11.11.13

KELAHIRAN SEMULAJADI (2) l HORMON CINTA FILLAH

Islam adalah agama dari pencipta seluruh alam semesta dan pastinya kelahiran semulajadi menurut Islam adalah yang terbaik dan memenuhi fitrah manusia. Dalam soal kelahiran ini ia menjadi sangat lengkap sekiranya aspek kawalan emosi, ketakutan semasa melahirkan, aurat dan pengurangan rasa sakit dapat diambil kira secara syumul.

Mengandung adalah proses yang sangat suci kerana penciptaan manusia adalah suatu proses yang sangat suci tidak kira sama ada anak itu anak luar nikah atau anak siapa sahaja kerana semua itu Allah yang menjadikan. Allah menjadikan kandungan itu berada di dalam sebuah tempat yang dinamakan dengan namaNYA (Ar Rahim), menunjukkan bahawa rahim kita dalah sangat luarbiasa untuk menghasilkan jumlah anak yang unlimited mengikut ketentuannya dan membolehkan vaginal birth after Caesar (vbag) walaupun selepas beberapa kali operation.

Kerana setiap kali roh itu ditiupkan, maka Allah telah menjanjikan kelahiran normal kepada anak itu, tetapi apa yang berlaku hari ini adalah disebabkan, semua drugs yang diberikan semasa mengandung, proses kelahiran dan selepas bersalin. Allah juga menetapkan dalam surah Luqman ayat 34:….Dialah yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim…

Lalu dengan ini Allah menyuruh kita memberikan sepenuh pengharapan kepadaNya dalam keselamatan anak kita. Tapi dunia yang dikatakan moden hari ini menyebabkan kita kurang bergantung kepada Allah. Kehadiran scan menyebabkan orang lebih suka padanya untuk kepastian anak di dalam kandungan itu sihat. Sedangkan banyak kajian telah menunjukkan soundwave dari scan itu boleh memusnahkan neuron-neuron saraf janin kita.

Setiap kemajuan ada komplikasinya. Asbab itu sebenarnya tiada istilah kemodenan tanpa memastikan aspek keselamatan. Dan siapa yang boleh menjamin keselamatan itu? Hanya Allah sahaja. Jadi, belajar lah berbaik-baik dengan Allah dari saat ini dalam setiap percaturan hidup kita yang telah diaturkanNya.

Menurut fisiologi kelahiran (labour), hormone yang terlibat dalam menghasilkan kontraksi dan permulaan proses bersalin adalah oxytocin, beta endorphin. Hormon oxytocin adalah hormone yang sangat istimewa kerana dengan rembesannya dapat meningkatkan pain threshold (mengurangkan rasa sakit), menyebabkan susu terus keluar selepas kelahiran, positif minds, meningkatkan sel2 imun dalam badan dan sebagainya. Tetapi mengapa proses melahirkan itu sakit?


Hormon oxytocin dirembeskan dalam keadaan lain seperti hubungan sex dan menyusukan anak dan ajaibnya, kedua-duanya tidak menyakitkan. Kerana apa? Kerana ia melibatkan perasaan cinta. Maka dalam melahirkan anak juga haruslah diwujudkan perasaan cinta. Kebanyakan rasa sakit adalah disebabkan persepsi negatif dan rasa takut dengan pelbagai kemungkinan. Memori kita ada menyimpan maklumat yang kita baca dari majalah dan surat khabar tentang komplikasi kelahiran dan ini menakutkan kita.

Siapa yang boleh menenangkan kita? Allah. Hanya Allah! Kerana Dia yang mencipta kita dan hati kita. Pengharapan kita perlu tinggi dan bersangka baik pada Allah, maka Allah akan sentiasa memelihara kita inshaAllah!

Bersambung...


Puan Tabib Terpercaya (PTT)

8.11.13

KELAHIRAN SEMULAJADI (1) l MELAWAN ARUS!

Pagi Jumaat yang penuh barakah. Selamat beramal dengan hadis sohih tentang surah Al-Kahfi. Beberapa hari kebelakangan ini membuatkan saya terfikir tentang perjuangan PTT kami di dalam kumpulan JLo (Jelitawan Organik). Ianya nampak seperti perjuangan yang masih sangat panjang. Alangkah indahnya andai golongan doktor yang sefikrah dengan PTT mampu duduk meja bulat untuk membina satu komuniti yang lebih bertenaga.

