Sepatutnya subjek hari ini ialah tauhid dan bahasa melayu. Nampaknya kelas pagi ini terpaksa ditangguh sekejap untuk beri laluan mata satu-satunya murid sekolah iman sesi pagi lepas lena. Cas juga tenaga kerana petang pula ada kelas renang. Hari Isnin antara hari paling menduga untuk pelajar dari segi ketahanan emosi, mental dan fizikal.
Pusing-pusing kelas 1 iman yang penuh dengan hasil kerja murid. Memenuhi aspirasi PAK21 kononnya hehe. Minat yang diraikan murid ialah melukis. Jadi, kelas memang bersepah dengan karya-karya lukisan. Dinding, atas dan bawah meja, lantai kelas seratanya ada kertas bergumpal. Cikgu urut dada tahan panas yang selalunya memang sampai ubun-ubun. 😆
Karya #Muhammadthefirst pada catatan 29.3.2017.
Memey dan Shanti ditudungkan. Memey tudung merah dan Shanti ungu.
Ini karya malam tadi. Pagi ini baru cikgu perasan lukisan bertampal.
Sudah dikata. Apabila sampai masa kartun yang ibu ayah sendiri tidak berapa tahu, anak-anak terlalu tahu. Jadi ibu bapa juga perlu ambil tahu banyak perkara sebagai pemudahcara menyantuni bahan-bahan ledakan sekeliling anak-anak kita.
Sebenarnya, walaupun kartun upin dan ipin itu terlihat baik mesejnya, secara peribadi masih ada unsur negatif yang sedikit mengganggu. Contoh cara si budak kembar ini menjawab si kakak mereka. Tarik muka dan berdengus seolah merajuk. Semuanya akan dan pasti ditiru anak.
Sekat dan halang menonton itu tidak relevan. Kita hanya ada kaedah menyantuni, bimbing dan ingatkan mana baik dan tidak. (Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; (Muhammad, 47:36)
1 comment:
Cantik kartun2 yg dilukis oleh anak2 UM...kreatif diaorg yer.
Post a Comment