Kebanjiran wanita-wanita berniqab di Malaysia seperti suatu fenomena hatta di tempat saya sekalipun. Cuma kadang-kadang perasaan ingin marah itu selalu timbul walaupun saya cuba untuk melawan firasat negatif dalam diri sendiri. Hanya kerana nila setitik, habis rosak susu setempayan.
Tertarik untuk berkongsi satu link yang mak ajukan kepada saya kerana kami pernah membincangkan isu ini. Ustaz tersebut cukup marah dengan yang berpurdah tetapi sibuk menonjolkan diri di khalayak. Maksud mudahnya, kau pakai purdah tutup muka, kemudian kau sibuk memperagakan purdah yang kau pakai di khalayak dengan menayangkan apa-apa gambar di mana-mana media sosial. Sibuk mempromosi diri sendiri. Persoalan ustaz tersebut, kau pakai purdah kerana apa?
Saya juga sering terserempak dengan gaya yang cukup mencacatkan makna murni sehelai kain kecil itu. Antaranya:
1. Pakai purdah tetapi jubah ketat.
2. Pakai purdah tetapi tidak memakai stokin sehingga apabila berjalan boleh menampakkan sebahagian kaki.
3. Pakai purdah tetapi pergelangan tangan terangkat sehingga menampakkan bahagian-bahagian tangan.
Paling celaru, ambil wuduk yang mana tempat wuduknya terbuka tetapi hanya memakai skaf tudung sahaja. Aduh!
Ya betul. Mereka manusia biasa juga. Masalahnya, apabila telah mengambil satu keputusan yang besar dan pelik dari kebiasaan, mohon tolonglah jaga benda-benda yang nampak kecil tetapi besar impaknya kepada umum di luar sana.
Ini kerana telinga saya sendiri tidak tahan apabila golongan-golongan ini diperkotak katikkan dengan bermacam-macam label. Anda bagai minta disenda-sendakan tetapi apabila ada yang mengkritik, mulalah melenting.
Ikhlas ini sangat payah. Bukan semudah ditaip dan diungkap. Ikhlas ini hanya rahsia Allah. Tol amalan di langit pertama sahaja berkait dengan hati. Jika ada amalan yang membawa riya', tidak lepas lagi di langit pertama. Bagaimana mahu tembus sehingga langit ke-7?
T___T.
1 comment:
Assalaamu'alaikum Ummu Muhammad
Lama kita tak sembang kan. Alhamdulillah umm istiqamah tulis dalam blog. saya pula dah 3 tahun menyepi dari dunia blogging.
Isu Purdah/Niqab ni.
Memang tak mudah bila lihat perkara macam tu berlaku depan mata. Cuma kena ingat:
1. Dalam surah An-Nur Ayat 31, perintah paling awal bagi lelaki dan perempuan ialah menundukkan pandangan. perempuan tundukkan pandangan bukan pada ajnabi je, tapi maksudnya lebih mendalam iaitu tundukkan pandangan bila nampak perkara macam yang ummu ceritakan tu, supaya hati kita selamat dari mengata orang yang buat salah tu.
2.Ingat selalu, setiap orang menutup aurat ikut kefahaman dalam diri masing-masing. Tahap Ilmu dan penerimaan diorang dalam bab menutup aurat. Yuni pernah pakai niqab juga ummu, dan makin yuni perhati, makin yuni faham. ada yang pakai baju lengan pendek, pastu pakai tudung. yang berpurdah tapi jubah ketat, maknanya dia belum faham betul makna dia menutup aurat. Kita hanya boleh doakan dia.
Yuni doakan semoga ummu sukses selalu. sayang ummu. :)
Post a Comment