21.10.15

HANYA MARYAM

Mak selalu berkongsi ilmu-ilmu agama yang ditadahnya 4 hari seminggu di masjid berdekatan. Banyak perkara yang secara tidak langsung membuatkan saya juga turut belajar apa yang dibelajarnya.

Pada suatu hari di tengah hari dimana rumah mak menjadi tempat transit untuk ke tempat kerja.

Mak: Ada berapa nama perempuan yang disebutkan dalam Al-Quran? (santai-santai di atas peraduannya)
Anak: 2. (yakin tanpa was-was)
Mak: Salah!
Anak: Tak silap pernah terbaca. Ada 2 orang yang disebut namanya dalam Al-Quran iaitu Maryam dan Asiah.
Mak: Hanya Maryam yang disebut jelas namanya dalam Al-Quran sehingga tercatat nama surah Maryam. Sedangkan yang lainnya tidak disebut nama.
(Banyak lagi penerangan Mak tetapi saya singkatkan).

Menurut Mak lagi seronok berkongsi ilmu, Maryam satu-satunya nama perempuan yang tersebut dalam Al-Quran kerana dia tidak bersuami. Disini betapa seorang perempuan itu sifatnya perlu tersorok kerana sehinggakan dalam Al-Quran pun nama perempuan tidak bersepah-sepah. Hanya Maryam yang Allah takdirkan tidak bersuami.

Fitnah terbesar akhir zaman adalah perempuan. Perempuan menjadi malapetaka besar buat lelaki sehinggakan semasa kedatangan dajjal nanti, para suami terpaksa mengikat isteri-isteri mereka di tiang rumah masing-masing kerana perempuan adalah golongan yang dengan mudahnya akan mengikut dajjal.

Begitu sekali.

Kenapa hanya nama Maryam?
Kenapa nama-nama perempuan lain tidak disebut dalam Al-Quran?

Disini melambangkan nama juga boleh merubah hati seorang lelaki. Menurut Mak, nama perempuan hanya satu tersebut dalam Al-Quran dan tidak yang lainnya kerana ianya sendiri memberi gangguan kepada hati lelaki. Gangguan dimana lelaki-lelaki akan terganggu dengan nama-nama perempuan yang pada pendengarannya elok dan menarik didengar. Lelaki akan berimaginasi.

Apakah rupa empunya nama secantik ini?
Adakah secantik namanya?

Lihatlah betapa Allah mahu melindungi sebuah makhluk lemah bernama perempuan sehinggakan nama pun tidak mahu disebutnya dalam Al-Quran tetapi perempuan-perempuan hari ini, sama ada terbuka dan tertutup, sifatnya memang suka cari perhatian (bukan saya kata, suami kata). Jika tidak disekat dan disekolahkan selalu, dia memang mudah lupa dan tidak tahu yang dibuatnya itu bahaya atau tidak.

Sebagai contoh mudah, saya selalu mengeluh dengan peraturan-peraturan suami yang pada saya dahulunya, leceh sungguh!

1. Jika ada posmen datang rumah atau sesiapa sahaja, tetaplah berada dalam rumah kecuali mak atau ahli keluarga kita. Jangan dibuka pintunya untuk orang asing.

2. Jika dia keluar sama ada ke bank dan kami berada dalam kereta, ada orang mengetuk cermin tingkap menjual barang-barang, jangan diturunkan cerminnya.

3. Jika mahu keluar ketika dia bekerja, pastikan hanya dengan mak atau adik-beradik lainnya.

4. Tidak suka saya terlalu berkawan-kawan kerana perempuan ini sifatnya mudah sangat mengumpat. Balik baca yassin yang didapatnya, rumah orang itu ada itu dan ini, orang itu sekian, sekian. Bercerita memang tidak akan habis. Akhirnya, dia yang akan tanggung dosa-dosa itu.

5. Bermuamalat secara tegak dan tidak perlu sama sekali mesra dengan berlawanan jantina sama ada nyata atau maya. Jangan gedik. Bercakap tidak perlu satu dunia perlu dengar. Ketawa pun tidak perlu berdekah-dekah. Dengan erti kata lain, muka cuka orang tengok, manis dan cantik sangat pada dia.

Saya tulis sahaja, saya pun manusia biasa. Masih belajar pegang mulut apabila bersengketa. Kadangkala banyak juga yang tersasar. Ingat balik nasihat-nasihat suami, kesukaan dan kepantangan dia. Kendur semula hati. Jaga hati, mata dan mulut. Allah redha akan isteri yang diredhai suaminya. Jangan jadi penyebab lelaki-lelaki terganggu imannya hanya kerana kita perempuan yang tidak ada malu.

Ingat mudahkah mahu jaga hati?
Ingat syurga itu murah harganya?
Ingat dalam Al-Quran hanya ada Maryam sebagai peringatan buat kita!

4 comments:

Ummu amir said...

Sungguh benarlah apa yang disampaikan, wahai diri dan wahai wanita...

T_T

Ana said...

Perempuan,,, mmg sgt sukakan perhatian,,, lagi2 zaman media sosial,,, jari ni gatal2 nak upload gambar2,,, nak tulis status itu ini,,, huh,,, berat dugaan,,,

Aulad's Cakes said...

assalam puan..lama saya tak menjenguk ke blog puan..saya mencari2 artikel puan (jika ada)tentang pendapat doktor perubatan tntg isu vax anak..saya kini dh punyai 3 putra (12bln)..puan,saya ingin share artikel puan yg diatas ni di FB saya boleh Ker? saya akan kreditkan penulisan puan ni nnt insyaallah Allah jika puan izinkan..jazakallah...

@LeenShamsh said...

Waalaikumusslm puan.
Isu vax? Maaf puan kami no comment. :)