Sebagaimana impian PTT mahu membina sebuah hospital tanpa ubat-ubatan dadah sintetik dan menawarkan pakaj bersalin yang sungguh terpelihara. Aurat si ibu terjaga dengan baik. Anak yang lahir terus boleh berdakapan si ibu. Terus sahaja diazan dan diiqamatkan si ayah. Juga, disusui dengan penuh kasih sayang dengan serta merta. Ianya sungguh suatu proses yang sungguh indah!

Semua ini ialah suatu proses yang panjang dan memakan masa. Bukan cerita setahun dua tahun malah berpuluh atau beratus tahun. Hari ini, sudah banyak hospital swasta yang 'islamik' tetapi tidak mesra bayaran. Menggunakan nama Islam tetapi prosedur dan kaedah rawatan terlalu dan masih terlalu jauh dengan label Islam yang diguna pakai. Ianya suatu yang menyedihkan tetapi sebagai rakyan mahrean, apa sahaja yang mampu kita buat? Makan pun bercatu lagi-lagi semua barang naik.

Jauh disudut hati saya, saya teringin dikurniakan anak-anak perempuan supaya rantai perjuangan PTT tidak terhenti setakat ini. Malah, saya doakan usaha dan kajiannya ini mampu disambung oleh anak-anak perempuan saya dalam JLo. Doktor-doktor yang mampu membezakan antara hak dan batil. Sama-sama usaha untuk memartabatkan industri ubat-ubatan berdasarkan makanan-makanan sunnah dan herba-herbaan semulajadi yang memang diperlukan tubuh dan bukan kimia sintetik yang merosakkan sistem tubuh. Sesungguhhnya kita semua telah lama tertipu T__T.

Sesiapa yang mengikuti tulisan bersepah saya disini, pasti akan perasan keterujaan saya untuk mengamalkan tatacara hidup 'back to basic'. Teringin hidup dengan penuh semulajadi. Mengamalkan sunnah selagi termampu. Baiki diri melalui pemakanan yang memang mempengaruhi kitaran hidup kita seharian. Tengok sahaja orang-orang alim bertaqwa. Ambil yang perlu sahaja untuk bekalan sepanjang perjalanan. Dan kita?

Salah satu faktor yang mendorong saya untuk mengamati kembali disiplin makan saya hari ini adalah kerana perasaan teruja melihatkan mak-mak organik yang melalui proses kelahiran mudah tanpa pencemaran maruah yang sentiasa dianggap enteng dengan memegang ianya 'darurah'. Bagi wanita yang beriman, aurat itu sangat eksklusif! Ianya bukan wayang yang perlu dipertontonkan di khalayak. Prosedur hospital sememangnya amat mendukacitakan.

Menyusuri kelahiran semulajadi mak organik yang jelita baru-baru ini, Puan Adlie baru-baru ini, membawa saya terawang-awang, merasai bagaimana melalui perasaan yang namanya 'bertenang' dan psikologi yang sangat positif diurus tadbir dengan baik sehingga Allah izinkan ibu dan anak ini disatukan di dunia nyata dengan penuh syukur dan gembira. Kami semua bersyukur dan sangat gembira! Saya merasainya walaupun hanya berwhatsup!

Proses alami yang ditekankan adalah penjagaan makanan. Melawan arus proses klinikal. Vitamin hospital digantikan dengan makanan sunnah dan herba-herba semulajadi yang diambil satu-satu kerana pengambilan herba atau makanan sunnah sekali banyak iaitu bercampur dipercayai boleh menyebabkan tindak balas kimia yang lagi memudaratkan badan.

Lagi, scanning adalah sangat bahaya buat bayi kerana radiasi yang begitu tinggi mampu merosakkan atau mematikan sel-sel otak bayi sedangkan bayi yang sedang membesar di dalam perut ibunya memerlukan sel-sel otak ini untuk tumbesaran yang sihat dan selamat. Menurut PTT, beliau hanya menggunakan alat scan ini hanya untuk kurang dari 60 saat. Penggunaann yang sangat minimum untuk melindungi bayi dari radiasi. Mintalah para doktor yang merawat anda supaya mengurangkan aktiviti scanning ini.

Malah mak-mak organik yang meyokong kelahiran semulajadi ini tidak mengambil suntikan ATT, minum air gula dan pelbagai prosedur yang membosankan. Buka buku merah hanya sebagai syarat. Menyatakan kebenaran yang mereka tidak makan vitamin hospital dan mereka tidak memerlukan suntikan ATT. Semuanya atas tanggungjawab mereka. Malah, ada juga yang membuat surat supaya ianya lebih difahami dan dihormati.

Kami pernah bincangkan masalah anak makan najis sendiri, dan pelbagai kompilasi semasa proses melahirkan. PTT menyatakan itu semua kesan ubatan sintetik dan pemakanan si ibu yang tidak sihat dengan mengambil kira faktor GMO. Sekiranya mak tersebut mengamalkan gaya hidup sihat, inshaAllah si anak mampu menolak najis tersebut. Akibat kesan suntikan ATT dan pelbagai vitamin sintetik, si anak menjadi lemah dan kurang tindak balas atau respon.

Menurut PTT, islam ini sangat cantik aturannya sebagaimana yanng termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah. InshaAllah, saya sebarkan tulisannya yang penuh kasih sayang berkenaan KELAHIRAN SEMULAJADI MENURUT ISLAM secara berperingkat. Fahamilah dengan akhlak yang baik semasa membacanya. Semoga bukan kita sahaja yang menerima tempias kebaikkan ini malah ianya suatu nikmat malah titik perubahan dalam sistem perubatan sekular hari ini. Sama-samalah kita berdoa. Melawan arus!

7.11.13

AYAM KFC HOMEMADE

Niat di hati mahu tuliskan episod pertama kelahiran menurut persepktif Islam oleh Puan Tabib Terpercaya. Artikel berat sebegini memerlukan ketenangan hati dan fikiran supaya dengan izin Allah hati yang menulis ini sampai kepada hati yang membaca. Hati ke hati. InshaAllah, doakanlah ianya ditulis dengan segera. Mudah-mudahan yang sedang hamil boleh mendapatkan sumber kekuatan dalaman melalui tulisan PTT inshaAllah!

Hari ini masih berkongsi resepi. Resepi ayam KFC homemade oleh mak-mak organik yang cantik jelita yang akhirnya diderhakai oleh kami. Cuba cipta edisi tekak sendiri haha! Semasa zaman jahiliyyah, kami guna tepung serbaguna yang ada di pasaran. Semestinya mengandungi bahan pantangan seperti MSG dan pelbagai bahan perisa dan pengawet yang 'dibenarkan'. Setelah taufiq dan hidayah Allah sampai, makanya kami cuba peralusi selagi yang mampu dengan keizinan Allah semestinya.

Ayam diperap dengan herbaan sebentar. Kami ada jintan manis dan jintan putih. Terpulang. Tepung jagung organik di gaul bersama rempah pilihan sendiri.

Ayam digelek di atas tepung tadi sebelum digoreng. Selepas angkat, biarkan seketika dan tabur garam. Kajian mendapati penggunaan garam di dalam minyak panas adalah memudaratkan. Mahu tahu lebih lanjut, sila cari tahu sendiri! :D.

Ini tepung jagung bukan organik. Ayam nampak lebih rangup. Adatlah benda sihat memang kurang lazat.

Menu makan malam beberapa minggu sudah :P.

Resepi tepung ayam goreng kfc ada banyak sebenarnya. Mak organik sahaja ada 2 jenis kaedah. Ada yang campur telur. Ada yang letak ais dalam tepuk supaya lebih lekat pada ayam nanti. Semuanya ikut kreativiti masing-masing. InshaAllah Allah selalu sahaja bagi ayam goreng homemade kita boleh dimakan walaupun tidaklah senikmat ayam goreng berajinamoto atau berMSG. Doalah selalu, 'wahai tekak, tolong jangan jahat sangat mahu makan yang sedap sahaja'. Sekian haha! :D.

6.11.13

WW- KEJU HOMEMADE

Entry ringkas ;). Menghadapi minggu-minggu terakhir tersibuk. Masih tentang resepi homemade ;). InshaAllah kami dalam proses cuba untuk senatural yang mungkin walaupun hakikatnya memang penat :P. Kali ini resepi keju homemade yang sangat mudah.

