai 'ustaziatul 'alam'. Ya Rabb perkenankanlah!

Sekiranya penduduk negeri itu, benar-benar beriman dan bertakwa (kepada Allah), tentulah kami (Allah) akan membuka kepada mereka keberkatan hidup yang melimpah ruah, samada dari langit mahupun dari bumi.
(al-a’raf:96).

10.8.11

KITALAH YANG MENENTUKAN!

Isteri: Hari ini dah 10 Ramadhan. Cepat je dah nak masuk fasa pertengahan.
Suami: Fasa pertama, fasa apa? (lupa ingatan ;P)
Isteri: Fasa rahmat. Fasa tengah apa? (si isteri pula yang hilang ingatan ;P)
Suami: Fasa pengampunan dan fasa akhir, pembebasan dari api neraka. Allah ampun. Minta lagi untuk bebas api neraka. Betapa berat api neraka mahu digambarkan.

Perbualan pagi tadi. Meremang roma saya sekejap semasa sedang bersiap-siap untuk mencari redho Allah. Bulan Ramadhan adalah bulan kurniaan untuk hambaNya yang tahu menghargai nilai sebuah madrasah perubahan. Allah belenggu segala keturunan jin dan syaitan. Allah tutup pintu neraka, buka pintu syurga selebar-lebarnya. Walaupun iblis dan syaitan dibelenggu namun, segala ajaran mereka tetap diteruskan dengan sedar atau tanpa sedar.

Saya ada terbaca sebuah artikel berkenaan persidangan musuh-musuh manusia iaitu iblis, syaitan dan jin. Dialog yang memang 'kene' dengan kita sehari-hari. Seperti yang saya katakan tadi, walaupun laknatullah itu dirantai, namun mereka tetap 'bebas' kerana segala ajarannya telah meresap baik di dalam diri manusia yang kebanyakkannya dengan rela. Mudah-mudahan tazkirah di bawah ini mampu mengkakis karat-karat jahiliyyah selama 11 bulan di dalam diri kita insyaAllah!


Persidangan Laknatullah
Pernahkah anda mendengar persidangan ini? Sedikit renungan dicelah kesibukan kita, sekadar saling mengingatkan. Dalam suatu persidangan iblis, syaitan dan jin, dikatakan:

"Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid",
"Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran",
"Malah kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka ALLAH SWT dan Pembawa risalah-Nya Muhammad",
"Pada masa mereka melakukan hubungan dengan ALLAH SWT, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid, biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga mereka tidak lagi ada waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada ALLAH SWT".

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis.
"Alihkan perhatian mereka dari usaha mendekatkan kepada ALLAH SWT dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!".

"Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin iaitu syaitan, dan jin.
Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipu daya untuk menyibukkan fikiran mereka,"

Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sehingga 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong."

"Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."
"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahawa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan letih apabila pulang dari bekerja".

"Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa ada ketenangan di rumah."

"Pikat mereka untuk terus membunyikan radio atau kaset semasa mereka membawa kenderaan".

"Dorong mereka untuk memasang TV, VCD, CD dan PC di rumah.

"Sepanjang hari, bunyikan muzik terus menerus di semua restoran mahu pun kedai-kedai di dunia ini."
"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan ALLAH SWT dan Rasul-Nya"

"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid".

"Penuhi mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".

"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan".

"Penuhi peti surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan.

"Muat gambaran wanita yang cantik itu yang langsing dan berkulit cantik di majalah dan TV, untuk menggiring para suami berfikir bahawa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka"

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala".

"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka mereka akan mulai mencari di luaran".

"Hal inilah yang akan mempercepat retaknya rumahtangga sebuah keluarga"

"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna solat."

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana ALLAH SWT menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, sukan, pertandingan-pertandingan, konsert muzik dan panggung wayang."

"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak bererti, sehingga percakapan mereka tidak bermakna apa-apa.

"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak ada waktu untuk mengkaji kebesaran ALLAH SWT."

"DAN DENGAN SEGERA MEREKA AKAN MERASA BAHAWA KEBAHAGIAAN, KEKAYAAN, KEBAIKAN/KESIHATAN KELUARGA ADALAH MERUPAKAN HASIL USAHANYA YANG KUAT - DAN BUKAN ATAS IZIN ALLAH SWT."

"PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL."
"RANCANGAN YANG BAGUS."

Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIM MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENANG HURA-HURA".

"Dan hanya meninggalkan sedikit saja waktu buat ALLAH SWT sang Pencipta."
"Tidak lagi mempunyai waktu untuk bersilaturahim dan saling mengingatkan akan ALLAH SWT dan RasulNya".

Sekarang pertanyaannya adalah,
"APAKAH RANCANGAN IBLIS INI AKAN BERHASIL???"
"KITALAH YANG MENENTUKAN..!!!"
Sumber

InsyaAllah artikel ini adalah untuk renungan bersama lebih-lebih lagi peringatan yang kuat untuk saya. Mudah-mudahan Allah kurniakan kita semua taufik dan hidayahnya. Hidayah (dapat membezakan baik dan buruk) sahaja tidak cukup untuk berubah. Taufik iaitu pelaksanaan kepada hidayah sangat perlu untuk merubah paradigma dan fikrah kita menjadi lebih jernih kerana Allah insyaAllah!

9.8.11

MENCARI KENALAN BARU DI @DEELICIOUS

DEELICIOUS yang diasaskan oleh CheD merupakan rakan seangkatan saya ;)
Bayt Al-Iman mesti support cheD! ;)

Klik banner untuk turut serta!

Mudah sahaja caranya:
1. Buat entry ringkas bertajuk diatas.
2. Salin dan link banner ke blog cheD.
3. Tinggalkan link entry anda di ruang entry cheD.
4. Jadi rakan cheD dan cheD pun akan menjadi rakan anda.

InsyaAllah sama-sama kita luruskan niat. Bukan mahu menambah kuantiti tetapi kuantiti yang berkualiti. Sama-sama berpesan-pesan kepada kebenaran dan berkongsi pelbagai info yang mudah-mudahan lebih mendekatkan kita dengan Allah insyaAllah dengan berkat Ramadhan insyaAllah!

Bayt Al-Iman tag:
serta mengalu-alukan semua yang sudi memanjangkan ukhuwwah fillah insyaAllah! ;)

SEGMEN PROMOSI BLOG 500 FOLLOWER KE BAWAH

Bayt Al-Iman telah di'tag' oleh Teratak Mawaddah.
InsyaAllah dengan senang hati kami turut serta :)

Klik banner untuk turut serta!
Tarikh tutup penyertaan : 22 Ogos 2011
Dianjurkan oleh AA (Anif Abdullah)

Kata tuan punya blog, tujuan segmen ni diadakan (copy from Teratak Mawaddah :)
Untuk meningkatkan jumlah follower 500 ke bawah sahaja (500 ke atas,sori eh) dan memeriahkan blog korang sempena bulan puasa,kemerdekaan dan lebaran ini dengan tetamu yg hadir.. Tambahan pula, para blogger dapat jugak bertukar-tukar hobi sekaligus merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.

Nama : Ummu Muhammad
Hobi : Menulis, Membaca & Mengira

Semoga matlamat berukhuwwah tercapai. Apa yang penting bukan kuantiti tetapi kualiti sahabat yang berukhuwwah fillah yang insyaAllah sama-sama saling berpesan-pesan kepada kebenaran insyaAllah! ;)

Bayt Al-Iman tag: