31.5.11

SEDANG BERANGAN

Saya kini sedang berangan dalam perjalanan ke tanah tumpah zauj sambil menikmati keropok lekor kukus yang bukan digoreng. 

Juga sambil terbayang-bayang aiskrim sabasun yang ala-ala aiskrim McD (nama tak pasti ;)

Selamat bermusafir dikala cuti sekolah sambil menikmati panorama indah ciptaan Allah.
Hanya dan kerana Allah insyaAllah! ;)

*gambar ehsan: google

30.5.11

My Aisy First Teka Teki Giveaway!

Bayt Al-Iman telah dijemput oleh Mama Aisy untuk memeriahkan GA si comel Aisy ;)


Klik sini untuk turut serta!


Tekaan kami RM 400.50 insyaAllah! ;)

Tarikh tutup: 12.6.2011
Jom sama-sama memeriahkan GA baby Aisy insyaAllah! ;)

29.5.11

40 HADITHS!

Alhamdulillah Bayt Al-Iman terpilih sebagai pemenang saguhati untuk Giveaway: Bagaimana Menggalakkan Anak Membaca Buku anjuran Puan Siti Sifir 10 dan hadiah saguhati ini ditaja oleh Ummu Mishkah.

Ini dia hadiah saguhati yang kami terima Jumaat lepas. Terima kasih kepada penganjur GA dan penaja hadiah ini.

Muhammad baru berpeluang membelek-belek buku 40 haditsnya pagi tadi.

 Bukan Muhammad sahaja nampak teruja tetapi saya sandiri sangat teruja dengan buku 40 hadiths. Ianya dalam bentuk penceritaan dalam bahasa inggeris. InsyaAllah ianya bakal menemani Muhammad semasa masa-masa santai kami. Tongue twisterslah ibu Muhammad lepas ini ;)

Terima kasih sekali lagi kepada penganjur dan penaja hadiah. Semoga segala kebaikkan disisi Allah bersama anda semua insyaAllah! ;)

27.5.11

SUBHANALLAH UNIK!

Ilmu yang sangat mahal dan baru pada saya. Saya mengikuti kisah teman blogger yang saya kenal sebagai Kayzie, seorang ibu yang fully breastfeed anak bujangnya, Faris. Allah mentakdirkan Faris sakit cirit-birit asbab diasuh di taska. Umum mengetahui di taska peluang terdedah kepada pelbagai jenis virus adalah lebih tinggi kerana kepadatan kanak-kanak yang diasuh serentak dari pelbagai latar dan suasana persekitarannya berkumpul di satu bumbung ketika ibu bapa keluar bekerja. Namun ada kata-kata yang pada saya tidak sepatutnya keluar lebih-lebih lagi kawan kita sedang ditimpa kesedihan. Cerita penuh boleh baca disini. Kayzie izin kite quote ;) 
Tidak berapa lama kemudian, persoalan Kayzie tentang 'Kenapa anak sakit walaupun menyusu susu ibu?'  dijawab Allah melalui pembacaannya 'wajib'nya setiap bulan di dalam Majalah Pa Ma.

Subhanallah sangat unik ciptaan Allah yang satu ini! Sebagai contoh, Muhammad dikesan dijangkiti virus selsema dan batuk ketika ini ketika di rumah pengasuhnya kemungkinan jangkitan kuman. Jadi, saya sebagai ibu kepada Muhammad, perlu duduk seketika menyusukan Muhammad di rumah pengasuhnya untuk membolehkan susu mengahsilkan antibodi yang diperlukan Muhammad untuk melawan penyakitnya tadi di rumah pengasuhnya. Susu yang dibekalkan kepada Muhammad di rumah pengasuhnya setiap hari adalah susu yang tidak ada antibodi untuk melawan penyakit kerana diperah bukan ditempat punca penyakit. Maka, peluang untuk cepat sembuh pun rendah. MasyaAllah luar biasa makhluk Allah yang satu ini!

Ini adalah sebahagian ilmu yang sangat berharga buat saya yang Kayzie kongsikan di blognya, iaitu sebahagian  kandungan daripada majalah PaMa. Bacaan lanjut boleh klik sini insyaAllah! Kepada kayzie terima kasih atas perkongsiannya. Allah mengirimkan anda untuk kami semua mendapatkan ilmu dan memanfaatkannya serta mengambil pengajaran dan mencari hikmah tersembunyi disebalik cerita Faris tadi. Semoga Faris sihat dan membesar sebagai muslim yang hebat diredhoi Allah dan Rasul insyaAllah! ;)

25.5.11

MLCC: SELAMAT DIPOS INSYAALLAH!

Alhamdulillah hari selasa semalam, semua hadiah dan cenderahati telah selamat dipos sekalian kami ke bandar untuk melunaskan segala jenis bil, tanggungjawab agihan bulanan dan sebagainya, pendek kata rutin kami setiap kali bulan mengambang penuh. Kerja makan gaji ;)

Alhamdulillah juga kerana peserta yang beralamt johor bahru telah selamat menerima kiriman dari Bayt Al-Iman iaitu Puan Nina dan Puan Myza. Kasih diterima! ;)

Sekian sahaja untuk pemberitahuan. Semoga semuanya selamat sampai dengan izin Allah insyaAllah! Ukhuwwah fillah abadan abada untuk semua! ;)

24.5.11

TELAH KUKATAKAN!

Telah kukatakan! Baru sahaja tulisan saya mengenai isu 'resepi rahsia' adunan tepung KFC di entry TIKUS PUTIH. Tiba-tiba 'resepi rahsia' yang menjadi kegilaan ramai juga diistiharkan mempunyai gelatin babi. 'Resepi rahsia' yang saya maksudkan sebelum ini sebenarnya mempunyai double meaning. Pertama memang saya merujuk kepada resepi tepung KFC yang dirahsiakan. Kedua pula, saya merujuk kepada SECRET RECIPE, kedai kek yang menjadi rebutan ramai kerana kelazatannya hasil dari adunan protein rambut dan gelatin babi. Alahai khizir oh khinzir lagi! ;( Kami memang menanti pihak-pihak berwajib membongkar rahsia adunan kek-kek di SECRET RECIPE kerana kelazatannya mengundang kemusykilan. Kasihannya kita, sentiasa ditipu hidup-hidup! SYABAS kepada pihak yang terlibat! Alhamdulillah Allah telah mengurniakan anda semua kesedaran dan kekuatan untuk bangkit dan melakukan tugas anda sebaiknya. Sumber berita penuh boleh berkunjung di blog Azatie. Terima kasih Azatie! Sharing is caring. ;)

Kawan-kawan silalah jauhi mereka semua walaupun lazat. Sesungguhnya makanan yang kita makan bakal menjadi sebagaian darah daging. Semoga Allah ampunkan kita semua dan mensucikan segenap roh dan jasad kita dari yang haram iaitu menjauhkan kita daripada azab api neraka. Astagfirullah!

23.5.11

KEMUNCAK MLCC!

Alhamdulillah pertama sekali, Bayt Al-Iman memohon kemaafan kerana melengahkan pengumuman pemenang utama MLCC bagi tujuan menunggu details peserta ke 16 MLCC. Namun, saya masih menunggu. InsyaAllah paling lewat sehingga isnin atau selasa bergantung kesempatan masa kami untuk ke bandar untuk pos semua hadiah dan cenderahati secara berjemaah insyaAllah!

Selain itu, alasan penangguhan pemenang utama MLCC adalah kerana saya sibuk membuat bookmark yang simple sebagai kenangan MLCC kepada semua peserta. Tidak secantik mana tetapi cukup sekadar tanda ingatan kenangan untuk kita semua. Ukhuwwah fillah insyaAllah! ;)

Semua peserta ( no.1-23) bukan sahaja menerima cenderahati baju baby boy atau girl, malah kami juga memberi buku amalan harian, infaq daripada seseorang yang kami sendiri tidak tahu yang sesuai untuk diamalkan setiap hari, pagi dan petang. Bayt Al-Iman turut mengamalkannya setiap hari pagi dan petang. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan untuk istiqomah insyaAllah! ;)

Ini adalah hadiah dan cenderahati yang telah siap dibungkus dan disampul suratkan. Tunggu masa untuk dipos disamping menanti details peserta ke 16 untuk dipos sekalian. Kami memohon maaf sekiranya baju baby di dalam sampul surat tersebut 'kedut seribu' ;) Sesungguhnya saya silap memilih saiz sampul surat. Anda boleh menseterika baju tersebut untuk kelihatan cantik semula ;) Selain itu, hadiah dan cenderehati ini kami pos menggunakan pos biasa sahaja mengikut budget yang ada ;) Pemberitahuan awal supaya anda tidak ternanti-nanti.

InsyaAllah tanpa melengahkan masa, diumumkan PEMENANG UTAMA MLCC pilihan Allah melalui penilaian Pengetua Bayt Al-Iman jatuh kepada...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


yang insyaAllah bakal menerima

2  x Cloth Diaper (CD)
1 x Wet Bag GO GREEN
1 x Washable Liner
1 x Laundry Net

TAHNIAH USRAH SAKEENAH!

v
v
v
v
v
v
v
v
v

TAHNIAH juga kepada pemenang TEMPAT KEDUA MLCC iaitu...

yang insyaAllah bakal menerima

1 x Cloth Diaper (CD)
1 x Wet Bag GO GREEN
1 x Laundry Net

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

Tahniah kepada semua peserta! Terima kasih kerana sama-sama memeriahkan MLCC dan terpenting kita semua dapat merasai ukhuwwah fillah sesama kita walau kita tidak pernah bersua muka, namun saya rasakan kemanisan ukhuwwah kerana Allah ini. InsyaAllah saya sangat merasai kemanisan ukhuwwah ini! Sayang kamu semua kerana Allah! ;)

Semoga bertitik tolak dari MLCC ini, Allah mengurniakan kefahaman mendalam tentang hidup beragama kepada kita sebagai pendidik khususnya pendidik kepada anak-anak kita supaya kita dan anak-anak kita JELAS tujuan manusia itu diciptakan dan SEDAR kepada siapakah kita bakal dikembalikan. Sesungguhnya doa anak-anak yang soleh dan solehah adalah saham jariah berpanjangan apabila kita semua kembali ke kampung halaman yang kekal disana. Semoga anak-anak kita yang soleh dan solehah inilah yang membantu menyejukkan kita ketika di dalam perut bumi nanti. Mari sama-sama usaha untuk membina modal insan MUSLIM YANG HEBAT kerana Allah insyaAllah!

Akhir kata, kami memohon maaf kepada anda sekiranya ada terdapat keterlajuran, keterlewatan dan ketidak senangan hasil khilaf saya, mohon diampunkan! ;) Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa saya dan kita semua serta melimpahkan keberkatan dan keredhoanNya untuk sama-sama kita beramal dengan segala amalan yang dapat mendekatkan kita semua dengan syurgaNya insyaAllah!


UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA
INSYAALLAH!

21.5.11

TIKUS PUTIH

Ini isu yang saya dapat semasa bercamping minggu lepas. Ahad pagi, sarapan juga perlu disediakan sendiri. Jadi, sedang kami bersarapan dan memasak bersama, seorang makcik dan sister bercerita perihal boikot barangan israel laknatullah iaitu berkenaan KFC.

ehsan: google
KFC
Semua orang tahu yang KFC di Malaysia dipunyai oleh orang kita. Saya juga baru tahu, hanya 4% keuntungan yang dibayar setiap bulan kerana menggunakan brand KFC dan 96% adalah untuk rakyat Malaysia. Masalahnya adalah 4% itu bukan 4% daripada RM100. Bayangkanlah 4% daripada 1 billion. Jumlah yang sangat besar dan cukup untuk menyumbang beribu butir peluru membunuh saudara kita di Palestin.

Tikus Putih
ehsan: google
Isu 4% itu saya kurang teruja. Isu tikus putih yang membuatkan saya loya sehingga sekarang. Ini hanyalah cakap-cakap orang yang bekerja di dalam kilang memproses ayam KFC. Resepi KFC adalah rahsia dan setiap pekerja tidak tahu mengenai resepi tersebut. Cuma saya dikhabarkan di kilang yang memproses ayam yang dibekalkan, juga memelihara tikus putih. Apa fungsi tikus putih tersebut juga tidak diketahui. Mungkin menjaga ayam-ayam tersebut. Walau bagaimanapun, mereka khuatir yang tikus putih itu adalah salah satu adunan rahsia tepung tersebut. Pada saya ianya tidak mustahil. Saya juga nantikan pihak-pihak tertentu untuk membongkar ramuan rahsia tepungnya sebagaimana Kluang Rail Cofee yang telah menipu warga Kluang lebih 70 tahun dengan kopi yang dicampur gelatin babi. Agak-agak berapa ekor khinzir yang telah sebati menjadi sebahagian darah daging kita sepanjang 70 tahun lebih itu. Betapa Allah masih sayangkan hambaNya dengan menunjukkan kebenaran yang tersembunyi sekian lama. Kadangkala saya terfikir, kemungkinan faktor makanan membuatkan ramai manusia berperangai seperti binatang.

Paru-Paru Berair
Kakak pertama saya telah menghidapi paru-paru berair jika tidak silap sebanyak dua kali. Kali pertama adalah ketika dia mengandungkan anak keduanya. Doktor bukan beragama islam di hospital swasta berkenaan menyarankan supaya digugurkan sahaja kandungannya ketika itu dan sibuk untuk bedah kakak saya untuk buang macam-macam. Namun itu hanya andaian mereka. Kali kedua penyakitnya agak bahaya sehingga dimasukkan di ICU dalam dan disuruh bedah untuk buang paru-paru yang tidak kembang katanya. Sekejap kata kakak menghidap kanser, sekejap kata kakak sakit itu dan ini. Kami memang sedikit marah kerana nyawa kakak umpama bahan eksperimen mereka. Maklum hospital swasta hospital berbayar. Setiap kali cek juga ada casnya.

Dilarang Makan Ayam
Jadi, antara ikhtiar mak ketika itu, mendapatkan khidmat pengamal perubatan islam. Petua ustaz adalah melarang kakak saya memakan sebarang jenis ayam terutama KFC. Alhamdulillah mak memang 'memantangkan' kakak yang memang tidak pandai untuk berpantang atau istilahnya orangnya agak degil. Syukur, paru-parunya yang tidak kembang, kembali kembang. Bayangkan paru-paru itu doktor suruh bedah kerana padanya ianya tidak kembang dan memudaratkan yang akhirnya kembang juga. Alahai doktor!

Ayam Jahat
Salah satu sebabnya berpatang makan ayam kerana ayam sekarang yang kita makan setiap hari bukan ayam yang berada dikampung-kampung patuk cacing dan jagung sebagai makanan. Ayam sekarang adalah ayam yang disuntik dan menjadi besar dengan segera tanpa mengawan. Sebab itu ramai pengamal perubatan islam hanya mahu memakan ayam kampung yang disembelih sendiri yang pada mereka lebih terjaga serba serbinya. Saya sendiri tidak mampu berpuasa ayam tetapi bukan ayam KFC, McD kecuali Radix FC. Walaupun ramai kata RFC tidak sesedap KFC dan McD, kebiasaannya yang tidak sedap/pahit itulah ubat. Makanan yang sedap-sedap kini sangat perlu diragui kelazatannya lebih-lebih lagi timbul isu protein rambut di dalam tepung kek, roti atau pau baru-baru ini.

Kanser Kulit
Saya pernah juga mendengar cerita daripada rakan setugas yang baru balik menziarahi mendiang kawan isterinya ketika itu yang mati akibat kanser. Jika saya tidak silap dengar, anak ketiga yang dikandung mendiang itu menghidapi kanser kulit sejak di dalam rahim dan mati beberapa ketika selepas melahirkan. Ibunya turut mati kerana jangkitan daripada si anak. Sedilik punya selidik, mendiang hanya boleh makan KFC setiap hari semasa mengandungkan anak ketiganya. Ya! Setiap hari.

Justeru, orang islam perlu bangkit menguasai ekonomi dunia kerana apabila ekonomi berada di tangan orang-orang fasik, kafir, munafik, mereka akan hanya memikirkan keuntungan dan meremehkan aspek kesihatan. Ini sekadar perkongsian tulisan. Isu tikus putih boleh jadi benar atau tidak. Sekiranya kita memandang dari aspek makanan ianya sangat meloyakan. Walau bagaimanapun, sebagai seorang muslim yang prihatin terhadap saudara kita di Palestin sana, ianya adalah misi kemanusiaan, kita wajar boikot apa-apa produk yang boleh menyumbang peluru-peluru yang boleh bakal membunuh saudara kita. JOM SAMA BOIKOT!



Kemudian dia termasuk orang-orang yang beriman, dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk kasih sayang. (90:17)

19.5.11

MLCC: 3 X HADIAH SAGUHATI

Alhamdulillah pemenang utama MLCC telah selamat dipilih Pengetua petang tadi dengan izin Allah. Bayt Al-Iman memohon maaf kerana menangguh begitu lama untuk mengumumkan pemenang utama MLCC.


Sebenarnya Pengetua bukanlah seorang yang selalu membaca tulisan zaujahnya di blog ini (blog picisan yang bukan pilihannya, kira syok sendiri sahaja ;) Disebabkan janji, juri MLCC adalah Pengetua Bayt Al-Iman sepenuhnya. Permulaan sehinggalah pemilihan pemenang utama, saya yang akan bukakan semua blog yang terlibat. Pengetua hanya perlu baca dan nilai serta saya mencatatkan blog-blog pilihannya.

Bukan mudah membuat keputusan dari mula hinggakan kepada pemenang utama kerana semua tulisan ada kelebihan dan keunikkan tersendiri. Diharap semua redho dengan pemenang yang Allah telah tetapkan melalui penilaian Pengetua Bayt Al-Iman.

Diumumkan 3 pemenang saguhati MLCC yang telah ditetapkan Allah adalah:
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
v
v
v
v
v
v

3 pemenang hadiah saguhati insyaAllah bakal menerima:

1 x Wet Bag GO GREEN
1 x Laundry NET

DAN


sehelai baju baby 3-6 bulan

Sekian sahaja untuk entry kali ini. Tulisan anda semua memang bagus dan cukup memberi kesukaran kepada Pengetua dalam membuat penilaian. Tahniah kepada anda bertiga! ;)

v
v
v
v
v
v
v
v
v

ADAKAH...
v
v
v
v
v
MUTIARA HATIKU yang menjadi pilihan

ATAU
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

USRAH SAKEENAH yang menjadi pilihan.

NANTIKAN BERSAMA PEMENANG UTAMA MLCC
di entry akan datang insyaAllah! ;)



p/s: PERHATIAN peserta MLCC no.16, minta email semula details kerana setelah disemak semula, details anda tidak dijumpai. Kemungkinan terdelete. Kesulitan amat dikesali. Emailkan semula details anda bagi memudahkan kami pos hadiah dan cenderahati secara berjemaah insyaAllah dalam masa terdekat. Terima kasih! ;)

Anakku Cute With Romper & Tight Contest

Bayt Al-Iman ditag oleh Simple But Nice
Klik sini untuk maklumat lanjut.

Anjuran NurShahFamily
Penaja Hadiah Johor Baby Collection dan Dnur Healty Beauty
Tarikh Tutup: 1 Jun 2011

Gambar diambil setelah pulang dari klinik untuk suntikan vaksin yang terakhir ketika usianya 5 bulan. InsyaAllah kenangan vaksin yang terakhir ya Muhammad!

Bayt Al-Iman tag: Ummu Ahmad dan Ummu Khadijah.