Bahannya ialah susu lembu segar (bukan jenis kotak di pasaraya) dan lemon. Sukatan 2 cawan susu bersamaan 4 senduk perahan lemon.

Panaskan susu dengan api yang perlahan sehingga mendidih dan tutup. Sejukkan dalam 5-10 minit sebelum tuang perahan lemon. Biarkan seketika lagi.

Tapis sebatian tersebut sehingga tiada air tersisa. Hasil yang tertinggal pada penapis adalah keju. Letakkan garam sesedap rasa.

Keju homemade! Subhanallah memang rasa keju! Jika mahukan tampak seperti beli di pasaraya, bolelah leperkan menggunakan rolling pin ;P.

Pizza homemade edisi pertama! Walaupun keju yang terhasil tidak memberi kelikatan seperti pizza hut dan dominos, Alhamdulillah ianya satu kepuasan! Semuannya buat sendiri ;).

5.11.13

TAHUN BARU 1435H

Alhamdulillah sekejap sahaja tahun sudah bertukar. Segalanya berlaku sangat pantas dengan izin Allah. Dan kita adalah manusia akhir zaman. Zaman yang penuh fitnah. Pelbagai juga perselisihan pendapat tentang sambutan maal hijrah sebagaimana sambutan maulid nabi serta bacaan yasin setiap khamis malam Jumaat. Jelasnya, lain ustaz/ustazah, pelbagai juga kupasannya. Ada yang keras dan ada yang tidak.

Saya terkenangkan satu petang, sehari selepas tahun baru beberapa tahun kebelakangan ini. Saya suarakan kesedihan kerana terlupa dan tidak sempat membaca doa akhir dan awal tahun hijrah kepada suami. Sejak itulah saya tahu yang suami tidak sambut dan tidak pula menghalang saya untuk berdoa. Maka, apabila sudah tahu, saya tidaklah menspesifikasikan amalan berdoa khas untuk akhir dan awal tahun. Apabila ada kuliah di masjid surau, suami juga akan pergi sebagaimana dia pergi ke majlis-majlis ilmu seperti biasa. Majlis yang dinaungi sayap para malaikat. Subhanallah!

Sama juga keadaannya hari khamis malam Jumaat. Budaya orang melayu zaman berzaman yang memang sukar ditukar. Membaca yasinan. Hakikatnya, hadis soheh yang Rasulullah SAW buat ialah membaca surah Al-Kahfi. Bagi menjaga kemashlatan dari darurah yang lebih besar, sebagai contoh, apabila ditegur, semakin banyak hati-hati 'segan' ke rumah Allah malah mungkin dilabel 'sesat', maka, suami mengambil jalan, balik dan membaca surah Al-Kahfi bersama kami.

Walau apapun, kesedaran beramal dengan amalan yang thabit dengan amalan Rasulullahh SAW perlu dijelaskan dengan baik kepada masyarakat hari ini ibarat menarik rambut dalam tepung. Penjelasan yag sangat berhikmah supaya hati-hati ini lebih segar dan dekat kepada majlis ilmu dan bukannya semakin terpinggir. Pandanglah mereka sepertimana kita memandang anak-anak kecil. Santunilah mereka dengan penuh kasih sayang.

Akhir kata, selamat tahun baru 1435H. Semoga tahun ini merupakan tahun yang paling berkat berlaku dalam hidup kita. Mohon kemaafan tidak terhingga kepada semua atas segala khilaf dan keterlajuran kata atau perbuatan. Maaf dan memaafkan adalah amalan ahli syurga ;). Moga Allah lorongkan segala yang terbaik disisiNya buat kita inshaAllah!

Binaan panglima-panglima Ramadhan. Sedang, sentiasa dan akan terus bina mahligai paling indah dalam syurga buat ibunda dan ayahanda. Azam tahunan yang perlu dibisikkan saban tahun ;).

3.11.13

LASAGNA MALAYSIA HOMEMADE

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Alhamdulillah akhirnya! Dengan izin Allah pastinya, jadi juga lasagna ala ibu edisi penambaikkan. Kita namakan lasagna Malaysia sebab lasagna yang terhasil kali ini sungguh kemelayuan. Pasta dan buttermilk semua ibu buat sendiri. Jom kita tengok lasagna ala Malaysia ibu ;).

