17.8.15

KALAU ANAK AKU...

Lama sungguh tidak ke rumah ini. Rumah fizikal perlu diutamakan. Setiap kali mahu menulis terus terbayang sosok lelaki berkulit hitam tetapi manis mencekak pinggang membebel tanpa henti. Terus ingatan kembali pada kain sebakul tidak berlipat, kain dalam mesin belum bersidai. Ayat paling 'win', menulis bukan main hebat, kain pun tidak sempat lipat.

Terima kasih tuan!

Sambil membuat proposal yang mudah-mudahan berjaya diselesaikan secepat mungkin, ingin juga kongsikan satu ilmu daripada bonda yang sungguh mengejutkan jiwa. Kes anak-anak dan ketenatan ummat yang semakin meruncing masa kini dan dimana silapnya.

Bagi puan bonda, beliau meletakkan pada sekeping daging bernama hati. Keluar ikut emak yang sama, ajaran yang sama, tetapi membawa hati yang berbeza. Pisang setandan bukan semuanya baik. Begitulah juga kita. Lihat sendiri sahaja adik-beradik dan anak-anak kita. Kecenderungan anak-anak kita juga berbeza. Uniknya ciptaan Allah.

Kes buang bayi.

Respon saya tiba-tiba ketika berbual dengan puan bonda mengenai pembuangan anak yang semakin kerap dan kejam seolah-olah hilang perasaan belas ehsan seorang manusia. Tanpa saya sedar, saya mengeluarkan kata-kata, 'kalau anak sendiri, mahunya dibunuhnya sahaja'. Merujuk kepada ibu yang membuang bayi-bayi tidak sah taraf mereka yang kebanyakkannya masih usia budak.

Puan bonda terus mematahkan cakap saya. 'Jangan kata kalau anak sendiri, kerana belum tentu terjadi pada diri sendiri, kita akan bunuh anak kita. Bercakap biar banyak beringat kerana Allah mahu uji kita, bila-bila masa sahaja'.

Astagfirullah. Kita sepatutnya sebagai egen pembaik ummat dan bukan penghukum.

Semenjak itu, saya jadi amat takut untuk menjadi penghukum dan mohon Allah ampunkanlah keterlanjuran kata-kata kerana apabila teringat pada anak-anak, jangan sampai mereka perlu menanggung beban dosa hasil perbuatan, percakapan dari kerterlanjuran ibu bapa mereka. Na'uzubillah.

Selepas ini, wahai ibu bapa yang diredhai Allah, usah berkata-kata, KALAULAH ANAK AKU, kerana bila sampai masa tersebut Allah mahu uji, dikhuatiri kita tidak mampu untuk melunaskan akujanji kita tanpa sedar.

#muhasabahmatahatimulut

No comments: