Manusia ini Allah ciptakan dengan kepelbagaian kebolehan tetapi ada keterbatasan masing-masing. Ada yang Allah bagi lebih kepada alim. Ada yang Allah bagi lebih pada amal. Sebab itu kadang kita jumpa orang alim yang kurang pada amal. Ada yang Allah bagi lebih untuk istiqamah amal walaupun tidaklah alim mendalam. Paling cantik boleh alim dan amal.
Kita hanyalah manusia yang punya limit diciptakan dengan keterbatasan. Cuma sentiasa jaga hati supaya tidak hasad, tidak dengki, riyak dan ujub. Pendek kata, pelihara hati dari berperangai dengan sifat-sifat tercela.
Kerana dalam syurga hanya ada penghuni yang cantik hatinya.
2 comments:
in sha Allah.. tengah berusaha agar perasaan hasad dengki, cemburu tu tak keterlaluan
cik tie: on going process selagi name manusia kite ni kan
Post a Comment