18.5.11

MASUK LUBANG BIAWAK

Baru-baru ini saya berkesempatan berbual dengan rakan-rakan setugas mengenai isu protein rambut berikutan kajian yang dilakukan terhadap roti, kek dan pau yang dijual dipasaran. Sekali lagi CAP (Persatuan Pulau Pinang) berjaya mendedahkan bahan-bahan meragukan di dalam produk makanan yang berada di pasaran seperti telur tiruan sebelum ini. Saya juga ada menulis berkaitan isu BAHAYA TERSEMBUNYI DALAM VAKSIN yang juga didedahkan oleh CAP. Klik sini untuk bacaan lanjutan yang saya baru terjumpa yang menghuraikan satu persatu kandungan buku keluaran CAP berkenaan isu vaksin insyaAllah!

Protein Rambut atau L-Cyscine
ehsan: google
Protein rambut ini mudah didapati di China sebelum dipasarkan di negara ini yang diadun bersama tepung untuk menghasilkan kek atau roti. Saya fikir kita patut juga meragui kek-kek terutama yang 'resepinya dirahsiakan'. Fatwa mengesahkan pengharaman memakan organ badan manusia dan rambut juga termasuk di dalam organ badan manusia. CAP mendapati, roti, kek dan pau yang mengandungi protein rambut menjadikan makanan lebih sedap dan menarik. Sumber dari Metro disalin dari sini.

Biskut
Semasa saya dan Muhammad menyertai camping baru-baru ini, ada seorang makcik mungkin berpangkat nenek Muhammad yang ingin memberi biskut kepada Muhammad tetapi saya larang dengan baik dan menyatakan yang Muhammad belum diberi makan. Makcik tersebut kehairanan kerana Muhammad sudah menginjak 8 bulan disamping tubuhnya yang bulat berbanding rakan-rakan kecilnya yang lain. Jadi, saya ceritakan sedikit tentang kenapa dan mengapa saya belum memberinya makan dengan niat menyampaikan sedikit ilmu yang saya sedang amal. Saya terlupa sebentar yang saya dikelilingi oleh orang-orang dari lapangan profesional seperti doktor pakar lulusan luar negara sehinggalah golongan pendidik.

Usul Dikritik
Saya juga berkesempatan berbual dengan seorang sister yang mempunyai seorang anak berusia 6 bulan yang menyatakan vaksin ini perlu dengan merujuk doktor pakar yang berada disitu berkata, persekitaran dan makanan kita sekarang membuatkan bayi perlu menerima suntikan vaksin. Katanya lagi, ramai kanak-kanak perempuan yang 'datang bulan' awal disebabkan makanan dan persekitaran yang tercemar. Disebabkan itulah  bayi perlu diberi vaksin. Selain itu juga, saya berkesempatan berbual dengan makcik yang berpangkat nenek Muhammad yang menyatakan ustaz-ustaz ini kadangkala pandangan teori mereka sahaja. Kebiasaaanya, sekiranya saya terpaksa juga bercakap isu ini dikalangan golongan mak-mak, pastinya jawapan mereka, anak mereka yang 10 orang itu hidup sahaja sehingga sekarang dengan sihat. Ini adalah pandangan dan amalan saya. Saya tidak pula memaksa mengikuti cara saya cuma saya memberi sebab apabila ditanya kenapa. Mereka tanya, saya jawab.

Sudah Tiba Masanya
Saya fikir sudah tiba masanya, orang-orang profesional ini menjalankan penyelidikan sendiri dengan kepakaran dari luar yang mereka ada untuk mengkaji sendiri kandungan vaksin dan ubat-ubatan luar. Sekiranya diletakkan seorang doktor pakar dan seorang ustaz/doktor beragama, insyaAllah saya lebih thiqoh(percaya) dengan doktor ustaz yang beragama. Secara logiknya, doktor/ustaz itu menyatakan kepada mak usrah saya bahawa seeloknya bayi disusui sahaja dengan susu ibunya selama 2 tahun tanpa memberi makan atau memberi makanan yang dimasak sendiri bukan yang ready made seperti biskut bayi yang berada dipasaran. Apabila isu protein rambut ini muncul, saya dengan pengetahuan yang dangkal berkenaan bidang kedoktoran terdetik juga, patutlah ustaz menyuruh diberi susu sahaja. Terlalu banyak makanan tercemar sebenarnya. Jadi, jalan yang terbaik adalah dengan memberi susu ibu sahaja untuk menguatkan sistem imun badan bayi tersebut. Susu ibu berubah mengikut usia dan keperluan makan dan minum bayi sehingga 2 tahun. Maksudnya, susu ibu ini Allah sudah jadikan lengkap untuk tumbesaran bayi. Mereka adalah golongan pengkaji dan bukan hanya menerima dan telan teori barat semata. 