SOS MERAH
Bahan
1. 3 ulas bawang putih diketuk.
2. Daging cincang direbus bersama jintan manis, jintan putih dan biji habbatussauda'.
3. Cendawan butang ikut suka hati yang dipotong suka hatimu juga
4. Tomato puri - kali ini direbus dan dikisar bersama kulitnya kerana bahagian kulitlah pada buah-buahan paling banyak khasiat

Tomato organik yang direbus dan dikisar bersama kulitnya, bawang merah (sepatutya bawang holand) dan sedikit perahan lemon.

Buang atau tidak kulit tomato tadi, bagi ibu, tiada beza.

Cara Masak
1. Tumis bawang puting yang diketuk tadi dengan minyak yang sangat minimum.
2. Campak daging sehingga nampak garing atau bertukar warna.
3. Masukkan tomato puri.
4. Kemudian cendawan.
5. Imbang rasa dengan gula dan garam.

Sos merah.

SOS PUTIH
Bahan
2. Tepung gandum ikut kesesuaian.
3. Susu segar.

Cara Masak
1. Panaskan buttermilk dengan api yang perlahan.
2. Masukkan tepung gandum.
3. Masukkan susu segar.
4. Kacau dan gaul sehingga separa pekat.
5. Tambah garam ikut kesukaan.

Sos putih.

Cara bakar
1. Lapisan paling bawah ialah sos merah.
2. Ditutup dengan kepingan pasta ala ibu.

Doh roti digelek senipisnya dan dipotong mengikut acuan loyang.

3. Kemudian, dilapiskan lagi sos merah dan sos putih di atasnya.
4. Tutup dengan kepingan pasta ala ibu lagi.
5. Ulang semula proses no 3.
6. Bakar dengan suhu 180 darjah selama 30-40minit.

Baru keluar oven.

Not bad! Nampak juga seperti lasagna yang ada keju bahagian dalam.

Pandangan luar yang melekat di loyang.

Semalam ayah beli belah barang dapur. Jadi, jumpalah herba yang ibu tidak kenal sebelum ini. Ingatkan herba rosemary ini hanya sesuai untuk 'adlie birth' sahaja, rupanya bole digunakan untuk perap daging :D.

2.11.13

BUTTER & BUTTERMILK HOMEMADE

Hari Sabtu kualiti ;). Singgah kejap tuliskan sesuatu. Moga ianya menjadi saham jariah berpanjangan. Walaupun ianya leceh, tetapi mudah-mudahan dengan kegigihan dan ketabahan menyediakan makanan yang sihat buat ahli rumah, Allah kurniakan rezeki kesihatan yang mewah untuk terus beribadah kepadaNya dengan mudah dan gembira inshaAllah!

Kali ini teringin saya kongsikan kaedah membuat butter dan buttermilk sendiri yang sungguh mudah yang diambil dari blog Puan Osem yang saya kagumi. Mudah-mudahan ada jodoh bertemu dengannya dan mak-mak dalam jelitawan organik. Ambil aura dahsyat mereka! Berikut adalah salah satu penyediaan buttermilk yang sungguh mudah!

Susu lembu segar (bukan susu segar dalam kotak di pasaraya) dicampur sedikit garam dan 'dipukul'.

'Pukul' sehingga susu tadi terbahagi kepada dua lapisan. Pepejal dan cecair.

Tapis untuk mengasingkan butter dan buttermilk.

Tarraahhh! Pepejal kuning itulah butter dan cecair putih itu adalah buttermilk yang rasanya masam seperti susu basi tetapi menghasilkan kek lembut dan gebu menurut pakar membuat kek dan roti ;D.

Sos putih lasagna. Buttermilk digaul bersama tepung gandum untuk memekatkan sos.

Sekian, kelas membuat butter dan buttermilk homemade. InshaAllah saya juga mahu mencuba keju homemade jika diizinkan Allah. Memandangkan banyak produk tenusu seperti butter, buttermilk serta keju yang sangat meragukan, inshaAllah inilah penyelesaian yang terbaik. Buat sendiri!

Mungkin tidak sesedap yang dijual, namun demi pembangunan modal insan yang berkualiti syurga, mudah-mudahan Allah ganti nikmat lazat dunia yang mak-mak dalam jelitawan organik pantang, dengan makanan-makanan yang sungguh lazat tidak terperi di dalam syurga Allah nanti inshaAllah.

Dan hidup ini terlalu singkat.