Balik Kepada Sunnah
Banyak teori doktor@ustaz pengasas tahfiz medik itu yang berbalik kepada sunnah. Saya 'quote' semula kata-kata mak usrah saya adalah, kita diciptakan untuk menjadi khalifah dan hamba. Jadi salah satu haknya ialah menjaga badan supaya sihat. Pastinya dengan mengikuti sunnah Rasulullah itulah yang terbaik untuk menjadi sihat seperti Rasulullah SAW.

Terima Fikrah Lain
Kadangkala kita tidak boleh melabel fikrah kita sahaja yang betul. Contohnya, golongan doktor pasti back up profesion mereka dengan menyatakan fakta-fakta yang mereka tahu. Vaksin ini perlu! Saya memohon kepada para doktor dan ahli farmasi muslim untuk turun lapangan mengkaji segala yang dibawa dari barat terutamanya kerana Allah sudah menyatakan yang kita jangan percaya kepada golongan yang fasik apatah lagi barat yang ingin menjahanamkan islam. Buatlah kajian dan sebaran untuk kesihatan Muslim keseluruhannya.

Masuk Lubang Biawak
Pagi tadi baru sahaja saya mendengar berkenaan hadis Nabi SAW berkenaan lubang biawak di IKIM iaitu perumpamaan berkenaan kita yang terlalu berqiblatkan barat. Oleh itu, teori barat tidak semestinya diambil bulat-bulat tanpa sebarang pertimbangan dan pengkayaan aspek rohani. Hadis Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermaksud, “Kamu akan mengikut tatacara orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka itu masuk ke lubang biawak, maka kamu turut serta bersama di dalamnya.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah yang dimaksudkan itu ialah orang-orang Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”


Itulah maksudnya analogi lubang biawak. Orang Islam yang terlalu fanatik dengan teori barat diumpamakan seperti mengikut orang-orang Yahudi dan Nasrani sesat sehingga boleh masuk sampai ke lubak biawak. Saya bukanlah orang yang tepat untuk bercakap berkenaan ilmu kedoktoran kerana saya bukan pilihan Allah untuk menuntut menjadi seorang doktor tetapi besar harapan saya mahu melihat doktor-doktor/ahli-ahli farmasi muslim untuk tampil ke hadapan untuk membentangkan kajian-kajian mereka yang menolak sebanyak mana teori barat yang bercanggah dengan sunnah Rasulullah SAW. Sebab itu dimana mana sekalipun, KESEDARAN itu penting. Wallahu'alam.

16.5.11

SELAMAT HARI MUROBBI!

Jika hari ini kalimah syahadah tertegak kembali
Jika hari ini syiar islam mekar dibumi
Jika hari ini  iman taqwa bertapak dihati
Jika hari ini umat manusia tunduk pada Ilahi
Semuanya bermula dari seorang murobbi
Penuh ikhlas membina generasi
Selamat Hari Murobbi!
-mesej yang baru diterima, menarik untuk dikongsi dari murobbiahku ;)

Terima kasih kepada semua murobbi dan murabbiahku
Semoga segala kebaikkan anak didikmu ini
Merupakan saham jariah berpanjangan untukmu
Semoga Allah mencukupkan segala kebutuhanmu
Jasamu sesungguhnya kukenang insyaAllah!

10.5.11

LECEHKAH?

Masih berkait dengan isu CD dan breastfeeding berkenaan dengan soalan kawan-kawan saya semalam. Alhamdulillah kawan-kawan saya golongan yang celik IT yang mana mereka selalu juga mencari info berkenaan breastfeeding dan CD. Salah seorang daripadanya berminat untuk menCDkan anaknya kelak dan persoalannya adalah, lecehkah CD?

CD (Cloth Diaper)
Sekiranya bertanya pada saya, tentunya jawapan saya YA! Kerana semestinya memerlukan pengorbanan dan  disiplin yang tinggi. Pada saya, gotong-royong bersama suami itu perlu. Contohnya, tugas membersihkan najis Muhammad adalah tugas suami dan membersihkan CD dari najis juga tugas hakikinya tetapi tidak bermakna saya tidak melakukan hal-hal sedemikian langsung. Semua CD yang telah siap dibersihkan dari najis, diletakkan berhampiran mesin basuh. Selepas itu pula tugas saya memesin, menyidai CD-CD tersebut. Apa yang penting? Kerjasama! ;)

Jimat Sangat!
Terasa sangat pengjimatan yang lebih apabila menggunakan CD. Semasa menggunakan DD (disponsable diaper) sepenuhnya, RM100 perlu diketepikan setiap bulan untuk pampers Muhammad sahaja. Sebelum ini saya menggunakan DD jenama Fitti yang sebungkus besar bersaiz M tidak silap mempunyai 60 keping yang berharga RM26. Kemudian, setelah menggunakan half CD, maksudnya, saya hanya menggunakan CD ketika Muhammad dirumah kecuali tidur malam kerana saya agak fobia CD sentiasa bocor pada waktu malam pada permulaan pemakaiannya. Jadi, tidur malam dan dirumah pengasuhnya menggunakan DD. Saya hanya memerlukan sebungkus DD untuk sebulan. Alhamdulillah setelah fully CD, tiada lagi duit yang perlu diketepikan untuk DD setiap bulan, cuma memerlukan modal yang besar untuk mengumpul CD dalam jumlah yang banyak. Walau bagaimanapun, saya dan suami tidak mampu untuk menCDkan Muhammad ketika bermusafir ;)

Kajian Cepat Ke Tandas
Sebenarnya tujuan utama saya menggunakan CD untuk Muhammad adalah untuk membuat kajian berkenaan dakwaan yang bayi akan cepat ke tandas apabila menggunakan CD. Sekiranya ini berlaku, insyaAllah semakin mudah tugas saya. Target saya, Muhammad berumur 2 tahun, dia tidak perlu lagi berCD. Alhamdulillah jika target saya tercapai awal ;) Mudah-mudahan Allah kurniakan Muhammad bayi yang berjiwa pejuang! Dewasa dari umurnya yang sebenar insyaAllah!

Kebiasaannya, CD-CD Muhammad ini dicuci 2,3 hari sekali kerana stok CD Muhammad bukanlah kategori banyak sangat. Cukup sekadar 2-3 hari penggunaan dan perlu dicuci segera. InsyaAllah saya mahu tambah lagi sekiranya ada jualan murah kerana kasihan juga melihat Abu Muhammad perlu bersegera.

Ini ialah beg yang dihantar ke rumah pengasuhnya. Ada 4 keping CD yang dibekalkan tetapi selalunya digunakan hanya 3 keping sahaja dari 7 pagi hingga 2-3 petang. Beg bintang dipoket kanan beg adalah wet bagnya untuk CD yang telah digunakan.

Breastfeeding
Selain itu, kawan saya yang sama juga bertanya tentang persoalan kesusahan dalam penyusuan susu ibu sepenuhnya dan pemilihan pam yang sesuai. Bagi saya, susu ibu mahupun susu tepung ada kesusahan masing-masing kerana seorang ibu perlu juga berjuang untuk anaknya membesar dengan sihat. Salah satu pro susu ibu adalah, pada waktu malam si ibu atau bapa tidak perlu bersusah payah membuat susu untuk anak berbanding susu tepung. Manakala bayi yang menyusu susu tepung, ibunya pula tidak perlu terkejar-kejar untuk menambah stok EBM. Syor saya, kemungkinan ramai yang diluar sana tidak tahu tentang kebaikan susu ibu. Bukan semua dikurniakan kefahaman sebelum punya anak. Mungkin Allah mentakdirkan ibu-ibu yang dari tidak tahu kepada tahu tentang kebaikan susu ibu setelah memberi susu tepung kepada anaknya. InsyaAllah ada hikmah yang Allah mahu berikan untuk hambaNya insyaAllah! Jangan pernah prejudis. Bersangka baiklah kepada Allah! ;)

Pam Susu
Hampir 4,5 orang kawan saya yang sedang menanti kehadiran orang baru pertama bertanyakan berkenaan pam susu. Dahulu, 6 bulan pertama saya hanya menggunakan pam susu manual jenama Pureen yang harganya kurang dari RM20 kerana kurangnya pendedahan dan mencari info di internet disamping laptop yang meragam tidak dibaiki sehinggalah saya aktif semula berblog setelah habis berpantang. Alhamdulillah Allah luaskan pengetahuan saya tentang pam susu disaat saya hampir hilang semangat ketika puting susu Muhammad koyak dan Muhammad tidak mahu puting susu yang lain. 

Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur dan berterima kasih kepada pam susu Pureen dan konco-konconya (botol+puting ;) yang telah berjasa sejak Muhammad dilahirkan. Alhamdulillah Muhammad dapat bertahan dengan penyusuan susu ibu kerananya dengan izin Allah. Pam susu Pureen dan konco-konconya dalam kenangan ;)

Medela Freestyle
Pam susu idaman yang kini sangat berjasa kepada saya. Perasaan berbaloi datang apabila Muhammad mahu menyusu dengan puting yang dibekalkan bersama set pam ini. Perasaan gembira saya ketika itu sangat luar biasa ;) Sekali lagi kawan saya bertanya tentang pam susu ini, adakah leceh untuk pam, saya memberinya semangat dengan mengatakan, "ketika memandu pun masih boleh pam susu". Sungguh! Saya benar-benar melakukannya ketika memandu sebanyak 2 kali. Kali pertama ketika menghadiri kursus dari 8 pagi sehingga 2 petang dan tiada masa rehat yang panjang. Hanya cukup untuk makan sahaja. Sekali lagi ketika di tempat bertugas yang ketika itu ada pelawat dan kami perlu berada disana sehingga petang iaitu hampir Asar. Jadi, saya hanya sempat pam semasa memandu pulang. Alhamdulillah namapun freestyle! ;)
Kali pertama menggunakan pam susu jenama Medela Freestyle. Alhamdulillah luar biasa banyaknya!

Kaedah Jimat Tidak Memerlukan Pam Susu
Sebenarnya ada kaedah untuk tidak memerlukan pam susu iaitu dengan menggunakan teknik marmet (menggunakan tangan). Seorang rakan setugas saya yang ibunya seorang jururawat, tidak membenarkannya membeli sebarang pam dan botol susu. Ibunya hanya mahu anaknya menggunakan kaedah marmet dan memberi susu menggunakan cawan ketika di rumah pengasuh cucunya kelak. Saya pernah mencari info tentang kaedah marmet, kebanyakkan ibu-ibu yang pandai menggunakan teknik ini mengatakan yang susu boleh dikeluarkan semuanya berbanding menggunakan pam. Ilmu yang cukup berharga bagi sesiapa yang menguasainya ;)

Perjuangan Susu Ibu 
Alhamdulillah Allah izinkan saya memberi penyusuan ekslusif susu ibu tanpa campur susu tepung sehingga sekarang malah Muhammad juga tidak diberi makan lagi sehingga sekarang. Perjuangan saya bermula diawal pagi dan ketika bertugas untuk menambah stok EBM.

Stok susu sangat penting untuk dihantar ke rumah pengasuh dan persediaan sekiranya terjadi emergency yang memerlukan saya meninggalkan Muhammad seketika. Bekas berwarna kuning adalah bekas mengisi EBM untuk dihantar ke rumah pengasuh Muhammad.


Perjuangan penyusuan susu ibu bukan sekadar pam untuk menambah stok EBM tetapi perlu diteruskan dengan mencuci perkakasan pam susu tadi setelah digunakan. Luruskan niat kerana Allah insyaAllah keikhlasan itu datang dan kita pasti gembira dengan kerja-kerja pembersihan ini (ayat semangat untuk yang sedang menaip ;)

Lecehkah? YA! Semuanya leceh! CD leceh sebab perlu dicuci tetapi menjimatkan. Susu ibu leceh. Susu tepung pun sama leceh. Keduanya perlu juga dicuci peralatan botol selepas digunakan. Semuanya memerlukan perjuangan dan pengorbanan si ibu yang bukan sedikit, sesuai dengan kurniaan Allah 'syurga di bawah telapak kaki ibu'. Jom ikhlaskan hati dalam perjuangan ini kerana perjuangan ini bukan sekadar untuk anak pertama tetapi insyaAllah anak-anak seterunya selagi si ibu bernafas. JOM SAMA-SAMA CARI REDHO ALLAH kerana setiap perbuatan tanpa niat kerana Allah adalah sia-sia belaka! Hanya penat bekerja tetapi tiada amalan disisi Allah insyaAllah! ;)

9.5.11

PENYEDIAAN EBM

Hari ini saya sungguh seronok kerana saya sempat ber'mesej'an dengan 2 orang kawan sekolej dulu secara serentak (tak menang tangan dibuatnya ;) yang sedang menanti kehadiran orang baru yang pertama dalam baitul muslim mereka. Isunya ialah pemilihan pam susu dan CD. Pada mulanya yang seorang yang bakal melahirkan hujung Jun ini insyaAlah hanya mahu half BF sahaja. Maksudnya mahu campur susu. Alhamdulillah saya cepat-cepat cantas pemikirannya supaya fully BF selagi boleh selama 2 tahun. Seorang lagi bertanya tentang pam susu yang sesuai. Akhirnya, melarat sehingga ke CD dan persediaan mengajar anak berenang ketika usia 3 bulan. Saya doakan mereka dipermudahkan untuk bersalin dan selamat menjalani kehidupan sebagai muslim yang diredhoi Allah!

Sudah Masuk 2!
Malam semalam pula saya sempat ber'mesej'an dengan seorang kawan saya sejak semasa foundation course. Subhanallah! Kawan saya sedang mengandungkan anak kedua. Saya sangat teruja dengan berita gembira ini. Bilalah masanya kami semua boleh bertemu ;) Disebabkan semangat saya meningkat kerana semangat kawan-kawan saya yang dua orang itu tadi, entry kali ini saya mahu berkongsi cara penyediaan EBM (expressed breast milk) yang saya ambil dari blog mummy merah walaupun kawan-kawan saya tadi  mungkin tidak tahu kewujudan blog ini ;) Di blog mummy merah insyaAllah banyak lagi info tentang BF(breastfeeding).

Penyediaan EBM
1. Sekiranya susu diambil di chiller(bukan tempat beku)susu hendaklah disuamkan terlebih dahulu.

2. Susu yang telah dibekukan pula(di tempat frozen), perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam (selalunya ini dilakukan pada waktu malam sebelum diberi kepada pengasuh keesokan paginya) atau dicairkan dibawah laluan air paip (seperti keadaan mencairkan ikan yang beku sebelum sedia untuk dimasak).

3. Jangan cairkan susu pada suhu bilik.

4. Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.

5. Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya. Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist). Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.

Sekian sahaja perkongsian berkenaan info breastfeeding untuk kawan-kawan saya yang saya tahu ramai silent reader yang sedang menanti kehadiran orang baru. Selamat berjihad untuk anak anda! ;)